Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Pian Cecupak. Show all posts
Showing posts with label Pian Cecupak. Show all posts

Pian (Cecupak) Alami Gangguan Mental Kerana Gelaran Datuk

Pelawak Pian (Cecupak) disahkan mengalami gangguan mental selepas menerima gelaran Datuk daripada kumpulan puak Naning negeri itu pada pertengahan tahun ini. Pian atau Rafik Raman, 45, berkata, gelaran itu benar-benar menyumbang kepada tekanan jiwanya sehingga masalah berkenaan tidak dapat dikawal. “Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan serta kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online. Pada Mei lalu, Pian bersama dua teman artis iaitu Boy Iman dan penyanyi Nash (Lefthanded) telah menerima Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa Datuk. Majlis pengurniaan darjah kebesaran itu dilakukan semperna hari keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning Ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang diadakan di A Famosa Resort, Melaka pada 4 Mei 2014. Gelaran berkenaan tidak diiktiraf oleh mana-mana kerajaan negeri dan juga persekutuan. Bagaimanapun Pian dalam kenayatannya sebelum ini memberitahu dia perlu menerima pengurniaan darjah itu sebagai menghormati pihak terbabit.
Dalam pada itu Pian berkata, tuduhan dan kata-kata hinaan membuatkan dia menjadi murung dan selepas dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ogos lalu, doktor mengesahkan dia menghidap masalah mental. Kata Pian, disebabkan penyakit itu dia perlu mendapatkan rawatan selama lapan bulan selain dikehendaki menjalani rawatan kaunseling. “Jadi saya terpaksa mendapatkan rawatan selama lapan bulan di HKL untuk ubat dan sesi kaunseling agar penyakit saya ini dapat dipulihkan," ujarnya. Nafi Mengamuk Tidak Dipanggil Datuk Sementara itu dalam perkembangan lain Pian menafikan dia mengamuk terhadap seorang jurufoto yang tidak memanggilnya Datuk dalam satu majlis di sebuah hotel di Ipoh minggu lalu. Katanya, insiden itu berlaku disebabkan sikap kurang ajar jurufoto terbabit yang telah memarahinya kerana tidak berpuas hati terhadap perjalanan majlis yang dikendalikannya sebagai pengacara. "Ya, memang ada perselisihan faham antara saya dengan seorang jurugambar sebuah organisasi namun ia bukan kerana disebabkan saya marah kerana saya tidak dipanggil Datuk. "Ia adalah kerana tindakan jurugambar itu yang memarahi saya dahulu setelah dia tidak berpuas hati dengan pengurusan majlis. Walhal saya hanya mengacarakan majlis itu sahaja. Saya tiada kaitan dengan keseluruhan majlis itu. "Itu fitnah kalau dia kata saya marah sebab tidak dipanggil Datuk. Saya langsung tidak kisah orang nak panggil saya apa pun. "Yang penting ialah sikap hormat terutamanya oleh orang muda kepada orang yang lebih berumur daripada kita. Saya ni sudah umur 45 tahun dan dia orang muda, tidak bolehkah bercakap secara baik," soalnya. Bagaimanapun, Pian berkata dia sudah menyelesaikan perkara tersebut dengan menghubungi ketua organisasi syarikat jurufoto berkenaan bertugas bagi menceritakan hal sebenar.

Dianiaya Rakan Artis, Pian (Cecupak) Mahu Ambil Tindakan


PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Pian (Cecupak) berkata sikap diskriminasi penggiat industri dan artis terhadapnya membuatkan dia berasa tawar hati untuk terus berada dalam bidang hiburan.

Pelawak berusia 42 tahun itu memberitahu ketelusannya dalam membuat pengakuan terbuka beberapa kesilapan yang pernah dilakukan termasuk menyuntik botoks di wajah sebelum ini telah disalah ertikan.

"Saya berasa terkilan dan kecil hati dengan industri hiburan ini. Saya dianiayai oleh penggiat seni dan artis di mana mereka cuba menutup periuk nasi saya.

"Saya tidak mendapat sebarang tawaran untuk program televisyen malah ada pula yang terus mencaci dan menghina hanya kerana saya bersikap jujur," katanya.

Bagaimanapun, Pian berkata dia tidak akan berdiam diri dengan sikap buruk segelintir artis yang berniat jahat untuk menganiayainya.

"Keadaan ini sangat menyedihkan saya dan membuatkan saya nekad untuk berundur diri apabila tiba waktunya nanti.

"Tapi saya takkan berdiam diri kepada beberapa artis yang cuba menganiayai saya. Saya sedang mengumpulkan bukti dan akan ambil tindakan ke atas mereka," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, Pian berkata kekurangan tawaran sebagai pengacara memberikan lebih masa kepadanya untuk menumpukan perhatian pada produk kecantikan, Soft dan bisnes kertas dinding.

"Selain bisnes, saya juga sibuk menyiapkan rakaman album untuk anak saya, Aina Fazrin yang berusia 15 tahun.

"Apabila dia semakin kukuh dalam bidang nyanyian nanti, mungkin itu waktu terbaik untuk berundur diri sepenuhnya," katanya.

Pian Cecupak Minta Maaf Daripada Ayah Tiri Aida Hazira Di Facebook


Pian Cecupak yang diberi tempoh seminggu untuk meminta maaf oleh dari ayah tiri Aida Hazira dan Aida Hazira kerana mengumumkan dia akan berkahwin dengan model sambilan itu sedangkan mereka tidak tahu mengenainya, telah membuat pernyataan maaf di Facebook berhubung hal itu.

Tempoh Seminggu Untuk Pian Cecupak Minta Maaf – Bapa Tiri Aida Hazira


Hari ini dunia hiburan Malaysia dihangatkan lagi dengan kenyataan terbaru dari bapa tiri Aida Hazira yang memberikan tempoh seminggu kepada Pian untuk meminta maaf dari Aida Hazira kerana mendakwa model sambilan itu bakal berkahwin dengannya dalam artikel Harian Metro.

Bapa tiri Aida, Datuk Mohd Rozi Md Jamil berkata:

Saya beri Pian seminggu untuk memohon maaf kepada saya dan keluarga Aida, itu pun kalau dia ‘gentleman’ dan masih menganggap saya sebagai kawan baik.

Saya tidak akan menyaman Pian. Cuma saya mahu dia menyesali semua kesalahan dan memohon maaf kepada saya dan keluarga Aida baik secara terbuka atau melalui telefon.

Saya pernah menyelami dunia pelakon dan saya tahu usaha Pian ini mencari publisiti murahan. Kalau mahukan publisiti bukannya dengan mengaibkan orang tetapi dengan mengubah sikap. Walaupun Pian melakukan kesalahan, saya tidak berdendam, apa lagi mencari musuh, cuma saya mahu dia tampil memohon maaf.

Mohd Rozi memberitahu dia mengenali Pian sejak 2008 selepas diperkenalkan seorang kawan dan pernah berurusan dengan Pian ketika menjadi pelakon pada 2008 dan 2009. Mohd Rozi pernah berlakon dalam drama Setulus Kasih Abah dan Cinta Kartika.

Kami cuba menjengah Facebook Pian tetapi masih belum ada sebarang kenyataan tentang perkara ini dari Pian walaupun ada kawan dan peminat yang memintanya mempertahankan diri. Kredit gambar pada Coffycat Photography.

“Pian Cecupak Buat Publisiti Murahan” – Aida Hazira


Berita Pian Cecupak akan mengahwini seorang model, Aida Hazira Ahmad Razman sudah tersebar sejak beberapa hari lalu di blog-blog hiburan. Kami sengaja tak mahu melaporkan kerana tidak pasti kesahihannya. Kami cuba juga mencari info tentang Aida Hazira dan hanya menemukan profil seorang model lain yang bernama Aida Hazira tetapi dia bukan yang dikaitkan dengan Pian.

Hari ini, model sambilan yang dikatakan akan mengahwini Pian menafikan tentang itu kepada Harian Metro.

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin. Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan.”

Oh, ni kes syok sendiri kah?

“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu.”

Macam mana ada perancangan perkahwinan yang tidak diketahui ‘bakal isteri’? Berani betul kau, noks, canang berita tak betul di akhbar nasional. Menurut Metro, berita selanjutnya boleh didapati dengan membaca akhbar mereka. Beli jangan tak beli!

Pian Cecupak bakal berkahwin dengan model sambilan


Agak pelik berita ini, namun kita anggap ia berita baik dan mengenetepikan prasangka buruk masyarakat terhadap Pian mengenai isu berpakaian drag & suntik kolagen di laman Facebook sebelum ini.

Pian Cecupak difahamkan akan berkahwin tidak lama lagi apabila menjalinkan hubungan cinta dengan seorang model sambilan, Aida Hazira dari Sungai Petani, Kedah sejak 2 tahun lalu.

Perkenalan singkat itu terputus seketika dan kembali serius sejak seminggu yang lalu apabila masing-masing bertemu di sebuah majlis perkahwinan seorang selebriti di Restoran Seri Melayu.

Dan dan jep si Pian ni nak berkahwin, bersangka baik jep-lah uollsss.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails