Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Herman Tino. Show all posts
Showing posts with label Herman Tino. Show all posts

Herman Tino Tidak Kecil Hati Dituduh Tidak Waras

Penyanyi Herman Tino tidak berkecil hati dengan segelintir pihak yang menuduhnya sebagai tidak waras apabila mengambil keputusan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini dan kemudiannya mengumumkan menarik diri. Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60, berkata, cakap-cakap berkenaan tidak memberi kesan kepadanya kerana ia adalah perkara biasa dalam dunia politik. "Apa yang mereka katakan tentang saya bukan satu masalah kepada kerana ada lebih banyak pemimpin lain yang dikecam dengan pelbagai tuduhan. "Saya tidak kisah jika mereka ingin terus melemparkan tuduhan negatif dan ia adalah perkara biasa," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin. Dalam pada itu, Herman Tino berkata, keputusannya menarik diri tepat selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan bertanding pada PRK tersebut. Jelas Herman Tino, tujuan asalnya bertanding bagi menunjukkan protes kepada Anwar dan bukannya berhasrat memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu. "Saya ambil keputusan untuk bertanding hanya semata-mata untuk menunjukkan protes kepada beliau (Anwar) dan bukannya ingin memenangi kerusi DUN tersebut. "Nampaknya keputusan menarik diri adalah tepat kerana Anwar juga tidak dapat bertanding," katanya. Sementara itu, Herman Tino turut memberitahu hubungannya dengan isteri iaitu Noraini Ibnu kembali jernih selepas mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada PRK tersebut. Katanya, mereka suami isteri tidak bertegur sapa selama dua minggu ekoran keputusannya ingin bertanding pada pilihan raya itu. "Sejak saya memberitahu tidak jadi bertanding pada PRK tersebut hubungan kami mula jernih selepas dua minggu tidak bertegur sapa," katanya.

Herman Tino Sedih Isteri Tentang Tanding Bebas

Penyanyi Herman Tino sedih apabila keputusannya untuk bertanding di Parlimen Tanjung Karang atas tiket Bebas tidak mendapat restu serta ditentang oleh isterinya, Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM, Noraini Ibnu. Herman Tino atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 59, berkata, isterinya yang juga juruhebah di Klasik Nasional kecewa kerana dia mahu mencabar penyandang kerusi Parlimen berkenaan iaitu calon Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. "Saya sedih kerana isteri tidak menyokong keputusan saya untuk bertanding pada pilihan raya ini kerana dia tidak bersetuju saya menentang Noh Omar di Parlimen berkenaan," katanya ketika menghubungi mStar Online di sini pada Isnin. Selain Noh Omar dan Herman Tino, kerusi berkenaan turut ditandingi oleh calon PAS iaitu Mohamad Rashdi Deraman. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Noh menewaskan Mohamed Hanipa Maidin (PAS) dengan majoriti 3,820 undi. Herman Tino yang popular dengan lagu Yale Yale dan Pelita Dalam Kabus itu memperoleh wang sebagai deposit untuk bertanding selepas dua rakannya menggadaikan kereta mereka bernilai RM10,000. Sehubungan itu dia berharap akan mendapat sokongan daripada isteri yang menjadi tulang belakangnya selama ini untuk membantunya berkempen. "Keputusan ini telah menjejaskan hubungan kami namun saya sangat berharap dia akan menyokong keputusan saya bertanding di Tanjong Karang," katanya. Herman Tino yang mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haron di sini akan menggunakan lambang bunga raya pada PRU-13 ini. Sementara itu, Noraini ketika dihubungi mStar Online bagaimanapun enggan mengulas mengenai keputusan suaminya yang bertanding atas tiket Bebas itu. “Saya tidak dapat mengulas. Terpulanglah kepada dia (Herman Tino),” katanya ringkas. Herman Tino bakal menampilkan tiga manifesto kepada masyarakat Tanjong Karang iaitu jambatan kasih sayang, perdamaian politik dan jaga harta benda sebagai bahan kempennya. Parlimen itu mempunyai 42,410 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu seramai 31,096 orang, Cina (7,043), India (4,158) dan kaum lain (113).
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails