Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Encik Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Encik Mimpi. Show all posts

Encik Mimpi Enggan Dedah Status Sudah Kahwin

Penyanyi lagu Rindukanlah iaitu Encik Mimpi enggan mendedahkan status sebenarnya kononnya dia sudah berkahwin apabila beberapa gambar majlis berkenaan dipercayai miliknya tersebar baru-baru ini. Encik Mimpi atau nama sebenarnya Mohd Azam Zamri, 27, berkata, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bercakap tentang soal peribadi kerana bimbang ia akan menjadi perhatian lebih daripada kariernya sebagai penyanyi. "Saya tidak mahu mengiya atau menidakkan tentang perkara itu kerana enggan soal peribadi menjadi perhatian dan bukannya karier saya sebagai penyanyi. "Terpulanglah kepada presepsi dan imaginasi mereka sama ada ingin mempercayai saya sudah berkahwin atau pun tidak," katanya kepada mStar Online. Berhubung penyebaran gambar perkahwinan tersebut, Encik Mimpi berkata, ia bukan perkara baharu kerana sebelum ini ada beberapa gambar yang dikatakan dirinya disebarkan pada awal kemunculannya. Bagaimanapun dia tidak menafikan ada di antara gambar yang tersebar adalah miliknya.
Dalam perkembangan lain, Encik Mimpi berkata, bersempena dengan bulan Ramadan dia mengambil peluang untuk berjinak-jinak dalam perniagaan dan mengeluarkan jenama biskutnya iaitu Empat Mimpi Cookies. Katanya, buat permulaan dia mengeluarkan dua jenis biskut iaitu Chocolate Chip Cookies dan Coco Crunch Cookies yang akan dijual menerusi laman sosial dan Raya Sakan Fest 2015 yang akan diadakan di Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula 26 hingga 28 Jun ini. "Biskut tersebut sebenarnya dibuat oleh kenalan saya tetapi dia tidak pernah menjual secara komersial biarpun sentiasa mendapat tempahan tinggi di kalangan keluarga dan rakan-rakan. "Jadi saya ambil peluang ini untuk memasarkan produk berkenaan dengan lebih meluas kerana sangat enak," ujarnya. Selain Encik Mimpi, beberapa lagi artis turut terlibat dalam acara jualan itu seperti Joe Flizzow, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Fizo Omar dan Johan (Raja Lawak).

Encik Mimpi terus berkarya

POPULAR menerusi lagu Rindukanlah yang dipertaruhkan sebagai single pertamanya, jejaka bertopeng yang hanya mahu dikenali dengan nama pentas Encik Mimpi kembali dengan karya terbaharunya, Ayuh Tinggalkan Dia yang diciptanya sendiri. Tidak sekali mahu menanggalkan topeng mukanya yang dianggap identiti dirinya itu, Encik Mimpi kali ini mempertaruhkan karyanya sendiri apabila lagu dan lirik single baharu berkenaan adalah sepenuhnya dikerah daripada idea dan keringatnya. Mengisahkan luahan rasa seorang jejaka yang begitu mencintai gadis idaman hatinya yang sudah pun mempunyai kekasih hati, namun kesetiaannya dibalas dengan kecurangan kekasih tersebut. Bait-bait lirik tersebut disampaikan dengan penuh kata harapan buat gadis berkenaan yang diharap mampu dimilikinya, sekali gus menasihati agar tinggalkan sahaja lelaki yang tidak menghargai kesetiaan seorang kekasih. Setiap perkataan yang tersurat dalam liriknya membawa maksud yang begitu sinis, sebagai luahan rasa yang tidak kesampaian secara terus, tetapi akan dapat difahami jika dirungkai satu-persatu makna yang tersirat. Sementara itu, mengulas mengenai muziknya, lagu Ayuh Tinggalkan Dia berentak agak catchy, bersesuaian dengan jiwa muda jejaka misteri yang baru menginjak usia 25 tahun ini, berbanding single Rindukanlah yang melodinya digubah sedikit perlahan. Oleh yang demikian, lagu yang disifatkan mesra pendengar, dijangka mampu meniti populariti tersendiri kerana mempunyai disampaikan begitu bersahaja dan santai, di samping memenuhi cita rasa semasa. Pun begitu, menyentuh klip videonya, ia teramatlah ringkas, sekalipun ia divisualkan secara selamba dan terdapat beberapa elemen humor diselitkan. Mungkin disebabkan pelakonnya terutama bakat wanita yang agak kaku, ia sedikit sebanyak menampakkan cela dalam klip berkenaan, ditambah pula suntingan yang tidak begitu kemas dan menarik. Apapun, keseluruhannya ia masih boleh diterima berdasarkan suai padan dengan bait lirik serta rentak lagu yang dipersembahkan Encik Mimpi.

Encik Mimpi Masih Berahsia Enggan Dedah Dakwaan Berkahwin

Penyanyi Encik Mimpi bertegas untuk terus berahsia mengenai statusnya yang didakwa sudah berkahwin baru-baru ini. Encik Mimpi, 25, berkata, dia tetap dengan pendiriannya iaitu tidak akan mendedahkan hal peribadinya termasuklah enggan mengia mahupun menafikan bahawa dia sudah bergelar suami orang. "Saya tidak akan mengia atau nafikan dakwaan dikatakan sudah berkahwin. Biarlah ia menjadi rahsia Encik Mimpi. "Saya mahu orang melihat saya istimewa dan misteri. Juga saya mahu dinilai menerusi bakat nyanyian saya," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad. Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan penyanyi yang popular dengan lagu Rindukanlah itu sudah pun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya baru-baru ini. Namun tetamu-tetamu yang hadir tidak tahu bahawa pengantin lelaki itu adalah Encik Mimpi, penyanyi lelaki bertopeng. Sementara itu, Encik Mimpi mengakui menyedari bahawa terdapat beberapa pihak yang mengambil kesempatan terhadap imejnya yang bertopeng. "Memandangkan saya bertopeng, ada pihak mengambil kesempatan pula mengakui diri mereka adalah Encik Mimpi. Ada juga berbuat demikian semata-mata mahu memikat wanita yang diminati mereka. "Bagaimanapun saya tidak mempunyai masalah tentang perkara itu kerana saya sudah lama tahu kesan-kesan sebegini akan berlaku apabila saya tampil dengan imej bertopeng," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails