Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Leina Hangat. Show all posts
Showing posts with label Leina Hangat. Show all posts

BERHIJAB - LEINA HANGAT SENGAJA TAK PADAM GAMBAR 'HANGAT' Read more: http://www.myartis.com/2013/12/berhijab-leina-hangat-sengaja-tak-padam.html#ixzz2mkllL3dr

Sudah berhijab tetapi gambar-gambar seksinya masih menjadi santapan ramai di Facebook miliknya! Apakah tindakan Leina Hangat, 40, itu wajar atau dia sememangnya tidak faham bagaimana untuk memadamkan gambar-gambar tersebut? Setelah berteka-teki, akhirnya persoalan tersebut terjawab apabila penyanyi itu mendakwa sengaja tidak memadam gambar zaman jahiliahnya.
Kata Leina, tujuannya tidak memadam gambar-gambar seksi di laman sosial miliknya itu kerana ingin memberi pengajaran berguna kepada orang ramai. "Saya bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama (zaman jahiliah) dah baharu saya (bertudung) untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejak saya," ujarnya kepada media. Mengenai imej barunya itu, katanya dia berubah sejak Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk menjalankan tanggungjawab kepada agama. "Saya masih individu yang serupa dan pada masa sama sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ke jalan yang diredai Allah. "Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang. "Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu," jelas Leina. Tambahnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan. Namun begitu, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengan kehidupannya. "Sehingga kini saya masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan namun saya lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab. Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti biasa cuma saya tidak lagi menari di atas pentas seperti dahulu," ujarnya.

Kenapa Leina Hangat Tidak Buang Gambar Seksi Di Facebook?

Tindakan penyanyi Leina Hangat tidak memadam gambar-gambar seksi di laman Facebook miliknya kerana ingin memberi pengajaran kepada para orang ramai. Leina atau nama sebenarnya Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia bukan ingin bermegah-megah dengan kehidupan lampau tetapi mahu masyarakat membuat perbandingan mengenai imej lama dah baharunya untuk dijadikan panduan agar mereka tidak mengikut jejaknya itu. "Menerusi gambar-gambar semasa zaman jahiliah dan terkini (ketika bertudung), mereka boleh membuat perbandingan dan seterusnya mengambil pengajaran supaya tidak meniru kehidupan lampau saya," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat. Leina mula menukar imej daripada seorang artis seksi kepada imej bertudung pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk berubah dan menjalankan tanggungjawab kepada agama. Dalam perkembangan sama, Leina berkata, dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang sudah sempurna dari semua segi selepas memakai tudung. Jelas Leina, dia masih individu yang serupa dan pada masa sama sedang dalam proses untuk memperbaiki diri ke jalan yang diredai Allah. "Jika ada yang bertanya bagaimana saya mendapat hidayah, saya tiada jawapan namun perjalanan untuk menjadi insan yang sempurna masih panjang. "Saya bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk mengubah diri dan kehidupan saya selain meninggalkan larangan yang pernah saya lakukan semasa zaman jahiliah dahulu," katanya. Mengimbau mengenai kehidupannya dahulu, Leina berkata walaupun sedih namun menganggap apa yang berlaku adalah satu pengajaran besar sehingga membuatkan dia tersedar. Malah kata Leina, dia enggan menoleh ke belakang mengenangkan zaman jahiliahnya tetapi menggunakan kesempatan diberikan untuk mendekatkan diri dengan agama Islam. "Hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya apabila saya diberi hidayah dan kesedaran untuk berubah. Tentang perkara lalu tidak perlu saya kenang lagi. "Perubahan tersebut juga membuatkan diri saya lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan," katanya. Pun begitu kata Leina, walaupun sudah bertudung dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang nyanyian kerana ia telah sebati dengannya. Sehingga kini dia masih lagi menerima undangan untuk mengadakan persembahan namun dia lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab. "Saya masih menyanyikan lagu dangdut seperti biasa cuma saya tidak lagi menari di atas pentas seperti dahulu dan jaga batas sebagai seorang wanita bertudung," ujarnya.

Leina Hangat Berhijab, Enggan Lihat Gambar Lama

Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik. Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredai. "Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik. "Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama. Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. "Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat. "Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya. Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya. Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut. "Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang. "Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya. Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.

Leina Yang Hangat !!


Mungkin dengan cara ini Leina yang suam-suam kuku akan kembali hangat.

Lagi 5 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya.




[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails