Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Indonesia-Acha Septriasa. Show all posts
Showing posts with label Indonesia-Acha Septriasa. Show all posts

Acha Tidak Kekok Bertemu Irwansyah


BEKAS pasangan kekasih Acha Septriasa dan Irwansyah akan beraksi dalam sebuah filem cinta berjudul Love Story yang bakal ditayangkan tahun hadapan.

“Filem ini adalah versi filem Heart tapi telah diperbaharui agar ia bersesuaian untuk tahun 2011. Kepada mereka yang tidak berpeluang menonton versi lalu bolehlah menonton filem ini tahun hadapan,” ujar Acha.

Acha ditemui ketika tayangan perdana filem Heart 2 Heart bersama kekasih barunya, manakala Irwansyah turut hadir bersama pasangannya, Zaskia Sungkar.

“Kami berterima kasih dengan filem Heart yang menaikkan nama kami berdua. Walaupun kami sudah berpisah tapi kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Acha, dia tidak kekok lagi untuk berlakon dengan Irwansyah walaupun mereka bukan pasangan kekasih lagi kerana kedua-dua mereka sudah boleh menerima hakikat perpisahan itu.

Malah Acha juga sering kali meminta pendapat Irwansyah mengenai sesuatu babak yang bakal mereka lakonkan bersama.

“Saya sering bertemu dia dan berlakon bersama, jadi kami sudah jadi seperti rakan dan tiada lagi perasaan sakit hati seperti awal-awal dahulu,” katanya.

Irwansyah Masih Bersama Acha Septriasa


BIARPUN hubungan asmara Acha Septriasa dan Irwansyah telah putus, keduan-dua bintang ini mengaku masih lagi intim. Irwansyah masih bertemu Acha.

"Ya namanya juga teman biasa saja," ujar Acha ketika ditemui di kawasan Rasuna Episentrum, Kuningan, Jakarta Selatan, semalam.

Acha mengaku sering berbincang dengan bekas kekasihnya itu tentang pekerjaan. Jadi jika terlihat mereka bersama, semua itu hanya sebgaai teman biasa tidak lebih dari itu.

Bintang filem Love is Cinta itu memberitahu jika orang masih suka bercakap tentang dirinya dan Irwansyah, itu adalah hal yang wajar. Tapi ketika ditanya untuk menjalin cinta kembali, Acha mengakui dia memerlukan banyak waktu.

"Mungkin untuk memjernihkan keadaan semuala dia harus mengembalikan nama baiknya di mata orang tua aku dan aku di mata orang tua dia kerana persepsi mereka sudah rosak. Itu adalah sulit," jelas Acha.

Acha tidak boleh hidup sendiri


ACHA Septriasa, si genit yang amat mesra dan mudah diajak berbicara. Senang bersamanya biarpun baru sekali bersua muka. Meledak menerusi filem dan runut bunyi Heart, nama Acha juga hangat diperkatakan kerana cintanya bersama Irwansyah, hero dalam filem tersebut.

Namun apakan daya, hubungan yang diharap berakhir dengan kisah suka menjadi duka. Cinta mereka putus di tengah jalan.

Jarak menjadi alasan mengapa perpisahan berlaku. Sementelah sejak Februari tahun lalu, Acha melanjutkan pengajiannya di negara ini dan meninggalkan Irwansyah di sana.

Akhirnya Julai tahun yang sama, pasangan itu mengambil keputusan memutuskan tali percintaan masing-masing.

Kini selepas lebih setahun cintanya berkubur, Acha yang baru menginjak usia 20 tahun pada 1 September lalu mengakui tidak betah hidup sendirian.

"Ya, hati ini selalu meronta ingin dibelai," kata Acha tanpa berselindung mengenai keinginannya mencari pengganti Irwansyah. Tidak seperti anak muda yang suka mengelak daripada sebuah ikatan perhubungan kerana mahu hidup bebas, berlainan dengan gadis kelahiran kota Jakarta ini.

Baginya, memiliki seorang kekasih memberikannya semangat. Bukan itu sahaja, belaian kasih sayang paling diingini. Kerana dia sendiri seorang gadis yang suka dibelai malah turut ingin dimanja.

Sesuai benarlah dengan dirinya yang memang seorang yang manja dan amat suka andai diberi perhatian oleh kekasih hati.

"Saya suka begitu. Bahagia kalau ada orang untuk disayangi dan menyayangi. Lagipun, kalau ada pendamping (buah hati) terasa diri dilindungi," tambahnya sambil tersenyum manja.

Diterpa gosipBiar mengakui dirinya masih belum bertemu jejaka pilihan namun pada saat hatinya hancur kerana kasih yang tidak kesampaian, timbul banyak gosip hangat yang mengaitkan dirinya dengan beberapa lelaki.

Sudah namanya pun solo, cantik pula, maka banyaklah kisah-kisah panas melingkari dirinya dengan cinta. Antaranya gosip bersama vokalis kumpulan Ungu, Pasha sekali gus dianggap sebagai orang ketiga yang menyebabkan rumah tangga lelaki itu bersama isterinya, Okie runtuh.

Bukan itu sahaja, Acha turut diterpa gosip percintaan dengan penyanyi tempatan, Dafi yang dilahirkan menerusi program realiti, Akademi Fantasia.

Tetapi Acha menafikan kisah cintanya itu sekalipun hati mudanya meronta untuk mencari seorang kekasih hati. Baginya penyanyi comel itu sekadar teman sesama artis apalagi mereka belajar di universiti yang sama.

Lagipun, tegas Acha, kalau mahu mencari teman, dia mahu seorang lelaki yang matang, berkerjaya dan sudah tentu yang tinggi lampai.

Lalu apakah cintanya berputik kepada seorang lelaki yang dua tahun tua dari usianya yang juga belajar di kolej universiti yang sama satu kebenaran?

Dikhabarkan lelaki itu juga sebangsa dengannya dan mereka sendiri sebenarnya sudah saling mengenali sejak berada di sekolah menengah lagi.

"Memang benar kami berkawan," jelas Acha. "Tetapi dia bukan kekasih hati saya," tegasnya kemudian.

"Sebenarnya kami sudah lama kenal dan memang mesra. Tapi kami tidak pernah bercinta. Tidak sangka pula selepas dia berpindah dan kami bertemu kembali di LimKokWing."

Bagaimanapun jelas Acha, temannya itu sudah berpindah ke kota London mengikut bapanya yang bekerja sebagai seorang diplomat di sana.

Kembali aktifGagal dalam bercinta dan sibuk dengan pengajiannya di bidang Penyiaran, Multimedia dan Komunikasi Massa di Universiti LimKokWing University, bukanlah penyebab Acha untuk melupakan seni yang diminatinya.

Malah baru menginjak tahun kedua pengajian, Acha tekad mengambil keputusan untuk bercuti sehingga Disember ini gara-gara mahu menumpukan perhatian kepada dunia lakonan dan nyanyian.

"Kerja itu menyeronokkan. Ia juga meluaskan jaringan persahabatan," ungkap Acha yang melaksanakan tiga projek - album, drama bersiri dan filem ketika 'berehat' daripada pengajiannya.

Ketiga-tiga projeknya ini bukan sahaja memerlukan komitmen yang besar malah menuntutnya untuk kembali ke tanah kelahirannya di Indonesia.

Drama bersiri Salwa yang menyaksikan Acha mendokong watak utama turut memaksanya untuk berada di lokasi selama lima bulan.

Dan bulan lalu, dia baru sahaja selesai mempromosikan sebuah filem komedi, sebuah genre yang memang amat dinantikan demi membuktikan dia bukanlah sekadar heroin filem cinta sahaja. Namun Acha mengakui bukan mudah melakonkan watak komedi namun projeknya itu amat mengujakannya.

"Seronok mencabar diri dengan watak begini. Kalau selalu harus menjaga imej dan keterampilan tetapi tidak filem sebegini," jelasnya.

Dan lebih mengujakan bagi gadis ini adalah pelancaran album mini solo pertamanya sejak berpisah dengan buah hatinya yang juga rakan duetnya dalam album runut bunyi.

Malah album berjudul Keputusan Hati yang mengandungi empat lagu - Maunya Apa Lagi, Tentang Kita, Keputusan Hati, dan Salahku Kau Selingkuh adalah rasa hati Acha terhadap kehidupan yang dilaluinya terutama dalam percintaan.

Bukan itu sahaja, album ini juga sebenarnya amat istimewa kerana Acha terlibat sama secara total dalam pembikinannya. Sebagai penerbit, Acha bukan sahaja menyanyi malah turut menghasilkan lagu dan lirik sendiri.

Mahu terjun secara serius dalam muzik, itulah kata Acha yang sebelum ini mengakui hanya datang ke studio untuk menyanyi sahaja.

"Sekarang saya mengerti tentang muzik. Melibatkan diri dengan pembikinannya memberikan saya rasa dan nyawa. Baru saya mengerti bagaimana menyanyi dengan penuh perasaan. Malah saya mula mengambil berat soal vokal," ujar Acha yang mengupah guru vokal yang sama dengan penyanyi Gita Gutawa dan Kris Dayanti.

Turut mempunyai asas dalam bidang muzik, Acha pernah menyanyi koir serta boleh bermain alat muzik seperti deram dan gitar klasik.

"Saya mahu menjadi penyanyi yang benar-benar penyanyi. Bukan lagi penyanyi secara kebetulan seperti dahulu," tegasnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails