Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Hafiz Hamidun. Show all posts
Showing posts with label Hafiz Hamidun. Show all posts

Bakal Tunang Hafiz Hamidun Kahwin Lelaki Lain

Penyanyi Hafiz Hamidun benar-benar kecewa kerana terpaksa melupakan hasrat untuk meminang kekasihnya dari Indonesia apabila wanita tersebut sudah pun berkahwin pada April lalu. Hafiz, 29, berkata, sepatutnya dia dan keluarga telah merancang untuk menunaikan umrah di Mekah dan pada masa sama berjumpa dengan keluarga wanita berkenaan yang menetap di negara Arabitu situ pada Mac lalu. Bagaimanapun sebelum bertolak, Hafiz diberitahu kekasihnya itu sudah dipinang orang. "Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh. "Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain. "Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah," katanya. Hafiz ditemui pada pelancaran iklan raya filem pendek Mamee di Restoran Rebung di sini pada Khamis lalu. Bagaimanapun katanya, baru-baru ini, dia telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan terus melamar wanita itu. "Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu. "Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan,"ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hafiz bakal melancarkan album keduanya berjudul Zikir Terapi 2 pada 22 Julai depan selepas kejayaan album Zikir Terapi pertama yang meraih jualan 150,000 unit. "Alhamdulillah, di saat masalah jualan album yang merudum, album zikir saya berjaya. Harap-harap album seterusnya ini turut mendapat respons yang baik," katanya.

Hafiz Hamidun Berjaya Beri Terapi Melalui Konsert

KUALA LUMPUR: Penyanyi nasyid Hafiz Hamidun menyifatkan penggunaan medium teknologi sosial seperti Twitter dan Facebook adalah antara sebab Konsert Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun berjaya. Konsert berkenaan di adakan pada malam Rabu lalu sempena menyambut tahun baru Hijrah. Ia diadakan di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, dekat sini yang berjaya mencatatkan 2,000 penonton. Hafiz, 28, berkata, konsert itu mencapai matlamatnya dalam usaha memberi terapi kepada penonton dalam bentuk lagu-lagu irama berkenaan. "Alhamdulillah, saya percaya medium teknologi sosial mampu menarik perhatian umum dalam menguar-uarkan sesuatu perkara, termasuklah konsert ini. "Berbekalkan album Zikir Terapi Diri yang dipasarkan pada tahun lalu, saya menerima respons yang positif daripada peminat menerusi komen-komen di Twitter dan Facebook.
"Kemudian, saya mengambil kesempatan itu dengan mempromosikan konsert saya kepada mereka di dua laman sosial popular itu, dan Alhamdulillah ia berjaya," katanya yang ditemui selepas konsert itu tamat. Tambah Hafiz, dia juga bersyukur apabila konsert yang pertama kali dianjurkan syarikatnya iaitu Arteffects International itu berjaya walaupun dengan hanya membabitkan modal yang tidak besar iaitu RM150,000. Bermula tepat pada pukul 9 malam, konsert dimulakan dengan persembahan Imam Muda Najdi yang membawakan zikir Tola'Al Badru 'Alaina dan Solla 'Alaikallah, diikuti dengan Fitri Haris (Subhanallah dan Suara Azan). Manakala Izzat Mahadi pula membawakan lagu Aku Tanpa Cintamu serta Garisan.
Kemudian, Hafiz muncul dengan zikir Ya Latif sebagai pembukaan persembahannya diikuti dengan barisan zikir lain seperti Astaghfirullah, La Hawla Wa La, Taabatan Nasuha, Ya Zaljalal dan Subhanallah. Walaupun pentas yang dibina tidaklah seperti penganjuran konsert-konsert lain, namun kemantapan vokal Hafiz sudah cukup berjaya membuai penonton yang turut mengalunkan zikir bersama-samanya. Penonton juga diberi kejutan dengan kemunculan pengarah filem Syamsul Yusof apabila dia bersama rakannya iaitu Anwar Fazal Abu Bakar turut mempersembahkan zikir Ya Rabbi. Dalam pada itu, beberapa selebriti terkenal seperti Ashraf Muslim, Iqram Dinzley dan Yatt Hamzah turut hadir menyaksikan konsert tersebut.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails