Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Halim Othman. Show all posts
Showing posts with label Halim Othman. Show all posts

Halim Othman Mungkin Kahwin Tahun Depan

Penyampai Radio Suria FM, Halim Othman enggan berbicara tentang teman istimewa ataupun mencanangkan perkahwinannya kepada umum kerana bimbang ia akan berakhir dengan kegagalan. Bagaimanapun Halim, 49, berkata, hatinya kuat mengatakan akan menamatkan zaman bujang tahun depan. "Saya dikelilingi oleh orang-orang bujang, Adibah Noor, Kudsia Kahar, Linda Onn semua masih belum berkahwin, mungkin itu sudah menjadi trend orang-orang dalam dunia penyiaran. "Tapi hati saya kuat mengatakan, saya akan mendirikan berumah tangga tahun depan, tapi jangan tanya dengan siapa sebab setiap kali saya beritahu kepada umum ia selalunya gagal," katanya kepada mStar Online. Tambah Halim, wanita istimewa tersebut merupakan seorang yang menepati kriteria idamannya. "Wanita tersebut tentulah seorang yang sentiasa memberi inspirasi kepada kehidupan kita, tidak kira dalam bentuk apa, kadang kala penampilah dan rupa paras pun mampu memberi inspirasi kepada kehidupan seharian," katanya.

Halim Othman Enggan Komen Isu Peminat Mengaku Kekasih

Penyampai radio Suria FM, Halim Othman enggan mengulas mengenai kontroversi dakwaan seorang wanita yang mengaku kekasihnya kerana menyifatkan tindakan itu hanya membuang masa. Jelas Halim, isu tersebut juga tidak memberi kepentingan kepada masyarakat malah menurutnya adalah lebih baik jika ia tidak diceritakan secara umum. "Saya tidak mahu komen lagi tentang perkara ini. Benda ini adalah satu perkara yang buang masa. "Ia langsung tidak memberi manfaat kepada masyarakat dan negara lebih-lebih lagi kita baharu saja menyambut Hari Kemerdekaan," katanya kepada mStar Online. Minggu lalu, sebuah laman blog mencetuskan kontroversi apabila menyebarkan beberapa keping foto Halim bersama seorang gadis yang dikatakan kekasihnya.
Bagaimanapun Halim menafikan dakwaan tersebut dan berkata wanita yang dikenali sebagai Dania Danisha dalam foto tersebut merupakan peminatnya. Kenyataan itu membuatkan Dania berang kerana seolah-olah dia dilihat beria-ia mahu menempa nama menerusi gosip tersebut. "Jangan dengar cerita sebelah pihak sahaja. Sudah beberapa kali kami keluar berdua malah dia pernah mengajak saya bercuti, adakah saya masih dianggap peminat? "Dia juga pernah berkata mahu melamar saya tetapi lamaran itu ditolak kerana usianya tidak sesuai dengan saya yang jauh lebih muda daripadanya. Jangan kerana nak lepas diri, dia (Halim) menipu," kata Dania menerusi status Facebook yang dimuat naik pada minggu lalu. Tidak lama kemudian, Halim masih menegaskan dia belum mempunyai teman wanita dan menyifatkan wanita berkenaan sengaja ingin mencari publisiti. Mengulas lanjut Halim berharap pihak media tidak memberi publisiti mengenai perkara ini. "Bila orang tanya, ia ibaratkan seperti menepis nyamuk yang banyak. Saya harap soalan ini tidak ditanya lagi," tegasnya.

Adibah Noor Tidak Tolak Jika Halim Othman Jodohnya

SHAH ALAM: Penyampai radio Suria FM, Adibah Noor tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Halim Othman sekiranya perkara itu di izinkan Tuhan. Adibah berkata, dia sangat selesa dengan Halim ketika berada di studio radio selain kedua-dua mereka mempunyai banyak persamaan. "Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja. "Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," jelasnya kepada mStar Online. Pasangan itu ditemui ketika Majlis Resepsi Bersama Peminat Halim Othman dan Adibah Noor yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini pada Khamis. Dalam pada itu, Halim berkata, Adibah seorang yang senang menyerap sesuatu perkara baru dengan cepat sehingga memudahkan kerjasama mereka apabila bekerjasama untuk siaran pagi di studio. Tambah Halim, dia terkejut penyanyi dan pelakon itu begitu cepat menyesuaikan diri dan tidak memberikan sebarang masalah. "Saya cukup seronok bersamanya dalam studio kerana 'chemistry' kami cukup kuat dan tahu kebolehan masing-masing. "Bagi seorang yang tidak pernah menjadi deejay akan memakan masa untuk memahami pergerakan kerjaya ini tetapi Adibah cukup pantas dalam semua aspek," jelasnya. Sementara itu, Adibah dan Halim terharu dengan sokongan pendengar yang hadir pada majlis 'resepsi' mereka yang diadakan khas untuk para peminat. "Pelbagai aktiviti kami adakan hari ini seperti karaoke, persembahan artis, ramah mesra dan sebagainya. "Malah penyampai yang lain turut bersama-sama menjayakan program yang cukup istimewa pada hari ini," katanya Halim. Adibah dan Halim bersiaran pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula pukul 5 pagi hingga 10 pagi menerusi slot Ceria Pagi di stesen radio itu.

Temui Bakal Isteri, Halim Othman Rancang Nikah


PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Halim Othman memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya sebelum mencecah usia 50 tahun.

Halim yang baru menyambut ulang tahun kelahiran ke 47 tahun yang disambut pada 28 September lalu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun hadapan.

Ditanya mengenai bakal isterinya itu, Halim berkata dia tidak mahu mendedahkan identiti wanita tersebut kerana takut perancangan untuk berkahwin tidak menjadi.

"Apa yang pasti saya akan mengakhiri zaman bujang sebelum usia mencecah 50 tahun.

"Bagi saya ia bukan sesuatu yang pelik kerana arwah ayah saya juga berkahwin ketika usia 50 tahun," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Halim berkata dia semakin selesa mengendalikan pagi Breakfast @Suria bersama-sama Sharifah Shahira (Sheera) dan Zizi.

Baginya tumpuan mereka adalah bukan untuk mengejar kedudukan siapa paling hebat tetapi lebih kepada untuk memuaskan hati pendengar dengan menyediakan hiburan serta informasi berguna.

"Untuk saya untuk mengejar nama dalam bidang ini sudah berlalu kerana kini apa yang lebih penting adalah untuk memenuhi kehendak pendengar," ujarnya.

Halim Othman kahwin tahun depan


Masih membujang di usia 47 tahun sebenarnya bukan sesuatu yang sengaja dirancang oleh kebanyakan lelaki.

Begitu juga dengan penyampai radio popular, Halim Othman, biarpun kelihatan begitu ceria dan bahagia bersama keluarga besar, Suria FM, namun naluri lelaki ini juga sebenarnya mempunyai keinginan sama seperti lelaki lain, iaitu mahu punya isteri, anak-anak dan keluarga bahagia.

Enggan terlalu memperkatakan tentang soal jodoh, Halim bagaimanapun mengakui ada merancang ke arah itu sedikit masa lagi.

“Apa yang boleh saya katakan adalah, masanya semakin hampir dan Insya-Allah perkara itu akan berlaku.

“Perkahwinan adalah perkara teratas dalam senarai impian saya, ia tidak akan berlaku dalam tahun ini tetapi tahun hadapan ia pasti ada.

“Calonnya masih dalam pengawasan, tetapi saya tidak mahu terlalu bercerita tentang perkara ini, kerana kebiasaannya jika terlalu banyak memperkatakannya, ia tidak berakhir dengan baik,”jelas Halim Othman.

Serasi

Bergandingan bersama Sharifah Shahira dan Zizi untuk slot Breakfast @ Suria setiap pagi di Suria FM, menurut Halim, ia merupakan gandingan yang serasi.

“Gandingan kami bertiga merupakan yang terbaik kerana kami merupakan tiga generasi yang berbeza.

“Biarpun ada kalanya ia kedengaran seperti huru-hara, tetapi huru-hara yang berlaku itu sebenarnya ada makna dan bukan tanpa hala tuju.

“Banyak respons yang kami terima menyokong apa yang kami persembahkan sekarang ini,”luahnya lagi

Halim Othman Tangguh Kahwin


KUALA LUMPUR: Penyampai Radio Suria FM, Halim Othman mengakui kesibukan sebagai penyampai radio Suria FM menjadi salah satu punca dia menanguhkan perkahwiannnya pada 2010.

Kata Halim, sejak menyertai Suria FM dia terlalu fokus dan menumpukan segala perhatiannya kepada kerja sehingga terpaksa mengambil keputusan tersebut.

"Setelah bekerja semula saya rasa terlalu teruja dan meletakkan pekerjaan kepada tempat paling utama. Kami terlalu banyak agenda dan perancangan yang diaturkan bagi meningkatkan Suria FM.

"Jadi saya rasa tahun ini tidak sesuai untuk melakukan perkara yang agak besar bagi saya. Insya-Allah ia akan dilakukan pada tahun hadapan," katanya.

Sebelum ini, lelaki berusia 45 tahun ini mengakui sudah bertemu pasangan yang sesuai dan bakal mengikat hubungan mereka secara rasmi pada Jun lalu.

Namun disebabkan kesibukan, dia dan keluarga kekasihnya itu telah mencapai kata sepakat menangguhkannya dan menerima keputusan tersebut.

"Kami sudah berbincang dan menunda kepada satu tarikh yang baru iaitu dalam tahun hadapan.

"Saya mahu majlis tersebut dijalankan dengan keadaan yang tenang dan tidak secara tergesa-gesa dan kelam kabut," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Suria FM dan Red FM.

Tambah Halim, fokus utama terarah kepada tanggungjawabnya membawa Suria FM ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Biarpun ramai yang menganggap dia sudah tidak sehebat dulu, dengan pencapaian terbaru Suria FM secara tidak langsung membuktikan namanya masih berbisa.

"Ketika dibawa masuk, matlamat utama saya untuk bekerja habis habisan untuk capai sasaran ini. Maklumlah ketika itu saya sudah dua tahun berhenti dan tidak menyangka masih ada pengikut dan pendengar setia.

"Pada saya idea membawa rancangan yang digemari merupakan satu cara yang mampu tarik perhatian pendengar selain hanya sekadar celoteh kosong sahaja," katanya.

Halim Othman syok sendiri


SAYA merupakan salah seorang pendengar stesen Suria FM sejak awal kemunculan stesen ini lagi. Cuma apa yang dikesalkan apabila perubahan yang berlaku di stesen tersebut membuatkan saya menyampah.

Menyampah? Mengapa saya menyampah? Pasti ramai yang tak puas hati dengan kenyataan saya ini memandangkan sudah ada pembaharuan yang dilakukan oleh stesen itu untuk menarik minat pendengar. Apa yang pasti cuba anda dengan rancangan Breakfast @ Suria yang menampilkan deejay Halim Othman dan Zizi.

Halim sangat dominan dan mendominasi keseluruhan masa yang ada. Semua Halim nak sapu dan bercakap tanpa henti. Kasihan pula pada Zizi yang terkial-kial mengikut rentak Halim.

Mungkin ramai yang menyanjung tinggi keupayaan Halim bercakap tanpa henti tapi kena juga fikir perasaan pendengar. Adakah orang suka apa yang kita cakapkan?

Harap selepas ini perkara yang sama tak akan berulang lagi dan perubahan drastik perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan penonton terhadap Suria FM.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails