Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Noreen Noor. Show all posts
Showing posts with label Noreen Noor. Show all posts

Rakan Sifatkan Noreen Noor Seorang Prihatin

Pelakon dan penyanyi era 80-an Noreen Noor, yang meninggal dunia awal pagi Selasa, disifatkan seorang yang prihatin, manja dan gemar memberi semangat. Rakan baiknya yang juga penyanyi Norshila Amin berkata Noreen atau nama sebenarnya Noraini Mohamad Noor, 52, sering mengambil berat tentang rakan dan sentiasa menghulur bantuan untuk meringankan beban mereka. Beliau berkata Allahyarham juga seorang anak yang bertanggungjawab dan sanggup berhabis wang membiayai rawatan arwah kedua ibu bapanya. "Saya dan rakan artis yang lain amat terkejut dengan pemergiannya secara tiba-tiba ini dan ia merupakan satu kehilangan besar bagi kami kerana dia sahabat yang menyenangkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pengebumian Allahyarham dekat sini, Selasa.
Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an itu meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri Selangor akibat komplikasi jantung dan buah pinggang kira-kira 5.50 pagi semalam. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulai Merlimau di sini pada pukul 1.40 tengah hari, Selasa. Hadir pada pengebumian itu ialah anak lelakinya Danial Baharuddin, 22, serta rakan-rakan artis termasuk Siti Fairuz Hussin, Salwa Abdul Rahman, Azizul Khamis dan komposer Eddie Hamid. Norshila yang mengenali Allahyarham selama 23 tahun berkata kali terakhir mereka bertemu ialah ketika bergandingan dalam sebuah rancangan pada hari raya Aidilfitri lepas namun mereka sering berhubung menerusi laman sosial Facebook dan telefon.
Seorang lagi rakan Allahyarham, Halimahtun Abdul Jalil berkata beliau sempat berbuka bersama arwah selepas melakukan puasa sunat wukuf Arafah, Isnin lepas. Katanya beliau menawarkan diri untuk membawa Noreen ke hospital apabila mendapat tahu arwah tidak sihat namun pelawaan itu ditolak kerana arwah tidak mahu menyusahkan sesiapa. "Arwah sering berada di samping saya di waktu susah dan senang...saya terkejut apabila diberitahu dia memandu sendiri ke hospital ditemani anak angkatnya sebelum meninggal dunia pagi tadi," katanya sambil memberitahu bahawa Noreen tidak mahu berjumpa sesiapa sejak seminggu lepas. Noreen pernah popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu dan muncul di layar perak dengan filem pertama berjudul Talak yang diterbitkan pada tahun 1980 selain pernah membintangi filem Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. -BERNAMA

Pelakon 80-an Noreen Noor Meninggal Dunia

Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang. "Pada mulanya saya tidak percaya arwah telah tiada tetapi berita tersebut telah disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu Shiba," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor. Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini. "Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya. Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu. Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980. Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam. Allahyarham meninggalkan dua orang anak. Sementara itu, beberapa rakan artis turut melahirkan rasa terkejut mereka dengan pemergian mengejut Allayharyam Noreen Noor. Masing-masing menyampaikan ucapan takziah di laman twitter mereka. Antaranya ialah: Adibah@Adibah Noor: Walaupun arwah tiada ikatan darah daging dgn saya, namun arwah tetap menjadi bintang pujaan hati. Al-fatihah Noreen Noor Liza Abdullah@Liza_Abdullah: Salam,Al-Fatihah,Insan Seni Noreen Noor telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi,semoga rohnya dicucuri rahmat& ditempatkan dalam kalangan org yangg beriman Juliza@JulizaAdzlizan: Innalillah.... 'My singer friend Noreen Noor just passed away this morning due to kidney & heart…' Catriona Ross@Catriona_Ross: Al-Fatihah buat Noreen Noor.Sekali lagi, peringatan tentang mati.

Noreen Noor Muncul Selepas 20 Tahun Menjadi Ibu Tunggal


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon era 80-an, Noreen Noor yang menyepikan diri selama 12 tahun meluahkan hasrat untuk kembali aktif dalam bidang hiburan tanah air pada tahun ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Siang Terbayang Malam Merindu ini berkata selama tempoh itu dia terpaksa mengetepikan bidang seni demi memberi tumpuan kepada keluarga.

"Sejak menjadi ibu tunggal pada 1992, keutamaan saya adalah kepada dua anak yang sedang membesar, masalah kesihatan sendiri dan menjaga ibu bapa yang sakit.

"Kini orang tua sudah tiada, saya mahu aktif semula dalam bidang seni kerana minat itu tidak pernah lenyap," katanya ketika ditemui mStar Online, baru-baru ini.

Penyanyi yang kali terakhir muncul dengan album pada 1999 ini berkata, perancangan untuk mengeluarkan album sering tertangguh sebelum ini kerana dia berdepan kesukaran untuk mendapatkan lagu yang sesuai.

"Kini saya sedang mencari lagu-lagu daripada beberapa komposer. Susah sebenarnya untuk mendapatkan lagu yang saya berkenan dan sesuai dengan selera pendengar hari ini.

"Saya perlu ikut trend muzik semasa. Kalau diikutkan saya sudah ada sebuah lagu tetapi perlu digubah oleh komposer yang sesuai agar ia menjadi lagu yang menarik," katanya.

Diusik mengenai status janda yang digalasnya hampir 20 tahun itu, Noreen berkata dia selesa bersendirian tanpa kekasih atau suami baru.

"Sejak jadi ibu tunggal saya jarang keluar atau berjumpa orang lain. Hidup saya hanya untuk keluarga sahaja.

"Memang ada juga yang cuba mendekati tetapi saya tidak mahu layan kerana lebih selesa dengan kehidupan begini. Walaupun sunyi tapi saya ada anak-anak," katanya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails