Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Khai AF. Show all posts
Showing posts with label Khai AF. Show all posts

Khai & Rosma Buka Kafe Bukan Kerana Sudah Tidak Laku

Bekas peserta program Akademi Fantasia musim pertama (AF1) iaitu Khai dan Rosma memberitahu keputusan mereka membuka kafe iaitu CoffeRich Cafe bukan disebabkan kerjaya seni mereka semakin suram. Khai yang juga suami kepada Rosma memberitahu, sejak dahulu lagi mereka berdua sangat berminat untuk menceburi bidang perniagaan namun hasrat itu terbantut kerana sibuk dengan bidang nyanyian dan baharu kini impian itu terlaksana. "Sejak keluar daripada Akademi Fantasia lagi kami sudah memasang angan-angan untuk menceburi bidang perniagaan tetapi ketika itu sibuk dengan aktiviti seni membuatkan perancangan itu tergendala. "Keputusan buka kafe ini kerana minat dan bukannya disebabkan oleh kami sudah tidak popular. "Kami masih lagi aktif dalam bidang seni dan biarpun tidak tampil dengan produk baharu tetapi undangan nyanyian masih ada seperti dahulu," katanya kepada mStar Online.
Pasangan itu ditemui pada majlis pelancaran kafe berkenaan yang terletak di pusat beli-belah AEON Cheras Selatan di sini pada Ahad. CoffeRich Cafe beroperasi sejak 15 Januari lalu menjual 26 jenis minuman 'ice blended' selain seleksi makanan seperti nasi lemak, sandwich dan sosej. Dalam pada itu, Khai berkata, menariknya mengenai minuman kopi yang dijual di kafe tersebut, dia menggunakan sepenuhnya produk keluaran tempatan iaitu Kopie Satu yang dijamin bermutu tinggi dan halal. "Saya dapat bekalan itu daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan terkejut kerana kualitinya sangat baik setanding dengan jenama antarabangsa dan dijamin halal. "Alhamdulillah maklum balas daripada pelanggan juga rata-rata menyukai kopi yang kami gunakan," katanya. Sementara itu, Khai berkata, dia menyasarkan untuk membuka lebih banyak cawangan CoffeRich Cafe berbentuk kiosk pada masa hadapan selain turut mengajak peminat atau orang ramai yang berminat untuk membuka perniagaan sepertinya. "Buat permulaan saya ingin stabilkan kafe pertama kami dan Insya-Allah jika sambutan baik kami memang berhasrat untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa hadapan. "Malah kami turut mengalu-alukan usahawan Bumiputera yang ingin melabur membuka cafe seperti ini dan kami akan uruskan operasi kedai berkenaan," ujarnya.

Khai, Rosma berlagak

"TAK sangka pasangan suami isteri tu memang betul-betul berlagak. Dulu rasanya mereka tak macam tu, tapi sekarang aku dah tengok sendiri pasangan ini yang memang tak campur dengan orang lain," kata salah seorang artis pada Syed baru-baru ini. Apa pula hal dengan Khai dan Rosma tu? Bila Syed risik-risik rupanya ramai yang tengah berbulu dengan mereka. Semuanya bermula dengan satu persembahan di Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya beberapa minggu lalu. Bila sudah berkumpul sementara menunggu persembahan tu, sudah pasti ramai artis yang berkumpul di belakang pentas. Masalahnya bila Khai dan Rosma langsung tak bercampur, semua rakan-rakan artis rasa pelik. “Nak jadi anak seni ni bukan boleh menyombong sangat. Kalau duduk suami isteri pegang telefon masing-masing sampai habis majlis, itu bukan caranya. “Cuma aku pelik sikit bila mereka mengasingkan diri begitu sekali. Apa masalah tak pula aku tahu tapi rasanya dalam ramai-ramai artis tu tak ada apa-apa masalah dengan mereka. “Jadi kau tolong pesan pada Khai dan Rosma tu supaya tak berperangai macam tu lagi. Jangan ingat orang lain kat belakang tu tunggul kayu yang tak perlu dipandang," kata penyanyi ini lagi. Betul ke Khai dan Rosma macam tu? Kalau betullah mereka macam tu sedihlah!

Khai tuduh wartawan reka cerita


BERANI kerana benar tetapi ada orang kecut perut bila berdepan realiti. Itu perkara biasa. Peliknya, ada pula yang menyalahkan pihak lain semata-mata tidak mahu diri sendiri dipersoal atau dipersalahkan.

Itu yang Diva pelik bila Che Kiah mengomel gara-gara jawapan yang diberikan Khai AF.

Ceritanya begini, Che Kiah baru-baru ini mendapat surat jemputan untuk menghadiri satu sidang media di Pulau Pinang membabitkan Khai dan beberapa artis lain yang kononnya mahu memberi penjelasan kenapa mereka keluar daripada syarikat pemasaran berbilang peringkat, AC Konsortium Sdn. Bhd. yang diasaskan pengacara AC Mizal.

Sebelum acara itu berlangsung, Che Kiah naklah dapatkan komen daripada pihak AC Konsortium, maklumlah isu ini membabitkan hal sesama artis di negara ini.

Hendak dijadikan cerita, pihak AC Konsortium kemudian menghubungi Khai untuk bertanyakan sama ada sidang akhbar itu benar-benar akan diadakan seperti yang dimaklumkan pihak wartawan.

Namun, jawapan Khai agak mengejutkan. Khai bukan sahaja menafikan wujudnya sidang media itu bahkan mendakwa wartawan itu sengaja mereka-reka cerita.

Alahai Khai, janganlah bercakap ikut sedap mulut. Wartawan dapat surat jemputanlah.

Kalau pun nak melepaskan daripada kena kejar atau kena marah dengan pihak lain, tak perlulah cari alasan untuk salahkan orang lain pula.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails