Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Jehan Raja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Jehan Raja Lawak. Show all posts

"Tiada Siapa Campur Tangan Kerja Saya" - Jihan Muse

Pelawak Jihan Muse terkejut dengan laporan mengatakan dia kini dikawal seseorang sejak dilimpahi dengan pelbagai tawaran kerja. Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 32, berkata, isu seperti itu tidak patut timbul memandangkan tiada siapa yang campur tangan urusan kerjanyanya melainkan pihak pengurusan dan keluarga. "Pada pendapat saya, isu siapa campur tangan kerja seni saya tidak patut timbul dan tidak perlu diperbesarkan. "Memandangkan laporan pojok itu tidak menjelaskan siapa individu yang mengawal gerak geri kerja seni saya, maka saya akan menjelaskan perkara ini berdasarkan artikel berkenan ditulis. "Cuma saya tidak faham, bukankah sesuatu yang normal apabila ada pihak yang menyusun dan mengambil tahu pergerakan saya? Takkan keluarga sendiri tidak boleh campur tangan? Saya tidak faham," katanya kepada mStar Online. Baru-baru ini, menerusi ruangan pojok di sebuah akhbar, Jihan dilaporkan mula dikawal 'seseorang' yang akan mengambil berat setiap pergerakannya termasuklah daripada segi pemilihan pakaian sejak dia mendapat banyak tawaran kerja kebelakangan ini.
Menurut akhbar berkenaan, perkara itu membuatkan Jihan tersepit dan risau sekiranya langkah itu menggores hati mana-mana pihak yang terbabit. Individu yang dikaitkan dalam artikel itu ialah teman lelaki Jihan iaitu Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 30. Sementara itu, Jihan terus berharap agar perkara tersebut tidak dibesar-besarkan dan pada masa yang sama dia tetap bersyukur masih ada pihak yang begitu prihatin terhadap dirinya. Dalam perkembangan lain, Jihan mengambil keputusan untuk tidak terlibat dengan mana-mana kerja seni sepanjang bulan Ramadan kerana ingin melakukan ibadah puasa bersama-sama keluarga. "Bulan puasa ini, saya memang nak lebihkan amalan-amalan saya. Hanya satu kerja sahaja yang saya terlibat iaitu latihan teater Maduku Kalut Returns yang akan dipentaskan pada Ogos depan. "Selebihnya, masa saya banyak dihabiskan bersama keluarga," tuturnya. Maduku Kalut Returns terbitan Mask Team bakal dipentaskan pada 7, 8 dan 9 Ogos depan.Tiket boleh dibeli secara atas talian menerusi www.airasiaredtix.com dan dijual dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan RM155 (platinum).

Ku Hariz Bela Misai Agar Nampak Matang

PETALING JAYA: Pelakon baru, Ku Hariz mengakui faktor fizikal yang rendah, kecil dan berwajah ‘jambu’ memaksa dia membela misai agar kelihatan lebih dewasa seiring usianya yang mencecah 27 tahun. Ku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli berkata, dia terpaksa mengambil inisiatif itu bagi meyakinkan para penerbit dan pengarah yang sering menawarkan watak remaja kepadanya sejak bergelar pelakon kira-kira dua tahun lalu. “Sukar menjadi pelakon lelaki dengan pakej fizikal yang tidak standard. Setiap hari apabila saya hendak menghadiri uji bakat atau dirisik produser untuk sesuatu tawaran, isu fizikal sentiasa berlegar di fikiran. “Saya bersyukur dengan apa dikurniakan malah saya percaya kekurangan fizikal ini ada kelebihannya di tempat lain. Cuma sebagai aktor, saya mudah berasa rendah diri dan segan. “Atas dasar itu, saya ambil inisiatif dengan membela misai agar wajah kelihatan lebih dewasa seiring umur saya,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini.
Bekas peserta program Pilih Kasih musim kedua itu berkata, sebagai orang baru dia berharap pihak industri memberikan ruang kepadanya membuktikan bakat dan kemampuan di sebalik kekurangan pakej fizikal yang dimiliki. “Sebelum ini, saya pernah dapat satu tawaran filem tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir kerana saiz fizikal. “Beberapa pelakon bertubuh kecil dan rendah seperti Zahiril Adzim dan Rusdi Ramli atau di luar negara Tom Cruise boleh berjaya dan diterima. “Maka, tidak mustahil saya juga boleh berjaya cuma saya memerlukan peluang daripada industri,” luahnya. Beralih kepada kisah hubungannya dengan pelawak Jihan (Raja Lawak), anak kedua dalam keluarga ini berkata, dia lebih selesa untuk tidak mendedahkan hubungannya bagi mengelakkan sebarang isu atau kontroversi pada masa akan datang.
“Kami sama-sama sedang membina nama dan mengukuhkan kerjaya masing-masing, jadi lebih baik keutamaan diberikan kepada kerja. “Bagi yang sudah tahu biarlah tetapi saya lebih selesa untuk tidak mencanangkan hubungan kami kepada khalayak melainkan ditanya. “Saya selesa dengan dia kerana keserasian antara kami tetapi belum ada ketetapan atau perancangan ke perkahwinan dalam masa terdekat,” tuturnya yang mengenali Jihan sejak 2005. Terbaru, Ku Hariz sedang terlibat dalam pementasan bangsawan berjudul Dendam Tantari yang diadaptasi daripada filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu 6 Jahanam. Bangsawan itu dipentaskan di Panggung Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula Jumaat hingga hari ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails