Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Irwansyah. Show all posts
Showing posts with label Irwansyah. Show all posts
Irwansyah & Isteri Mungkin Bebas Dadah
JAKARTA: Penyanyi dan pelakon Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar mungkin bernasib baik apabila ujian urin yang dilakukan ke atas mereka didapati bebas daripada sebarang pengambilan dadah.
Perkara itu disahkan oleh ibu kepada Zaskia iaitu Fanny Bauty yang telah diberitahu oleh pihak Badan Narkotik Nasional (BNN) kepadanya berhubung perkara itu.
"Alhamdulillahlah... pihak BNN telah mengumumkan hasil urin tidak ada nama anak-anak saya. Kerana saya yakin anak dan menantu saya tidak mengambil dadah," katanya seperti dipetik portal inilah.com.
Dalam kejadian pada malam Ahad, seramai 17 orang telah ditangkap selepas BNN membuat serbuan di rumah pengacara rancangan Dahsyat iaitu Raffi Ahmad yang menganjurkan majlis keramaian.
Selain ketiga-tiga selebriti tersebut, turut ditahan ialah pelakon Wanda Hamidah serta rakan-rakan mereka.
Pemeriksaan awal polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan juga ganja di kediaman berkenaan yang terletak di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dekat sini.
Sementara itu Fanny berkata, kedatangan anak dan menantunya ke kediaman Raffi adalah atas urusan pekerjaan tetapi sayang sekali ketika kehadiran mereka, kediaman itu diserbu pihak berkuasa. – inilah.com
Irwansyah Mahu Timang Anak Pada 2013
MENJELANG akhir tahun 2012 pasangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar mengakui sudah bersedia untuk bergelar ibu bapa pada tahun 2013.
Irwansyah mengakui dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa dan berharap akan dikurniakan anak pada tahun hadapan.
"Fokus tahun 2013 adalah untuk memiliki anak dan kami sudah tidak sabar untuk bergelar ibu dan bapa," ujarnya.
Dalam pada itu, Irwansyah berkata keinginan tersebut tercetus apabila ibu dan bapanya telah mendesak untuk mempunyai cucu menjelang tahun hadapan.
"Orang tua kami yang paling bersungguh-sungguh untuk kami mendapatkan anak dan tidak sabar untuk menimang cucu," jelasnya.
Malah kata Irwansyah, mereka kini masih sedang berusaha namun meletakkan soal rezeki kepada Tuhan.
"Siapa yang tidak mahukan anak tetapi soal ini selain berusaha kita juga kena berserah kepada Tuhan yang menentukan rezeki," katanya.
Irwansyah Mahu Anak Secepat Mungkin
JAKARTA: Hampir sepuluh bulan mendirikan rumah tangga, pasangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar masih belum menunjukkan ciri-ciri untuk menimang cahaya mata.
Kata Irwan, jika dahulu mereka merancang untuk tidak mempunyai cahaya mata dalam masa terdekat tetapi hasrat itu terpaksa dibatalkan.
Menurut Irwan, keinginan untuk mendapatkan anak amat perlu bagi melengkapi kehidupan mereka sebagai suami isteri.
“Ya, dulu memang kami merancang untuk menunda dulu soal anak kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya.
“Tapi bila melihat rakan-rakan seusia kami sudah mempunyai anak sendiri timbul pula rasa mahu mempunyai cahaya mata.
“Insya-Allah kalau boleh saya macam mahu sekarang,” ujar Irwansyah seperti dipetik DetikHot.com.
Kata Irwan, dia tidak pernah merancang berapa orang cahaya mata yang diinginkan.
“Kalau boleh saya mahu anak ramai tapi bergantung kepada ibunya, apa pun saya harap peminat mendoakan yang terbaik buat kami,” ujarnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
