Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Maya Karin dan Yusry. Show all posts
Showing posts with label Maya Karin dan Yusry. Show all posts

Maya reda Yusri jadi suami


PENAFIAN artis berstatus janda, Maya Karin mengenai keintimannya bersama lelaki bergelar duda, Yusry KRU, semakin mengesahkan mereka sebenarnya menjalin sebuah 'hubungan.'

Setakat ini, kedua-dua pelakon yang pernah bercinta dalam filem Mr. Cinderella 2 itu lebih selesa dengan istilah 'kawan baik'.

Atas status 'kawan baik' itulah yang memberanikan Maya dan Yusry kerap berdua-duaan. Kali pertama sensasi hubungan mereka tercetus ialah apabila Maya dan Yusry dilihat keluar dari panggung wayang di Alamanda, Putrajaya.

Mereka mengakuinya sama-sama menghadiri majlis kesyukuran kejayaan filem Magika di Cyberjaya tidak lama dahulu.

Maya dan Yusry sekali lagi dilihat keluar bersantai menonton filem The Chronicles of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader, juga di pusat beli-belah yang sama di Putrajaya, beberapa minggu lalu.

Isnin lalu, mereka seperti enggan berselindung tatkala menyaksikan pratonton filem Khurafat.

Kebersahajaan Maya dan Yusry itu tetap mencuri tumpuan. Duduk sebaris dengan mereka, abang sulung Yusry sendiri, Norman Abdul Halim. Dalam nada mengusik, si abang sempat berbisik kepada seorang wakil media.

Katanya: "Mari kita tengok, mereka (Maya dan Yusry) akan pegang tangan atau tidak." Gurauan itu habis di situ.

Yusry yang tidak sempat disapa malam itu memberi respons ketika dihubungi. Katanya, sebagai sahabat, tiada salahnya mereka keluar bersama.

"Sama juga dengan Maya, saya ialah antara kawan rapatnya dan kami hanya keluar bersama sejak akhir-akhir ini setelah masing-masing solo.

"Kami hanya berkawan, tiada kategori khusus sama ada kawan rapat ataupun kawan biasa.

"Cuma orang dengan mudah menganggap saya dan Maya ada hubungan istimewa. Jika saya serius mahu berkahwin lagi, saya akan bawa bakal isteri bertemu ibu saya," Yusry bertegas.

Teka-teki cinta baru Maya dan Yusry ini mengundang satu lagi pertanyaan, bagaimana pula dengan spekulasi hubungan Maya dan aktor Remy Ishak seperti yang pernah diperkatakan.

Mengulas tentang Yusry, Maya berkata: "Memang betul saya keluar dengan Yusry. Hubungan ini bukan rahsia lagi. Cuma saya tak boleh nak bercakap lebih lanjut kerana ia hanya atas dasar persahabatan.

"Kami ikhlas dan tak perlu sembunyikan hubungan ini. Kami pun kena hidup macam orang biasa juga."

Maya juga mengakui tidak menolak takdir sekiranya bertemu jodoh dengan Yusry pada kemudian hari memandangkan pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa itu memiliki kriteria lelaki yang diingininya.

"Saya suka dan selesa berkawan dengannya. Lagipun takkan kita berkawan dengan seseorang yang kita tidak suka.

"Kalau ada jodoh dengannya, saya tidak menolak. Saya akui Yusry mempunyai kriteria lelaki idaman yang dicari. Dia serius tetapi ada masanya pandai melawak.

"Saya suka dan cukup selesa berkawan dengannya," kata Maya yang menolak kemungkinan untuk berkahwin lagi dalam masa terdekat.

Maya Karin Mula Rimas Dikaitkan Dengan Yusry


PETALING JAYA:Pelakon Maya Karin mengakui dia mula rimas apabila banyak pihak memperkatakan mengenai hubungannya dengan Yusry (KRU) sejak kebelakangan ini.

Kata Maya, dia juga bosan untuk bercerita mengenai hubungan mereka kerana bimbang orang ramai akan memberi tafsiran yang salah.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya dan Yusry hanya kawan biasa. Kami dah kenal lama. Sekarang saya susah nak jawab bila orang tanya mengenai hubungan saya dengan dia. Saya mula naik rimas,” kata Maya kepada mStar Online, Selasa.

Maya yang tidak menyembunyikan persahabatan mereka itu memberitahu, dia dan Yusry pernah menonton wayang sebanyak dua kali termasuk di Alamanda, Putrajaya beberapa minggu lalu.

Dan terbaru pada sesi previu filem Khruafat di GSC Midvalley, Bangsar, malam Isnin lalu, kedua-dua mereka turut hadir di lokasi yang ramai wartawan.

Kata Maya menonton wayang berdua bukan sesuatu yang luar biasa dan ia merupakan aktiviti masa lapang yang selalunya turut dilakukan oleh mereka yang bergelar sahabat.

“Kami pergi menonton wayang bukan sesuatu yang gempak pun. Orang lain pun buat,” katanya.

Ditanya adakah dia mempunyai apa-apa perasaan terhadap Yusry buat masa ini, jelas Maya hatinya masih belum terbuka.

“Ehh... tak apa-apa perasaanlah,” sampuknya ringkas.

Mengenai perkembangan terbarunya, Maya yang baru sahaja mengikat kontrak sebagai duta produk kesihatan Innershine untuk tempoh setahun berkata, dia mula bercuti mulai semalam (Selasa) sehingga 31 Disember ini.

Dalam tempoh bercuti itu Maya mahu berehat sebelum aktif bekerja semula pada awal tahun hadapan.

“Saya pun sibuk dengan album terbaru saya yang sudah 80 peratus siap. Bulan Februari tahun hadapan pula dua filem saya akan ditayangkan. Saya agak sibuk juga pada tahun baru nanti,” katanya.

Bercerita mengenai filem Khurafat arahan Syamsul Yusof yang akan ditayangkan pada 13 Januari depan ujar Maya dia mengakui filem berkenaan agak menakutkan.

“Saya tidak beberapa gemar filem seram. Tapi filem Khurafat ini pada saya mempunyai jalan cerita menarik,” katanya yang duduk bersebelahan dengan Yusry menonton previu itu.

Diusik adakah dia memeluk atau memegang Yusry setiap kali muncul adegan cemas dalam filem itu, sambil ketawa Maya berkata dia banyak menutup mata.

“Saya tutup mata saya saja. Yusry pula macam tak takut pun,” ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails