Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Nor Albaniah. Show all posts
Showing posts with label Nor Albaniah. Show all posts
Nor Albaniah Jawab Dikutuk Kerana Imej Seksi
Pelakon Nor Albaniah menganggap hinaan pengikut laman sosial terhadap penampilan seksinya kerana mereka tidak mengenali dia sebagai pelakon zaman 90-an yang sudah sinonim berimej sedemikian.
Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 45, berkata, kebanyakan yang mengutuk tentang imejnya itu merupakan generasi baharu.
"Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi.
"Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Nor Albaniah berkata demikian ketika diminta mengulas apabila terdapat segelintir pihak yang mengecam penampilan seksinya yang dianggap sudah tidak lagi sesuai untuk umurnya yang kini mencecah 40 an.
Tambahnya, penampilan tersebut tidaklah keterlaluan dan apa yang lebih penting ialah keselesaannya.
"Saya tidak rasa ia seksi kerana dulu pun saya pakai begini tiada pula yang kecam dan pada saya ia normal sahaja. Apa yang saya pakai itu ringkas dan selesa," katanya.
Sementara itu, Nor Albaniah berkata, dia tidak pernah mengambil peduli tentang komen-komen negatif pengikut di laman Instagram terhadapnya.
Dia hanya membaca dan memadam komen yang dianggap terlalu melampau sehingga boleh menjajaskan maruah.
"Saya okey sahaja orang nak kutuk-kutuk kat Instagram, tidak pernah pun layan dan balas komen mereka kerana tidak mahu berbalah.
"Tapi kalau ada yang benar-benar melampau saya akan padam kerana tidak mahu orang lain baca dan terpengaruh," katanya.
Dalam pada itu, ditanya tentang pasangan hidup, aktres yang sudah 20 tahun bergelar ibu tunggal ini mengakui sukar untuk menerima lelaki dalam hidupnya.
Dia sentiasa berhati-hati terhadap lelaki yang cuba mendekatinya dengan niat tertentu.
"Saya tidak ada kawan lelaki yang istimewa kerana saya sendiri membataskan diri untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.
"Bagi saya banyak lelaki yang tidak ikhlas untuk berkawan dan ada niat lain yang tidak baik. Lagi pula saya sudah selesa dan boleh berdikari sendiri," ujarnya.
Nor Albaniah terkenal dengan filem Adik, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir.
Nor Albaniah Disangka Artis Baru Kerana Awet Muda
PETALING JAYA: Aktres Nor Albaniah yang popular pada era 90-an pernah dianggap sebagai pendatang baru oleh seorang produser filem terkenal tanah air disebabkan wajahnya yang kelihatan awet muda.
Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 43, ini berkata, dia diminta oleh penerbit berkenaan menghantar profil dirinya untuk tawaran berlakon.
“Kejadian itu berlaku pada tahun lalu. Produser tersebut meminta saya hantarkan profil diri kerana menyangka saya pendatang baru hanya kerana wajah saya tidak makan usia.
“Pada mulanya saya sangka dia bergurau dan berpura-pura tidak kenal. Rupanya memang dia tidak kenal, jadi saya layankan sahaja,” katanya ketika ditemui mStar Online.
Aktres yang sudah 17 tahun bergelar ibu tunggal ini berkata, dia tidak mengamalkan sebarang petua atau suntikan dalam mengekalkan keanjalan dan seri pada wajahnya.
“Saya tidak pernah buat apa-apa suntikan atau makan ubat tertentu. Mungkin saya bernasib baik kerana dikurniakan wajah yang tidak mudah dimakan usia.
“Namun, kalau diperhatikan pada bahagian bawah mata saya agak teruk juga kerana kekurangan rehat tetapi saya tidak kisah. Biarlah ia nampak semula jadi seiring dengan usia,” katanya.
Mengenai perkembangan seni, Nor Albaniah yang aktif berlakon semula sejak tiga tahun lalu berkata, dia berpuas hati dengan tawaran lakonan yang diterima walaupun ia tidak konsisten kerana banyak pihak masih belum menyedari kemunculan semulanya dalam industri.
“Kalau diikutkan saya sudah aktif berlakon sejak dua hingga tiga tahun lepas cuma kebanyakan drama lakonan saya belum keluar. Mungkin sebab itu, masih ramai produser atau pengarah tidak sedar saya kembali berlakon.
“Tapi saya tidak perlu terburu-buru untuk mencari tawaran kerana saya percaya jika ada rezeki sudah ditetapkan ia pasti datang,” katanya yang baru menamatkan penggambaran drama Dua Wajah pada minggu lalu.
Aktres yang mencipta nama menerusi filem Adik pada 1990 ini bakal menyambut Hari Raya di rumah keluarga abang dan kakaknya di Kuala Lumpur dan Ipoh, Perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
