Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Jinbara. Show all posts
Showing posts with label Jinbara. Show all posts

Jinbara Pertaruhkan Interpretasi Mental


PETALING JAYA: Selepas tiga tahun sunyi tanpa album, kumpulan rock, Jinbara muncul dengan album baru berjudul Interpretasi Mental.

Dibawah naungan Warner Music Malaysia, album tersebut memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Jangan Lama-Lama (kolaborasi bersama kumpulan Ahli Fiqir), Parasit, Nebuchadnezzar, Laila Farhana dan Kasih Syurgawi.

Lagu Jangan Tunggu Lama-Lama yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Sweet Charity itu dinyanyikan semula oleh Jinbara setelah berjaya mempopularkan semula sebuah lagu lama rakaman Sweet Charity, Zakiah Zakiah.

Jinbara mula dikenali menerusi single lagu pertama berjudul Cinta Pantai Merdeka pada tahun 2000.

Antara lagu-lagu yang paling diingati oleh peminat muzik termasuklah Kasihnya Laila, Farhana (Puteri Kenyalang), Patri, Tahu Tak Tahu Joget, Cinta Semalam dan yang paling terkini Zakiah 2 berjaya mencatat jualan muat turun sebanyak 1.2 juta.

Selepas bersama EMI dan NAR Records, Jinbara yang menyertai syarikat rakaman terbesar Malaysia, Warner Music Malaysia dan telahpun mengedar dua buah album, Patah Pusing dan Terbaik.

Ternyata keserasian yang ada di antara kedua kumpulan unik naungan Warner ini berkesan dan mendapat sambutan hangat di kalangan pendengar muzik Malaysia.

Interpretasi Mental diterbitkan secara keseluruhan oleh Anjang dan Jinbara dan diedarkan oleh Warner.

Jinbara terdiri daripada Tia (Vokal), Anjang (Gitar Utama), Cepot (Gitar Kedua/Vokal), Akin (Bass) dan Ah Tan (Drum).

Jinbara tidak hilang identiti


Pepatah Melayu ada mengatakan jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya. Begitu juga dengan kumpulan Jinbara yang dianggotai Ahtan, Akin dan Cepot.

Biarpun begitu hebat arus teknologi sekarang ini yang turut melanda industri muzik tempatan, jati diri Jinbara masih lagi kukuh terpelihara. Buktinya terserlah menerusi album terbaru Jinbara, Interpretasi Mental.

Melalui album ini, Jinbara mengajak semua peminat bebas berfikir dan memberi interpretasi mereka sendiri mengenai muzik yang disampaikan oleh mereka.

Lagu-lagu seperti Jangan Lama-Lama feat. Ahli Fikir, Parasit, Nebuchadnezzar, Laila Farhana dan Kasih Syurgawi bukan sahaja sekadar dilihat menarik dari segi judulnya semata-mata.

Apa yang penting, lagu-lagu itu merupakan hasil daripada pengalaman suka duka yang telah mereka tempuhi lebih 10 tahun sebagai band muzik.

Jika Parasit merupakan sebuah lagu eksperimen buat Jinbara, Jangan Lama-Lama feat. Ahli Fiqir pula adalah hasil rakaman semula lagu lagu Sweet Charity.

Walaupun lagu tersebut telah dimodenkan tetapi ia masih lagi membuatkan pendengar mengingati asal-usul Melayu.

Irama rap yang diadun bersama muzik Jinbara menjadikan lagu itu sebagai sesuatu yang unik tetapi masih boleh diterima. Jinbara sendiri mengakui mereka dan Ahli Fiqir mempunyai keserasian dalam berkolaborasi.

Menyentuh mengenai kolaborasi dengan Orkestra RTM pula, Jinbara mengakui mereka ada matlamat tersendiri

“Kami mahu mencari jawapan kepada persoalan yang selama ini bermain dalam pemikiran kami,” ujar Ahtan. Justeru, hilangkah identiti muzik Jinbara apabila muzik mereka diadunkan dengan irama orkestra yang jelas berunsur kebaratan itu?

“Sebanyak 60 instrumen dimainkan dalam orkestra yang dipimpin oleh Datuk Mokhzani Ismail bukan sahaja mampu mengekalkan identiti Jinbara, malah dapat menghasilkan susunan muzik yang lebih baik.

Pengisian melodi yang sebelum ini tidak dapat dibuat dengan alat muzik asas, mampu mencantikkan lagu Parasit sebagai contohnya,” jelas Ahtan.

Lari daripada kelaziman muzik Jinbara, lagu Nebuchadnezzar pula mampu memberi cita rasa baru kepada peminat muzik.

Lagu ciptaan komposer Kuncidemak itu turut diberi sentuhan moden dalam alunman melodinya.

Sementara, lagu Kasih Syurgawi pula mewakili interpretasi rohaniah Jinbara yang disampaikan melalui muzik mereka. Dengan lirik yang ringkas, Jinbara mengajak pendengar menyintai Tuhan dan keluarga.

Pasti pendengar tersentuh apabila mendengar suara latar kanak-kanak menyanyi dalam lagu ini.

Waima begitu dalam dan tinggi jati diri muzik yang diinterpretasi oleh Jinbara. Semua itu akan menjadi debu di tepi jalan jika peminat masih lagi membeli cetak rompak dan membuat muat turun haram.

Justeru, Jinbara mengajak para peminat menyokong mereka dengan membeli yang original.

Lebih mengharapkan album mereka terjual secara muat turun di Internet, kata Cepot pula: “Jika muat turun single, Zakiah-Zakiah daripada album terdahulu kami, Suara Kita (2008) berjaya mencatat jumlah sehingga melebihi sejuta kali, kali ini Jinbara menyasarkan muat turun agar ada single dari album terbaru kami ini mampu mencecah 3 juta kali.

Baru sahaja selesai membuat promosi di Batu Pahat, Jinbara dalam rancangan untuk mengadakan mini showcase di lima buah negeri di Malaysia yang akan bermula 5 Januari 2011. Selain itu, mereka kini bergerak aktif memenuhi undangan pentas untuk mempromosi Interpretasi Mental.

Ketika ditebak dengan persoalan masa hadapan Jinbara, mereka mengakui mengimpikan untuk mengadakan sebuah konsert yang besar. Namun, untuk ke arah itu masih lagi jauh untuk Jinbara tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan.

“Jika ditinjau perkembangan peminat sekarang, mereka sudah mula menunjukkan keyakinan dan kembali menyokong pemuzik tempatan. Lihat sahaja kumpulan Search dan Wings, mereka dapat bertahan hampir tiga generasi.

“Setiap konsert yang mereka anjur pasti mendapat sokongan peminat,” ujar Akin.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails