Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Farhan Azizan. Show all posts
Showing posts with label Farhan Azizan. Show all posts
Kesetiaan Farhan Berjaya Pikat Hati Suami
Suami kepada penyanyi Farhan Azizan iaitu Ahmad Rashadan Suhaimi mendedahkan kesetian isterinya itu sepanjang lapan tahun perkenalan mereka membuatkan dia yakin bahawa wanita berkenaan adalah cinta sejatinya.
Ahmad Rashadan, 30, berkata, sepanjang tempoh itu, hubungan mereka paling hebat diuji ketika dia melanjutkan pelajaran di United Kingdom sekitar tahun 2008 selama tiga tahun dan Farhan sentiasa setia menunggunya kembali ke tanah air.
Kesetiaannya kepada saya membuatkan saya terpaut hati dan yakin dia adalah wanita untuk menemani saya sehingga akhir hayat.
"Biarpun diduga dengan pelbagai dugaan dia tetap setia di sisi saya dan saya seorang lelaki bertuah pada hari ini," katanya kepada mStar Online.
Farhan, 30, dan Ahmad Rashadan sah bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Masjid Al Hasanah Bangi di sini kira-kira pukul 10.15 pagi, Jumaat lalu.
Ahamd Rashadan yang bertugas sebagai Pengarah Pengurusan Perniagaan di sebuah syarikat swasta turut memberikan RM300 sebagai mas kahwin selain tujuh dulang hantaran kepada pengantin perempuan.
Farhan yang tampil dengan busana rekaan Calvin Thoo pada majlis pernikahan tersebut membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Dalam pada itu, Farhan berkata, persefahaman di antara mereka juga menjadi faktor utama hubungan cinta selama lapan tahun itu bertahan sehingga ikatan.
Tambah Farhan, sikap suaminya yang sangat tenang dalam menangani masalah selain sikap ambil berat membuatkan dia selesa bersama lelaki itu.
"Rasanya kalau tiada persefahaman yang kuat di antara kami mungkin kami tidak berada di sini sekarang dan faktor itu penguat sepanjang lapan tahun mengharungi tempoh percintaan.
"Saya sebak selepas kami disahkan sebagai suami isteri kerana terkenangkan pelbagai perkara yang kami lalui bersama sepanjang tempoh itu dan rasa seperti tidak percaya kami kini sudah berkahwin," ujarnya.
Sementara itu, Ahmad Rashadan berkata, sebagai suami dia akan sentiasa menyokong kerjaya isterinya dan tidak akan menghalang Farhan untuk terus menyanyi.
Dia juga yakin Farhan tahu batasannya sebagai seorang isteri dan mampu menjaga diri dengan baik.
Ditanya soal anak, pasangan itu berharap segera dikurniakan cahaya mata agar dapat menyerikan lagi rumah tangga mereka.
"Kami pun bukannya muda lagi dan sudah tentu mahukan cahaya mata namun menyerahkan soal itu kepada rezeki," kata Farhan.
Tambah Ahmad Rashadan, mereka memilih Pulau Maldives sebagai lokasi berbulan madu namun masih belum menetapkan tarikh untuk ke sana.
Pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012.
Farhan Azizan Mula Edar 300 Kad Jemputan kahwin
Penyanyi Farhan Azizan dan tunangnya, Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, mula mengedarkan sebanyak 300 keping kad undangan majlis persandingan mereka yang akan berlangsung pada Jumaat ini di Dewan Seri Endon, Putrajaya.
Farhan, 30, berkata, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 700 orang tetamu.
Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 7.45 malam manakala pernikahannya akan berlangsung di sebelah pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada hari sama.
Kata bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-4 itu, persiapan perkahwinannya sudah 90 peratus selesai dan hanya tinggal beberapa perkara seperti menyiapkan hadiah buat tetamu yang hadir masih belum siap.
"Tinggal beberapa hari saja lagi, berdebar juga kami dibuatnya. Alhamdulillah segala persiapan sudah hampir siap. Tinggal sikit-sikit saja lagi.
"Risau juga apa-apa terjadi pada majlis tersebut. Apa-apapun doakan agar majlis kami pada hari tersebut berjalan dengan lancar InsyaAllah," katanya ketika mengedarkan kad jemputan kahwin di pejabat mStar Online di sini pada Selasa.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012.
Ahmad Rashadan, 30, adalah pengarah pengurusan bisnes di sebuah syarikat swasta.
Pada majlis tersebut Farhan dan tunangnya itu bakal menggayakan busana rekaan pereka fesyen Calvin Thoo dan memilih konsep Melayu Klasik bagi pelamin yang ditaja oleh Nas The Great Idea.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
