Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Noorshila Amin. Show all posts
Showing posts with label Noorshila Amin. Show all posts
Noorshila Amin Bakal Buka Kilang Rempah
Penyanyi Noorshila Amin berhasrat untuk membina sebuah kilang memproses rempah menggunakan duit simpanan peribadi dan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suaminya pada tahun depan.
Noorshila berkata, dia serik dan kecewa setelah permohonannya untuk mendapatkan pinjaman perniagaan bagi mengembangkan bisnes Rempah Diraja Rendang Mak Mertuo Den beberapa kali tidak berjaya.
"Saya sudah penat buat permohonan di beberapa agensi pinjaman perniagaan tetapi tidak berjaya, saya tidak tahu apa syarat yang saya tidak penuhi lagi kerana mereka sendiri tidak memberitahu kenapa ia gagal.
"Ada yang kata pihak agensi hanya beri kepada usahawan yang sudah sedia beroperasi, kalau begitu bagaimana dengan kami usahawan baru yang ingin menceburi bidang ini.
"Saya nekad tahun depan kalau tidak dapat juga kami tetap akan bina sebuah kilang menggunakan duit simpanan peribadi dan duit dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja suami saya," katanya kepada mStar Online.
Noorshila kini mengusahakan beberapa jenis rempah masakan dan pes daripada resipi turun-temurun keluarga sejak setahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut tidak melemahkan semangatnya untuk terus mengusahakan bisnes secara kecil-kecilan itu melalui secara dalam talian dan beberapa bazaar di sekitar Kuala Lumpur dan Seremban, Negeri Sembilan.
Tambahnya, buat masa ini segala urusan dan pemprosesan rempah dilakukan di rumah sahaja.
"Sekarang ini beroperasi di rumah sahaja, masa awal-awal dulu kita buat secara online tetapi lepas banyak permintaan kita buka gerai terutama di Mydin Mall di Seremban.
"Dulu saya proses hanya lima kilogram seminggu tetapi sekarang sudah 30 kilogram seminggu dan memerlukan lebih tenaga kerja serta kawasan operasi," katanya.
Sementara itu, bercerita tentang rempah tersebut, Noorshila berkata, dia menerima banyak maklum balas positif daripada pelanggan yang sudah mencuba resipi tersebut.
Katanya, dia percaya perniagaan tersebut mampu berkembang jika dilakukan secara serius.
"Sebelum ini saya banyak cuba pelbagai jenis perniagaan tetapi semuanya seperti tidak bersesuaian, saya rasa semua artis jual produk yang sama.
"Rempah ini berbeza dan ia merupakan produk hasil tangan saya sendiri daripada resipi keluarga," katanya.
Noorshila Amin Cedera Disambar Gas Bocor
Hampir seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.
Noorshila, 49, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.
"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.
"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Tambah Noorshila, dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).
Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Noorshila masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.
"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.
"Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan," ujarnya.
Sementara itu, Noorshila berkata, kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.
"Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.
"Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.
"Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi," ujarnya.
Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa
Selain Admiena, 29, Noorshila turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurrul Nadia, 27, Mohd. Daniel Durrany, 20, dan Mohd. Banni Basyishar, 18.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
