Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Hisyam Hamid. Show all posts
Showing posts with label Hisyam Hamid. Show all posts

Dikutuk Tanpa Sebab, Hisyam Hamid Sekat Pengikut Instagram

Pelakon Hisyam Hamid mengambil pendekatan untuk menyekat mana-mana pihak yang memberi komen buruk di akaun laman sosial Instagram miliknya. Hisyam, 30, berkata, komen-komen negatif itu dianggap tidak memberi manfaat kepadanya apatah lagi apabila ia bersifat kritikan tanpa sebab. "Biasalah, sebagai seorang selebriti, kritikan itu pasti ada. Tetapi ia ada dua jenis iaitu kritikan yang boleh perbaiki diri dan maki hamun tanpa sebab. "Itu saya akan tapis dan sekat mereka yang bersikap berlebih-lebihan apabila memberi komen. Saya tak faham apa sebab mereka memberi komen sebegitu sedangkan mereka hanya kenal saya mahupun artis lain berdasarkan di televisyen dan laman sosial," katanya kepada mStar Online. Tambah Hisyam, dia juga kesal dengan segelintir pengikut yang mengutuk isterinya yang tiada kaitan dalam industri seni tempatan dan perkara itu akan membuatkan dia lebih bengang.
Sementara itu, mengenai karier lakonan pula, kata Hisyam, walaupun sibuk dengan penggambaran untuk produksi tempatan, dia juga masih lagi menerima tawaran lakonan di Singapura. "Saya masih lagi berlakon di Singapura, tidak meninggalkan industri seni di sana terus. Lagipun masih ada lagi tawaran di sana dan rasanya saya tidak boleh sia-siakannya. "Andai kata jadual saya kosong, apa salahnya. Yang penting tempoh masa penggambaran tidak boleh terlalu lama kerana ia menyukarkan kerjaya saya di Malaysia pula," tuturnya. Dalam perkembangan lain, lakonan Hisyam dapat disaksikan menerusi drama telenovela Memori Cinta Suraya setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.30 petang bermula 17 Ogos 2015 di Astro Bella dan Astro Mustika HD.

Isteri Hisyam Hamid Nafi Kawal Kerjaya Suami

Isteri kepada pelakon dari Singapura, Hisyam Hamid terkejut apabila dituduh sebagai seorang yang sukar dibawa berbincang hal berkaitan kerjaya suaminya dan bersikap 'lebih sudu dari kuah'. Rosmawati Hanafi, 33, berkata, dia tidak pernah cuba mengawal kerjaya suaminya malah segala keputusan yang dilakukan sebagai seorang pengurus adalah menerusi perbincangan dengan Hisyam. "Saya sendiri terkejut apabila isu ini ditimbulkan kerana sepanjang menguruskan kerjaya suami di Malaysia saya cuba berurusan dengan semua pihak sebaik mungkin. "Jika ada sesuatu tawaran yang tidak dapat dipenuhinya saya akan tolak secara baik bagi pihak Hisyam malah meminta maaf kerana tidak dapat bekerjasama," katanya kepada mStar Online. Rosmawati ditemui pada majlis pelancaran program terbaharu Terima Kasih Sayang di Restoran Talent Lounge di sini, Rabu. Program yang memberikan pengiktirafan kepada kaum wanita itu turut menampilkan barisan artis seperti Hisyam Hamid bersama isteri, Fizo Omar dan Mawar selain Sharifah Aleya dan Sharifah Amani. Ia bakal bersiaran setiap Jumaat pada pukul 6 petang bermula 28 Mac ini.
Bagaimanapun kata Rosmawati, dia tidak berkecil hati atau pun tertekan dengan gosip berkenaan kerana ia adalah lumrah biasa dalam dunia hiburan. Dalam pada itu, Hisyam, 29, berkata, dia tidak mahu membebankan fikirannya dengan laporan negatif tersebut kerana ia tidak benar seperti didakwa. Jelas Hisyam yang popular menerusi drama bersiri Ariana Rose berkata, tujuan utamanya datang ke negara ini adalah untuk melebarkan sayap sebagai pelakon dan bukannya menimbulkan masalah kepada orang lain. "Susah sebenarnya hendak memuaskan hati semua orang dan saya juga tidak berharap semua orang akan suka dengan diri kita. Tujuan saya datang ke sini adalah untuk berlakon dan gosip yang timbul hanya salah faham," katanya. Sementara itu, Hisyam berkata, dia juga tidak mempunyai sebarang sebab untuk melantik pengurus lain ekoran gosip berkenaan kerana lebih selesa bekerjasama dengan isterinya sendiri. Kata Hisyam, walaupun Rosmawati menguruskan kerjayanya dari Singapura namun dia melakukan tanggungjawab dengan baik selain sering berbincang tentang tawaran yang diterima. "Satu perkara yang mungkin orang salah faham adalah semua keputusan saya yang buat apabila saya terima sesuatu tawaran dan bukannya Rosmawati. "Perkara itu hanya salah faham dan tiada sebarang sebab mengapa saya perlu melantik orang lain untuk menguruskan kerjaya seni saya," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Hisyam berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Singapura berjudul Di Luar Garisan Cinta musim kedua sebelum kembali ke Kuala Lumpur untuk projek seterusnya. Malah kata Hisyam dia juga bakal memasuki set penggambaran filem Sinaran bersama Neelofa dan Lisa Surihani arahan Osman Ali.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails