Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Fouziah Gous. Show all posts
Showing posts with label Fouziah Gous. Show all posts
Fouziah Gous Kesal Dituduh Tampil Nampak Pakaian Dalam
Pelakon dan pengacara Fouziah Gous menganggap tuduhan mengatakan dia memakai baju nipis sehingga menampakkan pakaian dalam ketika mengacarakan program Nona pada Ahad lalu sebagai tidak masuk akal.
Fouziah, 32, berkata, tindakan penulis di sebuah forum gosip membangkitkan isu itu sengaja diada-adakan untuk mensensasikan bahan tulisan mereka.
"Jujurnya saya tidak tahu isu pakaian berkenaan hebat diperkatakan kerana saya tidak membaca blog atau pun forum kerana blog dan forum sengaja mencipta atau mencari sesuatu perkara untuk disensasikan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Dalam pada itu, Fouziah berkata, sepanjang mengacarakan Nona, kru produksi sentiasa peka terhadap pemilihan busana yang akan digayakannya termasuk memastikan ia tidak keterlaluan sehingga menjolok mata.
Malah kata Fouziah, dia juga sentiasa memakai singlet pada setiap pakaiannya termasuk penampilannya yang dikritik pada program itu Ahad lalu.
"Saya tidak rasa nampak pakaian dalam kerana saya memakai singlet dan jika penampilan saya itu tidak sesuai pasti sudah ditukar oleh pihak produksi yang sentiasa peka terhadap aspek pemakaian.
"Sebab itu saya kata isu itu sengaja diada-adakan kerana sepanjang mengendalikan Nona pihak produksi memang meneliti apa yang akan saya pakai tambahan pula penerbit saya pun seorang wanita yang bertudung," jelasnya.
Sementara itu, Fouziah berkata, dia tidak mahu melayani gosip berkenaan kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.
"Lebih baik saya fokus kepada kerja yang ingin saya lakukan daripada melayan gosip seperti itu," katanya.
Hamil Pada Masa Sesuai, Fouziah Gous Sudah Sedia Jadi Ibu
Pelakon Fouziah Gous menganggap kehamilan anak pertamanya berlaku pada waktu paling sesuai kerana dia sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu.
Fouziah, 32, berkata, sebelum ini dia masih dalam fasa 'berbulan madu' dan memfokuskan kepada kehidupan rumah tangga bersama suami, Zhafran Yusof memandangkan mereka bercinta selepas berkahwin.
"Tempoh hampir dua tahun mendirikan rumah tangga adalah untuk kami mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik dan juga berbulan madu.
"Alhamdulillah rezeki untuk menimang cahaya mata itu datang tepat pada masanya apabila kami berdua sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa," katanya kepada mStar Online.
Fouziah yang sedang hamil dua bulan ditemui pada majlis pelancaran Koleksi Raya Cosry yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sini, Jumaat.
Pengacara program Nona itu berkahwin dengan Zhafran, 32, pada 22 September 2013.
Bagaimanapun kata Fouziah, dia tidak mahu terlalu teruja dengan kehamilannya itu kerana ia masih di peringkat awal kandungan.
"Siapa yang tidak gembira apabila diberitahu bakal menjadi ibu tetapi pada tahap ini saya tidak mahu terlalu teruja kerana ia masih pada peringkat awal.
"Kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang namun Insya-Allah dengan iringan doa suami, keluarga dan peminat saya berharap semuanya akan selamat," jelasnya.
Dalam pada itu, Fouziah berkata, sejak disahkan hamil suaminya sentiasa memberikan perhatian agar dia berasa selesa terutama pada peringkat awal kehamilannya.
Bagaimanapun kata Fouziah, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk seperti mana kebiasaan namun mengakui selera makannya bertambah.
"Suami saya sentiasa akan pastikan saya berada dalam keadaan baik dan adakalanya selepas penat seharian bekerja dia akan mengurut kaki saya.
"Saya tidak alami alahan teruk cuma selera makan bertambah dan saya sendiri terkejut kerana boleh makan nasi sampai enam kali sehari," katanya.
Sementara itu Fouziah berkata, biarpun sedang hamil dia akan terus menggalas tanggungjawab sebagai hos program Nona dan tidak berhasrat untuk berehat.
"Saya kini memang sudah jarang berlakon dan lebih menumpukan kepada Nona dan perniagaan secara online dan Insya-Allah akan terus mengacara biarpun sedang hamil.
"Peminat juga boleh melihat perubahan saya sepanjang kehamilan menerusi program tersebut," ujarnya.
Fouziah Gous Tidak Tertekan Belum Timang Anak
Pelakon Fouziah Gous tidak berasa tertekan untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama Zhafran Yusof, 31.
Fouziah, 31, berkata, kedua-dua mereka masih lagi berada dalam suasana berbulan madu dan melalui proses belajar mengenali hati budi masing-masing.
"Saya tidak pernah rasa tertekan untuk dapat cahaya mata kerana saya rasa usia perkahwinan kami masih baru dan kami dalam keadaan berbulan madu.
"Kami jenis bercinta selepas kahwin, jadi buat masa ini masih lagi belajar tentang diri masing-masing dan tentang anak kami hanya berserah kepada takdir," ujarnya kepada mStar Online.
Fouziah berkata demikian ketika ditemui pada pertunjukkan fesyen rekaan butik Bianco Mimosa yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis.
Pertunjukkan fesyen itu menampilkan baju rekaan milik butik berkenaan dan jualan lelong sempena Perhimpunan Agung Umno 2014.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemilik butik Datuk Ida Suraya, Izreen Azminda, Amar Baharin dan Kaka Azraff.
Dalam pada itu, Fouziah berkata, dia masih lagi dalam proses mengenali lebih mendalam dan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan keluarga dan rakan-rakan suaminya.
"Saya masih dalam proses kenal keluarga, saudara mara dia, malah rakan-rakan dia pun ada yang saya belum kenal.
"Pendek kata dalam masa setahun ini adalah proses saya belajar sedikit demi sedikit tentang dia. Alhamdulillah semua perkara yang baru yang saya belajar tentang dia membuatkan saya lebih teruja melalui kehidupan berumah tangga ini," ujarnya.
Sementara itu, menurut Fouziah sejak berumah tangga, mereka banyak menghabiskan masa bersama kerana terlibat dengan perniagaan burung walid yang diusahakan.
"Boleh dikatakan hampir setiap masa kami bersama dan saling menemani. Misalnya waktu pagi saya ikut dia pergi kerja dan petang dia pula teman saya uruskan kerja.
Dalam pada itu bercerita tentang kerjaya lakonannya, Fouziah berkata, dia bakal kembali semula berlakon dalam satu telefilem terbitan Astro tidak lama lagi.
Katanya, kemunculan tersebut selepas enam bulan berehat daripada terlibat dengan sebarang aktiviti seni bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga.
"Insya-Allah saya akan kembali dalam bidang lakonan dengan sebuah drama terbitan Astro tidak lama lagi.
"Saya akui sekarang memang saya memilih watak yang bagus dan berbaloi untuk dilakonkan sahaja berbanding dahulu kerana keutamaan saya ialah pada keluarga," ujarnya.
Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 22 September 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam.
FOUZIAH GOUS SELEPAS LEBIH SEBULAN NIKAH
Gambar menarik Fouziah Gous yang masih lagi dalam mood bulan madu. Bukan setakat bulan madu, malah Fouziah juga sudah mula belajar main golf untuk menyelami hobi suaminya Md Zhafran Mohd Yusof.
"Baju, belt, bag adalah hak suami. Senang kahwin dengan orang saiz sama ni," ujar Fouziah mengenai pakaian golfnya.
RAGAM FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN BULAN MADU
Kata orang, tak seronok berkahwin sekiranya tidak berbulan madu. Begitu jugalah halnya dengan Fouziah Gous dan Zhafran yang baru-baru ini berbulan madu menaiki cruise daripada Pulau Pinang ke Krabi, Thailand.
Nampaknya, bahagia sungguh mereka. Tak perlu pening-pening fikir tentang kerja... masa yang ada dihabiskan oleh mereka berdua dengan bermesra! Heh.
FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN LEPAS KAHWIN
Gambar Fouziah Gous dan suaminya Md Zhafran selepas kahwin, resepsi dan majlis bertandang. Nampaknya, meriah benar majlis mereka dan ini barulah dikatakan 'Raja Sehari' ya tak?
Dan seperti biasa, bila majlis dah selesai... banyak kerja yang mahu disiapkan seperti mengemas rumah, membuka hadiah dan sebagainya. Lepas tu, mungkin mereka akan berbulan madu pula. Ke mana ya?
MAJLIS RESEPSI FOUZIAH GOUS & ZHAFRAN
Gambar-gambar majlis resepsi Fouziah Gous dan Md Zhafran Md Yusof yang berlangsung semalam (29 September) di Hotel Marriot Putrajaya. Tahniah diucapkan kerana majlis tersebut memang meriah dan penuh warna warni.
Untuk imbasan, pasangan ini telah bernikah pada 21 September lalu di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]

































































