Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ieda Moin. Show all posts
Showing posts with label Ieda Moin. Show all posts

Kekasih Baru Bukan Punca Ieda Moin Batalkan Pertunangan

Pelakon dan penyanyi Ieda Moin menjelaskan perkenalannya dengan Mohd Amril Gul Abdul Rahman bukanlah punca dia bertindak membatalkan pertunangan dengan seorang pemuda pada April lalu. Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, sebaliknya berkata, dia mengenali Mohd Amril selepas kejadian berkenaan dan terkejut kenapakah teman baharunya itu dituduh menjadi orang ketiga. "Pada asasnya tidak ada siapa tahu kisah mengenai kejadian itu dan saya agak terkejut apabila berita saya tidak jadi bertunang itu tiba-tiba tersebar dan Mohd Amril dikatakan sebagai punca. "Ia tidak benar kerana kami hanya berkenalan selepas saya mengambil tindakan membatalkan pertunangan tersebut," katanya kepada mStar Online. Ieda ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pontianak Menangis di The Curve di sini, malam Isnin. Penyanyi itu terdahulu pernah berkahwin dengan Mohamad Naquib Idris, 35, namun bercerai pada 18 Disember tahun lalu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai punca dia membatalkan pertunangan tersebut, Ieda berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab khusus atas tindakannya itu. Bagaimanapun kata Ieda, dia menanggap lelaki berkenaan bukan jodohnya dan enggan mengenang perkara yang sudah berlalu. "Saya sudah lama kenal lelaki berkenaan dan dia peminat saya sejak zaman sebelum saya kahwin dahulu namun hubungan kami kembali rapat selepas saya bercerai akhir tahun lalu. "Saya tiada alasan mengapa saya batalkan pertunangan tersebut tetapi mungkin juga kerana saya belum bersedia," jelasnya. Sementara itu, bercakap mengenai hubungannya bersama Mohd Amril, Ieda tanpa berselindung memberitahu dia bahagia disamping lelaki berusia 32 tahun itu namun masih terlalu awal untuk bercakap soal kahwin. "Saya tidak mahu terburu-buru, kami pun masih baru lagi bercinta. Biarlah kami kenal hati budi masing-masing dahulu, Insya-Allah kalau ada jodoh kami berkahwin," katanya.

SEBUTAN KES 18 DISEMBER - SUAMI IEDA MOIN FAIL PENCERAIAN

Jika sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ieda Moin pernah menafikan yang rumah tangganya mengalami pergolakan, namun perkembangan terkini melaporkan bahawa suaminya sendiri iaitu Mohd Naquib Idris, telah memfailkan perceraian ke atas Ieda. Mereka dilihat telah berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu. Hasilnya, 18 Disember ini dilaporkan sebagai tarikh sebutan kes pasangan ini. "Ya... memang benar," jawab Ieda ketika dihubungi media mengenai kes Mahkamah Syariah itu. "Belum cerai, tapi saya tak nak komen apa-apa buat masa ini. Saya bukan tak nak kongsi, tapi saya takut. Doakan yang terbaik buat saya. Kalau sudah bersedia, saya akan kongsi. Jangan risau, saya OK," tambah Ieda lagi. Menurut laporan Berita Harian pula, suami Ieda kononnya mempunyai orang ketiga hingga mereka tidak lagi tinggal sebumbung, selain artis itu mendakwa suaminya dikatakan berubah perangai. Malah Ieda sendiri pernah mengakui bahawa lima tahun kebelakangan ini, rumah tangga mereka kian hambar selain berdepan dengan masalah komunikasi. Untuk rekod, Ieda mendirikan rumah tangga dengan Mohd Naquib sejak lapan tahun lalu dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania, yang kini berusia enam tahun.

Ieda Moin Difitnah Pengasas Produk Jamu

Pelakon dan penyanyi Ieda Moin berasa kecewa kerana diperalatkan oleh seorang pengasas produk jamu selepas individu berkenaan gagal menunaikan janji untuk melantiknya sebagai duta. Lebih mengecewakan, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, berkata, individu itu turut menabur fitnah kononnya dia seorang artis yang bermasalah. "Sebelum ditawarkan menjadi duta saya mencuba sendiri produk berkenaan dan Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif dan saya berjaya mengurangkan berat badan. "Saya banyak mempromosikan produk itu dalam akhbar dan media sosial atas dasar ingin berkongsi dengan peminat yang ingin menguruskan badan. "Apabila produk tersebut mula dikenali dan pengasasnya sudah ramai kenalan dalam kalangan selebriti, dia mula lupa terhadap janji yang pernah dia buat kepada saya malah memburukkan nama saya kepada orang lain," katanya kepada mStar Online.
Ieda kini hanya mengamalkan senaman dan pemakan sihat bagi mengekalkan berat badan idealnya. Tambah Ieda, dia kesal apabila nama baiknya tercalar kerana dia belum pernah menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak. Dalam pada itu, Ieda berkata, dia kini tidak lagi menggunakan produk berkenaan dan hanya mengamalkan pemakanan sihat dan senaman bagi mengekalkan berat badannya. "Alhamdulillah tanpa produk berkenaan pun saya masih mampu menurunkan berat badan sebelum ini iaitu 72 kilogram kepada 48 kilogram dengan melakukan senaman setiap hari dan mengambil pemakanan sihat," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Ieda berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran beberapa drama selain Selamat Pengantin Madu dan Misiku Kuza sedang ditayangkan.

Ieda Moin Hilang Tawaran Berlakon Kerana Berbadan Kurus

Pelakon dan penyanyi Ieda Moin terkilan apabila ada beberapa produksi menarik balik tawaran lakonan yang diberikan kepadanya apabila mengetahui dia kini sudah langsing dan kurus. Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 34, berkata, dia berasa pelik dengan keadaan itu kerana menyangka perubahan fizikalnya itu akan memudahkan peluangnya untuk mendapat tawaran berlakon. "Terkejut juga saya apabila diberitahu tawaran ditarik balik kerana saya berbadan kurus dan mereka mahukan pelakon komedi wanita yang berbadan besar. "Pemikiran bahawa hanya wanita bersaiz besar yang boleh buat lawak sepatutnya sudah lama dibuang dan kejadian tersebut memang buat saya terkilan," katanya kepada mStar Online. Ieda yang pernah memiliki berat sebanyak 72 kilogram berjaya mengurangkan kepada 48 kilogram. Bagaimanapun kata Ieda, keadaan itu hanya bersifat sementara dan kini tawaran lakonan kepadanya kembali seperti biasa.
Malah kata Ieda, dia seronok apabila mendapat pelbagai tawaran yang bukan sahaja untuk peranan komedi tetapi juga watak lain seperti antagonis dan penggoda. Dalam pada itu, Ieda tidak menafikan dia menguruskan badan untuk kelihatan cantik seperti mana wanita lain namun kini ia bukanlah faktor utama. Jelas Ieda, usianya yang semakin meningkat membuatkan dia takut akan diserang pelbagai penyakit akibat berat badan berlebihan dan perkara itu menjadi faktor pendorong kepadanya untuk menguruskan badan. "Siapa tidak mahu cantik? Tetapi itu bukanlah faktor utama kerana paling penting sekarang saya dapat menjaga kesihatan tambahan pula sekarang ini macam-macam penyakit ada. "Sebelum terlewat adalah lebih baik saya mula mengamalkan gaya hidup sihat," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Ieda berkata, dia bakal muncul dengan dua telefilem terbaharu iaitu Aura Boche Beraya dan Kelab Kelib untuk tontontan hari raya. Malah dua drama bersiri lakonannya berjudul Selamat Pengantin Madu dan Misiku Kuza sedang ditayangkan.

Tawaran Berlakon Ieda (Moin) Semakin Kurang Gara Gara Kurus

KUALA LUMPUR: Pelakon komedi Siti Haida Abd Moin atau Ieda Moin mengakui kurang mendapat tawaran berlakon gara-gara menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram daripada 75 kilogram sebelum ini. Ieda berkata, dia hairan dengan situasi tersebut namun menganggap mungkin pihak produksi tidak lagi melihat dirinya mempunyai unsur komedi apabila badannya sudah kurus. "Saya pun agak hairan kenapa tawaran berlakon sudah kurang selepas berjaya menguruskan badan kerana sepatutnya ia lebih membuka ruang kepada saya sebagai pelakon. "Mungkin mereka melihat saya tidak lagi sesuai untuk membawa watak komedi," ujarnya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Ieda, dia tetap optimis dengan situasi tersebut dan menganggap ia bukan rezekinya buat masa ini. Dalam pada itu Ieda memberitahu dia nekad untuk menguruskan badan bukan sahaja ingin kelihatan cantik tetapi memandang serius terhadap faktor kesihatan. "Dulu sebelum kahwin saya berat badan saya hanya 42 kilogram dan selepas kahwin naik mendadak kepada 75 kilogram dan macam-macam penyakit timbul sejak itu. "Alhamdulilah selepas turun 25 kilogram penyakit seperti darah tinggi dan saraf yang saya hidapi telah hilang dan saya jadi lebih bertenaga," katanya. Ieda berazam untuk mengurangkan berat badannya sebanyak 10 kilogram lagi bagi mendapatkan bentuk asal fizikalnya seperti sebelum ini. Dalam perkembangan lain dia sedang merancang untuk membuat kemunculan semula bersama adiknya iaitu Eddie Moin menerusi kumpulan Moin yang pernah dianggotai mereka suatu ketika dahulu. Ieda bagaimanapun berkata, setakat ini hasrat itu hanyalah perancangannya dan berharap ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails