Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Jihan Muse. Show all posts
Showing posts with label Jihan Muse. Show all posts

Jihan Muse Sangkal Bakal Kahwin Bulan Depan

Pelawak dan pengacara Jihan Muse menyangkal gosip dia bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, pelakon Ku Hariz yang dijangka pada bulan hadapan. Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 32, berkata, dia tidak mengetahui tentang perkhabaran terbaharu yang sedang diperkatakan mengenai dirinya itu namun enggan memberi perhatian kerana ia tidak benar. "Gosip berkenaan tidak benar," katanya ringkas kepada mStar Online menerusi mesej WhatsApp pada Ahad. Bagaimanapun kata Jihan, dia tidak terkejut dengan laporan berkenaan dan menyifatkan ia bukan perkara baharu.
"Cerita tentang saya hendak berkahwin bukan perkara baharu. Abaikan sahaja kerana ia tidak benar," jelasnya. Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan gosip melaporkan seorang teman pelawak itu yang menetap di luar negara akan kembali ke Malaysia pada bulan hadapan bagi menghadiri majlis sahabatnya iaitu Jihan. Dalam pada itu, Jihan berkata, dia tidak mengetahui siapakah individu yang mendakwa sebagai kenalannya dalam artikel berkenaan. "Tidak tahu siapa. Saya pun tidak baca artikel berkenaan," katanya lagi.

Jihan Muse Tidak Berasa Digugat Pelawak Baru

Pelawak Jihan Muse tidak pernah berasa tergugat sekiranya ada pelawak wanita bakat baharu yang hadir dalam industri hiburan tempatan. Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 32, berkata, walaupun bersyukur kerana tidak ramai pelawak wanita dalam industri membuatkan kerjayanya sentiasa terurus, namun dia perlu bersiap sedia dengan saingan selain berusaha menambah baik kualiti kerjanya. "Saya sangat mengalu-alukan kedatangan pelawak wanita lain. Tak pernah terfikir pasal strategi untuk kekal lama. Syukur apa yang ada hari ini. Saya cuma sentiasa cari benda baru untuk baiki kualiti kerja saya supaya orang terhibur. "Tiada apa perlu dirisaukan kerana rezeki Allah itu luas. Kalau bukan di sini mungkin di tempat lain," katanya kepada mStar Online. Tambah Jihan, dia yakin, doa dan fokus terhadap kerja yang dilakukan salah satu cara untuk dia terus maju di bidang yang diterokainya itu. Sementara itu, mengenai sambutan Hari Raya, Jihan berkata, Aidilfitri adalah hari yang terbaik untuk dia meluangkan masa bersama keluarga memandangkan dirinya sibuk dengan kerja-kerja lakonan. "Pada saya raya adalah hari keluarga sebab masa ini saja dapat kumpul bersama-sama. "Apa-apa pun makan, makan dan makan. Perkara wajib setiap kali raya. Hahah..." tuturnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails