Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Ozlyn. Show all posts
Showing posts with label Ozlyn. Show all posts

Ozlyn Wati Berjaya Kurus Kerana Air Akar Kayu

Pelakon Ozlyn Wati yang juga isteri kepada Johan (Raja Lawak) memberitahu dia berjaya mengurangkan berat badannya ke bentuk asal iaitu 55 kilogram hanya dalam masa dua bulan selepas mengamalkan minum air akar kayu semasa berpantang. Ozlyn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 34, berkata, setiap hari dia akan mengambil segelas air herba itu pada waktu pagi dan masih mengamalkannya biarpun telah melepasi tempoh berpantang selama 44 hari. Mula-mula memang rasa loya dan tidak tahan dengan baunya tetapi lama-lama sudah terbiasa dan Alhamdulillah berat badan turun dengan ketara. "Alang-alang sudah terbiasa minum air akar kayu saya terus amalkan sehingga sekarang," katanya kepada mStar Online. Ozlyn melahirkan anak keempatnya iaitu Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25 November lalu.
Dalam pada itu, Ozlyn berkata, selain berjaya mengurangkan berat badan, kebaikan mengamalkan pengambilan air akar kayu turut menghilangkan selulit yang terdapat pada badannya selepas bersalin. Malah ia membantu proses penghadaman selain membuatkan dia lebih bertenaga dalam melakukan aktiviti seharian. "Selepas bersalin, tanda bersalin dan selulit pada bahagian perut sangat teruk tetapi sekarang ia sudah tiada dan kembali kepada keadaan asal," ujarnya. Sementara itu, Ozlyn berkata, dia masih belum bersedia untuk kembali aktif dalam bidang seni memandangkan tanggungjawab sebagai ibu kepada empat cahaya mata semakin berat. Bagaimanapun dia akan menerima undangan lakonan sekiranya ia tidak melibatkan waktu penggambaran yang terlalu panjang. "Rindu tu memang rindu tetapi keluarga dan anak-anak harus diutamakan. Insya-Allah kalau anak-anak sudah besar sikit nanti boleh aktif kembali," katanya.

DALAM GEMBIRA TIMANG BABY, JOHAN & OZLYNN TURUT BERSEDIH

Meskipun mengakui gembira dengan kelahiran cahaya mata perempuan lima hari lalu, namun Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlynn sebenarnya turut bersedih kerana kehilangan 'nenda' tersayang yang kembali kerahmatullah. "Assalammualaikum semua.. pertama sekali saya nak ucapkan alhamdulillah dan syukur pada Allah SWT kerana telah mempermudahkan segala-galanya. Isteri saya telah pun selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke empat kami pada 25hb November dengan berat 4.11kg. "Seperti biasa saya tak pernah kongsikan wajah penuh anak-anak saya. Rezeki memang kalau dapat jumpa depan-depan.. dapat la tatap wajah anak-anak saya. Maaf jika ada yang tak terreply, wassap atau text dengan kata-kata tahniah. "Saya perlu beri isteri saya ruang untuk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran, kami juga diuji dgn berita yang sedih. Nenda kesayangan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semalam. Harap semua memahami situasi kami sekeluarga.. terima kasih atas doa dari kalian. Moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin," demikian kata Johan melalui IGnya. Tahniah kami diucapkan atas kelahiran baby baru itu dan takziah atas kehilangan nenda tersayang. Harap mereka terus tabah.

Ozlynn, Amyza 'diva' hari raya

SUASANA hari raya sudah tentu bertambah meriah dengan sajian program-program menarik di televisyen. Sehubungan itu pada Aidilfitri kali ini, dua buah telefilem terbitan OutLoud Studio bakal mengisi slot program hari raya. Dua telefilem tersebut yang berjudul Meriahnya Raya dan Esok Raya Beb, masing-masing bakal ditayangkan pada hari raya pertama dan ketiga di TV1 pukul 10 pagi. Menariknya, Meriahnya Raya menampilkan kisah dua wanita yang berlagak diva di hari raya, lakonan Amyza Aznan dan Ozlynn Wati. Telefilem yang menampilkan barisan pelakon lain terdiri daripada Arash Mohd., Syarifah Sakinah, Ryzal Jaafar dan Azhan Rani itu berkisar mengenai adik-beradik yang sudah lama tidak pulang beraya di kampung sejak kematian ibu bapa mereka. Setelah lima tahun, mereka mengambil keputusan untuk pulang beraya di rumah pusaka yang dihuni oleh adik mereka Razil. Telefilem yang mengambil masa enam hari penggambaran di sebuah rumah tradisional di Kuang, Selangor itu diarahkan oleh seorang pengarah muda, Nur Esmi Zahara Yusof. Esmi sebelum ini berpengalaman sebagai pengarah filem Jidin Sengal. “Penggambaran telefilem ini sangat menyeronokkan sebab semua pelakon kelakar termasuk Arash Mohd. yang sesuai melakonkan watak komedi sebenarnya,” ujar Esmi ketika pelancaran dua telefilem tersebut di OutLoud Studio, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Katanya lagi, adegan yang paling mencuit hati adalah yang membabitkan lakonan Ozlynn dan Amyza sebagai biras yang seringkali tidak tidak sehaluan. “Apabila Ozlynn hilang barang kemas, dia tuduh semua biras dia yang ada di dalam rumah itu mencurinya. Ozlynn dan Amyza menggamatkan set penggambaran telefilem ini sehingga semua kru turut tergelak dengan gelagat mereka,” jelasnya. Tambah Esmi, walaupun semua pelakon telah diberikan skrip, terdapat beberapa aksi dan dialog spontan yang melucukan ditambah sendiri oleh barisan pelakon. Dia juga berbangga apabila kesemua pelakon terbabit telah memberi komitmen yang baik sepanjang sesi penggambaran. Tarikan telefilem Esok Raya Beb pula sudah tentu menerusi gandingan lakonan Zul Huzaimi dan Eira Syazira, dua individu yang terpaksa menempuhi pelbagai dugaan sepanjang balik ke kampung masing-masing. Esmi yang turut mengarah telefilem berkenaan menceritakan, Zul dalam telefilem itu melakonkan watak seorang yang kedekut sehingga terlalu berkira untuk balik ke kampung sendiri. Akibatnya, dia terpaksa menempuhi pelbagai kesukaran untuk balik ke kampung apabila tersedar pada saat-saat akhir untuk pulang beraya di kampung halaman. “Ketika dia sedar untuk balik beraya di kampung, semua tiket bas sudah habis, dan di situ dia berjumpa Eira yang turut mengalami masalah yang sama,” ujarnya. Ujar Esmi lagi, Esok Raya Beb akan membuatkan penonton tertanya-tanya tentang perkara yang akan berlaku kepada dua watak tersebut memandangkan mereka terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang menuju ke kampung dengan menumpang orang yang tidak dikenali Menariknya, kata Esmi, Eira mendapat tahu mengenai kehamilannya pada hari ketiga penggambaran Esok Raya Beb. “Eira memberitahu khabar gembira mengenai kehamilan sulungnya itu pada hari ketiga penggambaran Esok Ray Beb. Namun, dia tetap memberi kerjasama dan komitmen yang baik walaupun berada dalam keadaan mual,” ujar Esmi.

Bayaran Jozan RM50 Ribu Sejam Satu Fitnah - Ozlyn


PETALING JAYA: Isteri kepada pelawak Johan (Raja Lawak) iaitu Ozlyn Wati menyifatkan tuduhan kononnya kumpulan Jozan yang dianggotai suaminya dan Zizan meletakkan bayaran RM50,000 untuk satu jam persembahan adalah sebagai fitnah dan mengarut.

Ozlyn yang juga pengurus kepada Johan berkata, dia terkejut dengan gosip terbaru melibatkan kedua-dua pelawak tersebut namun tidak mahu mengendahkannya kerana ia tidak benar sama sekali.

"Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Ozlyn berkata, pihaknya tidak pernah meletakkan harga melampau kepada pihak penganjur yang inginkan khidmat Jozan sebaliknya mereka boleh bertolak ansur mengenai perkara itu.

Ozlyn memberitahu, caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kualiti dan standard persembahan Jozan atas permintaan pengelola sesebuah acara.

"Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan.

"Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur," ujarnya.

Sementara itu, Ozlyn berkata, walaupun kadang-kala terpaksa menolak tawaran yang diberikan kepada Johan atau Jozan kerana harga yang tidak bersesuaian, dia selalunya akan cuba memberikan cadangan kepada penganjur untuk menawarkan peluang itu kepada pelawak lain.

Kata Ozlyn, walaupun tidak menerima sesebuah tawaran tetapi sekurang-kurangnya ia telah membuka rezeki kepada pelawak lain.

"Bukan nak menyombong atau besar diri apabila mereka sudah ada nama dalam industri tetapi kadang-kala ada sebab mengapa kita perlu menolak sesuatu tawaran yang datang.

"Bagaimanapun, selalunya saya akan cuba mencadangkan kepada penganjur untuk mengambil pelawak-pelawak lain jika sesuatu tawaran yang datang sesuai dengan majlis yang hendak dikelolakan," katanya.

Dalam perkembangan sama, dia dan suaminya yang juga penyampai Radio Era FM lebih senang untuk berdiam diri apabila timbul cerita-cerita kurang kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

Ini kerana kata Ozlyn, apabila timbul sesuatu isu kedua-dua belah pihak sentiasa ingin mempertahankan kenyataan masing-masing yang akhirnya akan merugikan kedua-dua belah pihak.

"Rasanya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah apa orang nak kata kerana pada akhirnya hanya kami dan Allah sahaja yang tahu," ujarnya.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails