Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Nomad. Show all posts
Showing posts with label Nomad. Show all posts
Nomad Muncul Semula, Janji Tidak Lagi Gugup
elepas enam bulan mengambil keputusan menyepikan diri, penyanyi Nomad akhirnya muncul semula untuk kembali aktif dalam industri seni tanah air dan tidak lagi gugup.
Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd. Alieef Ayub, 27, berkata, tempoh masa tersebut digunakan sebaiknya untuk memperbaiki kelemahan sebagai seorang penyanyi selepas dia mengaku masih gagal untuk menyanyi secara langsung.
"Selepas membuat kenyataan dan mengambil keputusan untuk berhenti seketika, saya ambil peluang itu untuk perbaiki diri menjadi lebih baik.
"Saya sedar dulu saya mudah gugup dan sukar menyanyi secara langsung dengan baik setiap kali di persembahan program televisyen. Alhamdulillah, sekarang masanya saya lebih bersedia dan yakin tidak menyusahkan orang lain," katanya kepada mStar Online.
Nomad berkata, dia tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya nyanyiannya seketika dan percaya dengan rezeki yang sudah tertulis.
"Saya berada dalam industri kerana untuk kepuasan diri sahaja dan tidak fikir tentang peminat atau mengejar populariti.
"Saya hanya mahu berkongsi minat dengan khalayak dan andai kata, apa yang saya lakukan ini diterima, saya akan teruskan, tetapi kalau sebaliknya saya reda," katanya.
Sementara itu, Nomad berkata, dia akan melancarkan single terbaharunya berjudul Andai Punya Waktu selepas Hari Raya Aidilfitri ini.
Dia yang kini bergerak sendiri berkata, sudah mempunyai strategi untuk mempromosikan single ketiganya itu supaya setanding dengan lagu hitnya sebelum ini Tetap Menunggumu.
“Saya percaya untuk mencapai tahap lebih tinggi, ia perlu masa yang panjang dan bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
"Jadi, sebagai permulaan saya sudah melantik sebuah syarikat pengurusan bagi tujuan promosi single ketiga yang bakal dilancarkan tidak lama lagi,” ujarnya.
Nomad Sesak Nafas Kerana Gemuruh Di Pentas
Penyanyi baharu Nomad mendedahkan dia masih gagal mengawal rasa gemuruh ketika membuat persembahan pentas sehingga ia mengganggu tumpuannya untuk bergelar penyanyi.
Nomad atau nama sebenarnya, Nur Mohd Alieef Ayub, 25, berkata, kesan rasa gemuruh dan debaran itu membuatkan dia sukar bernafas dan tidak boleh menyampaikan lagu dengan baik.
"Saya masih belum pandai untuk mengawal rasa gemuruh ketika di atas pentas besar terutamanya dalam sesevuah pertandingan.
"Rasa gemuruh dan takut membuatkan saya sukar untuk bernafas dengan baik sehingga akhirnya menganggu nyanyian saya," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Nomad yang popular dengan lagu Tetap Menantimu juga mengaku sudah bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan kontroversi menjadi seorang selebriti.
Setakat ini dia pernah dikritik dan dikatakan tidak mampu menyanyi dengan baik oleh peminat menerusi laman sosial.
"Di laman sosial ramai yang bagi komen dan kritikan yang teruk juga. Ada yang komen saya tidak boleh menyanyi dan nyanyian bukan bidang saya.
"Tapi saya anggap ia sebagai pembakar semangat dan saya masih berusaha memperbaiki diri menjadi penyanyi lebih baik," katanya.
Bagaimanapun dia bersyukur ramai pengikut dan peminatnya yang tetap memberi sokongan untuk dia terus berada dalam bidang ini.
Sementara itu, Nomad berkata, dia kini sudah keluar dengan single kedua berjudul Sebuah Janji.
Biarpun mengakui tidak terlalu mengemari lagu tersebut, namun dia percaya percaturan yang dibuat oleh pihak pengurusannya iaitu Indigital Sdn Bhd adalah yang terbaik buatnya.
"Single kedua saya agak rancak dan berbeza berbanding single pertama. Pada awalnya saya agak kurang gemar kerana saya lebih suka lagu genre balada.
"Sebagai orang baru dan tidak tahu tentang industri muzik ini, saya hanya mengikut sahaja apa rancangan pihak pengurusan saya," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
