Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Justin Bieber. Show all posts
Showing posts with label Justin Bieber. Show all posts

Justin Bieber Tidak Puas Hati Dengan Selena Gomez

SELENA Gomez bukan lagi kekasih kepada Justin Bieber tetapi penyanyi kegilaaan ramai wanita itu masih menganggap semua perkara yang mempunyai kaitan dengan Selena adalah urusannya. Baru-baru ini, portal The Sun melaporkan Justin begitu marah apabila mendapat tahu Selena menyertai sebuah parti bersama teman baik penyanyi kelahiran Kanada itu. Malah King Kevi sempat mengunjungi Selena di rumahnya. "Justin terlalu menjengkelkan apabila teman baiknya mula merapatkan diri dengan Selena. Dia masih merasakan Selena adalah miliknya. "Dia tidak senang dengan keakraban mereka yang dianggap mungkin boleh menjadi ke sebuah perhubungan yang lebih serius," kata su,ber. Bagaimanapn, menurut sumber lain pula, perhubungan King dengan Selena hanya disebabkan status Selena sebagai selebriti semata-mata. King hanya ingin menjadi teman baik kepada penyanyi berusia 20 tahun itu sahaja,tidak lebih daripada itu.

Justin Bieber pengsan

KECEWA lagi. Penyanyi yang popular dengan lagu Boyfriend, Justin Bieber sekali lagi mengecewakan peminatnya apabila pengsan dan dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan. Bieber,19, pengsan ketika melakukan persembahan di London, Khamis lalu walaupun tidak selesa sepanjang persembahan. Dengan bantuan oksigen, penyanyi remaja itu kembali membuat persembahan sebelum dikejarkan ke hospital. Menurut pengurusnya, Scooter Braun, Bieber tidak mengalami masalah kesihatan sebelum konsert. Ini bukan masalah pertama yang dihadapi Bieber untuk konsert Bieber apabila penyanyi itu turut tiba dua jam lambat pada konsertnya Selasa lalu. Kelewatan itu menimbulkan kemarahan peminat apabila ramai di antara mereka yang terpaksa pulang awal kerana masih bersekolah. Justin Bieber tampil di 02 Arena di London sebagai sebahagian daripada konsert jelajahnya seluruh dunia.

Justin Bieber Mula Berani Hisap Ganja

AKHIR-AKHIR ini, tingkah laku Justin Bieber semakin tidak terkawal apabila dia mula berani mengambil dadah jenis ganja sehingga membuatkan orang di sekelilingnya tidak senang duduk. Menurut laporan Contactmusic, Justin dikatakan enggan mengambil peduli dengan nasihat orang sekeliling yang berusaha menjaga nama bersihnya. "Justin seolah-olah tidak peduli bahawa tabiatnya itu dapat mengancam karier nyanyiannya. "Dia melakukan apa yang diinginkan dan tidak mahu mendengar nasihat sesiapapun," kata sumber. Tambah sumber itu, Justin sering dikelilingi oleh orang yang suka memanjakannya dan sentiasa memenuhi apa sahaja kehendak penyanyi berusia 18 tahun itu. Perkara tersebut membuatkan tingkah laku Justin menjadi rosak gara-gara terlalu diberi muka.

Justin Bieber pakai jeans wanita


RAMAI tidak perasan di sebalik penampilan hebat penyanyi muda Justin Bieber dalam setiap persembahannya. Justin sebenarnya gemar memakai jeans wanita dalam beberapa persembahannya.

Pelantun lagu Baby itu menjelaskan bahawa dia gemar berbuat demikian kerana menganggap jeans wanita lebih selesa dipakai memandangkan saiz tubuh badannya masih kecil.

"Saya sering mengenakan jeans wanita kerana ia muat dengan saya. Bukan kerana alasan trend, tetapi keselesaan membuatkan saya gemar memakainya," jelas Bieber

Walau bagaimanapun Bieber, 17, yang dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon, Selena Gomez itu enggan sesekali memakai jeans milik teman wanitanya itu.

Justin Bieber Mahu Kahwin Pada Umur 25 Tahun


PENYANYI yang menginjak usia 17 tahun, Justin Bieber mengakui sudah semakin matang dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Penyanyi lelaki yang sedang hangat bercinta dengan penyanyi Salena Gomez ini memberitahu bahawa dirinya akan berkahwin dalam masa 10 tahun lagi.

"Pada usia 25 tahun, saya ingin melihat diri saya sudah berkeluarga. Saya ingin jadi ayah pada usia muda.

"Saya mahu lakukan apa yang ingin saya lakukan dan berjaya dalam semua hal terlebih dahulu. Kalau semuanya berjalan lancar saya ingin bernikah dalam usia 25 tahun," kata Justin seperti dipetik ContactMusic.

Bagaimanapun, Justin belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat, malah belum mencari wanita yang sesuai dijadikan isteri.

"Saya tidak mahu berkahwin dalam masa ini kerana bayak urusan yang belum selesai," katanya.

Justin Bieber Pukau Peminat Di Stadium Merdeka


KUALA LUMPUR: Kuasa dan daya penarik yang ada pada penyanyi remaja popular, Justin Bieber, 17, berjaya memukau kira-kira 17,000 penonton dalam satu siri konsert jelajah My World Tour yang di adakan di Stadium Merdeka, di sini, malam Khamis.

Penyanyi kelahiran Ontario, Kanada ini membuktikan fenomena luar biasanya apabila tiket-tiket untuk persembahan beliau berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 habis dijual

Persembahan yang bermula kira-kira pukul 9 malam itu menggamatkan suasana apabila sebilangan besar remaja menjerit-jerit memanggil nama beliau.

Bieber menyampaikan lagu-lagu popular daripada albumnya seperti Somebody To Love, One Time, Never Say Never, Love Me, Pray dan lagu berhantunya, Baby.

Penyanyi Mizz Nina turut diberi penghargaan menampilkan persembahan pembuka tirai konsert berkenaan.

Sebelum tiba di Kuala Lumpur bersama kekasihnya, Selena Gomez, Bieber menemui peminatnya dalam konsert serupa di Singapura pada Selasa lalu.

Beliau kemudiannya dijadual berkunjung ke Indonesia dan Australia untuk siri penjelajahan tersebut.

Turut berangkat menyaksikan persembahan beliau di Stadium Merdeka, Pemangku Sultan Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Justin Bieber & Kekasih Tiba Di Malaysia


PETALING JAYA: Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber,17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang Khamis bersama kekasihnya, penyanyi Selena Gomez.

Kehadiran mereka bersempena konsert Justin Bieber My World Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, 8.30 malam ini.

"Ya, dia (Bieber) akan tiba dari Singapura pada esok (hari ini)," kata seorang pegawai Jabatan Imigresen di KLIA kepada portal berita berbahasa Inggeris terbitran The Star, Daily Chilli, Rabu.

Bieber yang dijadualkan tiba di ibu negara semalam bagaimanapun terpaksa menangguhkan penerbangannya ekoran masalah kesihatan selepas mengadakan konsert di Singapura, Selasa lalu.

"Justin tidak berapa sihat. Jadi, dia berehat di hotel untuk satu hari lagi," dedah satu sumber dari hotel penginapan rasmi penyanyi itu di Marina Bay Sands, Singapura.

Lebih menggemparkan, kunjungan Bieber ke Kuala Lumpur turut ditemani kekasihnya Selena Gomez yang sama-sama mengiringi siri konsert jelajah penyanyi itu di rantau Asia Pasifik.

"Ya, Selena menemani Justin tetapi tidak mahu gambar mereka bersama dirakamkan," akui satu sumber terdekat penganjur rasmi konsert itu, Tune Talk.

Fenomena Bieber terbukti luar biasa apabila tiket-tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 sudah habis dijual.

Pintu pagar Stadium Merdeka akan mula dibuka pada pukul 7 malam Khamis sebelum konsert sebenar berlangsung pada pukul 8.30 malam.

Ribuan peminat khususnya remaja dijangka menyaksikan sebuah konsert daripada artis yang mencetuskan fenomena seluruh dunia itu.

Justin Bieber Beli Pangsapuri Lebih RM5 Juta


PENYANYI berasal dari Kanada, Justin Bieber (gambar) berhasrat untuk membeli sebuah pangsapuri berharga RM5,186,700 sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-17 pada 1 Mac ini.

Menurut jurucakap penyanyi lagu Baby itu kepada Showbiz Spy, Jumaat, Justin sedang mencari rumah sekarang ini untuk dijadikan sebagai hadiah ulang tahun.

Khabarnya, Bieber sedang meninjau sebuah apartmen mewah di Westwood, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Apartmen tersebut mempunyai empat bilik tidur, tiga bilik mandi dan kemudahan mewah termasuk kolam renang dan spa.

Ketika ini, kekayaan penyanyi itu ditaksir sudah mencecah RM305,100,011.

Baru-baru ini, Bieber yang dikhabarkan menjalin cinta dengan Selena Gomez, berjaya muncul dalam sebuah filem berjudul Never Say Never.

Filem tersebut menampilkan perjalanan karier Bieber, mulai dari YouTube hingga menjadi penyanyi yang memiliki jutaan peminat di seluruh dunia.

Justin Bieber Berang Ditanya Tentang Selena Gomez



PENYANYI Justin Bieber berang apabila ditanyakan tentang status hubungan percintaan dia dengan aktres Selena Gomez.

Dalam wawancara majalah Brit Heat, penyanyi lagu Baby ini menjawab soalan yang diajukan dengan nada dingin dan sangat berbeza dari biasa.

"Saya rasa pertanyaan ini sudah keterlaluan. Saya tidak suka kehidupan peribadi ditanya sebegitu dan saya tidak akan menjawab tentang itu lagi," ujarnya ketika ditanya tentang kekasih hati.

Malah, ketika ditanya tentang wanita idamannya, Justin enggan mengulas dan meminta wartawan mengubah soalan kepada kerjaya nyanyian, filem dan bukunya.

"Wawancara ini seharusnya mengenai hal berkaitan kerjaya dan muzik, bukan tentang hubungan cinta dan peribadi saya," katanya.

Justin Bieber Idam Anugerah Grammy



LONDON: Sempena kedatangan tahun baru 2011, penyanyi remaja sensasi Justin Bieber begitu berhajat untuk memenangi anugerah Grammy ke-53 yang bakal berlangsung pada 13 Februari depan.

Menurut penyanyi berusia 16 tahun itu, populariti mendadak yang dikecapnya dalam masa setahun ini masih belum memberikan kepuasan sepenuhnya kepada dia.

Sebaliknya, perjuangannya sebagai penyanyi hanya akan terbayar jika dia memenangi anugerah berprestij itu.

"Sasaran saya untuk tahun 2011 adalah untuk memenangi anugerah Grammy," katanya yang dipetik daripada laman web femalefirst.co.uk.

Bieber tercalon untuk kategori Artis Baru Terbaik dan Album Vokal Pop Terbaik (My World 2.0) dalam Anugerah Grammy kali ini.

Justin Bieber Lebih Berpengaruh Daripada Barack Obama


PENYANYI remaja, Justin Bieber jauh lebih berpengaruh daripada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Penilaian tersebut berdasarkan analisi yang dibuat oleh penganalisis media sosial, Klout terhadap populariti mereka di dunia online.

Klout memgumumkan perkara tersebut berdasarkan pengamatan di laman sosial seperti Facebook, Twiitter dan Google. Mereka mengambil kira seberapa kerap perkataan atau nama seseorang diulang secara online.

Menurut kajian mereka, nama Bieber merupakan nama tertinggi di internet yang mana namanya di retweet lebih lima juta kali. Manakala Barack Obama dengan 250 ribu retweet.

Pengasas Klout, Jose Fernandez penilaian dibuat berdasarkan berapa banyak nama atau perkataan itu dicari di online.

Sementara itu, Lady Gaga dan Liam Gallagher turut tersenarai dalam senarai nama berpengaruh di alam maya.

Klout telah diberi label oleh pakar teknologi sebagai salah satu laman web yang mesti diberi perhatian pada tahun 2011. Baru-baru ini juga mereka disewa oleh Disney untuk melakukan penelitian atas kepopularan mereka di dunia online.

Fenomena Bieber


Di puncak populariti ketika berusia 16 tahun

BINTANG sensasi remaja kelahiran London, Ontario, Kanada ini diakui antara fenomena pop luar biasa yang dicetuskan oleh laman YouTube. Justin Drew Bieber memulakan langkahnya untuk mendaki puncak populariti pada usia 12 tahun dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian.

Keampuhan populariti Justin Bieber kukuh pada usia 16 tahun apabila namanya meraih perhatian luar biasa di laman media sosial. Justin dilihat sebagai simbol kejayaan, contoh terbaik remaja yang berjaya menggapai cita-citanya pada usia belasan tahun.

Semua itu tidak mungkin akan dinikmatinya jika tidak kerana usaha ibunya, Pattie Mallette. Pattie memuat naik video persembahan Justin ketika menyertai satu pertandingan nyanyian di Stratford yang mengangkatnya sebagai naib johan.

“Saya menyertai pertandingan nyanyian Stratford Idol. Kebanyakan yang turut serta mengambil kelas nyanyian dan vokal, sedangkan saya tidak pernah serius menyanyi.

“Saya gemar menyanyi di sekitar rumah. Ketika itu saya baru berusia 12 tahun tetapi memenangi tempat kedua,” katanya.
Kesungguhan memuat naik video pelbagai siri persembahan Justin menyanyikan lagu R&B popular tanpa disangka memacu populariti kepada remaja yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 itu.

“Saya memuat naik video nyanyian daripada pertandingan di YouTube kerana mahu kawan-kawan dan keluarga dapat menontonnya.

“Tetapi ia menjadi sebaliknya apabila orang lain menyukai persembahan saya dan mula mengikutinya. Bermula dari situ, saya memperoleh kontrak rakaman,” katanya.

Pada American Music Awards ke-38 yang berlangsung di Nokia Theatre, Los Angeles pada 21 November lalu, Justin mendominasi kemenangan dengan mengenepikan penyanyi senior untuk meraih pengiktirafan tertinggi, Artis Tahun Ini.

Dia menghampakan nama terkenal seperti Usher, Eminem, Lady Gaga, Katy Perry dan Kei$ha untuk menerima gelaran itu selain mencatat sejarah sebagai pemenang terbanyak pada malam berkenaan.

Selain trofi Artis Tahun Ini, Justin turut diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Cemerlang, Artis Pop/Rock Lelaki Pilihan dan Album Pop/Rock Pilihan menerusi album, My World.

Justin menewaskan Eminem dan Usher bagi kategori Artis Pop/Rock Pilihan, serta mengenepikan Katy Perry dan sekali lagi Eminem untuk kategori Album Pop/Rock Pilihan.

Penyanyi yang popular dengan lagu Baby dan One Less Lonely Girl itu mencatat sejarah sebagai penyanyi paling muda memenangi anugerah utama American Music Awards yang dianjurkan sejak 1973.

Justin memulakan kerja produksi susulannya Julai lalu bersama penyanyi dan penulis lagu British, Taio Cruz yang menyumbangkan lagu untuk album yang bakal dipasarkan awal tahun depan.

Legenda hip hop, Dr Dre pula menerbitkan dua lagu yang dirakamkan pada Julai lalu.

Remaja bijak itu tidak hanya menyandarkan kekuatan bakatnya kepada nyanyian saja. September lalu, dia muncul dalam siri jenayah terbitan CBS, CSI: Crime Scene Investigation melakonkan watak remaja bermasalah.

Filem 3D yang menceritakan perjalanan hidupnya juga diterbitkan. Produksi arahan John Chu itu dijangka menemui peminat di pawagam pada Februari depan.
Satu impiannya, Justin berharap kejayaannya menjadi contoh kepada peminat muda.

“Saya berharap segala yang dilalui ini akan mempengaruhi orang lain secara positif. Mesej saya setiap kita mampu melakukan apa saja jika meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap usaha itu.

“Saya tidak membesar dalam kemewahan, malah hidup saya penuh kekurangan. Tetapi kesulitan lalu membentuk saya menjadi kuat, bahkan membina karakter saya hari ini,” katanya.

Benar kejayaan tidak sentiasa membentangkan keselesaan kepada seseorang. Justin juga tidak terlepas daripada berdepan sasaran mereka yang kurang senang dengannya.

Namanya dikaitkan dengan petikan video porno yahg diceroboh di YouTube, malah gambarnya pernah diubahsuai menjadi imej lucah selain dikatakan meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan.

Namun, semua dugaan itu memberi kekuatan kepadanya untuk mencipta lebih kejayaan dan menawan hati jutaan remaja wanita yang tertarik dengan imej baik dan percakapannya yang penuh santun.

INFO:


•Bakat Justin dikesan pada 2008 oleh Scooter Braun yang secara tidak sengaja menonton video nyanyiannya menerusi YouTube. Scooter kemudian menjadi pengurus Justin dan mengatur pertemuan dengan Usher di Atlanta, Georgia seterusnya menandatangani kontrak dengan Raymond Braun Media Group (RBMG), syarikat milik bersama Scooter dan Usher.


•Dia kemudian menandatangani kontrak bersama Island Records sebelum muncul dengan single pertamanya, One Time pada 2009. Album studio penuhnya, My World 2.0 dilancarkan di pasaran pada 23 Mac lalu serta menguasai carta single dan album terlaris dengan jualan mencecah tahap platinum iaitu sejuta unit.


•Justin juga melakar sejarah sebagai artis pertama yang memiliki tujuh lagu daripada album sulung berada dalam carta Billboard Hot 100.


•Selepas lahir bersama My World, Justin mencipta fenomena YouTube dengan menjadi raja media online apabila 100 juta peminat menonton video persembahannya.


•Di laman sembang mikro, Twitter namanya dilawati lebih 84,846 kali sehari manakala di Last.fm mencatat lagu nyanyiannya dimainkan lebih 1,854,917 dalam tempoh 24 jam.


•Tahun lalu, Justin kekal pada kedudukan pertama dalam carta Top 10 Most Tweeted Brands di Ad Age manakala Celebuzz menamakannya sebagai antara Top Ten YouTube Superstars dekad ini.


•Selepas melancarkan My World 2.0, produksi itu mencatat jualan platinum di Amerika Syarikat dalam tempoh tidak sampai dua bulan dipasarkan.


•Justin juga menerima 11,000 peminat baru setiap hari di laman Twitter miliknya, selain lagu nyanyiannya, Baby mencatat sebagai lagu hit antarabangsa sekali gus memperkasakan lagi nama Justin Bieber.

Pintu Kedai Pecah, Peminat Serbu Justin Bieber


PENYANYI remaja popular, Justin Bieber (gambar) dikerumuni peminat ketika berada di sebuah pusat beli-belah di negara kElahriannya, Kanada.

Menurut femalefirst, dalam kejadian Sabtu lalu, Bieber yang popular menerusi lagu The Baby itu mahu meraikan hari Krismas dengan membeli belah di Fairview Mall, Kitchener, Ontario tetapi hasratnya itu terganggu apabila sekumpulan gadis mengerumuninya di sebuah kedai yang dikunjunginya.

Akibat keadaan yang tidak terkawal itu Bieber terpaksa meninggalkan kedai berkenaan dengan segera untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.

“Keadaan peminat yang ramai itu membuatkan pintu kaca kedai berkenaan turut pecah sehingga Bieber diarahkan keluar oleh pihak keselamatan,” kata sumber.

Selain itu pengurs kedai berkenaan juga mengaku telah meminta Bieber supaya tidak berada di kedai tersebut agar kekacauan yang berpunca daripada peminatnya itu tidak terus berpanjangan.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails