Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Faizal Hussein. Show all posts
Showing posts with label Faizal Hussein. Show all posts
Faizal Hussein Diminta Kunci Mulut Kerana Tun Mahathir
Pelakon Faizal Hussein memberitahu terpaksa mengelak daripada ditemuramah media berkenaan video lakonannya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dalam filem Kapsul adalah disebabkan perjanjian dengan beberapa pihak.
Faizal, 47, berkata, dia telah diminta oleh pihak produksi agar tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan babak tersebut kepada media sebulan sebelum tarikh tayangan.
"Ramai wartawan telefon dan cari saya untuk beri komen tentang babak itu, namun saya tidak menjawab penggilan kerana kalau saya jawab sekali pun saya tidak boleh beri kenyataan tentang apa yang mereka mahu.
"Bukan media tempatan sahaja, malah dari Indonesia, Jepun dan beberapa negara lagi. Pihak produksi dan badan yang bertanggungjawab membawa Tun tidak benarkan saya keluar kenyataan sebelum 17 Ogos," ujarnya kepada mStar Online.
Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tuduhan enggan bekerjasama ketika diminta mengulas babak lakonanya bersama bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Muhammad yang menjadi viral di laman sosial.
Video trailer filem Kapsul yang berdurasi 30 saat itu menjadi viral apabila kali pertama penampilan Tun Mahathir sebagai salah seorang pelakon filem itu.
Sementara itu, kata Faizal penglibatan Tun Mahathir dalam produksi tersebut dipersetujui selepas lebih setahun filem tersebut siap menjalani penggambaran.
Kata Faizal, babak bersama tokoh negarawan itu terpaksa dilakokan semula yang mana pada asalnya dilakonkan oleh pelakon Haryanto Hassan.
"Pada awalnya watak Tun dibawa oleh Haryanto dan memang tidak sangka Tun setuju untuk berlakon selepas lebih setahun filem itu siap. Oleh itu produksi terpaksa reshoot semula beberapa babak bersama Tun," ujarnya.
Dalam pasa itu, bercerita pengalaman berlakon bersama Tun Mahathir, Faizal berkata ia bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.
"Saya seperti tidak percaya kerana ia pada awalnya hanya angan-angan sahaja, biarpun hanya beberapa minit sahaja babak itu, namun ia sangat bermakna.
"Filem ini adalah menceritakan tentang ideologi beliau dan pada penghujung cerita nanti beliau juga akan keluar dengan kereta proton baharu," ujarnya.
Filem ini adalah hasil intepretasi pengarahnya iaitu Allahyarham Martis Mohd Ali berkenaan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tentang amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.
Filem Kapsul dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Adlin Aman Ramli dan Irfan Khairi itu bakal menemui penonton seluruh negara mulai 17 September ini.
Faizal Hussein Dianggap Sombong Tidak Bergaul Di Set Penggambaran
Pelakon Faizal Hussein mengakui dia sering dianggap sombong oleh segelintir pelakon dan kru produksi kerana tidak bergaul di sesebuah set penggambaran.
Faizal, 47, bagaimanapun berkata, tidak kisah dengan tanggapan tersebut memandangkan dia sendiri mahu bersendirian bagi mempersiapkan diri menghafal skrip selain menjiwai wataknya.
"Saya memang tidak berkumpul di bilik persalinan beramai-ramai seperti artis-artis lain selalu buat, sampaikan ada orang kata saya sombong sebab asyik duduk dalam kereta sahaja.
"Tetapi itu adalah cara saya untuk berfikir dan menghayati watak. Saya tidak mahu emosi terganggu terutamanya apabila melibatkan babak-babak yang berat," katanya.
Tambah Faizal, mengasingkan diri daripada orang lain juga merupakan sebahagian tips untuk dirinya menghayati watak sebaik mungkin dan pada masa sama bersyukur kerana sikap 'sombong' itu tidak diberitakan sehingga menjadi kontroversi.
Malah dia juga mahu penggambaran yang dilakonkan hanya dilakukan sekali rakaman sahaja, tidak perlu banyak kali seperti yang sering dilakukan segelintir pelakon.
"Saya tidak suka menyusahkan orang dan sebab itu kalau boleh saya berlakon hanya satu take sahaja. Jadi, tak perlulah saya nak menyusahkan orang lain untuk berlakon banyak kali," ujarnya.
Sementara itu, Faizal turut memberitahu mengenai sikapnya yang sentiasa tenang apabila berdepan dengan masalah produksi terutamanya bagi pelakon yang gemar datang lewat ke lokasi.
Malah dia tidak pernah terasa hati dengan sikap pelakon yang membuat masalah kerana menganggap ia sebahagian perkara yang harus dilalui sebagai pelakon apabila sedang bekerja.
"Saya sudah dibayar gaji untuk datang ke set penggambaran. Jadi, sama ada pelakon lain datang lewat tiga atau lapan jam sekalipun, saya tidak boleh nak marah pelakon berkenaan.
"Bukannya apa, ia akan mengganggu konsentrasi ketika berlakon dengan pelakon yang lewat itu nanti. Biarlah sesiapa yang nak datang lewat, tetapi kalau melebihi hari penggambaran, saya akan minta pihak penerbit membayar masa lebih itu," selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Faizal bakal terlibat dengan penggambaran filem Gudang Kubur , arahan Eyra Rahman pada 25 Mac ini.
KELUARGA BAHAGIA FAIZAL HUSSIEN
Faizal Hussein Mohon Maaf, Tidak Niat Menyindir Dalam Buku
KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein menjelaskan buku pertama tulisannya berjudul Limelight bukan bertujuan untuk menyindir atau mengaibkan mana-mana pihak di dalam industri perfileman tanah air.
Faizal berkata, buku itu sebaliknya memaparkan realiti sebenar dunia perfileman tempatan berdasarkan pengalamannya selama 40 tahun bergelar pelakon.
"Mungkin beberapa kandungan dalam buku ini akan menyinggung pihak tertentu tetapi semua itu adalah fakta dan cerita yang saya dengar dan lalui dalam industri perfileman sepanjang 40 tahun.
"Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada semua jika ada yang kurang senang atau terasa. Namun ia dihasilkan untuk tatapan dan panduan kepada warga seni khususnya yang baru mengenai selok-belok industri," ujarnya kepada mStar Online.
Limelight memaparkan corat-coret dunia perfileman daripada kaca mata aktor itu.Ia juga adalah perkongsian kisah peribadi Faizal yang dilahirkan daripada keluarga seni aktor dan pengarah veteran Allahyarham Hussein Abu Hassan dan aktres Allahyarham Mahyon Ismail.
Buku setebal 200 halaman itu diterbitkan Merpati Jingga dan bakal dipasarkan tidak lama lagi.
Bercerita lanjut, Faizal menyifatkan buku tersebut sebagai medan terbaik untuk dia memberikan panduan dan bimbingan kepada karyawan muda berhubung matlamat sebenar dalam dunia seni.
"Majoriti artis baru hanya melihat bidang ini untuk popular dan hidup mewah sedangkan anak seni mempunyai tanggungjawab yang besar kepada masyarakat.
"Saya mahu berkongsi dengan anak seni dan pekerja-pekerja filem dan membetulkan matlamat sebenar dan tanggungjawab mereka berdasarkan pengalaman saya selama ini," luahnya.
Ditanya mengenai keberaniannya mendedahkan realiti sebenar industri filem dalam buku itu, Faizal berkata dia bersedia menerima pelbagai reaksi ekoran tindakan itu.
"Saya sedar apabila kita bercerita dengan ikhlas mengenai sesuatu kebenaran, pasti ada pihak yang tersinggung dengan pendedahan itu.
"Ada banyak kisah sebenar berkaitan pengalaman dan luahan arwah bapa saya mengenai industri, selain cerita peribadi saya dan keluarga. Tapi saya berasa ia perlu dikongsi kepada khalayak," akuinya.
Dalam perkembangan lain, Faizal berkata dia bakal memulakan penggambaran filem terbaru arahan Bade Hj Azmi berjudul Hitam Putih tidak lama lagi.
Dua filem lakonannya, Pencinta dan Gila-Gila Remaja masih menantikan slot tayangan di pawagam.
Faizal Hussein Nasihat Pelakon Baru Tidak Ghairah Terima Tawaran
PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Faizal Hussein, 44, menasihati pelakon baru dan lebih muda darinya agar tidak terlalu ghairah menerima setiap tawaran lakonan.
Tegasnya, kadangkala disebabkan mengejar banyak tawaran lakonan menyebabkan seseorang pelakon itu menjadi letih dan sebab itu berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sesetengah artis.
“Saya tidak melakukan banyak projek besar secara serentak sebaliknya mengatur masa dengan baik agar menyelesaikan setiap penggambaran satu per satu.
“Saya akan memilih cerita yang menepati kriteria yang dicari dan selebihnya saya akan menolak,” katanya kepada mStar Online.
Pelakon yang telah melakonkan 25 buah filem seperti Abu Ya, Bunohan, Datin Ghairah, Pontianak Menjerit, Sate, Kanta Serigala dan Gila-Gila Remaja ini akui sangat seronok bergelar pelakon sejak menceburi bidang ini pada usia lima tahun.
Suami kepada pelakon Suhaila ini juga tidak pernah dilanda kontroversi dan sering dilabelkan sebagai pelakon yang sopan-santun.
“Saya seronok berlakon dan tidak pernah berselindung apa-apa. Saya bersyukur kepada Tuhan dengan rezeki yang diberikan dan akan kekalkan konsep bekerja.
“Saya juga mementingkan mesej setiap filem dan drama yang dilakonkan.
“Sebagai pelakon, saya menganggap diri saya sebagai pendakwah untuk menyampaikan sesuatu mesej itu.
“Apabila saya diberi watak jahat, saya akan betul-betul menjadi jahat untuk sedarkan penonton,” katanya yang pernah menerima anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular 1993 dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Gerak Khas The Movie II di Anugerah Skrin 2003.
Faizal Hussein Beraya Sebagai Yatim Piatu
KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Hussein, 43, menyatakan sambutan lebaran tahun ini agak memilukan kerana pertama kali dia bersama adik beradiknya Dilla, 47, dan Fairuz, 45, beraya sebagai anak yatim piatu.
Kata Faizal, kerana itu, Aidilfitri kali ini disambut ala kadar sahaja selain mengadakan majlis tahlil untuk ibunya, Mahyon Ismail, yang meninggal dunia pada 22 Mei lalu dan bapa, Hussein Abu Hassan (26 November 2007).
"Mungkin inilah kenangan raya yang paling pahit buat kami lebih-lebih lagi tidak dapat merasa air tangan ibu yang menjadi makanan kegemaran kami iaitu ayam masak “klio” (masakan Minang).
"Justeru itu, Hari Raya kami lebih beri fokus dengan majlis tahlil yang akan diuruskan oleh ahli keluarga kami," katanya.
Tambah Faizal, walaupun beraya tanpa ibu dan ayah di sisi, menjadi perkara wajib buat dia dan adik beradiknya membahagikan kerja di mana Faizal bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan rumah.
"Biasanya kami akan beraya di Kuala Lumpur (KL) dahulu dan kemudian barulah pulang ke kampung di Johor Bahru, jadi mungkin kami akan balik ke kampung selepas Hari Raya kedua.
"Dan mungkin juga kakak saya yang akan mengambil alih tempat ibu untuk acara memasak," ujarnya.
Bagaimanapun, kata Faizal, dia tidak boleh cuti lama kerana selepas Hari Raya kelima, pelakon itu perlu ke set penggambaran bagi filem menjayakan lakonan terbarunya iaitu Khon Malay, arahan Abuya terbitan syarikat produksi NorthStar Acres.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]





