Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Lan Kristal. Show all posts
Showing posts with label Lan Kristal. Show all posts
Amy (Grand) Mengaku Salah Larikan Wang Lan (Kristal)
Bekas penyanyi kumpulan Grand iaitu Amy mengaku salah dan berjanji untuk menjelaskan segala hutang-hutangnya kepada individu terlibat secara berperingkat.
Amy atau nama sebenarnya Zuraimi Remeng yang popular pada awal tahun 2000 berkata, dia tidak berniat untuk menipu sesiapa dan memohon maaf terhadap kesilapannya itu.
“Dengan rendah diri saya ingin memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan saya di FB (Facebook), kenalan dan saudara-mara. Terutama sekali ahli keluarga saya, sekiranya tanpa sengaja saya telah mendatangkan kesan buruk terhadap kamu semua.
“Dengan nama Allah saya tidak menafikan bahawa saya ada membuat kesalahan tetapi tidak berniat menipu, kerana sebab musabab yang tidak dapat saya jelaskan,” katanya dalam posting Facebook miliknya yang dicatatkan kira-kira pukul 9.30 malam Rabu.
Terdahulu pada Isnin lalu mStar Online melaporkan luahan hati penyanyi Kristal iaitu Razlan yang kecewa apabila bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara telah melarikan wang persembahan pentasnya berjumlah ribuan ringgit.
Razlan atau lebih dikenali sebagai Lan turut memuat naik gambar penyanyi berkenaan di laman Instagram miliknya pada 31 Ogos lalu dengan memberi amaran untuk mengambil tindakan jika individu itu gagal mengembalikan wang berkenaan.
Lan dijemput menjayakan acara karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor pada 24 Ogos lalu yang turut dikendalikan oleh bekas vokalis tersebut.
Dalam pada itu Amy turut berasa terhina dengan apa yang telah berlaku kerana pendedahan berkenaan mengaibkannya, menutup periuk nasi serta merosakkan hubungan kekeluargaan.
Malah katanya, ia juga memberi kesan kepada isteri dan anak-anaknya yang turut menerima tempias berkenaan.
"Saya harap kepada yang tidak berkenaan tu janganlah menambah minyak di dalam api, kerana ia belum berlaku pada diri kamu.
“Walau apa pun saya manusia biasa dan akan laksanakan tanggungjawab saya sebagai manusia untuk membayar semula hutang piutang itu selagi ada nafas ini tetapi berilah saya masa,” tulis Amy dalam FB miliknya.
Sementara itu Lan dalam satu mesej WhatsApp yang dikirimkan kepada mStar Online pada malam Rabu tidak lagi mempercayai kata-kata bekas anggota kumpulan Grand itu.
Ujar Lan, individu itu gemar menggunakan ayat-ayat manis untuk memperdayakan orang.
"Saya akan selesaikan perkara ini mengikut lunas undang-undang. Saya sudah menyampah dengan kata-katanya.
"Sebelum (saya) tau pasal dia kaki penipu, bolehlah terima kata-katanya tetapi bila dah kena (tipu), sorry la,” tegas Lan.
Lan (Kristal) Tuntut 'Vokalis Penipu' Kembalikan Wang
Vokalis kumpulan Kristal, Lan, kerugian ribuan ringgit selepas ditipu bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara apabila individu itu tidak menjelaskan bayaran wang undangan persembahan bagi acara Karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor, 24 Ogos lalu.
Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, sepatutnya bayaran tersebut perlu dijelaskan sejurus selesai persembahan namun sehingga kini pelbagai alasan yang diberikan oleh pemuda berkenaan.
"Dua bulan sebelum undangan persembahan itu, saya sudah mengesahkan kehadiran saya dan ketika itu dia sudah perlu menjelaskan wang deposit saya.
"Setiap minggu, isteri saya, Sheila, meminta wang tersebut, tetapi ada saja alasannya. Dan kemudian dia kata, 'kita kan kawan-kawan artis, takkan aku nak menipu pula'. Atas dasar kepercayaan itu, maka saya tidak kisah dengan harapan, semua wang saya akan diberikan selepas persembahan dilakukan.
"Lain pula jadinya, selepas selesai persembahan, pelbagai alasan dia beri sehingga ada antara alasannya tidak masuk akal. Duit saya tidak pula dibayar," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Pada Sabtu lalu, Lan menerusi Instagram miliknya telah memuatnaik beberapa foto lelaki berkenaan dengan kapsyen meluahkan rasa bengangnya kerana indivitdu itu tidak menjelaskan bayaran undangan persembahan.
Lan turut mendedahkan nama penuh dan tempat tinggal individu itu yang merupakan seorang vokalis kumpulan muzik yang pernah popular pada tahun 2000.
Dalam pada itu, Lan berkata, selepas pelbagai alasan yang diberi, isterinya telah menghubungi penganjur acara tersebut dan dia terkejut apabila diberitahu wang tersebut sudah lama dijelaskan, malah sebelum Lan memulakan persembahan itu lagi.
Sementara itu, Lan berkata, sekiranya masalah itu belum selesai, dia akan mengambil tindakan seterusnya dengan membuat laporan polis.
"Bermula daripada dua minggu sebelum persembahan sehinggalah sekarang, macam-macam alasan dia beri.
"Katanya akaun bank bermasalah dan selepas itu duit tersebut pula telah digunakan bagi melangsaikan hutang kereta yang tertunggak selama enam bulan. Kemudian ada masalah adik beradik pula.
"Sehingga kini saya beri peluang kepadanya, ada saja alasan tambahan yang direkanya. Jika ia berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," tegasnya.
Bagaimanapun, Lan menganggap, perkara yang berlaku itu juga mungkin adalah kesilapan dirinya sendiri kerana mudah mempercayai orang dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini.
Lan (Kristal) Tidak Kongkong Kehendak Anak
KUALA LUMPUR: Walaupun berjiwa rock, vokalis kumpulan Kristal, Lan, tidak pernah berasa kekok mahupun sukar dalam menguruskan dua anaknya iaitu Nur Amna Qaleesya, 2, dan Nur Amna Qeesyara, berusia tiga bulan.
Lan atau nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof berkata, hampir 70 peratus daripada masanya akan dihabiskan dengan kedua-dua anaknya itu, malah dia akan membawa mereka ke mana-mana sahaja walaupun sibuk memenuhi undangan nyanyian.
"Menjaga budak-budak bukanlah satu masalah buat saya. Malah anak-anak sentiasa mengikut saya ke mana-mana saja saya pergi termasuklah ke tempat Kristal mengadakan persembahan pentas.
"Seronok sebenarnya apabila dapat bersama-sama mereka. Saya mahu menyuntik semangat kekeluargaan dalam diri anak-anak, barulah ikatan bukan sahaja antara ibu bapa dan anak, tetapi dengan saudara mara lain akan lebih kuat," katanya.
Lan ditemui pada majlis rumah terbuka yang dilakukan bersama upacara cukur jambul Qeesyara dan sambutan ulang tahun Qaleesya yang ke-2 di Akademi perubatan, di sini, Ahad.
Tambah Lan, kehadiran kedua-dua anak itu dalam rumah tangganya bersama isteri, Nur Sheila Hassim juga telah membuatkan kehidupan mereka lebih bahagia daripada biasa.
Sementara itu, ditanya adakah Lan akan melarang anak-anaknya menceburi bidang muzik pada masa hadapan, dia tidak akan menghalang keinginan yang mahu dilakukan mereka apabila besar nanti.
"Minat orang, kita tak boleh nak halang. Begitu juga dengan anak-anak. Dan kalau nak risau tentang perkara negatif dalam industri hiburan, rasanya, mana-mana profesion sekalipun, ada negatifnya juga.
"Yang penting, mereka mesti dibimbing supaya tidak tersasar daripada kerja yang dilakukan. Saya tak mahu kongkong anak-anak.
"Setakat ini, saya lihat, Qaleesya mempunyai minat yang mendalam dalam nyanyian, tapi tak tahulah besar nanti, apa minat dia pula," ujarnya.
Dalam perkembangan lain Lan bersama kumpulannya, Kristal baru sahaja muncul dengan album saduran terbaru iaitu Jom Agogo yang telah pun dipasarkan pada dua bulan lalu.
Mereka juga sedang merancang untuk menghasilkan sebuah album yang menampilkan lagu-lagu baru pula dalam masa terdekat ini.
Lan (Kristal) Dapat Anak Perempuan
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
