Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Iesya Toh. Show all posts
Showing posts with label Iesya Toh. Show all posts
Suami Pinta Iesya Toh Berhijab
Suami kepada pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh memberi tempoh buat isterinya untuk tampil berhijab selepas kedua-dua mereka sah diijabkabulkan pada Jumaat.
Huzairee Muhamad, 34, berkata dia memberikan sedikit masa buat isterinya untuk melakukan perubahan iaitu menutup aurat secara berperingkat.
“Mengenai berhijab, saya memberi sedikit masa pada dia dan saya mahukan perubahan berlaku sedikit demi sedikit.
“Apa yang penting, dia memahami apa yang saya mahukan dan saya berharap agar tidak perlu lagi tegur dia pada masa akan datang,” katanya kepada mStar Online.
Terdahulu Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 32, selamat bernikah dengan Huzairee dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di RTM, Angkasapuri di sini pada Jumaat.
Pada majlis itu Iesya menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 berserta wang hantaran RM50,000.
Majlis resepsi pihak perempuan diadakan di Perkarangan Wisma TV Angkasapuri, RTM pada Sabtu (hari ini) pukul 8 malam manakala majlis bertandang sebelah lelaki pula akan diadakan di Senwang, Negeri Sembilan pada 7 Jun depan.
Dalam pada itu bagi Iesya pula, dia berasa terharu kerana bertemu jodoh dengan ahli perniagaan yang begitu tegas dalam hal agama.
Iesya akan lakukan yang terbaik dan sentiasa patuh dengan arahan suaminya untuk berhijab suatu hari nanti.
“Kalau kita nampak Huzairee macam biasa sahaja tetapi dia sebenarnya sangat tegas dalam bab-bab agama dan Alhamdulliah saya sah bergelar isteri kepadanya.
“Saya ada cakap kepada dia supaya beri saya sedikit masa untuk berhijab dan dia sudah memberi tempoh masa itu tetapi jika terlebih dari tempoh yang diberikan dan saya masih berdegil, dia akan paksa saya,” katanya.
Tambah Iesya, suaminya seorang yang matang dan boleh dibawa berbincang namun kadang-kala nasihat yang dikeluarkan suaminya agak pedas tetapi untuk kebaikan.
Sementara itu, mengenai status kes penipuan perancang perkahwinan yang membuatkan Iesya kerugian lebih RM20,000, dia berkata individu tersebut masih belum membayar wang itu dan terus menghilangkan diri.
Walaupun dilanda pelbagai dugaan namun perkahwinan Ieysa masih diteruskan dan dia bersama pasangangannya menerima 56 tajaan daripada pelbagai pihak.
Insiden MH17 Jadi Punca Iesya Toh Tangguh Kahwin
Pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh menangguhkan perkahwinannya yang dirancang berlangsung pada 10 Oktober depan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian sebagai menghormati insiden pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17.
Iesya atau nama sebenar Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 30, berkata, perkara tersebut dilakukan bagi mengelakkan pertembungan tarikh antara pernikahannya dengan ketibaan jenazah MH17 yang kini dalam proses dibawa pulang.
"Pihak RTM berhasrat untuk menyiarkan majlis akad nikah saya secara langsung di Selamat Pagi Malaysia dan upacara akad nikah akan berlangsung di Masjid Angkasapuri.
"Bagaimanapun, saya menghormati jenazah-jenazah mangsa MH17 yang sedang dalam proses dibawa pulang dalam tempoh beberapa bulan ini dan RTM pula menyiarkan upacara menyambut jenazah itu secara langsung," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Selasa.
Iesya bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zairee, 33, yang berasal dari Negeri Sembilan selepas setahun berkenalan.
Iesya menambah, dia tidak mahu majlis perkahwinannya diraikan secara besar-besaran ketika semua rakyat bersedih menyambut kepulangan jenazah.
Sehubungan itu dia dan keluarga mengambil keputusan penangguhan tersebut kepada satu tarikh yang dijangka pada tahun hadapan.
"Jangan salah sangka, perkahwinan ini ditangguhkan kerana menghormati MH17 bukan kerana sebab-sebab lain atau masalah dalaman hubungan kami.
"Saya tidak mahu terlalu gembira meraikan majlis ini ketika negara kita bersedih menyambut ketibaan jenazah mangsa yang kita tidak tahu bila akan selesai semuanya, jadi mungkin kalau tiada apa halangan kemungkinan tahun depan," ujarnya.
Sementara itu, Iesya berkata, persiapan untuk majlis tersebut sudah siap sepenuhnya termasuk menerima pelbagai tajaan mencecah RM500,000.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kesemua penaja memahami situasi dan punca penanguhan tersebut.
"Alhamdulillah lepas berita tentang saya ingin berkahwin ramai penaja yang tampil dan menghubungi perancang perkahwinan saya.
"Tapi tidak semua yang saya ambil kerana sya atidak mahu perkahwinan saya jadi seperti majlis mereka pula, jadi saya pilih yang tertentu sahaja seperti makanan, pakaian dan pelamin itupun kalau dikira mencecah RM500,000," ujarnya.
Dalam pada itu, bercerita tentang bakal suaminya, Iesya berkata, biarpun baru setahun mengenali lelaki tersebut, kedua-dua mereka mempunyai keserasian untuk hidup bersama.
Tambahnya, secara tidak langsung juga perkahwinan yang bakal berlangsung itu dapat menepis semua gosip buruknya sebelum ini apabila kehidupannya dikatakan ditaja oleh individu tertentu.
"Saya kenal dia sudah hampir setahun juga dan Ogos lalu keluarga dia sudah datang merisik dan menetapkan tarikh perkahwinan kami.
"Alhamdulillah dia seorang yang sangat memahami dan tahu tentang gosip-gosip saya sebelum ini, dia tanya sendiri dan minta penjelasan saya sebelum mendengar daripada mulut orang lain," ujarnya.
Iesya Toh Beri Masa 2 Hari Sebelum Saman Peminat
Penyanyi dan pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM Iesya Toh memberi tempoh dua hari bermula Khamis kepada individu yang telah menyebarkan fitnah terhadapnya agar tampil memohon maaf secara terbuka.
Iesya atau nama penuhnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 29, berkata, tindakan saman akan diambil jika individu yang juga pengikut Twitter miliknya gagal berbuat demikian.
"Dia fitnah saya di laman sosial Twitter dengan mendakwa saya mempunyai hubungan sulit dengan beberapa orang kenamaan dan melakukan aktiviti tidak bermoral.
"Pada asalnya dia mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan maki hamun saya serta memporak-perandakan kelab peminat saya selepas dia tidak dijemput untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan kelab peminat saya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Iesya berkata, dia kini sedang berbincang dengan peguamnya dan akan mengumpulkan beberapa bukti untuk mengheret individu tersebut ke muka pengadilan sebagai memberi pengajaran kepadanya.
"Dia menggunakan nama Nursyuhada dalam akaun Twitternya dan pada asalnya berpura-pura sebagai peminat namun lama kelamaan dia mula membuat onar dan menghasut peminat saya dengan memburukkan saya.
"Saya ingin dia hentikan tindakan dia yang suka membuat fitnah yang turut dilakukan kepada Hanez Suraya dan artis-artis yang lain," katanya.
Sementara itu, Iesya berkata, dia telah membuat satu laporan polis terhadap kes tersebut di Balai Polis Kelana Jaya di sini pada petang Rabu.
Jelas Iesya, fitnah tersebut telah menjatuhkan maruah dan menjejaskan reputasinya sebagai seorang artis.
Kereta Proton Perdana Pengacara RTM Iesya Toh Kena Curi
Iesya Tidak Terkesan Kerana ‘Bulu Mata Berduri’
PETALING JAYA: Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh menegaskan aksesori bulu mata palsunya tidak memberi masalah walaupun segelintir pihak mendakwa imej berkenaan tidak bersesuaian dengan peranannya sebagai personaliti televisyen.
Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sunny Toh, 29, berkata, dia tidak menggunakan bulu mata palsu terlalu kerap khususnya ketika hendak muncul di televisyen tetapi memakainya mengikut kesesuaian.
"Secara dasarnya saya tidak mengenakan bulu mata sepanjang masa dan hanya memakai mengikut kesesuaian sahaja kerana saya sedar SPM lebih kepada membincangkan topik-topik semasa dan saya tahu di mana batasannya untuk bergaya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.
Pengacara RTM ini diminta mengulas kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan langkahnya yang mengenakan “bulu mata berduri”
Iesya mengulas laporan yang menyifatkan imejnya memakai aksesori mata sehingga menjadi seperti 'bulu mata berduri' yang tidak bersesuaian sebagai seorang personaliti televisyen.
Mengulas mengenai perkara itu, Iesya berkata, kelopak matanya kelihatan menyerlah mungkin disebabkan penggunaan pembayang mata dari warna tanah yang menyebabkan bahagian berkenaan lebih terserlah.
"Biasanya saya guna warna ceria supaya wajah kelihatan seimbang dan 'natural'. Bagaimanapun percubaan menggunakan warna tanah telah membuatkan bulu mata itu sangat menyerlah," jelasnya.
Dalam pada itu, Iesya berkata, dia tidak kisah namanya dikenali disebabkan kontroversi 'bulu mata' kerana ia bukan sesuatu yang mengaibkan.
Malah ia mungkin dapat memberikan tambah nilai kepadanya yang juga sedang mencipta nama sebagai penyanyi.
"Dulu Rozita Che Wan dan Eja pun orang kenal kerana bulu mata. Jadi saya tak lihat perkara itu sebagai masalah," katanya.
Sementara itu, Iesya memberitahu, dia kini baru sahaja selesai merakamkan sebuah lagu nyanyian asal Hetty Koes Endang berjudul Kasih sebagai single pertamanya yang akan dilancarkan pada bulan Mac depan.
Selain Malaysia, lagu berkenaan akan dipasarkan di Singapura dan Indonesia diikuti beberapa siri promosi untuk memperkenalkannya sebagai penyanyi.
"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar lagu Kasih akan mula dimainkan di radio pada Mac dan saya sudah pun selesai merakamkan lagu tersebut," jelasnya.
Iesya Dilantik Jadi Duta Gara-Gara Pakai Kasut Berlainan
PETALING JAYA: Penyanyi yang juga pengacara Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, dilantik sebagai duta kasut dan pakaian butik Spyke yang beroperasi di Novena Mall, Singapura, gara-gara imejnya yang suka memakai kasut berlainan pada kedua-dua belah kakinya.
Menurut Iesya, dia dilantik oleh butik tersebut yang sememangnya menjual kasut berbeza bagi kedua-dua belah kaki sejak tiga bulan lalu.
“Saya dimaklumkan, trend memakai kasut berlainan pada kedua-dua belah kaki begitu mendapat sambutan di Singapura. Saya tak sangka dengan imej yang saya bawa itu, ia menyebabkan saya dilantik menjadi duta butik tersebut. Saya amat bersyukur,” katanya kepada mStar Online.
Sebelum ini, Iesya memilih untuk melakukan imej berkenaan ketika membuat persembahan nyanyian dan ke majlis-majlis tertentu.
“Imej yang saya lakukan itu adalah sebagai suatu stail dan identiti saya agar ia berbeza dengan orang lain memandangkan ramai penyanyi yang ada dalam industri seni sekarang. Ia juga sebagai suatu strategi untuk memperkenalkan saya kepada khalayak.
“Pihak Spyke telah menaja banyak kasut dan pakaian kepada saya,” katanya yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Putrivision Empire.
Menyentuh tentang karier, Iesya sedang dalam proses mempromosikan lagu terbarunya berjudul Demi Cinta yang dinyanyikan secara duet dengan seorang penyanyi dari Singapura.
“Saya sudah merakamkan lagu itu dengan seorang penyanyi lelaki dari syarikat Media Corp. Tetapi saya terpaksa merahsiakan buat sementara waktu sehingga tiba masanya kerana para peminat di Singapura masih berteka-teki tentang siapakah penyanyi itu.
“Saya juga akan merakamkan lagu baru untuk album penuh yang memuatkan tujuh buah lagu. Setakat ini saya sudah merakamkan lima buah lagu. Selepas ini, saya akan bekerjasama dengan komposer dari Indonesia yang pernah menggubah lagu untuk Datuk Sheila Majid dan komposer Mayuni Omar dari Singapura,” ujarnya.
Pada 26 hingga 29 September ini, Iesya menganjurkan percutian ke Bandung, Indonesia bersama peminat-peminat. Penyanyi Heliza juga akan turut serta.
Mereka yang berminat untuk mengikuti percutian itu bolehlah hubungi Kak Izan di 012-2149598.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
