Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Erry Putra. Show all posts
Showing posts with label Erry Putra. Show all posts

Saya tak perli sesiapa - Erry Putra

Bakal keluar dengan single baru. Kongsilah sikit dengan pembaca. Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang, saya akan keluar dengan single baru dengan tajuk Tapi Aku Cinta (Walau Lebih Tua). Insya-Allah akan dipasarkan dalam masa terdekat selepas tak sampai tiga minggu menjalani proses lengkap untuk menyempurnakannya. Bercakap soal tajuk, timbul cerita yang Erry memang sengaja mencetuskan kontroversi dengan lagu tersebut yang didakwa ditujukan kepada teman-teman artis yang terlibat. Komen? Mana ada. Tak ada niat langsung saya nak perli sesiapa. Itu cuma sekadar lagu. Memang tajuk itu kedengaran seperti mengata orang tapi saya tak buat begitu. Kalau ada yang terasa saya minta maaf. Namun jujurnya saya tak ada niat mengata orang apalagi kawan-kawan artis. Dengar cerita, Erry sengaja pilih lagu begini sebab senang nak set plot kontroversi begini. Betul ke? Ya. Memang betul saya yang pilih lagu ini. Tapi bukan atas sebab nak cipta kontroversi. Selepas berjumpa dengan komposer Panji Sakti, saya memang dah jatuh cinta dengan lagu ini sejak pertama kali mendengar demo. Dah lama saya cuba cari lagu macam ini, selepas kali terakhir keluar dengan runut bunyi drama Nora Elena yang berjudul Berubah. Jadi bila dah jumpa, terus saya tak fikir panjang. Lagunya catchy. Saya suka. Betul tak cari kontroversi? Betul. Cuma apa yang saya boleh katakan, memang saya tahu lagu ini akan ada kontroversinya selepas ini. Buat masa sekarang, saya tak boleh cakap apa-apa. Selain itu, ada juga khabar angin mendakwa lagu ini menzahirkan kisah Erry sendiri yang didakwa sedang mengenali seorang wanita berstatus janda dan lebih berusia daripada Erry. Komen? Saya akui ada berkawan dengan seseorang. Tapi kami cuma berkawan. Tak lebih daripada itu. Jadi memang Erry suka dengan wanita yang lebih berusia jugalah ya? Macam inilah, saya tak nafi berkawan dengan orang yang lebih berusia ini membuatkan saya lebih selesa. Mereka lebih matang dan memahami... buat saya rasa tenang. Berbanding orang yang lebih muda, tak ramai yang faham kerja macam saya ini. Bila tak faham, buat saya serabut. Tak rasa ke Erry macam ikut trend? Artis lain bercinta dengan wanita yang lebih tua, Erry pun nak juga. Tak ikut trend atau jejak langkah sesiapa. semuanya bergantung pada jodoh. Macam saya kata, wanita berusia ini lebih memahami. Kerja macam saya yang tak menentu masa ini, memang memerlukan saya untuk mencari wanita yang memahami. Insya-Allah, kalau dah sampai jodoh, saya terima. Maknanya betullah Erry serius bercinta dengan wanita berstatus janda yang dimaksudkan tadi? Eh, tak adalah bercinta. Tak mungkinlah saya bercinta dengan dia sebab saya anggap dia macam kakak. Janganlah disebabkan saya sering keluar dengan dia maka orang boleh gosipkan saya dengan mudah. Memang saya dengan dia cuma kawan. Saya tak ambil hati pun kalau orang nak gosip-gosip sebab saya tahu itu sekadar usik-usik manja sahaja. Tolak jodoh wanita lebih berusia. Apa komen Erry? Kalau dah jodoh, terima sajalah.

Erry Putra diugut bunuh

JARANG kita dengar cerita panas mengenai pelakon yang begitu popular dengan drama bersiri Nora Elena ini. Siapa lagi kalau bukan Erry Putra. Bahang populariti dia juga semakin melonjak sekarang ini apabila dia muncul dengan watak antagonis dalam drama bersiri Naziha. Nak dijadikan cerita, disebabkan wataknya dalam drama itu, agaknya ada yang menyimpan dendam terhadap pelakon yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini. Ia dibuktikan apabila Erry sendiri membuat pengakuan bahawa dia telah diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya beberapa hari lepas. Paling mengejutkan, dakwa Erry, nyawanya turut diancam apabila lelaki tersebut mengugut untuk membunuhnya. Menggali hal ini dengan lebih mendalam, Pancaindera mendapatkan Erry untuk menjelaskan situasi yang sebenar. Khabarnya, Erry telah diganggu oleh seseorang yang tak dikenali baru-baru ini. Apa cerita ni? Ya, memang betul. Kejadian tu baru saja berlaku beberapa hari lepas. Saya memang tak tahu siapa dia tapi yang pasti dia memang psiko. Apa yang dia buat? Dia hantar macam-macam mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada saya termasuk menghubungi saya setiap masa. Saya pun hairan juga, macam mana dia boleh dapat nombor telefon saya. Dari hari pertama dia buat hal, saya memang langsung tak ambil peduli. Memang malas nak layan. Macam mana pula reaksi lelaki psiko tu bila Erry tak layan dia? Banyak kali dia hubungi dan hantar SMS tetapi saya tak balas atau layan, dia mula bengang. Kemudian dia mula hantar SMS mengarut dan maki-hamun saya macam-macam. Pun begitu, saya masih tak layan dia. Bagi saya buat apa nak layan orang tak betul macam ni. Tapi paling saya tak sangka, dia turut dapat nombor pembantu peribadi saya dan beberapa kawan saya yang lain. Mereka pun kena maki dan diganggu oleh orang yang sama. Alasan dia, sebab mereka semua sebelahi saya. Itu yang saya hairan tu. Khabarnya Erry juga menerima ugutan bunuh daripada lelaki itu. Apakah Erry tidak risau? Risau memanglah risau. Memang lelaki ni sengaja nak cari fasal. Itu saya tak nafikan. Sebab tu saya tak layan. Dia telefon saya setiap masa. Pagi, petang, siang dan malam. 24 jam tak henti. Rimas juga saya dan buat masa sekarang saya perlu berhati-hati. Sudahkah Erry membuat laporan polis untuk jaminan keselamatan? Kebetulan, saya ada kawan yang bekerja di sebuah syarikat telco dan saya minta bantuan dia untuk menyekat nombor telefon lelaki psiko tu. Jadi dia dah tak boleh ganggu saya lagi. Bukan saya tak nak buat laporan polis, tapi saya rasa selagi saya tak terima gangguan atau kecederaan fizikal daripada dia, rasanya lebih baik saya berdiam diri dulu. Tidakkah Erry bimbang dia akan membuat tindakan yang di luar jangkaan? Bukan tak nak ambil serius. Tapi saya akan mengambil langkah berhati-hati. Kalau ikut hati, memanglah kalau boleh saya nak cari siapa dia. Tapi malas nak layan. Sekarang ni tawakal sajalah. Apakah mungkin lelaki psiko yang Erry maksudkan tu sebenarnya orang yang dekat dengan Erry. Mungkin kawan-kawan Erry juga? Saya tak berani nak buat tuduhan melulu. Tapi saya tak rasa kawan-kawan yang cuba nak dajal. Memang lelaki ini psiko. Yang boleh saya beritahu, dia ni macam orang dari pantai timur berdasarkan loghat bahasa yang dia gunakan. Pernah dapat ugutan seperti ini sebelum ini? Tak pernah. Ini kali pertama. Kalau orang telefon atau SMS kacau-kacau tu biasalah. Ini sampai buat ugutan bunuh...siapa yang tak cemas kan. Agaknya dia ni terbawa-bawa dengan watak saya dalam Naziha kot sebab tu dia simpan dendam. Tak tahulah, mungkin tanggapan saya salah. Saya ada bercadang nak tukar nombor yang baru. Tapi sayang juga sebab nombor ni dah lama saya guna dan memudahkan kerja saya. Tak apalah, berhati-hati sajalah lepas ni.

Kereta Proton Waja Erry Putra Kena Curi


PETALING JAYA: Pelakon Erry Putra mengalami nasib malang apabila kereta jenis Proton Waja berwarna hitam miliknya hilang dipercayai dicuri di kawasan rumahnya di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pagi Selasa.

Dia menyedari kehilangan kereta yang berpendaftaran WNQ 4910 itu ketika ingin keluar ke lokasi penggambaran sebuah drama di sekitar ibu negara.

Menurut Erry, dia terkejut apabila mendapati kereta tersebut sudah tiada di tempat yang biasa diletakkannya.

“Ketika ingin ke lokasi penggambaran kira-kira pukul 10 pagi tadi, saya terkejut bila kereta Waja yang saya parkir di tempat letak kereta luar kawasan rumah saya sudah tiada lagi. Sedangkan malam sebelumnya saya lihat ia masih ada di situ.

“Apa yang saya kesalkan, banyak dokumen penting dan peralatan untuk penggambaran saya simpan di dalam kereta itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online,Selasa.

Tambah Erry, laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur pada pukul 1 petang Selasa.

“Saya sudah melaporkan perkara ini di Balai Polis Sungai Besi dan biar polis yang menyelesaikannya.

“Namun begitu, ada juga rakan-rakan Twitter yang beritahu saya ternampak kereta ini dibawa oleh dua orang lelaki berbangsa Melayu dan India dan masih berada di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Dalam pada itu, Erry menganggap perkara tersebut menjadi pengajaran kepadanya agar lebih berhati-hati dan berharap kepada sesiapa yang melihat kereta berkenaan supaya melaporkannya kepada pihak polis.

“Saya sekarang masih lagi tertekan kerana kereta tersebut merupakan kereta kesayangan saya. Mujur saya ada sebuah lagi kereta untuk ke lokasi penggambaran.

“Perkara dah nak jadi, saya tak boleh nak cakap apa. Saya berharap ia dapat ditemui semula,” katanya sedih.

Selain kereta berkenaan, Ery turut mempunyai kereta jenis Toyota Wish.

Lantaklah apa orang nak cakap - Erry Putra


ERRY Putra nak menyanyi balik? Biar betul? Sedap sangatkah suara dia sampai nak menyanyi balik? Dulu masa bersama kumpulan Boys R Us pun tak berapa nak popular. Lagi mahu menyanyi yer?

Bukan seorang dua yang berkata, tapi ramai. Ramai juga yang menyindir usaha yang dilakukan oleh Erry nak kembali ke dalam bidang nyanyian.

Tak mahu termakan dengan kata-kata orang, Erry tahu apa yang dilakukannya. Kata Erry ramai yang memberi sokongan dan galakan kepada dirinya untuk memeriahkan industri seni tempatan.

Mungkin ada yang tidak sedar, kemunculan Erry dalam bidang seni tanah ari bermula dengan bidang nyanyian. Biarpun rezekinya lebih tertumpah kepada bidang lakonan, dia tidak pernah memadam hasrat untuk kembali menyanyi.

Kali terakhir merakamkan lagi ketika bersama dengan kumpulan Boys R Us pada tahun 2004. Kini sesudah enam tahun berlalu, Erry bertekad untuk kembali ke landasan asal yang pernah dilewatinya satu ketika dahulu.

Cukup bangga dengan single Jangan Kau Pergi yang dinyanyikan bersama dengan Shajiry dan Azreen, lagu tersebut sudahpun masuk radio dan diputarkan tanpa sebarang prejudis.

“Inilah yang cukup menggembirakan saya. Pada saat orang lain terhimpit dengan masalah lagu tak disiarkan oleh stesen radio, ia tidak menjadi masalah buat saya.

“Malah saya berbangga dengan kemunculan semula saya ke lapangan ini. Inilah yang saya idam-idamkan sejak berpecah enam tahun yang lalu,” kata Erry dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Jelas Erry, bukan mudah untuk meneruskan kesinambungan dalam bidang seni. Terlalu banyak jalan bengkang-bengkok yang terpaksa dilalui olehnya untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

Itu belum lagi menerima kutukan peminat yang kurang yakin dengan dirinya. Tapi sebagai manusia biasa, itulah lumrah yang perlu dilalui.

“Lantaklah apa orang nak cakap. Kalau dengar cakap orang sampai bila-bila pun saya tak akan maju. Kalau ada yang mengkritik cara nyanyian saya boleh ambil untuk perbaiki diri.

“Saya pun bukan sempurna mana. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari sebelum menjadi penyanyi yang baik. Kalau tak diberi peluang sampai bila saya nak jadi bagus.

“Macam masa mula-mula berlakon dulu. Ada yang cakap saya berlakon keras macam kayulah. Tapi lama-lama saya perbaiki lakonan saya dari semasa ke semasa.

“Dalam bidang nyanyian pun saya mengharapkan perkara yang sama. Mahu berjaya dan setidak-tidaknya mengembangkan minat yang ada tertanam dalam diri sejak dahulu lagi,” kata Erry tanpa berselindung.

Sepanjang menyepikan diri dalam bidang nyanyian, Erry masih lagi menerima banyak undangan pentas yang mahukan dirinya menyanyi. Malah semasa Konsert Pancaindera di Bentong dan Bera, Pahang pertengahan tahun yang lalu, dia juga membuat persembahan.

Ternyata sambutan yang diterima oleh anak kelahiran Kelantan ini cukup baik dan membakar semangatnya untuk terus menggapai impian.

Ujarnya, sejak dua tiga tahun yang lalu, dia sudahpun merakamkan hampir 10 buah lagu tetapi tidak diputarkan di radio.

“Saya mahu melihat sambutan peminat terhadap lagu Jangan Kau Pergi dulu. Kalau semuanya berjalan seperti mana yang saya harapkan saya akan muncul dengan single yang seterusnya.

“Mungkin sehingga lima single saya menemui peminat barulah saya mahu keluar dengan album penuh. Ini sasaran saya setakat ini,” kata Erry yang bakal dilantik sebagai duta produk berasaskan sarang burung tak lama lagi.

Bercerita mengenai bidang lakonan pula, Erry yang pernah mencetuskan kontroversi ‘dagu cucuk’ cukup selektif memilih watak ketika ini memandangkan banyak perkara yang perlu dilakukan setiap hujung minggu.

“Saya sudah pun terlibat dengan promosi produk sarang burung tersebut. Setiap minggu ada sahaja road tour yang saya kena ikut. Ini termasuklah promosi single tersebut.

“Jadi masa untuk berlakon pun semakin terhad. Kalau ada produksi yang mahu mengambil saya berlakon, mereka kenalah melepaskan saya setiap hujung minggu,” kata Erry.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails