Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Nadia Zainal. Show all posts
Showing posts with label Nadia Zainal. Show all posts
Nadia Zainal Tidak Rasa Pelik Sambut Syawal Di Kota
Dalam perkembangan sama, sambutan Aidilfitri bagi Nadia pada tahun ini diraikan agak singkat kerana dia akan kembali ke set penggambaran filem “Kami Histeria” terbitan Red Communications yang turut dibarisi bersama pelakon seperti Sara Ali, Mila Jirin dan Umi Omar.
Nadia Zainal Masih Amalkan Kirim Kad Raya Secara Pos
PETALING JAYA: Ketika dunia teknologi semakin berkembang, pelakon Nadia Zainal masih mempercayai wujudnya nilai sentimental apabila amalan menghantar kad ucapan selamat Hari Raya dilakukan secara pos yang jarang dilakukan oleh golongan muda.
Nadia berkata, amalan itu menjadi kemestiannya sejak kecil kerana budaya tersebut dianggap mampu mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.
"Barangkali sudah ramai yang tidak lagi menghantar kad ucapan kepada rakan-rakan atau keluarga mereka kerana teknologi hari ini telah memudahkan segalanya.
"Golongan muda lebih gemar menghantar ucapan menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Bagi saya menghantar kad raya secara pos adalah sangat klasik," katanya kepada mStar Online.
Nadia turut menyarankan agar golongan muda mengembalikan kegemilangan menghantar kad Hari rRaya agar ia terus menjadi tradisi.
Dalam pada itu, Nadia berkata, dia gemarkan kad ucapan yang kecil dengan lukisan komik untuk dihantar kepada kenalan rapatnya.
Malah dia juga gemar mengumpul dan menyimpan semua kad yang diterimanya untuk dijadikan kenang-kenangan.
"Kadang-kadang kalau ada masa lapang saya akan baca balik kad-kad yang dihantar oleh kawan-kawan dan keluarga. Ada yang benar-benar menyentuh perasaan dan tidak kurang juga kelakar," ujarnya.
Sementara itu mengenai sambutan Hari Raya pada tahun ini, dia akan menyambut di rumah keluarganya di Ampang, dekat sini selama beberapa hari sebelum kembali ke set penggambaran filem Kami Histeria terbitan Red Communication.
Nadia Zainal Pantau Kisah Diri Di Internet
PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri Bukan Bidadari, Nadia Zainal sentiasa memantau blog-blog hiburan tempatan bagi mengetahui isu yang dibangkitkan oleh penulis blog dan peminat mengenai dirinya.
Nadia, 22, berkata, rutin berkenaan dibuat bagi mendapat maklumat mengenai dirinya sama ada ia positif atau negatif daripada peminat selain sebagai persediaan menambahkan lagi pengetahuannya.
"Saya berpendapat adalah penting bagi seseorang artis untuk membuat carian mengenai diri mereka di Internet supaya mereka boleh melihat komen peminat dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan diri.
"Dengan cara itu artis dapat menjawab apa juga pendapat tentang diri mereka dan sekurang-kurangnya mereka sedar dengan apa yang berlaku," katanya kepada mStar Online.
Tambah Nadia, dia juga menyimpan semua laporan mengenai dirinya sama ada di blog, portal hiburan mahupun akhbar-akhbar untuk memperbaiki lagi dirinya dalam bidang seni.
Dalam pada itu, Nadia berkata, langkah itu dapat membantu dirinya menangkis apa juga persoalan yang timbul sekiranya sesuatu laporan itu tidak benar bagi mempertahankan diri.
"Kekuatan jaringan sosial amat hebat kini dan macam-macam orang boleh tulis perkara yang tidak benar mengenai diri kita dan saya jenis yang tidak akan berdiam diri jika sesuatu perkara tidak benar ditulis mengenai saya.
"Bagaimanapun, saya percaya sebagai artis kita perlu gunakan cara berhemah untuk menjawab kembali apa juga tuduhan tidak benar mengenai diri kita," ujarnya.
Sementara itu, Nadia gembira dengan penerimaan penonton terhadap lakonannya menerusi Bukan Bidadari yang sedang disiarkan di TV3.
Nadia Zainal Tidak Tersisih Kerana Kurang Popular
PETALING JAYA: Pelakon dan penggiat teater Nadia Zainal tidak rasa tersisih kerana masih tidak popular walaupun sudah empat tahun bergelar artis.
Nadia, 22, menganggap tempoh itu adalah waktu untuk dia belajar selok belok dunia hiburan selain mengasah bakat menjadi pelakon yang baik.
"Saya tidak pernah berasa terkilan kerana perlu menunggu lama untuk popular berbanding sesetengah artis lain yang hanya mengambil masa singkat untuk dikenali," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.
Tambahnya, walaupun sekarang ini dia mula merasai kehadiran populariti itu selepas mendapat banyak peluang berlakon, namun dia masih menganggap dirinya "mentah" dalam dunia seni.
"Mungkin sekarang saya sudah mula dikenali ramai tetapi saya belum hebat sebagai pelakon.
"Bagaimanapun saya teruja untuk terus mengembangkan bakat saya dan mahu melihat reaksi peminat tentang lakonan saya," ujarnya yang kini sedang popular menerusi drama bersiri Bukan Bidadari.
Drama itu ditayangkan di TV3 pada setiap Selasa pukul 9 malam.
Dalam pada itu, Nadia berkata, pengalaman berlakon di pentas teater telah banyak membimbingnya untuk menjadi seorang pelakon drama dan filem yang baik.
Katanya melalui teater dia banyak belajar tentang cara bermain dengan emosi, menghafal skrip selain mengurangkan rasa gemuruh semasa berada di set penggambaran.
"Dunia teater dan lakonan adalah dua perkara berbeza namun bersyukur segala pengalaman itu dapat digunakan sebaiknya dalam mengembangkan lagi bakat saya sebagai pelakon.
"Setakat ini saya berasa selesa berada di set penggambaran drama atau filem kerana sudah tahu bagaimana ingin menyesuaikan diri," katanya.
Antara drama lakonan Nadia adalah Impian Sunsilk, Blogger Boy 2, Inikah Cinta, Gadis Semasa, Apa Dosaku, Papa Nak Kahwin dan Epit dan Elly.
Nadia juga pernah terlibat dalam pementasan teater seperti Bangsawan Haris Fadilah, Muzikal tun Abdul Razak, Kucing Berlari dan Bangsawan Bunga Sakti Cinta Malam.
Mengenai perkembangan terbaru Nadia bakal muncul dengan filem Histeria terbitan Red Communication selain beberapa projek drama lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
