Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Liza Abdullah. Show all posts
Showing posts with label Liza Abdullah. Show all posts

Liza Abdullah Sangkal Laporan Bakal Kahwini Jurukamera

Pelakon terkenal Liza Abdullah menyangkal laporan sebuah akhbar mingguan kononnya dia bakal berkahwin dengan seorang jurukamera pada Disember depan. Liza, 50, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan berkenaan selepas membaca laporan itu dan menegaskan dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai dengan bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman pada Februari lalu. "Pertama sekali kenyataan dalam akhbar berkenaan bukan datang dari mulut saya dan saya sendiri tidak mengetahui tentang perancangan akan berkahwin pada Disember ini. "Berita berkenaan sama sekali tidak benar dan ia amat mengejutkan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad. Menerusi laporan berkenaan, sumber yang dikatakan sebagai rakan rapat dramatis tersebut mendedahkan jurukamera tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memperisterikan Liza namun pelakon itu tidak segera memberi jawapan kerana baharu sahaja bercerai. Bagaimanapun selepas melihat kesungguhan lelaki itu akhirnya hati Liza terbuka untuk menerimanya dan pasangan berkenaan dikatakan sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahan mereka namun tidak merancang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran. Dalam pada itu, Liza berkata, dia terkilan dengan individu mendakwa sebagai teman rapatnya kerana sanggup mereka-reka cerita yang disifatkan tidak berasas tentang dirinya.
"Sekiranya benar sekali pun itu hak untuk bercakap mengenainya mestilah datang daripada mulut saya sendiri dan bukannya orang lain. "Saya terkilan kerana 'kawan rapat' tidak akan buat begitu kepada saya malah saya tidak rasa orang yang mengesahkan perkara itu adalah kawan baik saya," jelasnya. Sementara itu, Liza berkata, ekoran laporan berkenaan anak-anak, keluarga dan bekas iparnya menelefonnya bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut. Jelasnya lagi, gosip seperti itu mampu memberi kesan buruk kepadanya terutama jika ada yang tidak membaca isi keseluruhan laporan itu. "Gosip seperti itu sudah tentu menganggu gugat kerjaya saya kerana sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang seni belum pernah lagi saya terpalit dengan cerita-cerita gosip seperti itu. "Orang lain yang tidak baca secara keseluruhan berita tersebut mungkin akan salah faham tambahan pula dengan usia saya sekarang macam-macam orang boleh kata," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Liza berkata, selain sibuk dengan aktiviti penggambaran dia kini berada di Lenggong, Perak bagi menghadiri program bersama Perbadanan Kemajuan Filem Negara Nasional (Finas) dalam menyampaikan maklumat mengenai peranan perbadanan tersebut dikalangan masyarakat menerusi aktiviti menarik.

Tidak Cerewet Buatkan Liza Abdullah Masih Kekal Popular

Pelakon Liza Abdullah menyifatkan dia masih lagi mampu kekal dalam industri hiburan tempatan kerana sikapnya yang tidak cerewet terhadap mana-mana tawaran lakonan yang diterimanya. Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah 52, berkata, keadaan itu membuatkan dia berasa bersyukur kerana masih lagi diterima peminat-peminat drama Melayu walaupun sudah berusia. "Selalunya pelakon-pelakon akan berkata mereka lebih senang memilih skrip dan watak. Tetapi tidak bagi saya. "Ini kerana saya menganggap setiap tawaran yang datang tidak kiralah daripada produksi baru atau lama adalah punca utama rezeki saya. "Dan sebagai pelakon, menjadi tanggungjawab saya melakonkan watak yang diberi sebaik mungkin walaupun karakter tersebut terlalu klise. Kiranya ia adalah satu cabaran buat diri untuk mewarnai watak tersebut," katanya kepada mStar Online. Tambah pelakon itu, kerana sikapnya yang tidak cerewet tanpa memilih watak membuatkan dia masih lagi bertahan dalam industri hiburan tempatan sehingga kini. Dalam pada itu, kata Liza, dia juga mengambil sikap tidak terlalu terbuka menceritakan perihal keluarganya kerana menganggap ia adalah isu yang sangat peribadi. Malah dia risau, cerita peribadi yang dipaparkan media boleh menggugat kariernya sebagai seorang pelakon. "Dari dulu lagi sehinggalah sekarang, saya akan memastikan kisah-kisah peribadi tidak diceritakan di mana-mana media sekalipun. "Kecuali kes cerai saya baru-baru ini , saya tidak dapat nak elak kerana pihak media sudah sedia maklum mengenai kes itu tanpa saya beritahu pun. Tetapi seboleh-bolehnya, saya tidak gemar menceritakan hal peribadi kepada umum," ujarnya. Liza baharu saja bercerai dengan suaminya Zolkifli Abdul Rahman, 58, pada 10 Januari lalu. Hasil perkahwinan selama 26 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10. Liza yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an. Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

Suasana Pilu, Liza Abdullah & Suami Cerai Talak Satu

Pelakon terkenal 80-an Liza Abdullah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin. Lafaz berkenaan dibuat oleh suaminya selaku defendan, Zolkifli Abdul Rahman, 58, di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin selepas dia bersetuju untuk menceraikan isterinya secara baik. Suasana di dalam kamar mahkamah pilu apabila pasangan itu menangis teresak-esak sambil berpelukan sebelum lafaz cerai dibuat. Dua anak pasangan itu, Zulhaffiz Zarriq, 25, dan Nurwafiez Syahiddah, 21, turut kelihatan menitiskan air mata di ruang tempat duduk ketika lafaz dibuat bapa mereka.
Suasana pilu di makhamah apabila ahli keluarga Liza Abdullah berpelukan. Liza, 50, yang memfailkan permohonan perceraian tersebut menerusi peguam syarie, Sa'adiah Din pada 25 November tahun lalu turut ditemani oleh ahli keluarga dan rakan artis ke mahkamah termasuklah Datuk Shah Rezza dan Ziela Jalil. Terdahulu, pasangan berkenaan mengakui sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa tahun lalu selain mengalami konflik berpanjangan dalam rumah tangga mereka. Dalam pada itu, Shaiful Azli memerintahkan Liza supaya menjalani edah selama tiga kali suci selain perceraian mereka didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Gombak Timur, di sini.
Liza Abdullah (kiri) ketika keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Paling kanan ialah bekas suaminya, Zolkifli. Sementara itu, Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah yang mengenakan jubah hitam ketika ditemui selepas prosiding selesai enggan mengulas mengenai penceraian tersebut. Manakala Zolkifli menganggap penceraian itu sebagai ketentuan Allah. "Semuanya selesai dengan baik dan saya tiada komen selain penceraian ini adalah ketentuan Allah," katanya. Hasil perkahwinannya dengan Zolkifli kira-kira 26 tahun, mereka turut dikurniakan dua lagi anak iaitu Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10. Liza itu yang pernah popular dalam drama Vanilla Coklat bagi siaran TV3 dua tahun lalu merupakan bintang filem ternama sekitar tahun 1980-an. Antara filem lakonannya ialah Ali Setan, Pagar-Pagar Cinta, Driving School dan Jejaka Perasan.

Liza Abdullah Terkilan Disindir Bolot Tawaran Berlakon


KUALA LUMPUR: Pelakon Liza Abdullah mengakui agak terkilan dengan sindiran sesetengah pihak yang seolah-olah melihat dia seperti membolot tawaran berlakon kerana kerap muncul di televisyen sejak kebelakangan ini.

Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah,48, berkata, walaupun tidak mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius namun jauh di sudut hatinya agak terasa apabila dipersendakan sedemikian.

“Saya harap janganlah ada orang yang buruk sangka kepada saya apabila melihat saya kerap muncul di televisyen. Semua itu secara tidak sengaja. Penggambaran setiap drama dilakukan berbeza tetapi tidak sangka pula kadang-kadang ia disiarkan secara serentak di kebanyakan stesen televisyen,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Antara drama lakonan Liza yang sedang ditayangkan pada ketika ini ialah BFF dan Vanila Coklat di TV3 serta Bukan Aku dan Ku Sangka 2 Rupanya 3 untuk RTM.

Dalam masa yang sama dia turut sibuk menjalani sebuah penggambaran drama seram serta tiga buah filem terbitan MIG Production.

Liza memberitahu, antara faktor dia mendapat banyak undangan berlakon sejak kebelakangan ini kerana mengamalkan disiplin diri yang tinggi serta tidak menimbulkan masalah kepada pihak produksi.

Jelas Liza, selama 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni, faktor itu telah mendorong untuk dia mendapat peluang berlakon walaupun ketika pelakon-pelakon baru semakin ramai mewarnai dunia seni tanah air.

“Saya tidak pernah timbulkan masalah dengan mana-mana pihak. Mungkin dengan cara itu orang mudah untuk berurusan dengan saya."Syukurlah kerana ia akhirnya memberikan kesenangan kepada saya apabila tawaran berlakon tak putus-putus saya terima. Syukur kepada Allah,” katanya.

Ditanya siapakah lelaki tinggi lampai yang sering dilihat bersamanya Liza memberitahu, individu berkenaan adalah anak sulungnya Zulhaffiz Zarriq Zolkefli,23, yang merupakan pelajar dalam bidang perniagaan antarabangsa di sebuah kolej di sini.

Selain Zulhaffiz Zarriq, Liza turut memiliki tiga lagi anak iaitu Nur Naffiz Syahiddah,19, Zulsyahmi Naqib,10, dan Zulsyahmi Afif,8.

“Saya harap tak timbul pula gosip mengatakan saya intim dengan lelaki muda pula lepas ni ya,” selorohnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails