Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Hazami. Show all posts
Showing posts with label Hazami. Show all posts
Mahu Kurus Bawa Padah Buat Hazami Sehingga Pendarahan Usus
Penyanyi Hazami mendedahkan sikap obses mahu menurunkan berat badan menjadi punca terjadinya pendarahan usus besar terhadap dia.
Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, berkata, sikap obsesnya itu bermula kira-kira 10 tahun yang lalu apabila dia merasakan imejnya kurang menarik ketika muncul dalam program televisyen.
"Saya mempunyai berat badan sebanyak 78 kilogram ketika awal pembabitan dalam dunia hiburan.
"Tetapi demi mahu melihat imej yang segak di televisyen, saya mengamalkan diet yang tidak sihat di mana saya hanya makan sekali sehari sahaja.
"Target saya tercapai. Saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram pada tahun 2009. Dan saya mengamalkan diet tersebut sehinggalah sebelum dimasukkan ke hospital," katanya. yang ditemui di kediaman ibunya di Gombak, petang Jumaat.
Terdahulu Hazami telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada 6 Ogos lalu akibat mengalami pendarahan usus.
Dalam pada itu, Hazami turut mendedahkan meminum terlalu banyak kopi pekat juga adalah sebahagian punca dia mengalami penyakit tersebut. Sejak pulang dari hospital beberapa hari lalu, dia mula belajar mengambil pemakanan yang lebih sihat.
"Ini satu pengajaran besar buat diri sendiri. Cuma susah juga nak biasakan diri makan banyak kali dalam sehari.
"Alhamdulillah, keluarga banyak menyokong dan membantu saya untuk makan secara teratur. Saya perlu berehat selama empat bulan sebelum kembali aktif dalam dunia seni," ujarnya.
Sementara itu, Hazami berkata, sejak terlantar di hospital, dia mula sedar bahawa rakan-rakan dan keluarga sentiasa di sisi, tidak seperti yang digambarkannya iaitu melawan penyakit seorang diri.
"Saya selalu menganggap tiada siapa yang akan berada di samping kita kecuali keluarga terdekat ketika kita dalam kesusahan.
"Tetapi saya silap. Rakan-rakan, keluarga dekat dan jauh termasuklah pelajar-pelajar saya bersilih ganti datang melawat dan memberi semangat kepada saya.
"Melalui pengalaman ini juga membuatkan saya mahu menjadi seorang manusia yang lebih positif selain mendekatkan diri kepada Allah," tuturnya.
Terdahulu Hazami menerima kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez yang turut memberi sumbangan sebanyak RM1,000 kepadanya.
Penyanyi Rozita Rohaizat turut hadir melawatnya.
Hazami adalah pemegang Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London dan popular dengan lagu Sonata Musim Salju.
Hazami Terganggu Dikhabarkan Meninggal Dunia
Penyanyi Hazami meminta orang ramai agar tidak terus mempercayai khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya dia meninggal dunia.
Pengurusnya Aszuad Zakaraia berkata, Hazami berasa sedikit terganggu dengan tuduhan itu selepas dia menerima banyak panggilan telefon yang ingin mengetahui kesahihan berita itu.
“Hazami agak tertekan dengan tuduhan tidak benar itu dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar tersebut,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini malam Rabu.
Terdahulu Hazami atau atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada Jumaat lalu akibat mengalami pendarahan usus.
Mengenai perkembangan terbaharu Hazami, Aszuad berkata, penyanyi itu telah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan berkenaan pada tengah hari Rabu.
Dia kini tinggal bersama ibunya di Gombak dekat sini dan masih dalam pemerhatian doktor.
“Alhamdulillah… Hazami menunjukkan perkembanhan positif dan dia juga kelihatan agak ceria. Ketika ini doktor minta agar dia menjaga pemakanannya,” kata Aszuad.
Hazami Dalam Keadaan Lemah Akibat Pendarahan Usus
Penyanyi Hazami berada dalam keadaan lemah selepas dikejarkan ke hospital pada malam Khamis akibat menghidap pendarahan dalam usus.
Abangnya, Azhary Ahmad, 43, berkata, Hazami pada mulanya mengadu sakit perut kira-kira pukul 11 malam dan meminta seorang rakan membawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan.
"Semasa tiba di klinik, dia tiba-tiba pengsan dan keluar darah dari bahagian ususnya menyebabkan doktor meminta ia dirujuk ke hospital,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Jumaat.
Azhary berkata, selepas dihantar ke Pusat Perubatan Tropicana Damansara di sini, doktor mengesahkan Hazami mengalami komplikasi pada bahagian usus yang agak serius dan perlu menjalani pembedahan.
Katanya, penyakit tersebut boleh menjadi kanser jika tidak diubati dengan segera.
"Dia berada dalam keadaan yang sangat lemah. Doktor masih belum pasti bilakah pembedahan itu dapat dilakukan. Ia bergantung kepada keadaan Hazami," ujarnya.
Menurut Azhary lagi, buat masa ini Hazami dipantau di satu unit khas pusat perubatan itu dan tiada sesiapa dibenarkan melawat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja.
Sehubungan itu dia berharap agar para peminat dapat mendoakan kesihatan adiknya agar kembali sembuh seperti biasa.
Hazami atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, popular dengan lagu Sonata Musim Salju.
Beliau adalah pemegang Ijazah Kejuruteraan Reka Cipta dari Universiti Brunel, London.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
