Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Nana Mahazan. Show all posts
Showing posts with label Nana Mahazan. Show all posts

Nana Mahazan Komen Dituduh Syok Sendiri Kendalikan 'Dairi AF 2015'

Pengacara Nana Mahazan menjelaskan cara penyampaian dan fesyen yang digayakan dalam rancangan Diari AF 2015 adalah berdasarkan konsep yang ditetapkan pihak produksi. Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 32, berkata, dia diminta untuk membawa program tersebut mengikut perwatakan sebenarnya dan bukan syok sendiri seperti diperkatakan segelintir pihak. "Cara penyampaian saya untuk Dairi AF mengikut arahan pihak produksi yang mahu saya jadi diri sendiri. Kalau saya syok sendiri atau over sudah tentu pihak produksi terlebih dahulu akan tegur dan minta saya perbaikinya," ujar Nana kepada mStar Online. Nana diminta mengulas tentang pendapat segelintir pengikut Instagram miliknya yang menganggap pengacaraan dia dalam Diari AF 2015 keterlaluan. Dia juga dikritik kerana berpakaian tidak bersesuaian dengan program tersebut.
Nana mengacarakan program Diari AF 2015 pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Jelas Nana, mereka memberi komen negatif kerana tidak tahu tentang cara kerja disebalik tabir sesuatu program. "Mereka komen sebab mereka tidak faham tentang cara kerja kita di belakang tabir yang mana sesuatu keputusan tentang pakaian dan konsep ditentukan mengikut perbincangan kumpulan produksi. "Kadang-kadang saya balas komen mereka supaya mereka faham tentang perkara itu. Saya berpakaian begitu adalah mengikut tema yang diberikan setiap minggu dan digayakan oleh perunding fesyen," ujarnya. Selain itu, Nana juga meminta agar peminat tidak membandingkan cara pengacaraannya dengan pengacara yang lain. Jelasnya, setiap pengacara mempunyai cara penyampaian tersendiri mengikut konsep dan program yang dikendalikan. "Ada juga yang banding-bandingkan cara saya dengan pengacara lain dan sudah tentu setiap pengacara ada identiti dan cara mereka sendiri. "Namun, saya faham kita tidak boleh puaskan hati semua pihak, zaman ini semua orang boleh beri pendapat masing-masing secara terbuka," ujarnya.

Nana Mahazan Tiada Niat Tunjuk Kebahagiaan Di Instagram

Pengacara Nana Mahazan tidak berniat mahu menunjuk-nunjuk kebahagiaan yang dimiliki bersama suami dan anak-anaknya menerusi foto-foto keluarga yang dimuat naik di Instagram. Nana atau nama sebenarnya Nur Hana Che Mahazan, 31, berkata, apa yang dipaparkan di Instagram adalah sebahagian rutin hariannya yang ingin dikongsi kepada peminat. "Ishhh, buat apalah saya nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan saya kepada orang lain. Lagipun gambar yang dimuat naik hanyalah gambar keluarga. Bukannya apa pun. "Tetapi, diakui ada juga yang memberi komen kononnya saya mahu menunjuk-nunjuk. Takkanlah gambar keluarga sendiri saya tak boleh letak di Instagram? Lagipun saya sekadar mahu berkongsi apa aktiviti saya setiap hari," katanya kepada mStar Online.
Nana diminta mengulas mengenai sikap segelintir pengikut di laman Instagram yang sering mengkritik setiap gambar yang dimuat naiknya termasuklah tuduhan dia mahu menunjuk-nunjuk kebahagiaan keluarganya. Tambah Nana, walaupun sering menerima komen-komen berbaur negatif, dia tidak perlu takut sekiranya ada pihak yang berasa dengki terhadapnya. Sementara itu, Nana turut mengakui pernah memarahi beberapa pengikutnya apabila gambar anak-anaknya yang dimuatnaik dalam laman sosial sering mendapat komen buruk. "Bagi saya, kebanyakan masyarakat begitu kejam di media sosial. Mereka akan mengkritik sesuka hati tanpa berfikir panjang. "Dan setiap gambar yang dimuat naik, ada saja komen-komen yang berbaur negatif. "Kalau mereka mengutuk saya dan suami, masih lagi boleh pejam mata, tetapi kalau nak berkata buruk tentang anak-anak, memang saya rasa geram dan akan membalas semula komen mereka," katanya. Nana mempunyai dua orang anak iaitu Althea, 4, dan Aaqib Raqeem Brian, 10 bulan, hasil perkahwinannya dengan Mohd Raqeem Brian Abdullah. Mereka mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2009.

Nana Mahazan Takut Pembantu Rumah

Penyampai radio Nana Mahazan berasa lebih selamat menguruskan rumah tangganya sendiri tanpa memerlukan bantuan pembantu rumah. Nana atau nama sebenarnya Nor Hana Che Mahazan, 31, berkata, dia risau, kehadiran pembantu rumah akan mengundang pelbagai masalah kerana banyak kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap tuan rumah yang mengambil perkerja tersebut. "Ishhh... tak beranilah saya nak ambil pembantu rumah. Saya rasa lebih selamat buat kerja-kerja rumah sendirian serta menguruskan suami (Mohd Raqeem Brian Abdullah) dan anak-anak, Althea, 3 dan Aaqib, setahun. "Biarlah walaupun penat ianya berbaloi kerana apa yang dilakukan adalah demi keluarga sendiri. "Andai kata saya dipanggil untuk mengendalikan tugas di konti radio, saya akan meminta bantuan emak menjaga anak-anak," katanya kepada mStar Online. Sementara itu, ditanya tidakkah dia ingin kembali aktif semula di bidang radio, kata Nana, dia lebih selesa menjadi penyampai radio sambilan untuk memudahkannya menguruskan keluarga. "Sejujurnya, saya kini lebih seronok menjalani kehidupan sekarang tanpa perlu fokus terhadap kerja di konti. "Suami pun tidak mempunyai masalah dengan keputusan saya itu. Dia terima sahaja sama ada saya mahu bekerja sepenuh masa atau sambilan. Tetapi saya mahukan kehidupan yang berkualiti untuk keluarga. Sebab itu saya nak uruskan semuanya sendiri," ujarnya.

NANA MAHAZAN DAPAT 'BABY BOY

"Alhamdulillah.. Terima kasih atas doa korang semua, saya dah selamat bersalin tadi jam 2.24 petang. Please welcome Aaqib Raqeem Brian. Kecik je.. Senang keluar.. Hehehe.. 2.83kg.. Saya happy, MRB happy, Althea mcm happy, Aaqib, dia happy lah tu kan," demikian kata Nana Mahazan yang selamat bersalin semalam. Untuk info, bayi yang bernama Aaqib Raqeem Brian itu dilahirkan secara normal. Nana dan Raqeem Brian, sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Althea.

BILA NANA AF HAMIL 22 MINGGU

Gambar menghitung hari Nana AF atau Nana Mahazan yang mengandung 22 minggu. Raya ni tentunya membuat Nana kuat makan memandangkan dia kini 'makan berdua' berbanding kebiasaan. Ya la... makan-makan juga Nana, jangan sampai muntah sudah! Heh.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails