Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Linda Rafar. Show all posts
Showing posts with label Linda Rafar. Show all posts

BERITA BAIK - LINDA RAFAR & SYED AIMAN BAKAL RUJUK

"Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung. Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung. Biasalah memang akan cepat sensitif," demikian kata Linda Rafar mengenai berita terkini yang mengatakan dia dan suaminya Syed Aiman bakal rujuk semula. Malah tanpa berselindung, dia mengesahkan mereka kini sedang dalam proses untuk kembali rujuk, demi cinta yang masih utuh. Selain itu, dia sebenarnya masih sayangkan suami dan anak-anak. "Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini," ujar Linda. "Kami kembali ini juga kerana Syed masih sayangkan saya dan anak-anak. Saya akui, sikap tidak matang saya membuatkan saya cepat membuat keputusan yang terburu-buru. Perkahwinan sangat suci. Bagi saya perkahwinan itu sangat naif dan kita yang perlu mencorak dan membentuknya.
"Kami berdua pernah gagal dalam perkahwinan pertama. Perkara itu memberikan kami banyak pengajaran. Takut lagi untuk hadapi semua itu. Tapi, saya bersyukur kerana apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya sendiri perlu bersangka baik jika diuji perkara sebegini. Doakan kami ya," tambahnya dipetik sebagai berkata.

Linda Rafar Sudah Tawar Hati Terhadap Suami

Bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar akhirnya muncul di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai pada Jumaat. Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 37, tiba di kaunter pejabat pendaftar mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi ditemani oleh tiga kenalannya. Terdahulu, Linda memberitahu akan hadir ke mahkamah pada Rabu lalu namun gagal menghadirkan diri kerana tidak sihat. Linda mendedahkan suaminya, Syed Aiman melafazkan cerai terhadapnya di kediaman mereka di sini kira-kira pukul 7.30 pagi Selasa lalu. Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Sementara itu, Linda dalam nada sebak memberitahu hatinya sudah tawar untuk menyelamatkan perkahwinannya dengan Syed Aiman.
Malah katanya, dia kini trauma dan fobia dengan kejadian menimpa rumah tangganya selain menegaskan dia tidak mengetahui punca sebenar lelaki berkenaan menceraikannya. "Sebelum diceraikan dia (Syed Aiman) tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana bekerja di luar kawasan namun selepas pulang dia berbeza dan langsung tidak bercakap dengan saya. "Saya ada menghantar WhatsApp bertanya tentang sikap dinginnya itu namun tidak dibalas dan dia tiba-tiba menceraikan saya pada pagi Selasa lalu. "Sehingga kini saya trauma dan fobia kerana tidak mengetahui punca sebenar tindakannya itu," ujarnya. Tambah Linda, dengan keadaan dirinya yang sedang hamil tiga bulan, perceraian langsung tidak berada dalam pemikirannya ditambah dia baharu kehilangan anak kesayangannya, Rezaimen Keiflin, 12, pada Julai tahun lalu. Bagaimanapun kata Linda, dia berharap suaminya bertanggungjawab dengan tindakannya itu dan bukannya berterusan menafikan kejadian itu. Jelas Linda, dia reda dengan apa yang berlaku dan terus tabah menghadapi dugaan daripada Allah demi anak-anak dan bayi dalam kandungannya. "Saya cuma minta satu iaitu supaya dia bertanggungjawab dengan perbuatannya dan buang ego yang ada dalam dirinya. "Saya fobia dengan apa yang berlaku tetapi anak-anak kekuatan saya dan ini adalah dugaan daripada Allah," katanya.

Linda Rafar Masih Tertanya-Tanya Penyakit Anak

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar masih tidak mengetahui penyakit sebenar anak keduanya iaitu Rezaiman Keiflin yang kini terlantar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini sejak tiga minggu lalu. Linda yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia masih menunggu laporan daripada pihak hospital selepas melakukan pelbagai ujian bagi mengetahui punca sebenar keadaan Rezaiman, yang berusia 12 tahun. "Saya sebagai ibu sendiri tertanya-tanya apakah punca sebenar keadaannya? Setakat ini saya tidak boleh berkongsi maklumat mengenai keadaan anak saya kerana doktor sedang membuat pemeriksaan lanjut bagi mencari punca penyakitnya itu. "Dia kini masih ditahan di hospital dan saya berharap dia akan kembali sihat seperti sedia kala," katanya. Linda diminta mengulas mengenai laporan yang mengatakan anaknya itu menghidapi penyakit kronik dan sukar diubati. Rezaiman Keiflin adalah anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan Keifli Othman.
Dalam pada itu, Linda berkata, pada mulanya dia sukar menerima keadaan yang menimpa anaknya itu namun menganggap ia adalah ketentuan Allah dan dia harus tabah mengharungi situasi yang melanda. Jelas Linda lagi, semangat anak lelakinya melawan penyakit turut menjadi kekuatan kepadanya dan keluarga dan dia berharap agar anaknya cepat sembuh. "Sukar menerima keadaan yang dialami Rezaiman dan sudah kering air mata mengenangkan anak yang terlantar di hospital namun ini adalah ujian daripada Allah yang harus saya terima dengan redha.
"Ujian ini memberi kekuatan kepada saya dan keluarga namun bersyukur Rezaiman sendiri kuat menghadapi dugaan tersebut," katanya. Tambah Linda, biarpun masih ditahan di hospital namun Rezaiman tetap mengulang kaji pelajarannya di kelas khas yang disediakan PPUKM memandangkan tahun ini dia bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sementara itu, Linda yang kini sudah berhijab melahirkan rasa syukur diberi kesempatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikkan dalam hidupnya dan selesa dengan penampilannya itu. Jelas Linda perubahan itu sudah lama dilakukan cuma tidak dihebahkan secara umum kerana enggan niatnya disalah erti oleh sesetengah pihak.

Linda Rafar Pernah Terasa Sudah Hilang Peminat

Penyanyi Linda Rafar pernah merasakan sudah hilang peminat gara-gara tidak lagi aktif dalam dunia seni sehingga membuatkan dia tidak begitu menjaga penampilan diri berbanding semasa di kemuncak kemasyhuran. Namun, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 32, berkata, gara-gara tidak menitik beratkan soal imej dia ditegur peminat yang telah melihatnya di beberapa tempat. "Sejak akhir-akhir ini ramai yang menghantar mesej menerusi laman sosial Twitter dan Instagram tanda sokongan dan ingin melihat saya muncul dengan lagu-lagu baru. Malah ada yang menyedari saya berada di sesebuah lokasi, lalu mereka tegur. "Dulu memang rasa macam dah tak ada peminat tetapi apabila mereka mengatakan ingin melihat saya tampil dengan lagu baharu, rasa bersemangat pula. "Dan hal itu membuatkan saya kembali menjaga penampilan diri agar tidak nampak selekeh. Nanti apa pula orang kata," selorohnya. Tambah Linda, populariti yang agak tenggelam tidak pernah melemahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian yang diminatinya. Baginya, nama 'Linda Rafar' sudah kurang menjadi sebutan memandangkan keadaan industri muzik tempatan yang semakin dipenuhi bakat-bakat baru. Bagaimanapun dia tetap gembira kerana masih lagi mampu bertahan di bidang itu. "Ramai yang anggap saya dah tak menyanyi lagi tetapi saya masih memenuhi undangan nyanyian bagi majlis-majlis korporat sejak dulu lagi. "Cuma daripada segi publisiti, nama saya tidak lagi menjadi sebutan di media, tidak apa, yang penting saya masih bertahan dalam bidang ini," katanya. Tambah Linda yang pernah popular menerusi lagu Hak Milik Kekal bersama Diana Rafar, pada tahun 2005, dia bakal muncul dengan lagu terbaharu tidak lama lagi berjudul Cun Melecun berduet dengan adiknya itu. Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal, Edry Abdul Halim. "Nak kata ini kemunculan semula daripada saya dan Diana, tidak juga kerana kami tidak pernah bersara seperti sesetengah pihak fikirkan. "Ia hanyalah sebuah naskhah baru daripada kami buat para peminat yang sudah lama menunggu lagu baharu kami," tuturnya.

Syed Aiman Rindu Mahu Aktif Berlakon

KUALA LUMPUR: Pelakon Syed Aiman sudah bersedia untuk kembali memeriahkan industri lakonan selepas empat tahun menyepi daripada sebarang projek terbaharu. Syed Aiman atau nama sebenarnya, Syed Aiman Syed Mahmud, 38, berkata, sudah tiba masanya dia berbuat demikian kerana rindukan dunia lakonan yang menjadi sumber pendapatannya sebelum ini. "Saya tidak pernah melupakan dunia lakonan dan sentiasa mengikuti perkembangan industri dari jauh namun kesibukan menguruskan perniagaan dan keluarga telah membatasi niat itu. "Kini apabila semuanya sudah berada di tahap stabil sudah tiba masanya untuk kembali beraksi bagi melepaskan rindu pada lakonan," jelasnya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Syed Aiman berkata, selepas berkahwin dengan Linda Rafar pada tahun 2006 dia memang banyak menumpukan perhatian kepada perniagaan dalam bidang pembinaan yang diusahakan. "Apabila kita berkahwin tumpuan itu bukan kepada diri sahaja tetapi terhadap keluarga dan itu yang saya lakukan supaya ekonomi keluarga berada di tahap stabil.
"Walaupun rindu untuk berlakon tetapi saya perlu berkorban demi menjamin masa depan anak-anak yang sedang membesar," jelasnya. Bercerita mengenai perkembangannya sekarang Syed Aiman berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian sebanyak 28 episod untuk Astro Prima berjudul Sofiah Nasi Kukus. Selain itu, dia juga memberitahu akan terlibat dalam sebuah pementasan teater pada bulan Jun depan yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya di sini. "Syukur rezeki dalam bidang lakonan masih ada walaupun sudah agak lama menyepi daripada sebarang projek dan publisiti," ujarnya. Tambah Syed Aiman, selain kembali berlakon, dia juga kini bergiat aktif dalam persatuan iaitu Malaysian Artist Sports Club (MASC) yang dinaungi oleh Datuk Seri Shah Rezza bagi mengumpulkan artis-artis tanah air untuk melakukan aktiviti sukan. "Menerusi MASC kami artis-artis dapat berkumpul dan melakukan aktiviti sukan pada masa lapang seperti futsal, boling dan badminton. Ia juga dapat merapatkan hubungan kami semua," katanya.

Linda Rafar Cemas Terperangkap Dalam Lif

PETALING JAYA: Penyanyi Linda Rafar yang ingin membeli belah di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada tengah hari Ahad, cemas apabila terperangkap selama 10 minit di dalam sebuah lif. Linda berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, dia dan anak ketiganya, Syed Rezzaqiib, 4, ingin turun ke aras bawah, selepas menghantar dua anak lelakinya yang lain iaitu Rezzaril, 12, dan Rezzaiman, 10, bermain boling. "Selepas menghantar anak saya bermain boling di aras atas, saya turun ke aras bawah bagi membeli barang-barang dapur. "Pada kejadian itu, bukan saya dan Rezzaqiib sahaja berada dalam lif, terdapat beberapa orang termasuklah seorang pekerja plaza itu. Agak mencemaskan, kerana masing-masing sukar untuk bernafas," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad. Tambah Linda, lebih menakutkan lagi apabila lampu lif tersebut terpadam dan ia membuatkan dia berasa lebih panik, tambahan pula anaknya semakin lemah kerana kesukaran bernafas. "Sebenarnya, yang membuatkan saya lebih cemas apabila salah seorang daripada kami yang terperangkap memberitahu lif itu sering bermasalah sehingga ada kejadian ia dapat dibuka dalam masa satu hari. Gemuruh darah saya dibuatnya. "Syukurlah, lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu," ujar Linda. Bagaimanapun, kejadian tersebut membuatkan Linda trauma untuk menggunakan kemudahan itu lagi malah dia sanggup naik turun tangga atau eskalator pada masa akan datang. "Baru saya faham bagaimana rasanya apabila terperangkap dalam lif. Bila kawan-kawan saya melalui pengalaman begitu sehingga rasa trauma untuk masuk lif, saya sering menganggap ia satu benda yang remeh. "Namun, apabila saya merasainya sendiri, barulah saya faham, ia mampu membuatkan kita cemas dan tak tentu arah. "Mujurlah ada beberapa orang lagi yang terperangkap, sekurang-kurangnya kita dapat berfikir cara untuk menyelamatkan diri," tuturnya. Linda bagaimanapun tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan pusat membeli belah itu namun, berharap orang ramai berwaspada apabila memasuki lif.

Linda, Syed Aiman, Diana dan Zamarul Aidilfitri Makin Bermakna Buat Kami! Dalam kesibukan umat Islam menyambut Aidilfi tri, Linda Rafar dan Syed Aima


Dalam kesibukan umat Islam menyambut Aidilfi tri, Linda Rafar dan Syed Aiman kini sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak kedua mereka dan kelahiran anak ke empat bagi Linda Rafar.

“Aidilfitri kali ini merupakan perayaan berganda bagi kami kerana di samping menyam but hari raya kami juga bakal meraikan kelahiran anggota baru dalam keluarga. Memang saya sudah sarat dan sedang menunggu masa untuk melahirkan, kerana saya dijangka melahir kan pada awal September ini.

“Kerana keadaan saya yang sudah sarat, setelah berbincang, kami memutuskan untuk menyambut hari raya di Shah Alam sahaja, memandangkan keadaan saya yang tidak mengizinkan,” ujar Linda yang kelihatan tetap bertenaga biar sedang menanti hari melahir kan anak keempatnya.

Memandangkan Linda dan Syed Aiman beraya di Shah Alam sahaja maka mereka telah merancang untuk menyewa hotel di sekitar Lembah Klang sambil meng habiskan cuti raya bersama anak-anak.

“Itu sahajalah perancangan yang boleh kami lakukan sebab kalau nak melalui perjalanan jauh pun susah juga dalam keadaan saya yang sedang sarat ini. Jadi kami mengambil keputu san untuk bercuti sahaja.

Dapatlah kami meluang lebih banyak masa dengan anak-anak kerana sebelum ini kami selalu sibuk dengan urusan perniagaan.

“Selalunya kami akan meng ambil peluang cuti raya yang panjang ini untuk pulang ke kampung hala man Syed di Kelantan tetapi kali ini hasrat itu terpaksa dipendamkan. Bagi saya beraya di mana-mana pun sama sahaja asalkan dapat merayakan bersama ahli keluarga,” ujar ibu kepada Rezaril Keifl in, 11, Rezaiman Keifl in, 9 dan Syed Rezaqiib Syed Aiman, 3.

Bercerita tentang hari lebaran sudah tentu tidak lengkap tanpa berbicara juadah hari raya. Pastinya pelbagai hidangan lazat dan menyelera kan sedia terhidang di atas meja sebagai santapan.

“Pada hari raya pertama, saya dan adik beradik akan berkumpul di rumah ibu saya di Shah Alam. Lagi pun selepas ayah meninggal dunia, kami adik beradik lebih banyak meng habiskan masa dengan ibu agar dia tidak rasa kesunyian.

“Antara hidangan wajib disediakan di pagi raya ialah nasi beriani Johor dan ayam masak merah yang dimasak sendiri oleh ibu. Ibu saya memang pakar memasak nasi beriani Johor sebab itulah kalau hari raya, kami semua tak sabar-sabar nak rasa nasi beriani ibu.

“Selain itu hidangan-hidangan lain yang ada di pagi raya ialah ketupat, sambal sotong dan kuih-muih yang lain. Biasanya untuk kuih-kuih moden, kakak saya yang rajin buat dan ada juga yang kami beli,” ujar Linda yang merupakan duta produk Serambi Emas dan yang terbaru sebagai duta produk kecantikan wajah, C’Est Belle.

Masih Mengharap Dapat Anak Perempuan
Tentang persediaan raya pula menurut Linda, dia sebenarnya sudah membuat persiapan lebih awal terutama dari segi pakaian. Sememangnya tugas menyediakan persiapan raya diserahkan sepenuhnya kepada Linda.

“Syed sibuk dengan kerja, jadi sayalah yang perlu membuat semua persiapan raya. Tahun ini tema baju raya kami warna hijau lumut. Lagi pun saya perlu buat persiapan awal memandangkan Syed pergi menunaikan umrah di tanah Suci Makkah beberapa hari sebelum menjelang Ramadan selama dua minggu.

“Kalau bercakap tentang sajian hari raya, Airil suka sangat makan ketupat manakala Maman (panggilan mesra untuk Rezaiman) pula jenis tak memilih sebab makan apa sahaja yang dihidangkan kepadanya,” jelas ibu muda yang jelita ini.

Walau pun mengharapkan kelahiran kali ini anak perempuan namun akui Linda dan Syed, mereka tidaklah berasa hampa apabila kandungan kali ini juga disahkan anak lelaki.

“Kalau boleh semua pasangan inginkan anak lelaki dan anak perempuan, tetapi kami belum lagi berpeluang untuk memiliki anak perempuan buat masa ini. Saya tidak kisah dapat anak lelaki atau anak perempuan tetapi kalau dapat anak perempuan ia satu bonus buat kami berdua.

“Pernah juga doktor menyarankan kami menjalani kaedah IVF bagi memilih jantina anak tetapi saya dan Syed menolak kerana kami mahu kelahiran anak kami berlaku secara semula jadi selain tidak mahu dianggap melawan takdir

“Namun Syed mahukan seorang lagi anak selepas ini. Itu pun dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi kerana dia masih meng harapkan yang kami mampu mendapatkan anak perempuan. Insya Allah. Doa-doakanlah ye,” ujar Linda ceria.

Kali Pertama Sambut Raya Sebagai Ibu

Bagi Diana Rafar, Aidilfi tri kali ini merupakan kali pertama beraya sebagai ibu. Nyata Diana begitu teruja sekali untuk menyambut hari lebaran bersama cahaya mata sulungnya, Kashfi Haiqal atau panggilan manjanya, Kash yang kini berusia 10 bulan.

“Bagi saya, bila sudah ada anak, tentu sekali saya akan lebihkan persediaan untuk Kash. Untuk diri sendiri dan juga suami, kami lebih suka bersederhana.

“Untuk baju raya, kami sudah tempah lima helai baju raya dan Insya-Allah warna tema baju raya kami tahun ini ialah kuning. Sebenarnya seronok melihat anak membesar di depan mata. Saya tidak mahu terlepas peluang melihat Kash membesar kerana ia adalah pengalaman yang cukup berharga bagi seorang ibu,” ujar Diana yang mengakui bahawa Kash masih lagi menyusu badan sehingga kini.

Namun dalam kegembiraan menyambut Syawal, Diana sedikit tersentuh. Tahun ini genap enam tahun ayahnya meninggal dunia. “Selepas menyambut hari raya bersama keluarga, kami akan pergi menziarahi pusara ayah yang terletak di Seksyen 21, Shah Alam. Walau pun sudah enam tahun ayah meninggalkan kami semua, namun kenangan bersama arwah ayah tetap dalam ingatan.

“Namun yang pergi tetap akan pergi dan tidak akan kembali lagi. Sebagai anak, kami adik beradik memang rapat dengan ayah. Doa kami moga ayah ditempatkan di kalangan orang yang soleh. Momen indah bersama ayah akan tetap kekal dalam ingatan kami semua,” jelas Diana sambil memangku Kash yang kelihatan semakin lasak.

Apabila ditanya tentang kerjayanya dalam dunia lakonan, ujar pelakon yang terkenal dalam slot legenda, Nenek Kebayan, buat masa ini, dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada anak sulungnya.

“Kalau hendak diikutkan, memanglah saya rindu sangat hendak berlakon, tetapi oleh kerana Kash masih kecil dan masih lagi menyusu badan, saya terpaksa menolak tawaran untuk berlakon. Memang saya ada menerima beberapa tawaran lakonan tetapi saya tolak sebab saya tak sanggup berjauhan dengan Kash. Lagi pun saya tiada pembantu rumah. Saya lebih selesa menjaga Kash sendiri.

“Saya akan terima tawaran berlakon telemovie kerana tidak memerlukan masa lama. Selain itu lokasi penggambaran juga perlu diambil kira. Kalau di sekitar Lembah Klang, saya akan pertimbangkan. Beri masa pada saya untuk membesarkan Kash terlebih dahulu dan selepas ini barulah saya dapat menumpukan perhatian dalam dunia lakonan semula,” jelas Diana yang teringin hendak melakon kan watak sebagai seorang ustazah.

Sibuk Buat Persiapan Raya Untuk Kash
Bagi Zamarul pula, sungguh pun ini bukan kali pertama bergelar ayah, namun keteru ja annya sama seperti ketika pertama kali men dapat cahaya mata. Lagipun menurut Zamarul, sudah lama dia tidak menimang anak kecil sehinggalah terbinanya mahligai bahagia bersama Diana.

“Sungguh kehadiran Kash, benar-benar memberi sinar bahagia kepada saya dan Diana. Sudah agak lama saya tidak mempunyai anak kecil. Jadi bila sudah ada anak kecil sekarang, sukar untuk digambarkan perasaan saya.

“Bagaimanapun saya sedikit terkilan kerana tahun ini saya tidak dapat beraya dengan anak sulung yang saya jaga sejak kecil. Selama 12 tahun saya menjaganya, kini bekas isteri telah mengambilnya semula tanpa pengetahuan saya. Namun saya berharap agar saya berpeluang menyambut hari raya bersamanya di lebaran ini,” ujar Zamarul yang turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan pertama iaitu Izatt Haiqal,12 Iqmal Haiqal,8.

Dalam pada itu aktor yang terkenal dengan watak Farid dalam slot Samarinda, Anissa, mengakui dia sebenarnya tidak sabar untuk menyambut hari lebaran dengan Kash, hasil perkahwinannya dengan Diana.

“Aidilfitri kali ini paling meriah buat kami berdua, kerana pertama kali dapat sambut raya dengan Kash. Paling seronok ketika membuat persiapan raya. Memang keutamaan kami untuk Kash.

“Kalau dahulu sebelum ada anak, kami sibuk buat persiapan untuk diri sendiri tetapi bila sudah ada anak, lain pula perasaannya. Yang paling ‘excited’ beli baju raya sudah tentulah Diana. Mungkin inilah yang dinamakan keseronokan menjadi ibu bapa.

Pendek kata persediaan untuk diri sendiri jatuh nombor dua,” jelas Zamarul yang mengambil kesempatan untuk berehat panjang ketika menyambut Aidilfi tri tahun ini. Jika Diana gemar makan nasi beriani Johor di pagi raya, Zamarul juga tidak ketinggalan punya menu hidangan kegemarannya.

“Hidangan kesukaan saya, kuah lodeh, udang masak sambal dan kuah kacang hasil tangan mak saya. Pendek kata apa sahaja makanan yang dimasak mak, semuanya menjadi kegemaran saya dan juga adik beradik lain. Saya tidak begitu sukakan biskut.

“Oleh kerana tahun lepas kami beraya di Bangi, maka tahun ini kami akan beraya di Shah Alam di rumah keluarga Diana pula. Biasanya malam raya kami sudah berada di Shah Alam. Kami akan pulang ke Bangi pada petang hari raya untuk bertemu dengan keluarga saya. Saya merupakan anak lelaki tunggal daripada empat orang adik beradik,” ujar Zamarul yang mengakui ketika zaman kanak-kanaknya dia tidak kenal pun meriam buluh gara-gara dilarang sama sekali bermain permainan seperti itu.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails