Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Jep Sepah. Show all posts
Showing posts with label Jep Sepah. Show all posts

Itu fitnah – Jep Sepahtu

MENERUSI ruangan pojok sebuah akhbar tempatan beberapa minggu lalu, nama pelawak Jep Sepahtu sekali lagi hangat dek dakwaan konon-kononnya dia mengamuk selepas tidak diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014). Menurut dakwaan tersebut, Jep dikatakan bertindak memaki-hamun kru yang berada di belakang pentas sebaik sahaja nama Zero diumumkan sebagai juara MLM2014. Jep atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Zainal Abidin, 30, juga bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati atas kemenangan kumpulan lawak yang dianggotai oleh tiga orang anak muda dari Sabah itu. Tuduhan lain terhadap Jep turut menyebut bahawa pelawak yang berasal dari Johor itu mengugut akan mencari orang yang bertanggungjawab menjatuhkan Sepahtu sehingga dia dan Shuib tewas pada malam final MLM2014. Berkesempatan bertemu dengan lelaki itu pada Majlis Anugerah MeleTOP Era yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini, Jep menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Ujarnya, cerita yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut merupakan fitnah. Tambah Jep, apa yang dinyatakan dalam ruangan pojok tersebut ternyata bertentangan dengan situasi sebenar pada malam berkenaan. Ekoran itu, Jep juga telah mendapatkan nasihat peguam untuk sebarang tindakan lanjut. Kosmo!: Jep, bolehkah anda memberi pencerahan mengenai dakwaan anda mengamuk di belakang pentas MLM2014 selepas tewas di tangan Zero baru-baru ini? JEP: Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa yang sama bersyukur dengan kemenangan kami. Apakah tindakan anda berhubung dengan dakwaan tersebut? Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal. Mengapakah anda berbuat demikian? Saya berbuat demikian untuk menyelesaikan isu ini. Saya tidak mahu nama saya terus disebut-sebut melakukan perkara yang tidak benar. Biasanya, saya hanya berdiam diri, namun kali ini, saya anggap ia keterlaluan. Apakah reaksi pihak akhbar berkenaan tentang isu tersebut? Saya hanya diberitahu akhbar terbabit sudah menerima surat tersebut. Selebihnya, saya serahkan pada peguam saya. Boleh terangkan apakah sebenarnya yang berlaku di belakang pentas pada malam tersebut? Tamat sahaja MLM2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut. Pada pendapat anda, mengapakah anda dilibatkan dengan dakwaan sebegitu? Saya sendiri tidak pasti. Jika ada orang yang tidak berpuas hati dengan saya, mengapa mereka perlu bercakap perkara yang tidak benar? Lebih baik berterus-terang daripada mereka-reka cerita. Ini fitnah. Adakah kontroversi demi kontroversi yang melanda menjejaskan karier anda sebagai pelawak dan pelakon? Sudah beberapa kali saya terlibat dengan perkara seperti ini. Bagaimanapun, saya jujur dengan karier saya. Alhamdulillah, saya masih di sini. Apakah perkembangan terbaharu anda? Saya sedang bersiap untuk menjalani penggambaran sebuah telemovie yang akan disiarkan di TV3 menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti. Jujurnya, kami memang agak selektif mengenai tawaran lakonan. Sepahtu akan bersetuju dengan tawaran yang diberikan mengikut kesesuaian karakter saya dan Shuib sahaja.

Jep (Sepahtu) Kurangkan Aktiviti Seni Untuk Elak Gosip

Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) mengurangkan aktiviti seni dengan menolak tawaran membintangi drama dan filem bagi mengelakkan tuduhan-tuduhan liar terhadapnya. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia tidak mahu tuduhan dan fitnah yang sering timbul ketika melakukan penggambaran memberi tekanan kepada kehidupannya. "Saya kurangkan aktiviti seni buat masa ini kerana tidak mahu gosip timbul, bila saya ambil sikit sahaja tawaran lakonan, saya dapat kesan kesalahan saya lakukan di produksi yang mana. "Pada saya biarlah sikit sahaja produk tetapi meninggalkan kesan kepada penonton daripada banyak drama atau program tetapi banyak gosip yang tidak betul. "Secara jujurnya, saya tidak boleh menerima banyak sangat gosip kerana ia akan menganggu ketenangan hidup saya," ujarnya ketika ditemui selepas Anugerah Lawak Warna 2014 yang berlangsung di Teater Selangor, di sini, malam Jumaat. Jep meraih trofi Artis Lawak Lelaki Paling Popular 2014 buat tahun kedua berturut-turut pada majlis anugerah tersebut. Sementara itu, Jep berkata, dia tidak akan memberi sebarang respon terhadap dakwaan yang timbul mengaitkannya selepas ini. "Saya ambil keputusan tidak akan menjawab mana-mana tuduhan atau fitnah yang timbul mengaitkan saya kerana mereka yang mendakwa itu tidak akan muncul sebaliknya saya yang terpaksa bersihkan semua yang mereka dakwa itu. "Oleh itu, baik saya senyap sahaja kerana kalau saja jawab pun pekara tidak selesai," ujarnya. Selain tidak mahu dihimpit gosip liar, Jep mengakui dia tidak pernah mengejar matlamat tertinggi dalam dunia seni ini. Katanya, dia sudah bersyukur pada kedudukannya sekarang dan tidak pernah mengharapkan lebih tinggi daripada ini. "Selain gosip saya juga tidak pernah mengejar populariti atau pencapaian lebih tinggi daripada apa yang saya capai sekarang. "Saya tahu saya masih kagi berada di bawah jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang sudah ada tahap mereka sendiri, tetapi berbalik kepada matlamat asal saya dalam industri hanya untuk bekerja semata-mata," ujarnya. Dalam pada itu, mengulas kemenangan pada malam tersebut, Jepp berkata, dia tidak pernah mempromosi diri sendiri di mana-mana media untuk meraih undi. Katanya, dia lebih selesa jika pengundian tersebut dilakukan secara jujur daripada penonton yang benar-benar puas dengan apa hang telah diberikan. "Sejak masuk Raja Lawak lagi saya tidak pernah suruh orang mengundi saya termasuk ahli keluarga sendiri. "Biar mereka mengundi secara telus tanpa paksaan dan mereka fikirkan layak. Pada saya kemenangan sebenar adalah kepuasan penonton dan bukan pada anugerah yang kita raih," ujarnya.

Jepp (Sepahtu) Luah Perasaan Sering Difitnah

Pelakon dan pelawak Jep (Sepahtu) kesal apabila dia sering menjadi sasaran pihak-pihak tertentu yang cuba mengaitkannya dengan pelbagai tuduhan seolah-olah mahu menghancurkan kerjaya seninya. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, bagaimanapun berkata, dia sentiasa cuba bersikap positif tentang perkara itu selain menganggap ia asam garam kerjaya dalam dunia artis. "Saya sendiri tidak tahu siapa yang sebarkan pelbagai cerita tidak benar mengenai saya atau ia sekadar direka oleh pihak tertentu. "Sebab itu kadang-kadang bila wartawan menelefon, saya tidak jawab panggilan itu kerana dakwaan yang timbul bukan daripada saya. "Jadi mengapa saya perlu jawab tentang perkara yang saya sendiri tidak tahu," katanya kepada mStar Online. Jep ditemui pada majlis pelancaran Siri Jelajah Malaysia Super Lawak FC di Publika Solaris Dutamas di sini, Selasa. Pelawak itu berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar mingguan baru-baru ini yang mendakwa dia dipulaukan oleh rakan-rakan artis lain ekoran sikapnya yang dikatakan sudah berubah.
Dalam pada itu, Jep menegaskan dia tidak pernah bermusuhan dengan mana-mana pihak sepanjang terlibat dalam bidang seni. Malah kata Jep, dia juga tidak menjalinkan hubungan akrab dengan rakan pelawak lain dan hanya bertemu sekiranya terlibat dalam program sama sahaja. "Saya akui memang saya tidak berkawan rapat dengan mana-mana pelawak kerana saya ada kehidupan sendiri dan bukannya kerana dipulaukan ataupun bersikap sombong. "Bagi saya melawak adalah kerjaya dan saya bukan pelawak apabila turun dari pentas malah saya juga seorang manusia biasa yang ada kehidupannya sendiri seperti orang lain," katanya. Sementara itu, Jep mengakui gosip dan kontroversi mengenai dirinya banyak tersebar selepas kemenangannya dalam beberapa majlis anugerah baru-baru ini. "Saya tidak tahu kenapa selepas menang beberapa anugerah semakin banyak gosip yang timbul tentang diri saya biarpun saya jarang berada di Kuala Lumpur kerana pulang ke kampung jika tiada rakaman sebarang program. "Itu pun ada orang masih menabur pelbagai fitnah terhadap saya. Itu yang buat saya pelik," jelasnya.

Jep (Sepahtu) Tepis Gosip Bertunang

Selepas dua minggu gosip mengenai pertunangan Jep Sepahtu diberitakan, akhirnya pelawak itu tampil menafikan khabar angin tersebut. Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia terkejut dengan berita tersebut dan meluahkan rasa sedikit terkilan apabila gosip tersebut dikeluarkan tanpa meminta penjelasannya dahulu. "Perkara itu (bertunang) langsung tidak berlaku dan berita itu adalah bohong. "Terkejut juga apabila mendapat tahu berita 'pertunangan' saya sedangkan saya sendiri tidak tahu tentang hal itu. Pelik rasanya apabila ada pihak yang lebih tahu mengenai saya berbanding saya sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin. Pada 24 Februari lalu, akhbar mingguan telah melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada Januari lalu dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor. Difahamkan wanita tersebut bekerja di stesen radio Hot FM. Selepas gosip tersebut, pihak media cuba mendapatkan pengesahan daripada Jep namun pelawak itu tidak menjawab sebarang panggilan media.
Sementara itu, Jep mengakui enggan menjawab panggilan mana-mana media yang ingin mendapatkan kenyataannya berhubung gosip mengatakan dia sudah bertunang buat sementara waktu. Katanya, penulis gosip tersebut perlu menghubungi dia dahulu bagi mendapatkan kepastian sebelum mengeluarkan berita itu kepada umum. "Saya tidak faham kenapa penulis berkenaan tidak menghubungi saya sebelum keluarkan berita tersebut. "Kenapa selepas keluar berita tidak sahih itu barulah semua nak hubungi saya? "Bukannya saya tidak mahu beri kerjasama tetapi saya rasa ianya cukup adil antara kedua-dua belah pihak apabila mereka keluarkan berita tanpa mendapatkan penjelasan saya dan saya pula tidak memberi kerjasama untuk memberi penjelasan," tegasnya. Bagaimanapun beritahu Jep dia langsung tidak kecewa dengan penyebaran berita pertunangan itu dan menyifatkan ia sebagai doa daripada semua pihak untuk dia memiliki pasangan satu hari nanti.

Jep (Sepahtu) Terpaksa Tolak Tawaran Jadi Deejay Radio

Pelawak Mohd Nadzri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Jep (Sepahtu), menolak tawaran untuk bergelar deejay radio sebuah stesen swasta walaupun sudah banyak kali menerima peluang itu. Jep, 28, berkata, ini kerana dia mempunyai jadual kerja yang padat selain mahu memberi komitmen dalam bidang lakonan terlebih dahulu. "Saya memang berminat menjadi seorang deejay radio, tapi saya tidak boleh beri komitmen seratus peratus kerana takut akan mengganggu masa penggambaran saya. "Saya bimbang jika jadual kerja yang tidak dapat diaturkan dengan baik, ia akan menjejaskan juga masa artis lain," katanya kepada mStar Online. Tambah Jep, dia menerima tawaran tersebut beberapa kali namun terpaksa ditolak. "Saya segan juga, mereka bagi tawaran beberapa kali tapi saya tolak dengan cara baik kerana saya betul-betul takut tidak mampu untuk lakukan. "Dulu saya pernah jadi penyampai di radio Era FM selama enam bulan dan ia memang agak sukar untuk bahagikan masa," katanya. Dalam pada itu, kata Jep, dia juga mengakui perlu memikirkan keputusan tersebut sama ada dapat membantu kerjayanya atau sebaliknya. "Untuk buat banyak benda dalam satu-satu masa ia merupakan risiko. Saya jenis yang fokus satu kerja. "Selain itu, saya juga fikir adakah ia akan membantu meningkatkan kerjaya saya atau menjatuhkannya," kata Jep.

Shuib (Sepahtu) Puji Sikap Jepp Tidak Lupa Diri

Pelawak Shuib (Sepahtu) mengakui tersentuh dengan keperibadian rakan kumpulannya iaitu Jepp yang sentiasa bersikap rendah diri dan tidak lupa mengingati asal-usul mereka. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 29, berkata, Jepp sering menasihatkan dirinya tentang kehidupan sebagai artis hanyalah satu kerjaya untuk mereka mencari rezeki semata-mata. "Secara jujurnya saya tersentuh dengan keperibadian Jepp yang sentiasa beringat tentang keluarga di kampung. "Apa pun kerjaya yang dilakukan bukan kerana ingin mengejar populariti tetapi kerana tanggungjawab terhadap ibu-bapa dan adik-adiknya. "Dia juga tidak pernah belanja berlebih-lebihan, berhibur atau beli barangan yang mahal-mahal," katanya kepada mStar Online. Tambah Shuib, sejak bergelar artis, Jepp antara orang yang banyak menegurnya tentang tanggungjawab kepada keluarga dan agama. "Saya suka perjalanan hidup dia yang teratur, dia juga selalu nasihatkan saya tentang kewajipan melakukan sembahyang dan puasa. "Dia kata, selagi kita berada di landasan yang betul, kita boleh berjaya," katanya. Shuib berkata, dia tidak pernah berasa cemburu dengan kejayaan dan rezeki sahabatnya itu. "Saya bersyukur dengan apa yang dia dapat sekarang, rezeki dia juga semakin bertambah, pada saya dia adalah contoh artis yang baik," katanya.

Jep (Sepahtu) Takut Lupa Diri

Pelawak Jepp (Sepahtu) mengakui berasa risau dengan dirinya yang mungkin lupa diri atas kejayaan yang dimiliki. Jepp atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata kegusaran itu membuatkan dia sentiasa mengingati pesanan ayahnya agar tidak tersasar daripada jalan kejayaan yang ingin dituju. "Dalam mengejar cita-cita untuk menempa nama sebagai pelawak yang berjaya, saya selalu risau sekiranya saya tersasar dari landasan terutamanya lupa diri dengan asal-usul. "Bukan mudah untuk melalui dugaan dalam industri seni kita ini. Tetapi saya selalu mengingatkan diri ikut pesanan ayah jangan lupa diri dan hormat orang yang lebih tua daripada kita. "Dengan cara itu juga membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan pada masa sama turut menyenangkan hati orang sekeliling," katanya. Pada Jumaat lalu, Jepp buat pertama kalinya telah menerima anugerah Artis Lawak Lelaki Popular pada Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya. Beritahu Jepp, kemenangan itu membuatkan dia lebih bersemangat dalam menambah baik lagi mutu lakonan komedinya. "Saya ingat lagi, dulu, menjadi pelawak bukan cita-cita saya pun. "Tetapi ia telah menjadi sebahagian daripada mata pencarian untuk saya dan keluarga. "Saya harap dengan pengiktirafan ini yang diundi peminat-peminat, saya akan buat lebih baik daripada yang sekarang agar ia berbaloi dgn sokongan peminat-peminat,"ujarnya.

Dituduh besar kepala, Jep rasa kelakar

ARTIS besar kepala seperti sudah menjadi lumrah dalam industri hiburan tidak kiralah yang baharu mahupun lama dalam industri seni. Baru-baru ini heboh gosip mengenai seorang artis komedi iaitu Jep dari kumpulan Sepahtu dikatakan semakin besar kepala meminta itu dan ini. Bukan sahaja ingin menukar lokasi, malah Jep juga dikatakan sedang bercinta dengan seorang wanita dalam produksi yang terlibat bersamanya semasa penggambaran tersebut. Inginkan kepastian, Kosmo! menghubungi Jep atau nama sebenarnya, Mohd. Nazri Zainal Abidin untuk meminta penjelasan tentang gosip tersebut. Ternyata, Jep mempunyai alasan dan jawapan tersendiri. Kosmo!: Boleh ceritakan tentang perkembangan terkini anda? JEP: Sekarang saya sedang terlibat dengan rakaman Betul ke Bohong? sebanyak 26 episod. Selain itu saya ada terlibat dengan penggambaran drama yang bakal disiarkan pada bulan September ini dan sebuah telemovie, kedua-duanya bersama RTM. Karoot Komedia X juga bakal disambung kelak bersama Astro. Pasti anda tahu gosip yang mendakwa anda semakin besar kepala. Mungkin anda ada jawapan tersendiri? Pada awalnya, saya terkejut juga. Melihat kepada judul gosip tersebut, memang tidak dinafikan ia menjejaskan periuk nasi saya. Sebenarnya, apa yang terjadi punya sebab tersendiri dan sepatutnya mereka terus tanya kepada saya mengenai perkara ini. Saya juga dikatakan bercinta dengan orang produksi. Bila baca semula, rasa kelakar pun ada. Boleh anda jelaskan kenapa anda ingin menukar lokasi penggambaran seperti yang didakwa? Apabila kita melakukan sebarang kerja, keselamatan harus diutamakan. Pastinya sesiapa sahaja berasa begitu. Setiap yang dilakukan itu memang saya ada penjelasannya. Lokasi drama itu ditukar kerana ia kurang sesuai dan agak berbahaya bukan sahaja kepada saya, malah kepada semua kru produksi. Babak ketika itu di hospital tapi lokasinya ialah klinik bagi pesakit HIV. Saya terperanjat mengapa tempat seperti ini yang dipilih. Ini kerana, sedia tertulis, klinik tersebut bukan tempat untuk beristirehat, hanya untuk menjalankan sesi kaunseling serta ambil ubat. Jadi setelah berbincang dengan semua, saya pun menyuarakan pendapat tersebut. Semua telah bersetuju sebenarnya, tapi tidak tahu pula ada yang bercakap di belakang. Anda berasa kecewa dengan apa yang berlaku ? Sejujurnya memang saya kecewa. Tapi benda pun sudah keluar dan terpulang kepada orang yang ingin menilai. Tapi, apa yang pasti, rakan-rakan dan sesiapa yang pernah berurusan dengan saya, terkejut dengan judul besar kepala yang ditujukan kepada saya. Saya tidak marah namun menganggap ini semua dugaan Allah SWT. Tapi saya juga turut kecewa kerana saya sedang dalam perbincangan untuk menjadi duta sebuah produk. Setelah perkara ini disiarkan, saya mendapat panggilan bertanyakan hal ini. Tidak mengapa. Jika itu betul-betul rezeki untuk saya, pasti saya akan dapat. Tidak dinafikan, rezeki anda kini semakin baik. Banyak juga tawaran yang diterima. Adakah selepas ini, anda mungkin akan memilih watak dan punya prinsip tersendiri? Saya masih seperti biasa, tidak besar kepala. Sebelum ini juga saya tidak pernah berbuat demikian. Saya reda dengan dugaan yang mendatang, mungkin ada hikmahnya. Siapa yang sudah kenal saya, pasti tahu perangai saya. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada sesiapa yang mempercayai gosip tersebut? Tiada apa-apa. Saya bukan jenis yang suka bergaduh atau bising, saya maafkan semua. Apa yang saya perlu ialah komen yang boleh membantu karier yang ingin saya bina ini. Sebagai manusia, mungkin dahulu saya buat silap, dan ini karma buat saya. Saya tidak sempurna.

Jep Sepah dah besar kepala?

JOYAH tahu, ramai peminat di luar sana yang memang suka dengan pelawak Jep Sepah. Sejak dia masuk program realiti Raja Lawak lagi. Tapi, Joyah ada terdengar gosip yang kurang menyenangkan mengenai pelawak ni. Betul ke Jep dah tak macam dulu. Sekarang dia didakwa dah besar kepala? Iyalah income daripada RM5,000 sebulan kini sudah mencecah puluhan ribu ringgit! Joyah tak mahulah dedahkan siapa yang buka mulut pasal hal ni. Cukuplah sekadar anda tahu yang ia datang daripada orang dalam sebuah produksi. Khabarnya, sejak Jep terlibat dalam sebuah drama bercorak komedi dengan produksi berkenaan, egonya semakin menyerlah. Jep didakwa banyak menyusahkan tenaga pekerja produksi dengan sikapnya itu dan turut mempertikaikan pemilihan lokasi penggambaran. Pernah sekali, Jep dikatakan menolak bulat-bulat lokasi yang dah dipilih sebab tempat itu katanya 'kurang sesuai.' Padahal, nak cari lokasi tu bukannya senang. Pendek kata ada sajalah tak kena di matanya. Agaknya Jep banyak songeh sebab dia pun khabarnya sekarang tengah bercinta dengan produser drama tu. Eh terlepas cakap pula! Satu lagi, khabarnya, disebabkan dia ada hubungan dengan produser tu, Jep menerima layanan dan bayaran lebih berbanding Shuib walaupun Shuib adalah pelakon utama drama komedi itu. Aik...macam tak adil pula kan? Kata kawan baik Joyah. Ha...Joyah ada juga terfikir, dulu Jep kata Mamat yang banyak menimbulkan masalah. Tak berdisiplin dan macam-macam. Sekarang penyakit tu dah berjangkit ke? Mengata dulang paku serpih...tu je yang Joyah boleh cakap...harap-harap Jep sedarlah. Sebab langit tidak selalu cerah dan jangan mudah lupa diri!

“Kami Perlu Lebih Profesional” – Jep (Sepah)


Mungkin sudah musim, tahun ini timbul macam-macam gosip terhadap ahli kumpulan Sepah iaitu Mamat. Bermula dengan khabar angin kumpulan Sepah akan berpecah sehinggalah berita terbaru Mamat, diputuskan hubungan cinta melalui media oleh Fida.

Kali ini, timbul pula persoalan samada filem “Sepah The Movie” akan diteruskan atau tidak memandangkan kumpulan Sepah sudah berpecah. Namun begitu, penjelasan dari penerbit filem tersebut, Hasni Maulod menafikannya.

“Sebelum berpecah anggota Sepah iaitu Shuib, Jep dan Mamat telah menandatangani perjanjian untuk membintangi filem ini. Jadi, atas sebab itu kami merasakan tiada masalah yang akan berlaku walaupun kumpulan itu sudah berpecah,” ujar Hasni Maulod pada sidang media filem tersebut.

Dia turut menambah, “Pada saya, apabila dilanda masalah, mereka perlu meninggalkan masalah peribadi yang akan menjejas kemampuan mereka untuk melakukan yang terbaik.”

Jep ketika ditemui wartawan daripada sebuah akhbar online tempatan turut menjelaskan situasi kumpulan Sepah.

“Sebenarnya kami dah lama nak berpecah tetapi secara tidak rasmi. Apabila sudah menandatangani kontrak, tidak sangka pula saya dan Shuib menerima tawaran untuk membuat album seterusnya menubuhkan Sepahtu.

“Jadi apabila kami sudah membuat persetujuan, kami perlu lebih profesional,” tambah Jep lagi.

Sepah The Movie bakal ditayangkan pada Jun 2012 dan akan dibarisi oleh bintang-bintang popular seperti, Jehan Miskin, Yus (Jambu), Asrul Raja Lawak serta dua pelakon wanita jelita, Anzalna Nasir dan Ramona Qadira.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails