Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Nora Danish. Show all posts
Showing posts with label Nora Danish. Show all posts

Hubungan Cinta Nora Danish & Nedim Nazri Putus Akhirnya

Khabar angin mengenai status percintaan antara Nora Danish dan Nedim Nazri yang menjadi tanda tanya sejak beberapa minggu lalu akhirnya terjawab apabila aktres tersebut mengesahkan perhubungan mereka sudah berakhir. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 34, berkata, dia dan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu membuat keputusan tersebut atas persetujuan dan kebaikan bersama. "Hmm... Kami mengambil keputusan mahu berpisah atas kebaikan bersama. Itu sahaja. Lagipun cinta tidak semestinya dimiliki," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad. Persoalan mengenai status perhubungan pasangan itu menjadi bualan ramai apabila sejak beberapa minggu lalu Nora mahupun Nedim langsung tidak memuat naik foto bersama di laman Instagram masing-masing.
Malah Nedim juga tidak memuat naik foto Nora dengan kapsyen-kapsyen romantis seperti yang sering dilakukannya sebelum ini. Sebaliknya, masing-masing mengambil pendekatan memuat naik status motivasi diri selain Nora bercuti ke Bali, Indonesia bersama keluarganya, tanpa Nedim. Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut punca perpisahan berlaku, Nora mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut tentang perkara itu. "Itu sahaja yang boleh saya jelaskan kepada semua. Tak nak cerita panjang-panjang," ujarnya. Nora mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Rizal Ashram Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. Nedim juga seorang duda anak satu selepas dikatakan bercerai pada tahun 2013. Sementara itu, Nora berkata dia mahu memberi lebih fokus terhadap kerjaya lakonannya dan perniagaan kafe Kopi XOXO miliknya, yang terletak di Rumoda, Bangsar, dekat sini. Malah, Nora juga bakal muncul menerusi dua filem terbaharu iaitu Polis Evo dan Chowrasta tidak lama lagi. "Selain promosi filem Polis Evo dan Chowrasta, saya akan menjalani penggambaran drama berepisod dengan pengarah Erma Fatima berjudul Rumi & Jawi. "Dalam pada itu, saya juga merancang beberapa perniagaan lain yang akan diberitahu kelak," tuturnya.

Nora Danish Jawab Isu Gambar Berbikini

Pelakon Nora Danish pada Rabu tampil membuat penjelasan menerusi Instagram selepas dituduh berbikini ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, wanita dalam foto berkenaan bukan dirinya tetapi adalah individu yang mempunyai wajah seiras dengannya. "Saya mencari wanita ini, siapa yang kenal tolong tag dia ok, saya sangat mahu berjumpa dengannya," ujarnya pada kapsyen gambar tersebut. Tambah Nora, menerusi kapsyen gambar berkenaan, dia turut memohon agar tidak terus mengaitkan namanya dengan mana-mana foto wanita berbikini. "Lepas ini setiap perempuan pakai bikini semua saya?, muka sama semua saya, God please give me a break. Ada berjuta penduduk kot penat nak deny semua. "Tolonglah beri saya rehat," tulisnya bagi membalas komen-komen pengikut.
Selain itu, tambah Nora, sejak akhir-akhir ini dia menyedari ramai wanita yang mempunyai wajah seiras dengannya terutamanya menerusi gambar-gambar di laman sosial. Dalam pada itu, membalas beberapa komen pengikut yang meminta dia memadam gambar seksi tersebut, Nora berkata, foto itu tidak akan menjadi masalah kerana dia sudah mengaburkan gambar tersebut. "Perlukan saya padam gambar ini? Saya rasa saya sudah kaburkan. Jangan risau tentang wanita ini, jika dia boleh papar seperti ini di Instagram, saya rasa ia tidak jadi masalah jika saya muat naik semula. Lagi pula saya sedang mencarinya," ujarnya. Dalam pada itu, Nora turut memuat naik sekeping lagi gambar wanita berbikini bagi menjelaskan bahawa individu berkenaan adalah kawan wanita yang dikenali. "Wanita ini adalah kawan saya dan dia berbangsa cina dan seorang yang sangat baik. Tolong jangan guna gambar dia dengan memfitnah saya sana sini dengan mengatakan ianya adalah saya," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Jangan Persoalkan Nora Danish Beraya Di Rumah Bekas Mertua

Pelakon Nora Danish berharap orang ramai tidak terus mempersoalkan isu dia beraya di rumah bekas mertuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri. Nora berkata, perkara tersebut dijadikan sebagai rutin setiap kali Aidilfitri kerana dia sudah menganggap bekas ibu-bapa mertuanya sebagai ahli keluarga sebenar. "Segelintir pihak sering memandang negatif dalam semua hal dan sebenarnya hubungan saya dengan bekas keluarga mertua sudah anggap seperti ahli keluarga. "Saya masih anggap bekas mertua saya sebagai ibu bapa saya dan orang ramai pula salah faham dengan perkara itu," katanya kepada mStar Online. Sementara itu, Nora turut berharap agar pengikut laman sosialnya tidak lagi memberi komen negatif atau mempersoalkan hubungannya dengan isteri bekas suaminya Rizal Ashram iaitu pelakon Fasha Sandha. "Setiap kali saya bergambar dengan Fasha, orang akan komen seperti 'sudah berbaik akhirnya', walhal kami memang sudah lama pun berbaik," ujarnya. Nora menambah, dia akan beraya di rumah kekasihnya iaitu Nedim Nazri di Shah Alam selepas beraya di rumah bekas keluarga mertuanya itu. Kata Nora, dia menganggap Hari Raya sebagai hari yang paling tepat untuk dia bertandang dan menziarahi antara satu sama lain. Dalam pada itu, Nora berkata, setiap kali sambutan raya, dia akan menyediakan pelita dan bunga api untuk anaknya Rayqal merasai sambutan malam raya. "Raya bagi Reyqal ialah bunga api dan duit raya. Kesihan juga dia tidak dapat rasa betapa seronok balik beraya di kampung. "Kami semua sudah tiada kampung, saya pun hanya rasa suasana kampung bila berlakon untuk Hari Raya di kawasan kampung," ujarnya. Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2006 dan dikurniakan seorang anak lelaki Putera Rayqal Ramli yang kini berusia lima tahun.

Nora Danish Mahu Berhijab Tanpa Paksaan

Pelakon Nora Danish ada menyimpan hasrat untuk berhijab seperti dilakukan beberapa artis popular namun dia belum memutuskan perkara itu dalam waktu terdekat. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, biarlah keputusan berhijab itu dibuat dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak. "Saya memang ada berhasrat untuk berhijab kerana sebagai muslim ia sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi biarlah ia betul-betul ikhlas dari hati dan bukan kerana permintaan pihak lain atau peminat. "Berhijab ini kalau boleh kita ingin pakai buat selama-lamanya, jadi saya pun dalam proses untuk sucikan hati dan bersedia ke arah itu satu hari nanti," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di majlis berbuka puasa Safi Ramadan Al-Mubarak, di Hotel Royale Chulan, di sini, malam Khamis.
Nora selaku duta Safi Rania Gold yang tampil berhijab pada majlis tersebut berkata, ia adalah bagi menghormati majlis berbuka puasa dan solat terawih yang dilakukan bersama tetamu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pelakon Hanis Zalikha yang merupakan duta Safi Balqis. Sementara itu, tambah Nora, kekasihnya Nedim Nazri tidak pernah memaksa atau melarang jika dia mengambil keputusan untuk berhijab. "Nedim tidak pernah menyuruh dan dia juga tidak ada masalah kalau saya ingin bertudung. Biasanya kalau saya bertudung dia akan puji cantik dan muat naik di Instagram miliknya," ujar Nora. Dalam perkembangan lain, Nora berkata, sepanjang Ramadan ini, dia meluangkan sepenuh masa terhadap anaknya Putra Rayqal Ramli, 6, dan kafe Kopi & Xoxo miliknya di Bangsar. Dia juga dapat melatih anak lelakinya itu untuk berpuasa di bulan Ramadan ini. "Alhamdulillah, bulan Ramadan ini saya berehat dan habiskan masa di kafe saya setiap hari. Ramadan kali ini juga saya dapat melatih anak saya untuk belajar berpuasa," katanya.

Nora Danish Semakin Berdikari Tanpa Mat

Pelakon Nora Danish semakin berdikari dalam menguruskan kerjaya seninya selepas ketiadaan pembantu peribadinya iaitu seorang wanita yang dikenali sebagai Mat sejak sebulan lalu. Nora atau nama sebenarnya Nor Mohd Danish Hanif, 33, berkata, sejak memecat pembantunya itu dia lebih selesa bergerak solo tanpa bantuan orang lain dalam memastikan semua keperluannya terjaga. "Pada saya semua perkara yang berlaku ada hikmah termasuk pemecatan pembantu peribadi kerana saya lebih berdikari dan tidak mengharapkan orang lain. "Jika dahulu jarang saya memandu ke lokasi penggambaran atau acara melibatkan saya, sekarang semua saya lakukan sendiri dan sudah semakin mahir dengan jalan raya di Kuala Lumpur," katanya kepada mStar Online. Nora ditemui pada sidang media Raya Sakan Fest 2015 yang diadakan di Ruang di sini, Isnin. Festival selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Jun ini itu akan diadakan Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Selain Nora, beberapa lagi artis yang turut terlibat dalam acara jualan itu adalah Joe Flizzow, Rozita Che Wan, Ayu Raudhah, Fizo Omar, Encik Mimpi dan Johan (Raja Lawak). Terdahulu Nora menerusi laman sosial Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa apabila dituduh menyingkir pembantu peribadi tanpa sebarang notis. Jelas Nora, dia berhak membuat keputusan memecat pekerjanya tanpa pertikaian daripada mana-mana pihak. Dalam pada itu, Nora menjelaskan mereka telah berbincang secara baik sebelum mengambil keputusan berkenaan dan ia dibuat atas persetujuan bersama. Kata Nora, dia dan Mat adalah dua individu yang sudah dewasa dan mampu untuk berfikir secara rasional daripada bertelagah seperti mana diperkatakan sesetengah pihak. "Kami sudah bersama selama lapan tahun, perselisihan faham itu perkara biasa malah kadang-kadang dengan adik-beradik sendiri pun boleh bergaduh. "Tetapi itu bukan isunya kerana kami merasakan sudah sampai masanya untuk berhenti bekerjasama dan tiada sebab lain," jelasnya. Tambah Nora, buat masa ini dia tidak berhasrat untuk mengupah pembantu peribadi yang baharu dan ingin belajar berdikari dalam menguruskan kerjayanya. "Buat masa sekarang saya seronok begini dan bukan sukar pun untuk melakukan sendiri perkara remeh seperti menyediakan baju untuk penggambaran atau pun memandu. "Jika saya perlu menjalani penggambaran di luar Kuala Lumpur selalunya Nedim akan meminjamkan pengawal peribadinya atau pun dia yang akan menemani saya," ujarnya.

Nora Danish Perjelas Isu Kafe Kenakan Caj Mahal

Pelakon Nora Danish menjelaskan kadar bayaran dikenakan kepada pelanggan di kafe Kopi & Xoxo yang dikongsi bersama empat orang rakannya adalah berpatutan. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, harga dicaj kepada pelanggan adalah bersesuaian dengan lokasi kafenya yang terletak di Bangsar. "Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi. "Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya," katanya kepada mStar Online. Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kadar bayaran dikenakan di Kopi & Xoxo kepada pelanggan yang dikatakan mahal oleh sesetengah peminatnya.
Kafe Kopi & Xoxo yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Tambah Nora, keuntungan diperolehi juga tidak lumayan seperti mana dibayangkan kerana perniagaan itu masih baharu dan dilakukan sekadar hobi. "Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. "Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan," katanya. Dalam pada itu, Nora berkata kafe tersebut merupakan hasil perkongsian diantara empat orang rakan baiknya yang mengentengahkan konsep kopitiam. Tambahnya, konsep itu dipilih kerana ia mudah untuk diuruskan dan dalam masa yang sama ia amat bersesuaian dengan gaya hidup pada masa kini. "Keputusan untuk memilih konsep kopitiam dilakukan selepas melakukan perbincangan dan konsep tersebut adalah paling ideal kerana ia mudah diuruskan," jelasnya. Terdahulu Nora dan rakanya melabur hampir RM100,000 untuk membuka kafe berkenaan dan ia merangkumi aspek dekorasi, perabot, konsep dan pilihan menu.

Komen Lucah: Nora Danish Anggap Anak-Anak Semakin Biadab

Pelakon Nora Danish meminta ibu-bapa agar melakukan pemantauan terhadap anak-anak mereka ketika melayari Internet termasuklah laman sosial untuk mengelak mereka menjadi biadab. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 33, berkata, perkara tersebut bakal mendedahkan kanak-kanak untuk menulis secara terbuka dengan komen yang biadap dan berunsur lucah. "Saya juga mempunyai seorang anak, jangan biarkan teknologi moden membuatkan mereka menjadi biadap. Terlalu awal untuk mereka menerima benda-benda sebegini. Di Instagram banyak benda-benda lain juga, gambar lucah pun banyak. "Kalau orang dewasa yang komen begitu, saya akan block sahaja. Tetapi ini kanak-kanak yang sangat mengecewakan saya," ujarnya seperti ditulis di laman Instagram miliknya pada pagi Selasa.
Nora berkata demikian kerana sering menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak di laman sosial instagram miliknya tanpa perasaan malu. Dia yang mempunyai 1.7 juta pengikut di laman Instgram menganggap tindakannya untuk menegur perkara itu adalah sebagai satu tanggungjawab dan keperihatinan terhadap masalah tersebut. "Setiap hari saya menerima komen berunsur lucah dan biadap daripada kanak-kanak. Jika instagram ini membuatkan mereka biadap janganlah beri mereka telefon. "Anda mungkin tidak sedar kerana bukan anda yang menerima komen setiap hari dengan banyak," ujarnya.

Butik Dirompak, Nora Danish Nyaris Tanggung Rugi

Pelakon Nora Danish bernasib baik apabila perabot kafe dan baju jubah jenamanya yang ditempatkan di sebuah butik di Bangsar tidak dicuri dalam satu rompakan yang berlaku pada Selasa lalu. Nora, 32, berkata, dia terkejut apabila diberitahu tentang kejadian itu dan bergegas ke butik berkenaan untuk memeriksa barang-barang perabot yang bernilai kira-kira RM100,000 yang dihias di butik itu. "Saya sangat terkejut apabila mereka memberitahu butik itu dirompak pada pagi Selasa lalu dan saya terus bergegas untuk memeriksa barang-barang saya. "Ketika itu saya baru sahaja bawa masuk perabot sofa, kerusi dan meja untuk dihias di kafe yang bakal dilancarkan itu. Nasib baik semua barang saya masih ada dan baju jubah saya juga tidak diambil. "Mereka ambil jubah-jubah jenama luar negara yang mahal berharga ribuan ringgit," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Khamis.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran filem Isteri Untuk Dijual di Wisma Metrowealth, di sini, Khamis. Katanya, butik berkenaan kerugian lebih RM20,000 dan pemiliknya sudah pun membuat laporan polis pada Selasa lalu. Nora berkata, dia bakal membuka sebuah kafe Kopi & Xoxo di butik berkenaan yang akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac ini. Katanya, setakat ini dia masih memikirkan tentang menu yang bakal dijual selain mampu menarik pengunjung datang ke kafe tersebut. "Persiapan daripada segi persiapan sudah hampir siap yang mana saya dan kawan-kawan perempuan saya buat sendiri semuannya. "Sekarang kami sedang dalam fasa untuk mencari menu yang sesuai dan mampu menarik orang untuk datang ke kafe itu. Saya mahu orang datang kerana makanan yang kita jual sedap," ujarnya.

Nora Danish Antara Artis Kenakan Caj Iklan Di Instagram Tertinggi

Pelakon Nora Danish adalah antara artis yang mengenakan caj periklanan produk tertinggi menerusi laman sosial Instagram miliknya. Nora mengenakan caj antara RM1,500 sehingga RM3,000 bersesuaian dengan jumlah opengikutnya yang ramai di laman sosial berkenaan iaitu mencecah 1.4 juta orang. Bayaran RM1,500 dikenakan Nora adalah bagi tempoh Isnin hingga Jumaat, pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari dan 10 malam sehingga 12 pagi. Caj sebanyak RM3,000 pula untuk tempoh iklan bermula 1 petang hingga 9 malam bagi jumlah hari yang sama. Bagi hari Sabtu dan Ahad pula, kos yang sama dikenakan itu RM3,000. Dalam pada itu, model Raisyyah Rania (Felixia Yeap) yang mempunyai 214 ribu pengikut mengenakan caj mengikut pakej-pakej tertentu di mana dia akan membuat iklan sebanyak dua kali di Instagram dan sekali di Facebook dengan harga RM2,000. Bagi tiga kali periklanan di Instagram, model itu meletakkan harga RM2,500. Bagaimanapun penyanyi Fynn Jamal (408 ribu pengikut) meletakkan harga diantara RM200 hingga RM500 di mana caj yang dikenakan mengikut kemampuan peniaga Instagram berkenaan. Begitu juga dengan pengacara Nana Mahazan (177 ribu pengikut) yang meletakkan harga di bawah RM500 mengikut perbincangan yang dibuat dengan penjual iklan.
Aktor Fizo Omar yang mempunyai 380,000 pengikut mengenakan caj di bawah RM1,000 dan akan memberikan diskaun pada masa-masa tertentu kepada mana-mana pengikut laman sosial berkenaan yang mahu mengiklankan produk mereka. Menurut Fizo yang dihubungi mStar Online, dia menganggap perkhidmatan IG Review iaitu periklanan di laman sosial Instagram atis adalah satu kaedah baru dalam dunia perniagaan dalam mempromosikan sesebuah produk. "Saya percaya, konsep peniaga memerlukan bantuan artis yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi bagi mempromosikan kedai online masing-masing adalah cara baru dalam perniagaan. "Dan saya rasa, tidak salah jika seseorang selebriti itu mengenakan caj tertentu. Lagipun tidak ada yang percuma sekarang ini. "Cuma saya harap, bagi pihak artis, janganlah letak harga yang begitu tinggi sehingga membebankan peniaga-peniaga yang baru ingin menapak," katanya.
Sementara itu, salah seorang peniaga Instagram yang dikenali sebagai Ela ketika dihubungi mStar Online berkata, terdapat segelintir artis yang mengambil kesempatan terhadap peniaga-peniaga online apabila mengenakan harga yang tidak munasabah bagi setiap promosi yang dimuatnaik di Instagram. "Biasanya, artis yang mempunyai lebih daripada 800 ribu pengikut akan meletakkan harga yang sangat tinggi. Saya anggap perkara ini tidak patut kerana hasil yang diterima daripada peniaga hanyalah mendapat penambahan pengikut di Instagram sahaja dan yang membeli pula tidak ramai," ujarnya. Bagaimanapun Ela berkata, ada juga kebanyakan artis yang mengenakan cas yang relevan mengikut kemampuan peniaga itu sendiri di mana para peniaga turut memberi harga diskaun bagi mana-mana barangan yang ingin dibeli oleh artis berkenaan. Ketika ini trend orang ramai mumuat naik status promosi produk masing-masing di status yang dimuat naik oleh kebanyakan artis semakin menjadi-jadi menyebabkan kaedah IG Review ini terpaksa diperkenalkan. Para artis akan mempromosikan produk-produk berkenaan selepas persetujuan dicapai bersama pelanggan termasuk kaedah pembayaran.

Nora Danish Terima Ancaman Rogol Di Instagram

Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai. "Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat. Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen: "I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."
Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis. Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai. Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh. Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya. Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab. "Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa. mStar Online yang cuba mendapatkan komen daripada Nora bagaimanapun wanita itu gagal dihubungi.

Nora Danish Bengang Akaun FB Digodam

Pelakon Nora Danish mendedahkan akaun Facebook miliknya telah digodam oleh pihak tertentu pada Jumaat. Nora menerusi laman Instagram Nora memberitahu dia akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu bagi mengenal pasti dalang disebalik kejadian berkenaan. "Akaun peribadi Facebook saya digodam. Hilang semuanya. Saya akan buat laporan polis," katanya dalam status berkenaan. Dalam pada itu, Nora turut menyenaraikan 10 lagi akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya. Jelas Nora, dia berharap peminat tidak akan mengambil perhatian dan tidak tertipu dengan akaun palsu tersebut. "Kesemua akaun Nora Danish di Facebook ini adalah bukan saya. Sila ambil perhatian, terima kasih," katanya.
Nora mendedahkan mengenai perkara berkenaan menerusi laman Isntagram miliknya pada Jumaat. Sementara itu, peminat aktres itu turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut dan menyifatkan perbuatan pengodam berkenaan sebagai tidak berhati perut. Salah seorang pengikutnya iaitu @norumairahrosli berkata, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu sengaja mencari publisiti murahan. "Tidak faham dengan orang-orang zaman sekarang. Dah tiada kerja sangat sampai nak godam akaun peribadi sosial media orang lain," katanya. Manakala @azaamalia pula mempertikaikan tindakan pemilik akaun palsu menggunakan nama selebriti terkenal itu demi kepentingan diri sendiri. "Mereka yang buat begitu hanya ingin menumpang populariti Nora dan orang sebegini adalah parasit," katanya. Komen lain yang ditinggalkan oleh peminat Nora antara lain menyokong tindakannya untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Bekas Isteri Gembira Hubungan Nedim & Nora Danish

Bekas isteri Nedim Nazri iaitu Nabilah Khan berharap isu Nora Danish kononnya menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan perceraian mereka sebelum ini diharap tidak lagi diperbesarkan. Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Bee Khan berkata, dia gembira dengan perhubungan pasangan itu yang sudah lama terjalin lebih-lebih lagi anak kecilnya iaitu Mohamed Nedrin atau dipanggil Dre turut bahagia di samping Nora. "Nedim adalah bekas suami dan ayah kepada anak saya. Dia telah menjalinkan hubungan dengan Nora dalam tempoh masa yang agak lama dan mereka dilihat bahagia bersama. "Anak saya, Dre juga gembira apabila bersama mereka serta anak Nora (Putera Rayqal). Dan sebagai seorang ibu saya bahagia melihat anak saya bahagia," katanya menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.
Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Nora Danish benar-benar kecewa apabila dituduh menjadi punca perceraian Nedim yang juga anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz. Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut bengang apabila ada individu menyindirnya dalam Instagram milik Nabilah selepas Nora muat naik gambar bersama anak bekas suami-isteri itu dalam Instagram miliknya. Perbuatan Nora itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan apabila beberapa pihak memberi komen negatif menerusi Imstagram milik Nabilah termasuklah tuduhan Nora sebagai perampas.
Sementara itu, Bee Khan berharap penjelasan yang diberikan di Instagram dapat meleraikan kontroversi tersebut. "Saya bukanlah seorang selebriti dan tidak biasa dengan perhatian yang diberikan orang ramai. "Diharap penjelasan yang diberikan dapat meleraikan isu ini," ujarnya. Dalam pada itu Nora Danish turut memberi komen dalam status dimuat naik Bee itu turut melahirkan rasa syukur dengan penjelasan berkenaan. Nedim Nazri dan Nabilah Khan berkahwin pada 2011 dan dikatakan bercerai dua tahun kemudian. Pemuda itu kemudiannya menjalinkan hubungan bersama Nora yang juga seorang janda anak satu.

Nora Danish Artis Paling Top Di Instagram

Pelakon Nora Danish meraih populariti luar biasa di laman sosial Instagram kerana menjadi artis paling ramai pengaruh apabila mempunyai pengikut tertinggi iaitu seramai 828,000 orang. Pemantauan rambang mStar Online pada Isnin sehingga pukul 4 petang mencatatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menduduki tempat kedua dengan memperoleh 622,000 pengikut. Pelakon Lisa Surihani pula mempunyai 601,000 pengikut yang melayakkannya menduduki tempat ketiga. Satu-satunya pelakon lelaki yang tersenarai antara lima teratas ialah pelawak Zizan Razak yang mempunyai pengikut seramai 589,000 orang. Manakala tempat kelima diikuti oleh kekasih Zizan iaitu Emma Maembong dengan 588,000 pengikut.
Berdasarkan tiga artis yang tersenarai pilihan tertinggi, Nora banyak memuatkan gambar-gambar aktiviti hariannya termasuklah ketika penggambaran dan juga semasa melancong ke luar negara. Dia juga tidak menyembunyikan hubungannya dengan Nedim Nazri iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz apabila turut memuat naik gambar mereka bersama. Secara purata, setiap gambar yang dimuat naik Nora itu mendapat jumlah like daripada 15,000 hingga 30,000 orang. Jumlah status (posts) yang dikongsi Nora setakat ini ialah sebanyak 5,563. Siti Nurhaliza pula banyak mengabadikan aktiviti harian dengan memuat naik rakaman video ketika membuat persembahan, rakaman di studio, aktiviti riadah dan juga ketika di dapur. Malah Siti turut berkongsi cerita masakannya dengan peminat dan juga makanan yang dipilih ketika sarapan. Secara purata Siti mendapat lebih 15,000 like dan setakat ini telah memuat naik sebanyak 2,388 status.
Lisa Surihani pula menggunakan medium laman sosial itu dengan memuat naik pelbagai jenis gambar termasuklah pemandangan, aktiviti percutian bersama suami, dan juga gambar bersama rakan-rakan artis. Tidak ketinggalan gambar di set penggambaran untuk dikongsi dengan peminat. Lisa turut mengunakan Instagram miliknya dengan memasukkan rakaman video aktiviti-aktiviti terpilih. Lisa berjaya mendapat jumlah like teritinggi melebihi 55,000 menerusi rakaman videonya. Pelakon ini telah memuat naik staus sebanyak 2,718. Bagaimanapun jika dibuat perbandingan menerusi laman Twitter pula, Lisa antara artis paling popular dengan meraih 2.1 juta pengikut, Siti Nurhaliza (1.4 juta) dan Nora Danish (1.2 juta). Berikut ini 15 senarai artis paling ramai pengikut di Instagram. 1. Nora Danish – 828,000 2. Datuk Siti Nurhaliza – 622,000 3. Lisa Surihani – 601,000 4. Zizan Razak – 589,000 5. Emma Maembong – 588,000 6. Shila Amzah – 558,000 7. Scha Al-Yahya – 525,000 8. Fazura – 500,000 9. Elfira Loy – 493,094 10. Fasha Sandha – 438,000 11. Aaron Aziz – 419,000 12. Neelofa – 409,000 13. Nelydia Senrose – 403,000 14. Erra Fazira – 364,000 15. Nabila Huda – 357,000

Bukan kelab malam! - Nora Danish

MINGGU lalu heboh diperkatakan bahawa pelakon popular, Nora Danish, 32, yang sedang asyik berparti sempat meloloskan diri ketika pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan satu serbuan yang terhadap sebuah premis hiburan yang beroperasi secara haram, di Petaling Jaya. Malah, serbuan tersebut yang turut disiarkan menerusi sebuah program majalah terbitan TV3 pada Isnin lalu, sekali gus mengundang persepsi negatif terhadap pelakon filem Cuti-Cuti Cinta itu. Bagaimanapun Rabu lalu, Nora tampil memberi penjelasan bahawa dirinya tiada kena-mengena dengan serbuan berkenaan memandangkan majlis sambutan hari lahirnya yang dianjurkan berlangsung di sebuah restoran, bersebelahan dengan premis hiburan terbabit. Justeru, Hits mendapatkan komen balas aktres genit itu bagi memberi peluang kepadanya untuk menjernihkan semula keadaan, secara tidak langsung membersihkan namanya daripada pelbagai tohmahan yang dilemparkan dek impak laporan program TV berkenaan. Hits: Pada 7 Mac lalu, Nora dikatakan ada menganjurkan sebuah majlis di sebuah premis. Adakah ia benar? Nora Danish: Saya seorang yang tidak berselindung. Menerusi laman instagram milik saya, ada dimaklumkan mengenai penganjuran majlis tersebut dan beberapa keping gambar serta rakaman video telah dimuat naik untuk dikongsi bersama pengikut saya. Jadi, memang benar saya ada menganjurkan sebuah majlis sempena sambutan hari lahir saya yang ke-32. Sejujurnya, di manakah majlis tersebut diadakan?Nampak sangat eksklusif. Betul ke kos sewaannya mencecah RM5,000? Ia sebenarnya sebuah restoran khas yang direka bentuk dan dihias dengan hiasan yang sangat cantik bagi mengadakan sebarang majlis keraian secara tertutup dan eksklusif. Bab kos sewaannya itu, biarlah saya sahaja yang tahu. Tak perlu! Jadi, bagaimana pula boleh timbul isu majlis tersebut di sebuah kelab hiburan yang beroperasi secara haram? Saya sendiri tidak tahu menahu macam mana isu ini boleh timbul, sedangkan saya menganjurkan majlis tersebut di sebuah restoran, bukannya kelab malam seperti yang didakwa menerusi laporan program TV berkenaan. Kalau tak silap saya, kelab itu terletak berhampiran dengan lokasi saya mengadakan majlis. Ada yang mengatakan, restoran dan kelab malam itu berada di bawah pengurusan yang sama, bermaksud kedua-duanya beroperasi secara tidak sah. Apa komen Nora? Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak? Bukankah itu kerja pihak berwajib? Saya dan pengunjung lain hanya datang sebagai pelanggan. Itu sahaja. Jadi, bukan salah kami. Apa yang Nora mahu simpulkan daripada kejadian ini? Saya rasa segala kenyataan yang telah diberikan cukup jelas. Tetapi, jika ada sesiapa yang ingin mengata, saya tidak boleh nak buat apa-apa sebab itu mulut mereka. Cuma saya rasa amat kesal dengan laporan program TV itu seolah-olah saya yang bersalah.

Nora Danish Berasa Malu Lakon Watak Manja

Pelakon Nora Danish mengambil pendekatan untuk tidak lagi menerima tawaran berlakon berwatak wanita manja kerana mula berasa malu. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31, berkata, dengan statusnya sebagai seorang ibu kepada Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 4, dia menganggap watak sebegitu tidak lagi sesuai dengannya. "Memang saya segan membawakan watak-watak comel dan manja kerana rasa tidak sesuai dengan diri saya. Cukuplah watak itu pernah saya bawa sebelum ini. "Tambahan pula dengan status saya sebagai ibu serta usia yang semakin meningkat, mungkin saya memerlukan watak-watak yang lebih matang," katanya kepada mStar Online. Tambah Nora yang dicalonkan bagi pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2013 (drama Di Bawah Langit Mu), dia juga mula memilih watak seperti yang dilakonkan dalam filem Bencinta iaitu seorang wanita yang lebih tegas dan serius. Sementara itu, kata Nora, sehingga hujung tahun ini, dia akan sibuk dengan persiapan teater muzikal Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan bermula 20 hingga 31 Disember depan di Istana Budaya. Beritahu Nora, buat pertama kalinya dia akan menyanyi menerusi teater tersebut lebih daripada lima buah lagu. "Dalam banyak-banyak perkara, menyanyi adalah cabaran paling sukar sekali. "Iyalah, saya bukannya pandai menyanyi sangat. Sehinggakan saya membuat latihan dengan menyanyi karaoke di rumah. Dan pada masa sama mengharapkan agar lagu-lagu yang saya bawakan itu dirakamkan terlebih dahulu sebelum pementasan," selorohnya.

Saya pakai duit sendiri! – Nora Danish

BUKAN kekecohan baharu, tetapi kisah 'cinta' Nora Danish dengan Nedim Nazri kini menjadi semakin hangat. Keintiman mereka yang kebanyakannya dipamerkan menerusi akaun Instagram milik masing-masing mencetuskan pelbagai persepsi daripada semua pengikut, pembenci, malah pemerhati bebas yang menanti perkembangan terkini hubungan baik mereka. Terkini, kisah Nora dan Nedim menghabiskan masa lebih seminggu di kota London dalam kembara yang disifatkan sebagai percutian sekali gus menguruskan bisnes di sana menarik perhatian umum. Ia menjadi panas apabila Nora dan Nedim memuat naik aktiviti mereka di sana selain beberapa keping gambar yang agak intim seperti berpegangan tangan, kedua-duanya juga telah mengeluarkan kenyataan tentang hubungan mereka dalam bentuk sarkarstik. Nora yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp menjawab persoalan yang dikemukakan Kosmo! kepadanya dengan berhemah. Kosmo!: Ada dua perkara yang diperlukan daripada anda, jika sudi ditemu bual. Pertama, tentang dua pencalonan serentak dalam Anugerah Skrin pada malam Jumaat lalu iaitu untuk kategori Pelakon Drama Terbaik dan Pelakon Filem Terbaik. Kedua, tentang kisah anda dan Nedim. NORA: Persoalan tentang Nedim itu lemah sikit (ketawa). Kalau boleh, saya minta jasa baik untuk tidak menjawab persoalan tersebut atau berkaitan peribadi lagi terutama tentang kerja dia dan hal-hal berkaitan politik sebab ada pihak mula memanipulasi jawapan saya dan menjadikan ia satu agenda lain pula. Jujurnya, saya lihat sekarang hubungan kami sudah mula diheret dalam kancah politik pula. Tapi mungkin sebab anda berdua orang terkenal dan ia menjadi bualan bila kalian terbuka mengenai hubungan dengan memuat naik gambar-gambar dalam Instagram masing-masing. Terkini, hangat juga mengenai percutian kalian di London. Komen sikit? Sebenarnya, kalau nak tanya pasal saya, saya tak ada masalah kerana saya faham dunia selebriti, tapi bukan dia. Pada saya, hal peribadi dia, orang lain tak perlu ikut campur. Tentang percutian pula, memang kami tak kisah berkongsi gambar bersama. Kosmo! ada menerima kiriman jumlah harga tiket penerbangan anda ke London yang mencecah RM25,000. Ia satu jumlah yang besar dan ia mula mencetuskan banyak persoalan tentang perbelanjaan tersebut. Bagaimana anda boleh katakan tentang hal ini? Saya kira pengirim itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa. Susah menjadi Nora Danish sekarang? Agaklah (ketawa). Susah sebab saya single (solo) pun saya kena, sudah ada kawan pun susah. Pening. Malah, saya tak sorok tentang dengan siapa saya berkawan dengan memuat naik di Instagram, pun orang mahu mencari benda yang boleh dijadikan hal lain pula. Bercakap tentang Instagram, hubungan baik kalian dikecam teruk oleh haters (pembenci) akhir-akhir ini. Bagaimana kalian menanganinya? Saya salahkan sosial media yang semakin meluas sebab dulu orang hanya mengutuk dalam blog-blog sahaja, tetapi kini secara depan-depan di dalam akaun milik kita pun mereka lakukan (ketawa). Haters (pembenci) suka cakap perkara yang mereka rasa tahu, tapi sebenarnya tak tahu apa. Saya juga sudah kaji tentang pembenci saya, yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak, jadi saya abaikan sahaja mereka. Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya. Jadi macam mana caranya anda mahu mengawal perkara-perkara negatif ini? Saya belajar untuk kurang memberi jawapan jika ditanya tentang hubungan atau kisah peribadi kami, berbanding kisah karier saya. Saya kira, jika saya mahu berkongsi sesuatu pun, saya akan kongsi menerusi Instagram. Jika saya muat naik sesuatu di situ, maka adalah, jika tiada, tak perlu dikorek lagi. Oh ya, ada yang mendakwa anda tidak hadir ke malam pencalonan Top 5 Anugerah Skrin baru-baru ini kerana mengelak ditanya tentang percutian dengan Nedim. Betul ke? Tak, saya tidak hadir bukan sebab mengelak, tapi sebab saya demam dan masih jet lag akibat perubahan zon waktu. Jadi, apakah perasaan anda apabila dicalonkan untuk dua kategori utama serentak? Alhamdulillah, saya sangat bersyukur terhadap kedua-dua pencalonan yang diberikan. Ini merupakan kali pertama saya tercalon dalam anugerah tersebut. Saya kira kekuatan saya sehingga tercalon terletak kepada kedua-dua jalan cerita dan karakter yang saya bawa. Alhamdulillah, kita tengoklah, kalau ada rezeki, adalah.

Video Parodi 'Gwiyomi' Nora Danish Yang Terbaik - Hari

Selebriti Korea yang terkenal dengan gaya Gwiyomi, Hari menyifatkan video parodi Gwiyomi yang dilakukan oleh pelakon Nora Danish adalah yang terbaik pernah ditontonnya. Hari, 23, berkata, dia berharap dapat melakukan gaya gwiyomi bersama Nora jika diberi kesempatan dan peluang bertemu pelakon tersebut. "Saya suka parodi yang dilakukan oleh pelakon Nora Danish dan dia sangat comel. "Kalau diberi peluang berjumpa dia, saya mahu melakukan gaya gwiyomi bersama-sama dengannya," katanya ketika ditemui pada sidang media ramah mesra bersama Hari, di Restoran Kulcat, Taman Tun Dr Ismail, di sini, Isnin.
Tambahnya, dia terharu apabila gaya Gwiyomi yang diperkenalkan mendapat perhatian ramai dan diminati oleh masyarakat negara ini. "Saya tidak sangka ianya menjadi fenomena di negara ini dan ramai yang meniru gaya tersebut termasuk beberapa selebriti terkenal," ujarnya. Kata Hari, dia bakal berkolaborasi dengan kumpulan Kpop terkenal G Dragon untuk single terbaharunya. Hari berada di Malaysia dalam rangka bertemu dan ramah mesra bersama peminat-peminatnya di beberapa negara Asia. Dia bakal berada di Sungai Wang, Bukit Bintang pada Selasa, pukul 6 petang bagi bertemu peminat.

JANJI NORA DANISH UNTUK PUTERA RAYQAL

"Can't wait to bring this boy on holiday for 10 beautiful days early next month, counting days. Now my turn to squeeze u son. Enjoy ur time now with daddy, aunties, atok n Tah ok," demikian pesanan Nora Danish dari London baru-baru ini untuk anaknya Putra Rayqal. Nampaknya, bulan November nanti (mungkin ketika cuti sekolah), jadual percutian Nora dan Rayqal bakal padat dengan pelbagai kejutan dan kegembiraan. Mungkinkah Nora bercuti berdua sahaja dengan Rayqal? Atau Nora akan membawa bersama buah hatinya? Surprise..!!

Nora Danish, Nadeem Belum Bincang Soal Kahwin

Pelakon Nora Danish yang kini berkawan rapat dengan anak seorang menteri iaitu Nadeem atau Muhammad Nadem Nazri memberitahu belum lagi membincangkan soal perkahwinan. Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 31,berkata, dia masih memerlukan masa untuk bersedia menjadi isteri yang baik. "Saya akui dia adalah lelaki paling rapat namun buat masa ini kami tidak lagi membincangkan soal perkahwinan. "Saya lebih berhati-hati berdasarkan pengalaman lalu yang mana saya juga ada silap dan kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadi isteri yang baik," katanya kepada mStar Online pada sidang media teater Bahayanya Wanita, di Istana Budaya, Jumaat.
Nora berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikatakan semakin intim. Ketika ditanya tentang gelaran bad boy yang sering dilabelkan kepada lelaki tersebut, Nora berkata, Nadeem mempunyai sifat dan kebaikan lain yang orang lain tidak tahu. "Saya tidak pernah menilai dia melalui masa lalunya, pada saya semua manusia di dunia ini tiada yang sempurna. "Siapalah saya untuk menilai orang lain, namun daripada apa yang saya lihat, dia seorang yang pemurah, baik hati dan ikhlas yang mana orang yang tidak mengenalinya tidak tahu," katanya. Bercakap tentang status hubungan tersebut, Nora berkata, dia lebih senang dikatakan berkawan rapat berbanding hubungan pasangan kekasih. "Susah untuk menyatakan hubungan kami, biarlah orang menganggapnya sebagai kawan rapat sahaja," katanya. Sementara itu, bercerita tentang teater Bahayanya Wanita, Nora yang kali pertama menerima perlawaan Frensis Sdn Bhd iaitu kepunyaan Erra Fazira, Umie Aida dan Ziela Jalil ini mengakui agak berdebar untuk berlakon disamping barisan pelakon-pelakonnya. "Ini kali pertama saya menerima tawaran untuk berlakon teater dan sangat berdebar serta takut untuk bergandingan pelakon-pelakon hebat lain. "Saya cabar diri saya untuk berada di atas pentas di depan orang ramai,"katanya. Antara barisan pelakon lain yang menjayakan teater ini ialah Erra Fazira, Umie Aida, Zizan Razak dan Johan As'ari. Teater Bahayanya Wanita bakal dipentaskan pada 20 hingga 31 Disember depan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Nadeem Jaga Keselamatan Kami - Nora Danish

Sebelum ini pelakon cantik Nora Danish pernah menyatakan yang beliau tidak keberatan sekiranya mana-mana pihak menganggap dirinya dan lelaki yang dikenali sebagai Nadeem adalah pasangan kekasih. Bukan tidak mahu berterus terang, cuma kata Nora, sebolehnya beliau tak mahu terlebih bercerita tentang hubungan cinta. Lain lah kalau mereka benar-benar sudah membuat keputusan untuk berkahwin nanti, berita itu akan dikongsikan pada semua. Namun semakin hari, hubungan cinta mereka seakan bukan lagi rahsia. Malah keintiman Nora dan Nadeem semakin terserlah. Lebih-lebih lagi apabila baru-baru ini Nora membawa pulang anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz itu ke kampung halamannya yang terletak di Myanmar. "Okay sebenarnya macam ni, mulanya kami rancang nak balik bertiga iaitu saya, ibu saya dan kakak saya. Oleh sebab di Myanmar sekarang sedang ada pergolak. Jadi, disebabkan kami semua perempuan, itu yang Nadeem tawarkan diri nak ikut sama. Dia bersama sepupu dia temankan kami sebagai menjaga keselamatan kami. Sekurang-kurangnya kalau ada orang lelaki dengan kami, rasa selamat lah sikit", jelas Nora ekoran kepulangannya ke Myanmar ditemani Nadem. Sepanjang berada di kampung, kata Nora, walaupun Nadeem pandai mengambil hati keluarganya. Mengenai gambar-gambar mesra mereka sepanjang di Myanmar yang dimuat naik di laman instagramnya, Nora tidak menyalahkan sesiapa jika ada yang beranggap benarlah gosip mereka selama ini. "Di kampung kami dan keluarga ada masalah komuikasi tapi mujur ibu saya yang bantu terjemahkan apa-apa perbualan saya dengan keluarga. Walaupun ada masalah kominikasi, Needim pandai ambil hati ahli keluarga saya. Dia seorang yang kelakar. Saya tak salahkan peminat kalau nak kata saya bercinta dengan Needim. Lagipun, gambar-gambar kami banyak di Instagram. Saya yang gatal tangan nak upload gambar-gambar tu", jelas Nora Danish sambil berseloroh. Seperkara lain, Nora berkata dia tidak menyangka yang Needim sedikit-sedikit mula memahami dunia artisnya. Malah agak mengejutkan baginya apabila Nedim kini juga sudah mempunyai akaun Instagram dan peminatnya sendiri. "Saya pun sebenarnya terkejut juga sebab Nedim buka akaun Instagram baru-baru ni dan tak sangka dia rajin layan peminat. Dia sekarang dah ada peminat-peminatnya sendiri", tambah ibu anak satu ini lagi. Bawa Nenek Tinggal di Malaysia Dalam pada itu Nora memberitahu tujuan sebenarnya pulangannya ke Myanmar kerana moyangnya yang bernama Amibia, 96, meninggal dunia. Kini dia dan ibunya sedang berusaha memujuk neneknya untuk tinggal bersamanya di Kuala Lumpur. "Saya dan ibu memang bercadang nak balik kampung, tapi disebabkan kekangan masa. Sampai lah moyang saya meninggal dunia baru-baru ni. Sekarang ni ibu saya masih berada di sana. "Disebabkan moyang saya sudah tiada, saya dan ibu saya nak pujuk nenek untuk tinggal dengan kami di Kuala Lumpur. Tapi nenek saya tu susah sikit nak tinggalkan rumahnya. Macam-macam dia bagi alasan. Sekarang ni ibu saya masih pujuk dia", katanya. - mD
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails