Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Jojie Aminuddin. Show all posts
Showing posts with label Jojie Aminuddin. Show all posts

Jojie Tidak Akan Tinggalkan Kerjaya Urus Ella

Kakak Ratu Rock Negara Ella, Jojie tidak akan meninggalkan kerjayanya sebagai pengurus kepada penyanyi itu biarpun sudah mendirikan rumah tangga. Jojie atau nama sebenarnya, Rozita Aminuddin, 50, berkata, suaminya Syahrizal Ismail,36, tidak menghalang untuk dia terus menjadi tulang belakang kerjaya nyanyian adiknya itu. "Saya akan terus menguruskan Ella dan Syah tidak menghalang apa yang membuatkan saya gembira. "Syah juga menggalakkan dan suka dengan kerjaya saya ini, dia mahu saya terus aktif dalam industri biarpun selepas berkahwin," ujarnya kepada mStar Online.
Jojie selamat diijab kabul dengan pasangannya Syahrizal Ismail dalam sebuah majlis yang diadakan di Masjid Ara Damansara, di sini, malam Jumaat. Pada majlis tersebut Jojie menerima mas kahwin sebanyak RM888, manakala wang hantaran sebanyak RM20,000. Dalam pada itu, Jojie mengakui mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang selepas dua adiknya iaitu Ella dan Korie berkahwin terlebih dahulu. "Saya tidak mahu melihat mereka bersendirian sebab itu saya ambil keputusan melepaskan mereka berkahwin dahulu. "Selepas saya beritahu ingin berkahwin, Ella rasa sangat risau dan takut kami akan berpisah, tetapi saya yakinkan dia bahawa saya akan sentiasa ada jika dia memerlukan saya disisinya," ujarnya. Dalam pada itu, Jojie turut memberitahu bahawa dia dan Ella merancang untuk menunaikan ibadah haji bersama-sama pasangan masing-masing pada tahun ini.
Bercakap tentang keistimewaan lelaki yang menjadi pilihan hatinya, Jojie berkata, Syahrizal merupakan seorang yang memahami dan matang. Katanya, dia yakin Syahrizal merupakan seorang lelaki yang mampu membimbingnya dalam soal agama. "Apa yang buat saya terpikat ialah dia sentiasa menjaga solatnya dan mengingatkan saya tentang waktu untuk bersolat. "Dia juga faham tentang hubungan saya dan adik beradik yang terlalu rapat," katanya. Sementara itu, Syahrizal berkata, Jojie merupakan wanita yang melengkapi kriteria perempuan patut dikahwini dalam Islam. Katanya, sepanjang setahun perkenalan mereka, Jojie seorang yang sangat berdikari dan mempunyai pendirian sendiri. "Dalam Islam wanita yang patut dikahwini ada empat iaitu, agamanya, rupa paras, keturunan dan harta. Sepanjang kami berkawan saya perhatikan dia ada semua kriteria itu," ujarnya. Pasangan ini turut merancang untuk berbulan madu di Switzerland selepas resepsi mereka yang dijangka diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Jojie Tidak Kisah Bakal Suami 14 Tahun Lebih Muda

Kakak kepada penyanyi rock Ella iaitu Jojie Aminuddin, 50, menyifatkan jarak usia antaranya dengan bakal suami, Syahrizal Ismail, 36, bukan satu penghalang untuk mereka saling memahami. Jojie yang bakal berkahwin dengan pengurus acara itu pada Jun ini berkata, ia bukanlah satu masalah bagi mereka apatah lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui perhubungan mereka. "Faktor usia bukan satu masalah kerana Syahrizal seorang yang matang. Malah ada masanya dia lebih matang daripada saya. "Sudah setahun kami berkenalan dan sikapnya yang bersederhana dan sering menjaga solat membuatkan saya terpikat dengannya. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan," katanya.
Menurut Jojie, Syahrizal sudah pun menghantar rombongan merisik baru-baru ini namun masih lagi belum menetapkan tarikh pernikahan yang sesuai. Sementara itu, Syahrizal pula berkata, sikap Jojie yang tidak terlalu mengongkong serta pandai membawa diri membuatkan dia jatuh hati dengan wanita itu. "Sebagai seorang yang bekerja di bahagian korporat, saya sering berurusan dengan ramai orang dan saya melihat Jojie adalah calon isteri yang sesuai kerana dia memahami saya. "Tambah pula dia pandai masak tau. Tetapi saya tidak mahu dia kerap masak kerana mahu dia hidup selesa di samping saya," ujarnya.

Jojie sangkal Bertudung itu Panas!!


Kakak kepada Ratu Rock Negara, Jojie (yang kini berusia 47 tahun) dulu dikatakan sesetengah orang dia bertudung hanya lah untuk menghormati bulan Ramadhan memandangkan ianya bulan yang penuh berekah. Namun Jojie berkata ianya bukanlah hanya untuk bulan Ramadhan semata-mata, dia kini hanya mampu berserah yang dia memakai tudung ikhlas kerana Allah Taala (Lillahitaala)

Petikan artikel dari Gua: “Saya dah mula sepenuhnya memakai hijab beberapa hari sebelum Ramadhan. Nawaitu nak pakai hijab dah lama dah, tapi manusia biasalah, suka nak ikut kawan dan sebagainya. Namun, bila dah tiba masa, terus saja nak pakai. Masa itu saya tengah solat Subuh dan sewaktu sujud, hati saya rasa nak pakai sangat-sangat waktu itu juga.

“Masa tak pakai tudung dulu, bila kita keluar rasa panas saja. Tapi, bila kita tengok orang yang pakai tudung ini, tak panas pula. Bila dah pakai tudung sekarang, baru saya tahu memang tak panas. Alhamdulillah, selepas pakai hijab ini, saya rasa lebih tenang lagi.” -Via

Jojie manis bertudung


RAMAI yang memuji penampilan dan hijrah kakak kepada penyanyi rock Ella, Jojie Aminuddin. Sebaik sahaja gambar-gambar kemunculan Jojie bertudung dimuat naik di laman sosial Twitter dan Facebook, ramai yang bertanyakan Diva tentang kebenaran hijrah tersebut.

Sambil tersenyum, Diva hanya dapat mengucapkan Alhamdulillah dan bersyukur dengan kemanisan Ramadan yang dibawakan Jojie.

Diva cuma mahu sampaikan pesanan dan salam teman-teman yang rata-rata sangat gemar dengan hijrah Jojie. Memang waktu Diva tenung-tenung gambarnya, sangat manis Jojie berimej sebegitu dan harap berkekalan. Diva tumpang bangga dan senyum.

Diva: Tersenyum bila ada khabar kononnya filem Gila-Gila Remaja akan dibuat sekuel. Agaknya macam manalah gaya Faizal Hussien atau Roy dalam sekuel itu nanti.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails