Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Harith Iskander. Show all posts
Showing posts with label Harith Iskander. Show all posts

Harith Iskander Terkejut Tuduhan Minta RM100,000 Daripada Stesen TV

Pelawak Harith Iskander menyifatkan tuduhan dia dikatakan menetapkan harga RM100,000 bagi menjayakan program Hari Raya di sebuah stesen televisyen adalah mengarut. Harith, 43, berkata, dia terkejut apabila isu itu timbul kerana sehingga kini belum ada mana-mana pelawak yang menetapkan harga seperti itu apatah lagi bagi menjayakan sebuah rancangan televisyen. "Hahahaha! Setakat ini tiada siapa yang mampu meletakkan harga sebegitu tinggi. Rasanya harga itu dah melampau. "Pelawak yang dimaksudkan bukan saya dan rasanya ia juga bukan daripada pelawak-pelawak yang saya kenal. Nilai harga yang dikatakan itu tidak masuk akal," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan seorang pelawak meletakkan harga RM100,000 apabila diundang menjayakan sebuah program Hari Raya sebuah stesen televisyen. Perkara itu mengejutkan pihak penerbit dan ia disifatkan mungkin salah satu cara untuk pelawak berkenaan menolak tawaran berkenaan. Walaupun akhbar berkenaan tidak menyebut siapakah pelawak yang dimaskudkan, tetapi komen-komen pembaca forum hiburan membuat spekulasi artis yang diperkatakan itu adalah Harith. Sementara itu, Harith berkata, walaupun ramai yang melihat dia mungkin perlu dibayar mahal tetapi pada dasarnya dia meletakkan bayaran RM10,000 untuk sesebuah acara majlis dan jumlah itu masih boleh dirunding. "Kalau nak tahu, kadar bayaran saya hanyalah 10 peratus daripada RM100,000 yang digosipkan itu. Dan kadarnya juga ditetapkan mengikut kesesuaian majlis dan klien itu sendiri. "Sekiranya klien itu berpuas hati dengan persembahan yang diberikan, mereka akan memanggil kita semula dan secara tidak langsung mereka akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding undangan persembahan sebelumnya," jelas Harith. Dalam pada itu, tambah Harith, peningkatan harga bayaran seseorang pelawak juga terpulang kepada pengalaman serta peningkatan cara persembahan lawak yang disampaikan di mana ia juga akan ditetapkan sendiri oleh pihak klien.

Harith Iskander Berusaha Kurus Kerana Usia Meningkat

Pelakon dan pelawak Harith Iskander nekad mengurangkan berat badannya selepas merasakan keperluan menjaga kesihatan ketika usia meningkat. Harith, 43, mengakui, pada usia sekarang dan ditambah dengan berat badan berlebihan turut menyebabkan dia sukar bermain dengan anak-anaknya kerana mudah berasa letih. "Hasrat saya kini hanya satu iaitu ingin kekal sihat selama mana yang boleh supaya dapat melihat anak-anak saya membesar sehingga dewasa. "Sebelum berkahwin saya tidak menjaga diri saya dengan baik tetapi selepas mempunyai anak kesedaran itu timbul dan apa yang saya lakukan ini (menguruskan badan) demi anak-anak," katanya kepada mStar Online.
Harith berkahwin dengan Jezamine Lim pada 2010 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Zander Xayne Iskander yang dua tahun dan Alessandrea Jayne Iskander, 9 bulan. Dalam pada itu, Harith mengakui bukan mudah untuk dia menukar gaya hidupnya namun sokongan daripada membuatkan dia nekad untuk berubah. Jelas Harith usahanya itu semakin menampakkan hasil apabila dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 24 kilogram dalam tempoh kurang daripada setahun. "Sebelum ini berat badan saya adalah 122 kilogram dan sekarang hanya 98 kilogram sahaja. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan keluarga saya berjaya.
"Bagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat badan sekarang dan menyasarkan untuk turun 18 kilogram lagi," jelasnya. Tambah Harith, dia akan memastikan dapat melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan aktiviti berjoging adalah paling diminatinya. Pelawak yang pernah terkenal menerusi siri Jangan Ketawa itu bakal muncul menerusi filem Despicable Me 2 versi bahasa Malaysia di saluran HBO (Astro 411) pada 28 Julai ini. Harith meminjamkan suaranya untuk watak sebagai Gru dalam filem berkenaan.

HARITH ISKANDER DIKURNIA ANAK KEDUA

Tahniah diucapkan buat pelakon dan pelawak Harith Iskander, kerana mendapat cahaya mata kedua Jumaat lalu apabila isterinya Jezamine Lim, selamat melahirkan bayi perempuan. “This little girl arrived at 11:26am. My wife is a champion," ujar Harith melalui akaun Twitternya.
Untuk info, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada Julai 2010. Mereka sebelum ini telahpun mempunyai anak pertama bernama Zander Xayne Iskander.

AKSI LUCU HARITH ISKANDER & FAMILY

Posing menarik Harith Iskander, isterinya Jezamine Lim dan anak mereka zander xayne iskander yang menjadikan keluarga ini unik. Tambah-tambah apabila Jezamine kini sedang hamil anak kedua dan ingin merakamkan saat-saat manis tersebut sebelum melahirkan. Bila diamati betul-betul gambar tersebut, macam ada dua orang yang hamil pula. Begitulah ragam Harith yang senantiasa suka bergurau dan ceria walau di mana sahaja. Malah anaknya Zander juga kini sudah terikut posing lawak seperti bapanya. Cayalah bro..!

KEBAHAGIAAN HARITH ISKANDER

Aksi terkini Harith Iskander, isterinya Jezamine Lim dan anak mereka zander xayne iskander. Inilah yang dikatakan kebahagiaan tidak mengenal usia atau paras rupa. Bak kata pepatah, ikan di laut, asam di darat... dalam periuk bertemu jua.

Harith Iskander Mohon Maaf Tayang Perut Isteri


KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelawak popular, Harith Iskander tidak bermaksud mahu mendapatkan publisiti murah dengan menayang perut isterinya, Jezamine Lim Iskander yang mengandung lapan bulan.

Gambar dia dan Jazamine yang menampakkan perut itu dikeluarkan menerusi akaun 'Twitter' miliknya.

Kata Harith, dia sebenarnya sekadar ingin berkongsi perasaan gembira dan teruja kerana bakal bergelar bapa pada Mac depan.

"Saya tak berniat pun mahu menunjuk-nunjuk tetapi sekadar ingin berkongsi kegembiraan dengan pengikut 'Twitter' saya.

"Walaupun menanti detik untuk bergelar bapa bukannya satu perkara luar biasa tetapi ia adalah perkara yang bukan biasa untuk diri saya kerana belum pernah merasai detik sebegitu," katanya.

Bagaimanapun, tambah Harith, dia meminta maaf sekiranya ada yang begitu sensitif mengenai isu gambar tersebut.

Bercerita mengenai detik kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggunya itu, Harith mengakui dia begitu teruja untuk menantikan saat-saat bahagia itu namun tidak mahu berlebih-lebihan dalam membuat persiapan.

"Saya dan isteri memang cukup teruja untuk menunggu saat kelahirannya dan kalau nak diikutkan hati, masuk kedai barangan bayi, rasa macam nak beli semua.

"Namun, kami cuba kawal perasaan itu dan mengamalkan konsep bersederhana. Tambah pula Jezamine tidak suka membazir, dia lebih suka mencari jualan barangan bayi yang murah di Internet kerana ia lebih berbaloi," ujarnya.

Sudah dapat restu keluarga

Sementara itu, pelawak yang bakal muncul dengan persembahan 'stand-up comedy' di Istana Budaya selama enam hari bermula Sabtu ini berkata, dia bersyukur kerana ibu dan bapa Jezamine yang sebelum ini tidak merestui perkahwinan sudah terbuka hati untuk menerimanya.

"Alhamdulillah, sudah setahun kami berdamai. Lagipun, sebelum ini saya tetap menganggap keluarga isteri macam keluarga sendiri.

"Saya faham perasaan mereka sebagai ibu bapa yang pastinya resah dan risau andai kata anak perempuan mereka tersalah pilih jodoh. Bagaimanapun, saya percaya, kehadiran cahaya mata kami nanti akan lebih mengeratkan lagi keakraban kami," ujarnya.

Harith telah mendirikan rumah tangga dengan Jezamine yang juga seorang doktor perubatan pada Julai 2010.

Harith Iskander tak sabar nak jadi ayah!

Harith Iskander (owner restoran Samsaraa, KL) mengakui bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim (dalam pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di HUKM, Cheras) sedang hamil 6 bulan. Mereka yang sudah setahun mendirikan rumahtangga (Julai 2010) dan kini bakal menunggu detik yang sangat bahagia. Bagaimanapun, Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012.

“Kadangkala saya akan mengubah sesuatu perkara itu mengikut keadaan. Jadi sebab itu saya tidak mahu lagi menetapkan nama anak saya walaupun sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai

“Setiap tiga hingga empat minggu, saya akan membawa isteri membuat pemeriksaan kandungannya dan kami sudah mula membeli barangan bayi sedikit demi sedikit.

“Saya juga sentiasa menjaga isteri sewaktu dia alahan teruk semasa tiga bulan kehamilannya tetapi sekarang dia sudah tidak alahan lagi,” ujarnya. -Via

Harith Iskander Bakal Timang Anak Lelaki


PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Harith Iskander mengakui bakal menimang anak lelaki memandangkan isterinya Jezamine Lim sedang hamil 6 bulan.

Bagaimanapun, Harith yang sudah mempunyai beberapa senarai nama anak masih belum membuat pemilihan nama yang sesuai sehingga anaknya lahir pada Mac 2012.

“Kadangkala saya akan mengubah sesuatu perkara itu mengikut keadaan. Jadi sebab itu saya tidak mahu lagi menetapkan nama anak saya walaupun sudah mempunyai beberapa nama dalam senarai,” katanya kepada mStar Online.

Seperti pasangan lain, Harith juga sudah membuat persediaan untuk bergelar bapa dan sentiasa menjaga isteri tersayang dengan baik.

“Setiap tiga hingga empat minggu, saya akan membawa isteri membuat pemeriksaan kandungannya dan kami sudah mula membeli barangan bayi sedikit demi sedikit.

“Saya juga sentiasa menjaga isteri sewaktu dia alahan teruk semasa tiga bulan kehamilannya tetapi sekarang dia sudah tidak alahan lagi,” ujarnya tentang isteri yang sedang menyambung pengajian ijazah doktor falsafah atau PhD di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Pasangan ini diijabkabulkan pada Julai 2010.

Dalam pada itu, Harith turut memaklumkan tentang Restoran Samsaraa di Sri Hartamas miliknya dan isteri yang telah ditutup dan dijual pada empat bulan lalu.

“Kini saya sudah tidak melakukan apa-apa perniagaan dan menumpukan kepada projek filem kedua yang akan diarahkan oleh saya selepas filem Hanya Kawan.

“Selain itu, saya juga akan terlibat dalam pementasan teater Muzikal Cuci 3 dan Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal 2,” ujarnya lagi.

Harith juga akan menjayakan acara stand up comedy terbesar di Asia yang dinamakan 'Kings & Queen of Comedy Asia 2' di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 dan 19 November ini.

(GAMBAR)Jezzamine, Isteri Harith Iskandar Yang Cun

Harith Iskandar, pelakon dan pelawak baru-baru ini telah berkongsi gambar isterinya di Facebook. Jezzamine Lim Iskander kini sedang mengandung 3 bulan. Memang meletup isteri beliau ini bukan?


Jezamine Lim Sah Isteri Harith Iskander


PETALING JAYA: Sekian lama membujang, kini pengarah, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Harith Iskander Musa sah bergelar suami kepada doktor dan model sambilan, Jezamine Lim selesai majlis pernikahan kedua mempelai di Kota Damansara, di sini hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Harith Iskander, 44, dan gadis berdarah kacukan Cina dan India, Jezamine, 27, yang baru memeluk Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Shah Alam, Selangor, 12 Mei lalu berjaya disatukan walaupun tanpa kehadiran ramai ahli keluarga masing-masing.

Dalam majlis serba ringkas itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin Carat Club serta wang hantaran sebanyak RM50,000.

Harith yang diapit sahabat baiknya, Hans Isaac turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senaskhah al-Quran dan satu persalinan kain kepada pihak perempuan.

Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran antaranya tali leher Louis Vuitton, kasut Valentino, set wangian Dunhill, buah-buahan dan manisan Paatchi Chocolate.

Sementara itu, Harith memberitahu pemberita, sepanjang majlis berlangsung dia terkenangkan arwah kedua ibu bapanya yang baru sahaja meninggal dunia bermula bapanya, Musa Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun pada 26 Februari diikuti ibunya, Farida Jane Musa, 83, tiga minggu kemudian.

"Sebelum meninggal dunia, ibu sempat berpesan bahawa dia akan 'berpihak' kepada Jezamine kerana dia terlalu sayang padanya.

"Saya dapat rasakan kehadiran mereka. Hari lahir ibu dan bapa kebetulan jatuh pada bulan ini dan kami memilih hari ini bagi memperingati mereka," ujarnya.

Jezamine pula terpaksa mengharungi tentangan keluarga apabila menetapkan hati dan fikirannya untuk mengahwini Harith serta menjadi saudara baru Islam.

"Saya percaya ini merupakan cabaran untuk menguji sekuat mana kasih sayang kami.

"Yang penting, kami tidak akan berputus asa kerana tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini, walaupun pada mulanya tidak direstui tapi lama-kelamaan pasti mereka berlembut," kata Jezamine yakin.

Harith dan Jezamine bertunang tanpa sebarang majlis rasmi pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas berkenalan menerusi Facebook, bertukar-tukar SMS dan berpacaran hampir setahun lamanya.

Disebabkan kepadatan jadual, Harith yang sepatutnya mula latihan bagi teater Cuci The Musical 2 Julai depan itu juga mengakui terpaksa menangguhkan percutian bulan madu sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, kira-kira 100 tetamu yang hadir dijamu hidangan tajaan restoran milik pasangan mempelai, Samsaraa. Restoran itu terletak di No. 11, Jalan Sri Hartamas 7, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails