Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Kareena Kapoor. Show all posts
Showing posts with label Kareena Kapoor. Show all posts
Kareena Kapoor Anggap Trofi Kemenangan Dapat Iringnya Ke Kubur
NEW DELHI: Bintang filem terkenal Kareena Kapoor menganggap enam trofi anugerah Filmfare yang dimenangi setakat ini diibaratkan seperti “anak-anak” yang akan mengiringinya apabila dia meninggal dunia kelak.
“Trofi-trofi itu umpama anak-anak saya. Keenam-enam anugerah Filmfare yang saya menangi itu akan mengiringi ke kubur apabila saya meninggal dunia nanti,” katanya seperti dipetik menerusi portal Newkerala.com.
Kareena berkata, dia menyedari persaingan di kalangan pelakon hari ini semakin sengit tetapi dia tetap berharap untuk menambah trofi kemenangan pada anugerah kali ini.
“Saya menghadapi persaingan sengit di dalam keluarga sendiri pada hari ini... daripada adik saya (Ranbir Kapoor).
“Dia mungkin akan mengatasi saya dan datuk (Raj Kapoor),” katanya yang sering diiktiraf sebagai penyambung legasi seni datuknya.
Dalam filem terbaru lakonannya berjudul Talaash, Kareena memainkan peranan sebagai wanita sakti di samping Aamir Khan dan Rani Mukerji.
Kareena enggan jawab isu peluk Islam
SEMAKIN dekat hari perkahwinannya pada 16 Oktober ini, Kareena Kapoor terus menjadi buruan media di India. Selain persoalan tentang persiapan kahwin dengan aktor Saif Ali Khan, Kareena juga dihimpit beberapa soalan sensasi, termasuk isu adakah dia akan memeluk agama Islam selepas menjadi isteri Saif.
Sewaktu diajukan persoalan tersebut, ternyata aktres yang ditemui dalam satu majlis baru-baru ini dilihat kurang senang. Dengan tegas dia yang dikhabarkan telah bersedia membawa nama Khan selepas berkahwin berkata: "Ini adalah soalan yang salah (tukar agama). Saya tidak akan menjawabnya."
Kareena merupakan penganut agama Hindu, sementara Saif merupakan seorang Muslim. Bagaimanapun ada laporan yang mendakwa Saif tidak memaksa Kareena untuk memeluk Islam selepas berkahwin.
Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun tersebut juga enggan menjawab sebarang persoalan tentang majlis perkahwinannya. Katanya, biar majlis itu berlangsung terlebih dahulu, baru dia akan memberi sebarang kenyataan.
"Buat masa sekarang saya tak mahu bercakap apa-apa tentang majlis tersebut. Apa yang saya tahu, saya akan memakai baju kahwin warna merah, kerana ia warna kegemaran saya," ujarnya sebelum berlalu pergi.
Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Dilaporkan Sudah Kahwin
KHABAR terbaru buat pasangan selebriti Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor, mengatakan mereka telah berkahwin pada Selasa lalu.
Menurut laporan portal pinkvilla, ibu Saif iaitu Sharmila Tagore dan keluarganya telah mengumumkan tarikh pernikahan tersebut baru-baru ini.
"Sukacitanya ingin dimaklumkan, kami akan mengadakan upacara Dawat-E-Wamila bagi meraikan majlis pernikahan Saif dan Kareena pada 18 September 2012 (Selasa)," katanya.
Kenyataan itu membuatkan ramai pihak media cuba mendapatkan foto eksklusif majlis perkahwinan selebriti tersebut apabila ramai pihak menganggap berita tersebut berkemungkinan besar adalah benar.
Hubungan cinta selama lima tahun itu membuatkan perkahwinan Saif dan Kareena sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pihak.
Malah Kareena juga pernah berkata mahu menukar namanya kepada Kareena Kapoor Khan selepas berkahwin nanti.
Kareena wanita paling seksi

MASIH terkejut, pelakon jelita Kareena Kapoor sekali lagi tidak menduga apabila namanya ditempatkan di tangga teratas sebagai Wanita Bollywood Terseksi.
Pengiktirafan itu telah diumumkan menerusi majalah tersohor Bollywood iaitu Stardust. Paparan majalah edisi bulan Mac itu memaparkan 10 wanita seksi yang berkecimpung dalam industri filem.
Selain Kareena, aktres Kaif, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra turut tersenarai.
Muka depan majalah tersebut memaparkan penampilan Kareena yang kelihatan sungguh seksi dan glamor dengan dibaluti gaun berwarna merah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
