Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Fizz Fairuz dan Almy. Show all posts
Showing posts with label Fizz Fairuz dan Almy. Show all posts

Almy Nadia Jawab Desas-Desus Putus Cinta Fizz Fairuz


PETALING JAYA: “Putus? Tidak... kami tak putus!” Itulah jawapan ringkas pelakon Almy Nadia apabila diajukan persoalan kononnya hubungan cintanya dengan Fizz Fairuz sudah putus.

Berita kehancuran kisah cinta mereka itu semakin kuat kedengaran sejak kebelakangan ini apabila kedua-dua mereka kononnya tidak sehaluan lagi apabila Fizz dikatakan kecewa dengan sikap Almy yang terlalu mendesak untuk bertunang ataupun bernikah.

Mstar Online bagaimanapun mendapatkan penjelasan Almy sejauh manakah kebenaran dakwaan itu tetapi Almy menafikan hubungan tersebut sedang bergelora seperti mana yang diperkatakan.

“Terus terang saya katakan, saya dan Fizz masih berkawan macam dulu. Kami masih lagi pasangan kekasih. Kami tidak putus hubungan,” ujarnya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Kata Almy lagi, dia mengakui jarang bertemu dengan Fizz kerana kekasihnya itu terlalu sibuk dengan penggambaran drama.

Walau bagaimanapun mereka masih lagi berhubung walaupun sekadar menghantar mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Almy, dia mengakui sejak kebelakangan ini ramai wartawan yang bertanyakan perkara itu kerana jarang melihat mereka muncul pada majlis-majlis rasmi yang dianjurkan tetapi ia bukan bermakna hubungan itu sudah retak.

Ditanya kenapakah selama ini Almy yang banyak memberi kenyataan berbanding Fizz, ujar Almy dia mengenali kekasihnya itu yang tidak begitu gemar bercerita kisah cinta kerana bimbang ia disalah tafsir.

Bagaimanapun kata Almy, dia memahami tugas pihak media dan sebab itulah dia mengambil pendekatan menjawab apa juga soalan yang dikemukakan dengan sebaik mungkin.

“Saya faham tugas pihak media dan sentiasa memberi kerjasama. Tapi sekarang ini saya pun dah tak tahu nak jawab apa lagi bila orang asyik tanya saya dengan Fizz kerana semuanya telah saya jawab sebelum ini.

“Jujurnya saya ingin beritahu, hubungan kami masih berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang masalah,” katanya.

Hubungan Almy & Fizz Fairuz Terganggu Gara-Gara Fasha Sandha


PELAKON Almy Nadia mengaku hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz agak terganggu apabila timbul desas desus kekasihnya itu turut menjalinkan hubungan dengan pelakon Tizz Zaqyah.

Almy berkata, dia juga terkejut apabila mendapat tahu Tizz dikatakan turut mengganggu hubungan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli, bekas suami Nora Danish.

Bagaimanapun kata Almy, sebelum berita tersebut tersebar, dia dan Fizz telah terlebih dahulu menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaik mungkin.

“Sewaktu mendengar berita ini, saya telah menghubungi Fizz dan pada mulanya dia agak berang dengan apa yang berlaku tetapi akhirnya masalah yang terjadi itu dapat diselesaikan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Fizz Fairuz memberi amaran kepada pelakon Fasha Sandha agar tidak mengaitkan dirinya dengan Tizz Zaqyah semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

Fasha dalam sebuah akhbar dikatakan membuat kenyataan menuduh Tizz sebagai individu yang bertanggungjawab mengganggu hubungannya dengan Rizal Ashram selain cuba menggoda Fizz Fairuz. Perbuatan Tiz itu dikatakan turut menyebabkan kemarahan Almy Nadia.

Kata Almy, dia tidak menafikan sebelum ini Fasha pernah bertemunya dengan Fizz untuk mengetahui konflik hubungan melibatkan Tizz Zaqyah itu tetapi mereka enggan masuk campur.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang hubungannya dengan Tizz itu, Almy enggan mengulas mengenainya.

"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.

"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.

Keluarga tak galakkan Almy-Fizz selalu berjumpa


SEJAK timbulnya gosip perpisahan antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia, pasangan kekasih dan pelakon ini sering dilihat jarang bersama.

Almy mengaku gosip itu yang menyebabkan keluarga melarangnya daripada bergambar dan menjaja kisah cinta mereka.

Ketika mengusik Almy tentang bila nak kahwin, balasnya, ‘kalau nak tahu tanya dia (Fizz)’ sambil menuding jari ke arah kekasihnya itu.

Pasangan ini jarang berjumpa dan pertemuan mereka di majlis sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2009 di Bandar Sunway baru-baru ini selepas dua minggu tidak berjumpa.

“Kami tak janji datang sekali. Saya datang pun setelah mendapat tahu daripada pihak MIG dan Lisa Surihani menghubungi saya menerusi SMS.

“Kami jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Jadi, hanya panggilan telefon dan SMS yang mengekalkan hubungan kami. Yang paling penting, saling percaya antara satu sama lain.

“Kalau berjumpa dalam satu majlis, ikutkan keluarga saya tak galakkan untuk kami mengambil gambar bersama tetapi kali ini kami terpaksa juga atas kehendak media.

“Bukan apa, mereka bimbang hubungan kami tak jadi kalau terlalu menunjuk sangat,” kata Almy yang gembira dengan pencalonan beberapa drama dan filem lakonannya dalam ASK 2009.

Antaranya adalah drama ‘Jangan Pandang Belakang’, ‘Mertua Vs Menantu’ dan filem ‘Rasukan Ablasa’.

Mengenai perkembangan kariernya sekarang, Almy berkata dia sedang menjalani pengambaran drama ‘Hati Lia’ untuk RTM.

Sepanjang temubual berlangsung, Fizz selalu menimbulkan suasana ceria dengan lawak jenaka bersahajanya.

Mungkin ciri-ciri humor yang berada dalam diri Fizz membuatkan Almy selesa dan kekal berdampingan dengannya.

Sementara itu, ditanya mengenai cabaran mereka sepanjang menjalinkan hubungan selama tiga tahun ini, Fizz menjawab ringkas, ‘tiada yang menguji kami tetapi gaduh-gaduh biasa tu adalah’.

Menyentuh tentang soalan ‘cepu emas’ iaitu bila dia akan menyunting Almy sebagai permaisuri hatinya, pelakon yang sedang popular menerusi drama ‘Nur Kasih’ itu tidak mampu memberikan jawapannya.

“Saya tak tahu bila sebab sekarang ini saya mahu memberikan peluang kepadanya untuk menceburi bidang ini sepuas-puasnya. Lagipun, dia masih pendatang baru dalam industri ini,” katanya yang turut meraih tiga pencalonan menerusi drama ‘Kekasihku Seru’, ‘Sama Tapi Tak Serupa’ dan ‘43424’.

Fizz pula sedang sibuk menyelesaikan pengambaran drama ‘Sonata Labu Labi’ arahan pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramli.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails