Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ezlisa Loy. Show all posts
Showing posts with label Ezlisa Loy. Show all posts

Penjenamaan semula Ezlisa Loy

SEJAK di bangku sekolah rendah lagi Ezlisa Loy dan adiknya Ezzrin Loy sudah bergelar pelakon. Pada masa itu kakaknya, Elfira Loy yang ketika ini sedang menempa nama masih belum lagi menceburkan diri dalam dunia hiburan. Biarpun Ezlisa mendahului kakaknya dalam dunia hiburan, namun pada hari ini populariti dan kuantiti kerja lakonan Elfira lebih dominan. Namanya juga masih kabur sehinggakan ada peminat yang tersalah memanggil dengan nama Elfira sementelah wajah adik-beradik ini saling tak tumpah. Sedikitpun tidak berkecil hati, bahkan Ezlisa lebih selesa membuka laluan kerana bidang lakonan sekadar menjadi kerjaya sandaran. "Saya tidak kisah pun kalau kakak lebih dikenali kerana bergelar pelakon bukanlah impian saya yang sebenar. Saya mahu mengutamakan pelajaran," katanya ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini. Biarpun Esliza masih belum mengecap populariti, namun setiap lakunya tetap mendapat perhatian. Terkini, si gadis berusia 17 tahun telah berubah penampilan. Daripada fesyen tidak menutup aurat, Ezlisa tampak selesa mengenakan hijab sejak tiga bulan lalu. Ezlisa kini sudah menjenamakan semula imej dirinya. Dia yang pada ketika ini sedang mengerjakan ibadat umrah di samping ahli keluarga termasuklah Elfira belum bersedia untuk aktif berlakon, sementelah pada tahun ini Ezlisa bakal menghadapi peperiksaan besar. Sedang mempersiapkan diri kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba penghujung tahun ini, Ezlisa mengambil pendekatan untuk menjadi seorang pelakon yang selektif. Biarpun mengakui bahawa dia bukanlah seorang yang memilih dan cerewet, tetapi tindakan itu difikirkan perlu bagi memberi ruang untuk dia melebihkan waktu belajar. "Saya tidak mahu mengenepikan pelajaran. Justeru buat masa ini saya hanya memilih tawaran watak-watak tertentu sahaja dan membaca skripnya terlebih dulu. Bukannya kerana cerewet atau memilih, cuma perlu membahagikan masa juga kepada pelajaran. "Untuk tidak ketinggalan dalam pelajaran, seorang tutor akan datang ke rumah rumah khas untuk mengajar matapelajaran Matematik Tambahan dan Fizik. Lagipun peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi," katanya yang merupakan pelajar aliran sains tulen. Anak ketiga daripada empat beradik itu juga menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kulinari kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan. "Kalau dahulu saya bercita-cita mahu menjadi seorang doktor atau doktor gigi, tetapi saya sedar bahawa minat saya adalah dalam bidang kulinari. "Saya banyak melayari laman sosial YouTube untuk mempelajari kaedah memasak," kata Ezlisa yang merancang menyambung pengajian di luar negara. Selain pernah membintangi drama seperti Relung Kasih, Sejadah Kaabah, Qalesha, Debunga Lalang dan Nana Nini Nunu, Ezlisa bakal muncul dalam telemovie berjudul Adik Kami menerusi slot Cerekarama di TV3 pada 6 April pukul 10 malam. Adik Kami yang merupakan drama arahan Shuhaimi Lua mengisahkan kisah hidup tiga beradik yang kematian orang tuanya. Pelbagai pengalaman pahit dilalui oleh ketiga-tiga kanak-kanak itu dalam meneruskan hidup.

Ezlisa Loy Bertudung Selepas Mimpi Hari Kiamat

PETALING JAYA: Pelakon remaja Ezlisa Loy berkata dia menerima hidayah untuk bertudung mulai awal Disember lalu selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat. Pemilik nama sebenar Nurul Ezlisa Loy Ahmad Sabri, 17, ini berkata, perkara itu sudah lama dipertimbangkan sejak setahun yang lalu dan dia bertekad untuk berhijrah kerana berasa takut dengan mimpi serupa yang dialaminya secara berulang-kali. “Baru-baru ni saya bermimpi mengenai hari kiamat. Dalam mimpi itu, saya menuju ke masjid dan secara tiba-tiba ada banyak batu jatuh dari langit. “Saya sangat takut dan terus mencari mama tetapi mama tiada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Apabila tersedar saya terus mencari mama dan menangis. “Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi mengenai hari kiamat,” luahnya kepada mStar Online. Adik kepada pelakon Elfira Loy ini berkata, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kejanggalan dengan penghijrahan itu walaupun ia adalah perkara baru dalam kehidupannya. “Alhamdulillah, saya tidak hadapi sebarang masalah untuk menyesuaikan diri walaupun ia (bertudung) masih baru. “Saya juga tiada masalah mengenai soal penampilan kerana kebetulan pula kakak (Elfira) banyak memberikan panduan dalam berfesyen ala Muslimah,” ceritanya. Ditanya adakah penghijrahan itu akan membuatkan dia lebih selektif pada tawaran lakonan, Ezlisa berkata, dia akan hanya berlakon watak gadis yang bertudung sahaja selepas ini. “Saya akan terima tawaran jika watak bertudung sahaja. Lakonan pun bukan keutamaan kerana saya masih di bangku sekolah. “Lagipun, bermula sesi persekolahan 2013 ini, saya akan masuk Tingkatan 5 dan perlu beri tumpuan pada persiapan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Kalau ada kerja (tawaran), saya ambil tetapi jika tiada saya fokus pada pelajaran sahaja,” jelasnya yang baru menamatkan penggambaran telefilem berjudul Puteri & Putera Hodoh.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails