Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Linda Onn. Show all posts
Showing posts with label Linda Onn. Show all posts

Linda Onn Tak Mahu Kongsi Lelaki Yang Dia Taste

Setiap kali menghadiri acara hiburan yang didatangi media, pengacara dan penyampai radio, Linda Onn tidak boleh lari lagi daripada pertanyaan mengenai bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya. Malah, sebelum ini pun, Linda pernah menjadi bualan topik masyarakat disebabkan isu melibatkan hubungan cinta dan perkahwinan. Pun begitu, Linda sedikit pun tidak melenting sebaliknya menjawab persoalan itu secara profesional. "Memang benar saya ada perancangan untuk berkahwin. Bagus juga ada khabar angin yang mengatakan saya akan berkahwin. Bila banyak orang kata, ia sudah jadi macam satu doa. Bak kata orang, kalau lebih 40 orang yang cakap, ia akan dimakbulkan. "Soal kahwin, bagi saya ia terlalu peribadi. Jodoh adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang tentukan segalanya. Memang betul, ada orang cuba datang tackle dan berkenan pada saya. Tapi, it too personal to share. Saya pun tak mahu cakap taste saya macam mana. You can't bring him to me," katanya kepada murai.com.my. Mengulas lebih lanjut, Linda menyifatkan soal kahwin adalah perkara sampingan. Bagaimanapun, dia berharap sepanjang usaha keras memajukan perniagaannya, dia bakal bertemu dengan bakal suaminya itu. "Untuk 2013, saya mahu fokus lebih dengan perniagaan saya. Saya masih lagi terus mencari idea baru untuk mengembangkan perniagaan saya ini. Untuk tambah cawangan lagi, masih belum. Sebab, saya mahu lebih fokus dengan apa yang ada dulu," ujar Linda yang bercuti bertugas di radio kerana demam dan masalah suara. Dalam pada itu, Linda yang kelihatan cukup krab dengan juara Masterchef Selebriti Malaysia, Dato Fazley Yaakob memberitahu, dia tidak mahu menyertai program tersebut seandainya menerima tawaran. "Saya tidak akan sertai Masterchef Selebriti sama sekali. Saya memang suka memasak tetapi kalau untuk masak depan kamera dan ada juri, jawapannya tidak. "Saya takkan boleh buat. Untuk Masterchef, dia kena seseorang yang betul-betul boleh berdepan dengan cabaran sertqa mengawal keadaan. Lagipun, kerja saya memang banyak dan selalu bertindan. Rasa macam tak cukup sehari kalau nak buat segalanya. Dan, kalau saya tiada kerja, saya lebih suka habiskan masa dengan menunggan motor pada hujung minggu," jelasnya. Artikel Terdahulu BMW Terbabas, Abon Tumpang Kereta Orang LainArtikel Seterusnya Foto Sekitar Perkahwinan Liyana Jasmay - Fathuddin

Linda Onn: Ayah Pesan Dato` Fazley Supaya Jaga Saya

KUALA LUMPUR, 20 Feb 2013: Setiap anak pasti akan rasa kehilangan dan sedih apabila ayahanda tercinta yang dianggap hero di dalam hidupnya tiba-tiba telah pergi buat selamanya. Itulah yang dirasai pengacara dan penyampai radio, Linda Onn apabila ayahnya tercinta, Onn Chik, 80 telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad lalu (17 Februari 2013) "Ayah saya seorang yang suka meninggalkan nasihat untuk anak-anaknya. Saya sendiri tidak nampak pun sebarang tanda pada hari-hari terakhir dia mahu pergi meninggalkan kami semua untuk selamanya. "Empat hari sebelum arwah meninggal, ayah ada pulang ke Johor bersama ibu. Pada kebiasaannya, jika dia tak mahu pergi, dia akan bertegas tidak akan pergi dan saya pula tidak akan membenarkan dia pulang tanpa saya. "Namun, pada hari itu arwah rela hati pergi ke Johor dan saya pula tanpa berat hati telah melepaskan ayah pergi bersama ibu. Kebetulan pula, arwah ada berkata kepada saya tidak salah dia mahu menemankan ibu untuk pulang ke Johor," katanya kepada murai.com.my. Terus menceritakan detik-detik yang tidak boleh dilupai bersama ayahnda itu, Linda memberitahu tidak akan lupa gurauan manja yang dilakukan oleh ayahnya sehari sebelum dia meninggal dunia. "Pada malam itu, saya pulang ke rumah dan menegur wajah ayah yang nampak berseri dan bercahaya. Selepas menegurkan, ayah terus mengangkat tongkatnya dan membuat gurauan manja. "Saya tersenyum dan tidak ingat gurauan apakah itu. Namun, hati saya terus terdetik dan pelik kerana ayah saya tidak pernah bergurau sebegitu. Dia banyak meninggalkan pesan bukan kepada saya seorang saja tetapi kepada semua orang yang dia jumpa," jelasnya. Sebelum menerima hakikat ayahnya sudah meninggal dunia, pemilik restoran My Mum Chicken Rice ini juga tidak menyangka sama sekali bahawa ayahandanya telah meninggalkan pesan kepada Dato' Fazley sewaktu sidang media pelancaran menu baru di restorannya itu diadakan, baru-baru. "Dato' Fazley ada bercakap kepada saya. Semasa sidang media hari itu, dia ada bertanya kepada arwah kenapa arwah sangat ramah dan suka mengambil gambar semua orang. Arwah mengatakan dia mahu simpan ia sebagai kenangan apabila dia sudah tidak ada lagi. "Malah, dia ada bercakap dengan Fazley supaya menjaga saya nanti jikalau dia tiada lagi di dunia. Saya tidak menyangka arwah ada berpesan sebegitu walaupun kami tidak mempunyai pertalian darah. "Dia juga ada berpesan supaya sedekahkan nasi ayam salai itu kepada anak-anak yatim. Insya-Allah, dalam masa terdekat ini, saya akan tunaikan hasrat terakhir ayah saya itu," jelasnya. Sebelum mengakhiri perbualan, Linda mengatakan banyak perancangan yang dia mahu buat bersama ayahnya sepanjang 2013. Namun segalanya tidak kesampaian. Sebenarnya, saya banyak merancang dengan ayah saya. "Kalau ikutkan tahun ini saya mahu bawa ayah pergi umrah, melancong ke Eropah dan jalan-jalan ke seluruh pelusuk Malaysia.Saya sendiri dah beritahu ayah saya nak buat begitu kerana dalam dunia ini saya tidak ada siapa melainkan ayah dan ibu saya. "Dalam hidup ini, saya mahu ceriakan hidup ibu dan ayah saya saja. Ayah dan ibu saya pindah ke Kuala Lumpur pun kerana saya. Kalau ikutkan, saya mahu bawa mereka tinggal bersama saya kerana saya mahu menjaga mereka. "Tetapi, ayah setuju nak duduk dengan saya kerana dia mahu menjaga saya yang masih belum berkahwin. Apapun, saya adalah anak yang paling teraasa akan kehilangan kerana saya tinggal serumah dengan arwah dan saya tahu, saya adalah anak yang paling ayah sayangi," jelasnya. Allahyarham selamat dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Taman Bukit Teratai, Cheras pada jam 12.30 tengah hari dengan meninggalkan seorang balu, Saadiah Khamis, 70, empat anak dan 13 orang cucu. Takziah dari murai.com.my buat Linda Onn sekeluarga.

Saya masih solo - Linda Onn

SELEPAS dikaitkan dengan pelakon kacak, Fahrin Ahmad, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 36, mengakui masih lagi single dan mencari-mencari calon yang sesuai untuk dijadikan suami. Linda yang ditemui ketika majlis kolaborasi resipi baharu restoran miliknya, My Mom’s Chicken Rice bersama Datuk Fazley Yaakob menerusi hidangan nasi ayam salai lemak cili padi, di Ampang, Selangor baru-baru ini, pada awalnya cuba ‘melarikan diri’ daripada menjawab pertanyaan mengenai bakal pasangan hidupnya. Bagaimanapun, selepas diasak pertanyaan mengenai perkara itu daripada pihak media, Linda akhirnya akur dan berdepan dengan soalan lazim mengenai perancangan menamatkan zaman bujangnya. Ikuti temu bual Kosmo! dengan penyampai radio Suria FM itu mengenai soal hati dan perasaannya. Setelah sekian lama tidak bercakap mengenai soal hati, adakah kini hati Linda sudah terisi atau masih kosong? Hati ini masih lagi milik keluarga. Saya masih lagi solo dan tidak pernah berhenti berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan seseorang yang istimewa. Adakah Linda sendiri yang terlalu memilih? Semua orang inginkan yang terbaik untuk dirinya, apatah lagi pasangan hidup. Namun, itu semua ketentuan Illahi. Saya hanya berusaha, Tuhan yang menentukan. Bagaimanakah pula dengan desas-desus mengatakan Linda akan berkahwin dalam masa terdekat ini? Itu semua tidak benar, tetapi biarkan mereka terus bercakap bahawa saya akan berkahwin, ungkapan itu satu doa. Moga-moga dengan doa mereka itu saya akan bertemu dengan jodoh saya tidak lama lagi. Amin. Beralih kepada kolaborasi menu masakan Datuk Fazley dengan restoran Linda sendiri, adakah Linda selesa bekerjasama dengan Datuk Fazley? Ya, saya sangat selesa dengan Fazley. Kami pernah digandingkan bersama-sama menerusi filem Gila Bola, jadi keserasian itu telah lama terbentuk. Apakah ciri-ciri jejaka idaman Linda adakah seperti Datuk Fazley? Saya tidak nafikan ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada Fazley. Tetapi saya dan Fazley hanya kawan dan dia pun sudah berumah tangga. Jika lapan tahun lepas, Fazley mengurat saya, tentu saya menerimanya. Tetapi itulah, Fazley lambat sangat! (ketawa). Berbalik kepada kolaborasi ini, bagaimanakah boleh tercetusnya idea kolaborasi ini? Saya dan Fazley sebenarnya telah diundang untuk menjadi juri dalam program realiti Mimpi ke Bintang di TV2. Dari situlah, kami bertukar-tukar pendapat dan idea. Kebetulan saya ada bercerita mengenai restoran saya dan dia pula berkongsi menu baharu dalam buku resipinya yang boleh menjadi produk terbaharu restoran saya untuk tahun 2013 ini. Jadi, saya cadangkan kolaborasi ini di samping restoran saya mempunyai hidangan baharu, Fazley juga mendapat kebaikan pada dirinya yang ingin berkongsi rasa sebenar menu nasi ayam salai lemak cili padi kepada orang ramai.

Linda Onn Sudah Usaha Cari Calon Suami

AMPANG: Penyampai radio, Linda Onn menyifatkan khabar angin kononnya dia akan berkahwin dalam masa terdekat sebagai satu doa semua pihak yang ingin melihat dia dapat menamatkan zaman bujangnya secepat mungkin. Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 35, berkata, sebagai seorang wanita dia telah berusaha untuk mencari pasangan hidup namun segala-galanya ditentukan Allah. "Saya ada berusaha untuk mencari pasangan namun terlalu peribadi untuk saya kongsi tetapi semuanya berbalik kepada jodoh. Mungkin suatu hari nanti jika diizinkan saya akan berkahwin. "Apabila orang mengatakan saya akan berkahwin saya menganggap itu sebagai satu doa daripada mereka dan mungkin ia akan dimakbulkan. "Ibu bapa saya juga tidak pernah memaksa atau meletakkan tempoh khusus untuk saya berkahwin dan bersyukur mereka sentiasa menyokong," jelasnya. Linda ditemui selepas majlis memperkenalkan menu terbaharu di restorannya iaitu My Mom's Chicken Rice (MMCR) di sini pada Khamis. Menu Nasi Ayam Salai Lemak Cili Padi itu dihasilkan dengan kerjasama juara Masterchef Selebriti, Datuk Dr Fazley Yaakob. Dalam pada itu, Linda berkata, tumpuannya hari ini lebih kepada memperkembangkan perniagaan restoran yang dibukanya sejak tahun 2004. Katanya setakat ini dia telah mempunyai empat buah restoran MMCR serta sebuah spa kecantikan dan urut yang telah diusahakan sejak setahun lalu. "Setakat ini saya ingin betul-betul mengukuhkan perniagaan yang sedia ada terutama dari segi perkhidmatan dan kepuasan pelanggan selain sentiasa mahu mencari idea-idea baru untuk memastikan produk yang disediakan sentiasa segar. "Sebenarnya bukan mudah melakukan perkara itu tetapi atas semangat dan dorongan keluarga dan peminat, ia mula sebati dalam diri saya untuk terus memajukan diri," katanya.

ELAK kahwin suami orang - Linda Onn

MELIHAT kehidupan penyampai radio popular Rozlinda Onn atau nama glamornya Linda Onn, semuanya kelihatan serba lengkap. Bekerja tetap sebagai penyampai radio Suria FM, memiliki bakat dalam bidang pengacaraan dan lakonan bahkan juga memiliki deretan perniagaan yang berjaya. Namun dalam kesibukan dirinya, Linda sedar usianya yang kini menjangkau angka 34 tahun sedang mengejarnya untuknya segera menamatkan zaman bujang. Bahkan Linda yang ditemui ketika Kosmo! mengikuti rombongan Suria FM dalam program Santai Sabah bersamanya dan Farish Aziz pada awal bulan ini, dia amat berharap supaya jodohnya tiba dalam masa terdekat. "Saya tidak meletakkan sebarang sasaran bila saya harus kahwin, tetapi saya amat berharap dalam masa terdekat. Jika jodoh itu tiba, memang saya akan berkahwin juga," jawabnya. Getus Linda, dia bukanlah seorang wanita yang cerewet dalam mencari calon suami. Malah tidak meletakkan sebarang piawaian yang ketat namun syarat utamanya, lelaki itu haruslah bukan suami orang. "Rasanya semua wanita ingin elakkan mengambil suami orang, itu syarat yang paling penting. Selain itu, saya mencari lelaki yang sedap mata memandang, baik hati budi, beragama dan rapat dengan keluarga," katanya. Disoal sudahkah hatinya ditambat oleh mana-mana jejaka, hanya senyuman yang terukir di bibirnya, lantas menggelengkan kepala. "Saya ada berkawan dengan beberapa orang (lelaki), tetapi yang serius belum ada lagi. Bukan tidak mahu, tetapi selepas apa yang pernah berlaku terhadap saya sebelum ini, membuatkan saya lebih berhati-hati. "Saya akui bimbang jika dikecewakan dan harus bersedih lagi kerana lelaki. Kalau boleh saya tidak mahu menangis lagi, cukuplah dengan apa yang saya sudah lalui," balasnya dalam nada serius. Belum berkahwin pada usia 34 tahun tidak membuatkan Linda berasa terasing atau berbeza daripada wanita lain kerana dia kini cukup bahagia dengan kehidupannya. "Bila tengok rakan seusia sudah berkeluarga, saya tidak pernah rasa kasihan pada diri sendiri kerana saya cukup bahagia dengan apa yang saya miliki hari ini, kerja, perniagaan dan keluarga. "Kadangkala, saya pula berasa kasihan kepada rakan saya yang dilihat sempurna daripada segala segi. Mereka ada keluarga dan anak-anak, tetapi mempunyai masalah dengan rumah tangga. Apa pun saya tetap akan berkahwin, bila dan dengan siapa, saya sendiri tidak tahu," tuturnya. Buang kontroversi
Nama Linda sebelum ini memang sarat dengan kontroversi namun sejak berhijrah ke Suria FM tiga tahun yang lalu, namanya kini bersih daripada sebarang kontroversi negatif. Katanya, kehidupan yang dilaluinya kini cukup tenang, namun, sebagai seorang selebriti dia juga sedar kontroversi itulah yang membuatkan dirinya popular. Saya sedar hakikat, baik buruk publisiti yang diterima, ia tetap publisiti. Bagaimanapun kerja dalam bidang hiburan kadangkala saya tidak dapat elakkan daripada kontroversi itu terjadi. Jika kontroversi datang lagi, saya terpaksa harunginya ,tetapi sekarang ia umpama kacang (senang) kerana saya telah melalui kontroversi yang sangat besar dan membebankan. Harap kontroversi tidak akan berlaku lagi," katanya. Bercakap soal kerjayanya, Linda yang ke udara setiap petang dalam segmen Ceria Petang pada pukul 4 petang hingga 8 malam di Suria FM, mengaku kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon tidak serancak dahulu. Jelas Linda, dia bukan menolak tawaran, tetapi disebabkan kesibukan kerja serta tiada tawaran lakonan yang berkenan di hatinya. Itu yang membuatkan dirinya memperlahankan kerjaya lakonan buat sementara waktu. "Sebenarnya saya ada dapat beberapa tawaran berlakon, tetapi selepas membaca skrip, saya dapati wataknya tidak sesuai dan skripnya tidak menarik. Itu yang membuatkan saya tidak berlakon. "Kalau boleh saya mahukan watak tidak kira baik atau jahat, tetapi saya menjadi punca segala yang berlaku dalam filem itu," luahnya yang telah berlakon dalam lima buah filem dan beberapa buah drama. Selain itu, Linda juga menjadi pengacara untuk sebuah program penjagaan kecantikan berjudul Belaian Jiwa yang sedang dalam proses rakaman dan bakal ditayangkan di TV3. Santai Sabah Saban tahun, Linda akan memastikan dirinya berehat dengan bercuti di dalam atau luar negara. Justeru, tawaran untuk melancong sekitar Sabah dalam program Santai Sabah disambut baik olehnya. Program yang turut disertai oleh penyampai radio Suria FM Sabah, Farish Aziz bermula pada 4 Oktober sehingga 7 Oktober lalu ditaja sepenuhnya oleh pihak Sabah Tourism Board. Meskipun melancong, Linda dan Farish akan membuat lintas langsung daripada setiap lokasi lawatan. Antara destinasi menarik yang dilawati sepanjang di Sabah seperti Taman Kinabalu, Kundasang, Poring Hot Spring, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Kampung Budaya Mari-Mari, Pasar Filipina dan Pasar Ahad Gaya Street. "Saya seorang yang suka melancong. Kali ini, walaupun berkesempatan berehat tetapi program Santai Sabah merupakan kerja. "Bagi saya, Sabah mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik. Destinasi paling saya suka sudah tentunya lawatan ke pulau-pulau," katanya yang telah beberapa kali melancong ke Eropah.
Tidak hanya menikmati keindahan Pulau Sapi dan Pulau Manukan yang mengambil masa 15 minit perjalanan dari jeti Sutera Harbour Marina, Linda, Farish dan pihak media berpeluang melakukan aktiviti snorkeling dan berjalan di dalam laut. "Laut di Sabah memang sangat cantik, saya suka snorkeling, sekarang kulit sudah hitam sedikit sebab berjemur di laut. Selain itu, ketika berada di sekitar Gunung Kinabalu, saya terasa seperti bercuti di luar negara kerana keadaan cuacanya yang sungguh sejuk dan pemandangan yang sangat cantik. "Jika diberi peluang dan masa, saya akan melawat Sabah lagi dan menjelajah ke destinasi lain pula," katanya yang pernah ke Pulau Redang, Langkawi, Tioman dan Pangkor.

Ada Orang Dengki Tuduh Linda Onn, Kudsia Berbalah

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM Linda Onn menyifatkan penyertaan Kudsia Kahar ke stesen radio tersebut sebagai Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran kumpulan media The Star sebagai bukti mereka tidak pernah berbalah seperti yang pernah diperkatakan beberapa pihak sebelum ini. Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn, 35, berkata, khabar angin itu mungkin timbul daripada individu yang tidak berpuas hati atau mempunyai sifat dengki melihat keakraban mereka. "Jika masih ada lagi peminat menganggap saya dan Kudsia pernah bermasam muka, itu semua salah faham. "Malah, ketika zaman saya di radio Era FM dulu, Kudsia adalah antara orang kuat yang membantu menaikkan nama saya dalam industri hiburan ini. "Dan saya keluar daripada rangkaian Astro Radio (yang dulunya dipanggil Airtime Management & Programming ) juga bukan kerana berbalah dengannya. Entahlah, mungkin ada yang dengki dan cuba melaga-lagakan kami," katanya. Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Linda dan Kudsia pernah berbalah sehinggalah menyebabkan Linda ditukarkan ke Sinar FM pada tahun 2009 selepas 11 tahun menjadi deejay di Era FM. Beberapa bulan kemudian, Linda memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan rangkaian stesen radio itu dan menyertai Suria FM. Sementara itu, beritahu Linda, kehadiran Kudsia ke stesen radio tersebut yang berkuat kuasa pada 16 Julai lalu membuatkan dia teruja untuk bekerjasama semula bagi menaikkan jenama suria FM bersama rakan-rakan lain. "Saya harap penyertaan Kudsia ini dapat memberi semangat kepada kami untuk mengukuhkan nama Suria FM seperti yang pernah kami sama-sama lakukan ketika berada di Era FM dahulu. "Apa-apa pun, diharap tiada lagi yang busuk hati ingin melagakan saya dengan Kudsia atau dengan mana-mana orang sekalipun, " tuturnya. Penyertaan Kudsia dalam kumpulan media The Star adalah untuk memperkukuhkan empat stesen radio melibatkan Suria FM, Capital FM, Red FM serta satu saluran berbahasa Mandarin iaitu 988. Selain itu bekas Ketua Bahagian Program, Lite FM yang juga dari Astro iaitu Adiwati Zainuddin turut menyertai Suria FM menjawat jawatan yang sama.

Linda Onn Sangkal Letak Harga Tinggi Punca Hilang Segala Tawaran

KUALA LUMPUR: penyampai radio Suria FM, Linda Onn menolak dakwaan mengenakan bayaran tinggi sehingga menyebabkan segala tawaran untuknya bergelar pengacara televisyen tidak diberikan. Linda berkata, dia tidak pernah meletakkan harga melampaui batas kepada mana-mana pihak yang mahukan khidmatnya malah sentiasa terbuka untuk berunding jika melibatkan soal bayaran. "Soal bayaran tidak pernah menjadi isu kepada saya kerana perkara itu boleh dibawa berbincang terlebih dahulu dan rasanya saya tidak pernah meletakkan caj yang melampau untuk mana-mana pihak mendapatkan khidmat saya. "Siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka tahulah mengenai perkara ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini pada Selasa. Tambah Linda, sepanjang 15 tahun berada dalam industri hiburan tempatan, kadar bayaran dirinya tidak pernah berubah dan terkilan jika isu itu menjadi punca dia tidak lagi menjadi pilihan mana-mana pihak yang memerlukan khidmatnya. Dalam pada itu, Linda turut menolak tanggapan kesibukan dirinya sebagai penyampai radio dan perniagaan melibatkan restoran yang dimilikinya menjadi penyumbang kepada situasi tersebut. Menurut Linda, sebagai seorang yang telah lama berada di dalam industri hiburan, pengurusan masa tidak pernah menjadi masalah buatnya. "Saya tidaklah sesibuk mana kerana kehidupan saya sekarang lebih kepada kerja di studio selain menguruskan perniagaan. Insya-Allah isu pengurusan masa ini tidak pernah menjadi masalah kepada saya," katanya. Bagaimanapun Linda mengakui dia agak lama tidak muncul sebagai pengacara televisyen dan sudah tidak lagi menerima tawaran seperti mana sebelum ini. Tidak menafikan agak rindu untuk kembali mengacarakan program televisyen namun menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya buat masa ini. "Minat saya memang kepada penyampaian radio dan pengacaraan program televisyen dan apabila kurang mendapat tawaran sudah tentu saya berasa rindu. Apa nak buat... belum rezeki saya. "Kalau ada tawaran saya teringin nak buat program berbentuk bual bicara seperti Ellen DeGeneres atau pun Oprah Winfrey Show," katanya. Sementara itu, Linda memberitahu, lebihan masa pada yang ada pada dirinya ketika ini membolehkan dia memberi tumpuan kepada keluarga selain melakukan perkara yang diminatinya seperti menunggang motosikal berkuasa besar serta bersukan. "Sekarang ini masa lapang saya banyak dihabiskan dengan bermain badminton dan menunggang motosikal selain dapat menumpukan perkara-perkara lain yang mungkin sebelum ini tidak pernah menjadi perhatian saya,” katanya.

Linda Onn Bahagia Ditemani 1.5 Juta Pendengar

PETALING JAYA: Penyampai radio Linda Onn mengakui dia berasa bahagia kerana dapat membawa perubahan dan peningkatan kepada stesen radio Suria FM selepas hampir tiga tahun menyertainya. Pemilik nama sebenar Rozlindah Onn, 34, berkata peningkatan jumlah pendengar keseluruhan secara mendadak iaitu 2.9 juta pendengar berbanding 2.3 juta pada tahun lalu, membuktikan kerja keras mereka semakin membuahkan hasil. “Saya bangga dan gembira dengan pencapaian yang dikecapi Suria FM. Segala usaha dan kerja keras kami untuk menarik lebih ramai pendengar semakin membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini. Keputusan liputan pertama 2012 bagi pengukuran pendengar radio Nielson yang dikeluarkan baru-baru ini, mendapati segmen Ceria Petang di Suria kendalian Linda mengungguli slot petang di kalangan stesen radio swasta dengan peningkatan sebanyak 25 peratus iaitu 1.5 juta pendengar. Linda berkata, sejak peningkatan jumlah pendengar itu dia dapat merasai semula pengalaman ketika bertugas di stesen-stesen radio sebelum ini. “Ketika menyertai Suria FM kira-kira tiga tahun lalu, pendengarnya tidak begitu ramai, kira-kira 690 ribu saja. Namun, ia tidak melemahkan semangat saya untuk berusaha menarik pendengar seramai yang mungkin. “Alhamdulillah, kini kami semakin meningkat dan mencecah 1.5 juta pendengar bagi segmen petang. Saya dapat merasai semula kemeriahan berada di konti seperti di stesen-stesen radio sebelum ini,” kongsinya. Ditanya mengenai perkembangan kerjayanya di Suria FM, Linda berkata sokongan dan kepercayaan warga kerja stesen itu membuatkan dia sudah lupa pada kisah pahit yang dialami di beberapa stesen radio sebelum ini. “Keluarga Suria FM membuatkan saya bahagia dan gembira di sini. Saya dapat melupakan memori hitam yang saya lalui ketika berada di stesen-stesen radio sebelum ini. “Mereka (Suria FM) sentiasa memberikan kepercayaan dan kebebasan kepada saya untuk menarik lebih ramai pendengar,” ujarnya. Sebelum ini, pada Disember 2008 Linda pernah dipindahkan ke radio Sinar FM daripada Era FM tanpa alasan yang kukuh sehingga menyebabkan penyampai itu berasa tawar hati dan terkilan dengan pengurusan radio Airtime Management & Programming (AMP). Susulan itu, Linda menerima lamaran Suria FM dan mula berkhidmat untuk slot petang bermula Januari 2010.

Linda Onn Mengaku Sedang Bahagia


PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengakui sedang melalui hari-hari bahagia dengan kerja, bisnes termasuk kehidupan peribadinya.

Bagaimanapun, Linda berkata dia belum sedia berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan tersebut kepada umum.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang saya sedang bahagia dengan kehidupan yang saya lalui. Saya bahagia dengan kerja, bisnes termasuk kehidupan peribadi.

"Tentang kata-kata cinta yang saya tulis di Twitter juga menggambarkan perasaan yang ingin saya kongsi dengan peminat, namun maksud di sebalik kata-kata itu biarlah saya sahaja yang tahu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Linda diminta mengulas tentang ayat-ayat cinta dalam laman Twitter miliknya yang menggambarkan sedang melalui sebuah hubungan cinta.

Ketika ditanya, kemungkinan bakal mengadakan sebuah majlis besar pada tahun ini, Linda berkata dia tidak mahu membuat sebarang perancangan.

"Saya rasa jika dikatakan tentang sebuah majlis perkahwinan, saya tidak mahu terlalu merancang. Bagaimanapun jika ia berlaku saya akan beritahunya kelak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, penyampai radio ini juga bakal membuka dua lagi cawangan perniagaan My Mom Chicken Rice iaitu di Johor Baru dan Cheras.

"Alhamdulillah, perniagaan kini semakin berkembang dan bakal membuka dua cawangan lagi iaitu di Johor Baru dan di Cheras.

"Insya-Allah ia bakal dibuka pada selewat-lewatnya selepas raya ini dan saya juga masih lagi menunggu lesen francais," katanya.

Linda Onn Sambut 'Birthday' Tiga Malam Berturut-Turut Kerana Siapa?


PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn, (gambar) mengadakan sambutan ulang tahun majlis hari lahirnya yang ke 33, selama tiga malam berturut-turut semata-mata memberi peluang kepada abangnya, meraikan majlis berkenaan.

Kata Linda, mengikut perancangan dia mahu mengadakan majlis berkenaan sehari sahaja iaitu sempena hari lahirnya yang jatuh pada 26 November lalu.

Bagaimanapun majlis itu menjadi seperti besar apabila ada perancangan lain pada saat-saat akhir termasuklah abang keduanya iaitu Sazali dan isteri datang dari Johor Baru yang mahu sama meraikan majlis berkenaan.

“Pada malam pertamanya (25 November), saya sambut bersama-sama kawan-kawan dari Suria FM manakala malam keduanya (26 November) disambut dengan keluarga, rakan-rakan termasuk kawan-kawan artis geng motor kuasa besar.

“Kemudian, pada malam ketiga (27 November), para peminat saya pula membuat kejutan Ketiga-tiga majlis tersebut berlangsung di Ampang,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambahnya: “Setiap majlis yang diraikan itu penuh kelainan sebab semasa meraikan bersama-sama kawan Suria FM, kami menjadi lebih santai walaupun membincangkan tentang kerja.

“Berbanding dengan sambutan bersama geng motor, lain pula perbualannya kerana kami lebih bercakap tentang motor.”

Menjawab tentang kenyataannya dalam blog yang ditulis “…tahun terakhir Linda sambut birthday solo...”, dalam nada gurau Linda berkata ayat itu dipinjam daripada kawannya dan menolak dia akan berkahwin pada tahun hadapan.

Salah seorang rakan Linda memberitahu apa salahnya dia menyambut hari jadi dengan penuh meriah dan bersungguh-sungguh seolah-olah menganggap majlis tersebut yang terakhir baginya memegang status solo.

“Kalau saya kahwin pada tahun depan, mungkin majlis itu lebih berlainan kerana saya menyambut dengan suami. Sama ada saya betul-betul akan menamatkan zaman solo pada tahun depan atau tidak, biarlah saya simpan untuk diri-sendiri.

“Terus-terang, saya memang belum mempunyai sesiapa (kekasih) dan lebih banyak sibuk dengan perniagaan,” katanya penuh ceria.

Linda akui tahun 2011 lebih banyak dengan perancangan perniagaan dan jika lamaran perkahwinan tiba pada tahun depan, itu menjadi suatu bonus buat dirinya.

Dalam pada itu, duta produk minuman kolagen NH Colla Plus ini juga berkongsi berita gembira apabila bakal diumumkan sebagai jurucakap produk kosmetik Shiseido pada Jumaat ini.

Jangan Terus Aibkan Saya - Linda Onn


PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn meminta agar tidak terus diaibkan sehingga menjejaskan imejnya sebagai seorang selebriti dan ahli perniagaan.

Kata Linda, dia kecewa dengan laporan sebuah akhbar mingguan Ahad yang menyiarkan artikel di ruangan gosip yang memberi gambaran jelas terhadap dirinya.

"Sudah sudah mengaibkan saya, kesabaran manusia juga ada batasannya. Dari peristiwa karpet merah di LA (Los Angeles) sehingga kisah percintaan dan pergaduhan dengan Fahrin Ahmad saya berdiam sahaja. Kini timbul pula kisah saya cuba untuk berlagak dengan hobi baru.

"Walaupun ruangan itu tidak mendedahkan siapa penyampai radio yang dimaksudkan, tapi gambaran yang diberikan jelas menunjukkan bahawa saya orang itu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Jelas Linda, perkara itu telah menimbulkan tanggapan negatif peminat dan rakan niaga terhadap dirinya.

"Sebelum saya membaca artikel tersebut ramai yang sudah memberitahu dan menasihatkan saya bersabar setelah membacanya. Ramai yang membacanya jelas mengetahui orang yang dimaksudkan.

"Ia memberi persepsi buruk kepada saya sebagai penyampai radio dan ahli perniagaan," ujarnya.

Dalam pada itu, Linda juga kecewa kerana kerjasama yang diberikan selama ini dibalas dengan tanggapan buruk oleh beberapa pihak.

"Saya tidak mahu membesarkan perkara ini, saya berharap mereka menghormati saya sebagai artis yang sudah lama dalam industri ini dan selidik dahulu perkara tersebut.

"Saya sudah beri kerjasama sebaik mungkin, dan saya harap mereka juga beri kerjasama kepada saya agar tidak terus menerus memburukkan nama saya," ujarnya kesal.

Terdahulu dalam blog peribadi miliknya, Linda telah menjelaskan bahawa dia tidak menggunakan motor berkuasa besar kepunyaannya itu atas tujuan keselamatan.

Rahsia kemewahan Linda


LINDA Onn, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia seni dan penyiaran negara. Wanita tinggi lampai berambut perang ini mula mencipta nama sebagai deejay di radio Era dan kini semakin dikenali melalui radio popular Sinar FM.

Sebelum kisah cintanya yang tidak kesampaian dengan seorang pelakon lelaki berkecai di tengah jalan, nama Linda sering menjadi percakapan bukan sahaja kerana popularitinya sebagai deejay tetapi apa yang lebih nyata ialah kemewahan hidupnya.

Bayangkan dengan tugasnya sebagai deejay tentu ramai yang tertanya-tanya daripada mana kemewahan itu mampu dimilikki?

Sejak itu, pelbagai gosip timbul kononnya segala apa yang dimilikki deejay yang pernah membintangi filem Gila Bola ini ditaja oleh seseorang.

Malah Hits pernah menerima beberapa panggilan daripada mereka yang tidak menyenangi akan kemewahan hidup Linda dengan mendakwa kononnya Linda ditaja oleh VVIP atau orang kenamaan.

Dan baru-baru ini ketika diundang oleh Linda untuk menghadiri majlis rumah terbuka di banglo baru miliknya yang bernilai berjuta ringgit, Linda tidak terkejut ketika diajukan persoalan itu.

"Saya tidak pernah ditaja oleh sesiapa. Semua yang saya miliki adalah hasil titik peluh saya sendiri."

Itu tegas penyampai radio popular Sinar FM, Linda Onn saat diajukan persoalan mengenai dakwaan dan kata-kata sesetengah pihak terhadap kekayaan yang dimilikinya.

Masakan tidak, Linda ketika ini bukan hanya mampu berbangga dengan memilikki enam rangkaian restoran asam pedas serta nasi ayam malah kereta serta rumah mewah.

Dan, dakwaan itu bertambah kuat sementelah Linda kini sudah pun membeli sebuah banglo mewah di Bukit Indah, Ampang, Selangor yang dikatakan bernilai RM2.3 juta.

Banglo yang terletak di kawasan eksklusif itu memiliki enam bilik tidur dengan hiasan dalaman yang cukup anggun.

Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan serta apa sahaja kata orang, Linda menjelaskan bahawa segala kekayaan yang menyelimutinya bukanlah atas tajaan sesiapa.

"Orang boleh nampak dan menilai apa yang saya lakukan selama ini.

"Saya buka restoran yang kini sudah ada enam buah dan bekerja sebagai penyampai radio serta hos beberpa siri program," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman barunya di Bukit Indah, baru-baru ini.

Selain keluarga dan saudara-mara, majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan artis serta warga kerja Sinar FM.

Kata Linda, kemampuannya untuk semua kemewahan itu adalah kurniaan Allah kerana usaha kerasnya membangunkan enam buah restoran di sekitar ibu negara, Ampang, Cheras serta Shah Alam.

"Daripada perniagaanlah, saya dapat membeli apa sahaja yang diinginkan.

"Tidak perlu ditaja dan sehingga kini pun, saya memang tidak pernah ditaja untuk mendapatkan semua ini," jelas Linda.

Kepuasan Linda

Ujar penyampai radio berbadan tinggi lampai ini, banglo mewah di Bukit Indah yang hiasan dalamannya berkonsepkan merah dan hitam merupakan ciri-ciri rumah idamannya sejak kecil lagi.

Katanya, dia sendiri tidak berniat untuk membeli rumah tersebut tetapi memandangkan ia menepati impian dan melihatkan kemampuannya, ia akhirnya dibeli dengan segala urusan termasuk menetapkan konsep, pemilihan perabot dan hiasan dalaman ditentukan olehnya.

"Saya berpuas hati 100 peratus kerana segala-galanya adalah atas kehendak saya sendiri. Berbulan-bulan saya merancang untuk memilih konsep.

"Warna merah dan hitam adalah warna kegemaran saya. Untuk perabot dan hiasan dalaman, semua saya cari yang murah-murah. Sebab itu, saya terpaksa ke sana sini untuk mencari tempat yang menjual barangan hiasan termurah," ujar bekas penyampai radio Era ini.

Ditanya tentang rumahnya di Jalan Ampang, Linda berkata, rumah tersebut masih didiami olehnya sekeluarga.

"Rumah di Bukit Indah ini pun baru sahaja dua hari saya menetap di sini. Buat masa sekarang, saya belum memikirkan untuk menetap di rumah yang mana satu," katanya.

Selesa bersendirian

Sementara itu, peluang bertemu Linda tidak dilepaskan untuk bertanya tentang masa depan hidupnya termasuk soal berumah tangga.

Pastinya, Linda akan 'digeruni' oleh lelaki untuk didekati memandangkan dia sudah memiliki segala-galanya.

Menurut Linda, dirinya masih belum berpunya namun mengakui selesa hidup bersendiri.

"Saya selesa begini. Tidak ada tekanan dan tidak terkongkong. Bagaimanapun, saya memang sudah bersedia untuk berkahwin tetapi tiada calon.

"Kalau ada yang takut hendak mendekati saya, biarlah. Sebenarnya, saya tidak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja," tegasnya yang bakal mencecah usia 32 tahun pada November ini.

Linda sebelum ini menjadi sebutan 'carta' dunia hiburan tanah air lantaran kes 'perang mulut' antaranya dengan seorang pelakon lelaki popular yang juga bekas kekasihnya.

Tidak lagi bersama Sehati Berdansa

Dalam pada itu, baru-baru ini Linda diumumkan tidak lagi akan menjadi hos bagi program realiti Sehati Berdansa.

Walaupun begitu, Linda sedikitpun tidak berasa terkilan atas perkara tersebut.

Sebagai pengubat duka, Linda melahirkan rasa puasnya apabila diberi kepercayaan untuk menjadi hos bagi program Ritma Muzik Aktif di saluran Muzik Aktif (saluran 180, Astro).

Menerusi program terbabit, Linda mengendalikan dua segmen iaitu Gemersik 60-an dan Rentak 70-an.

"Saya banyak belajar tentang lagu-lagu lama sepanjang bertugas di Sinar FM. Segalanya saya gunakan sewaktu mengendalikan program di Ritma Muzik Aktif.

"Saya baru sahaja selesai menjalani rakaman tetapi tidak tahu bila ia akan ke udara.

"Kiranya program terbaru ini sebagai pengubat duka sebab tidak dapat jadi hos Sehati Berdansa," kata Linda dalam nada gurau.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails