Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Indonesia-Nia Ramadhani dan Ardie Bakrie. Show all posts
Showing posts with label Indonesia-Nia Ramadhani dan Ardie Bakrie. Show all posts

Cincin nikah berdarah Nia Ramadhani


NIA RAMADHANI, pelakon drama bersiri popular menamatkan zaman bujangnya dengan memilih Ardie Bakrie sebagai teman hidupnya.

Tanggal 1 April 2010 menjadi sejarah dalam hidup pasangan ini apabila mereka selamat diijabkabulkan setelah menempuh alam percintaan hampir dua tahun.

Pasangan ini diijabkabulkan dalam majlis gilang gemilang di Hotel Mulia di Jakarta Selatan.

Pernikahan yang gilang gemilang ini bukan sahaja menjadi Wedding of The Year tetapi juga mencatat sejarahnya tersendiri apabila Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono sendiri menjadi saksi dalam pernikahan tersebut.

Nia memilih Ardie Bakrie iaitu putera bongsu Abu Rizal Bakrie seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara. Dalam pernikahan tersebut Ardie memberikan mas kahwin sepasang telekung untuk Nia dan wang sebanyak Rp2,015.

Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani mengenakan sembilan pasang persalinan sepanjang majlis yang dianjurkan sempena hari bahagianya itu berteraskan adat Sunda.

Cincin perkahwinan pasangan ini berbeza berbanding pengantin lain kerana bertatahkan darah. Ia diambil daripada darah Nia dan Ardie yang kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang mereka kini telah hidup bersatu dan akan setia selamanya. Hadiah perkahwinan yang diterima oleh Nia dan Ardie daripada Abu Rizal ialah pertunjukan wayang kulit yang dipersembahkan selama semalaman untuk tatapan umum pada 3 April lepas. Pasangan itu merancang untuk berbulan madu di Afrika Selatan sambil menyaksikan pertandingan bola sepak Piala Dunia nanti.

Nia Ramadani membilang hari


Pelakon Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadani sudah membilang hari bergelar suri rumah tangga. Tariknya pada 1 April 2010 ini. Majlis pernikahannya sudah diuar-uarkan oleh media di Indonesia sebagai majlis pernikahan mewah tahun ini.

Masakah tidak, bakal suaminya ialah anak kepada jutawan terkaya di Indonesia, Aburizal Bakrie iaitu Ardie Bakrie. Bertuah Nia ya!

Adakah Nia memang menanti lelaki dari kalangan berada untuk dikahwini? Kata Nia, saat awal pertemuan dengan Ardie dia sebenarnya tidak tahu pun siapa keluarga lelaki itu. Dia mengenali Ardie dalam satu majlis ulang tahun seorang kenalan pada tahun 2007.



"Awalnya tidak tahu dan dia juga tidak memperkenalkannya nama di belakang namanya. Setelah beberapa kali pertemuan barulah saya tahu siapa dia," kata Nia kepada media di Indonesia.

Kata Nia status Ardie sebagai anak bongsu ahli perniagaan terkaya di Indonesia tidak pernah mempengaruhi hubungan mereka, malah sikap Ardie yang matang dan menerima segala keburukannya membuatkan dia tertarik kepada lelaki itu.

"Aku sengaja menunjukkan sikap buruk dan dia menerima seadanya dan dia tetap bersama aku dalam apa juga keadaan. Itu bermakna dia menerima aku seadanya," kata Nia.

Reka gaun pengantin

Nia mahu kelihatan cantik pada hari bersejarah dengan mereka sendiri gaun pengantinnya. Dia berbincang dengan pereka untuk menghasilkan gaun yang diilhamkan.

Tak sangka Nia memiliki bakat mereka fesyen. Malah pakaian yang dikenakan pada majlis pertunangan pada 17 Oktober lalu. Nia juga menyiapkan sendiri hiasan sejadah yang bakal dijadikan buah tangan tetamu.

Majlis pernikahan akan dijalankan dalam adat Sunda manakala resepsi pada 2 April akan dijalankan dengan adat Lampung. Bapa Nia, Priya Ramadani dari Sunda manakala ibunya, Chanty Mersia dari Lampung.

Tema warna emas menjadi pilihan kerana Nia memang meminati warna tersebut

Sah Nia dan Ardie bertunang


BERSAMA-SAMA menyambut hari kelahiran pada bulan April, pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadhani dan ahli perniagaan, Ardie Bakrie memilih bulan tersebut untuk melangsungkan pernikahan mereka pada tahun depan.

Pada 17 Oktober lalu, Nia telah dilamar oleh Ardie untuk menjadi isterinya. "Semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Keluarga saya telah menemui keluarga Nia dan meminta izin. Alhamdulillah kami diberi restu," kata Ardie.

Melamar Nia di Jalan Benda, Ciganjur, Jakarta Selatan, bagi Ardie, mendirikan rumah tangga bersama Nia adalah perkara yang terbaik untuknya.

Selepas selesai majlis pertunangan, Ardie dan Nia gembira dan berharap mereka akan kekal bahagia. "Alhamdulillah, saya bahagia dan semoga kami akan membina sebuah keluarga yang baik," tutur Ardie.

Ardie juga memberitahu bahawa dia dan Nia akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada April depan.

"Harap-harap kami dapat bernikah pada bulan April tahun depan. Ini kerana hari jadi saya dan Nia jatuh pada bulan April. Tapi buat masa ini saya tidak pasti dengan tarikhnya.

"Nanti apabila semua benda sudah dipastikan, saya akan menjemput semua," tambah Ardie.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails