Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Psy. Show all posts
Showing posts with label Psy. Show all posts
Cecah 1 Bilion Tontonan Di Youtube, Psy Kalahkan Justin Bieber
BUAT pertama kalinya dalam Youtube, lagu Oppa Gangnam Style nyanyian penyanyi Korea Selatan, Psy mencipta sejarah apabila klip video tersebut telah mencecah sebanyak 1 bilion jumlah tontonan.
Ia sekaligus telah menumpaskan jumlah tontonan video lagu Justin Bierber iaitu Baby yang hanya mencapai tontonan 827 juta sahaja.
"Saya tidak sangka lagu itu menjadi begitu hit. Sebelum ini saya agak terkejut apabila ia mencecah 1 juta tontonan, tetapi apabila ia menjadi 1 bilion, tiada kata-kata yang boleh saya cakapkan," katanya kepada Reuters.
Demam lagu Gangnam Style sudah pun reda namun peminat-peminat lagu tersebut nampaknya masih lagi menonton klip video tersebut.
Angka tersebut masih lagi meningkat dan masih mendapat tempat pertama di iTunes Top Music Videos.
Sementara itu, kejayaan Gangnam Style sehingga menjadi fenomena membuatkan penyanyi dan komposer itu dilaporkan baharu membeli sebuah kondominium bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta) di kawasan kediaman elit Beverly Hills, Amerika Syarikat.
Portal AllKPop pada Jumaat melaporkan, bintang dari Korea Selatan itu melakukan transaksi pembeli kondominium mewah itu secara tunai dengan ditemani beberapa pengawal peribadi.
Gambar kondomonium yang baharu dibeli Psy bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta).
Apartmen yang terletak di kawasan kompleks Blair House itu memiliki dua bilik tidur dengan keluasan 250 meter persegi.
Difahamkan, Psy memperoleh pendapatan berjumlah RM24.5j (AS$8 juta) kerana populariti lagu itu.
Psy malukan Byung Heon
BARU-BARU ini menerusi laman web, ada yang memuatnaik foto yang diberi judul Lee Byung Heong dan Psy di London.
Dalam foto tersebut, aktor terkenal Korea, Lee Byung Heon dan penyanyi yang terkenal dengan tarian Gangnam Style, Psy telah bertemu untuk makan bersama di sebuah restoran di sana ketika tinggal di sana atas urusan kerja masing-masing.
Bagaimanapun, semasa foto mereka dirakam, hanya Psy yang menjadi tumpuan sementara kelibat aktor tersebut hanya kelihatan seperti pejalan kaki yang kebetulan berada di tempat tersebut.
Walaupun pada hakikatnya, Byung Heon lebih popular di Korea, namun melalui foto tersebut, ia membuatkan penonton yang melihatnya tersenyum dan memberi beberapa komen sinis.
Antara beberapa komen sinis yang ditulis ialah seperti 'Saya seperti tidak percaya Lee Byung Heon dimalukan Psy sehingga begitu sekali.'; 'Populariti Psy tidak akan hilang; 'Tidak tahu pula Lee Byung Heon merupakan sahabat baik Psy'; dan 'London juga sangat tergilakan Gangnam Style'.
Wabak Oppa Gangnam Style
DI MANA-MANA kini orang memperkatakan tentang lagu Oppa Gangnam Style dendangan penyanyi rap yang berisi, Psy.
Video muzik (MV) lagu ini dengan trade mark tarian kelakar seumpama orang menunggang kuda yang turut menampilkan pengacara terkemuka Korea, Yoo Jae Suk, pelawak Noh Hong Chul, anggota 4Minute, Hyuna serta dua anggota Big Bang, Daesung dan Seungri - sehingga kini telah ditonton lebih 69 juta kali hanya dalam tempoh sebulan lebih ia dimuat naik di YouTube.
Menariknya, berpuluh-puluh parodi yang meniru mahupun mempersendakan MV itu turut mendapat sambutan pelayar Internet di seluruh dunia. Bukan sahaja di Korea, video parodi turut dihasilkan peminat K-Pop antaranya di Amerika, Jerman dan Sepanyol.
Video parodi Suasana Raya Gangnam Style yang dibuat oleh sebuah keluarga di Malaysia turut mencatat puluhan ribu kali tontonan.
Berhantunya rentak tari dan lagu ini membuatkan ia turut mendapat perhatian artis antarabangsa yang sama ada memberikan komen mereka dalam akaun Twitter masing-masing seperti Robbie Williams dan Katy Perry bahkan ada yang membawakannya dalam konsert seperti dilakukan Nelly Furtado di Filipina.
Sejak dipasarkan pada 15 Julai lalu, lagu ini telah menjuarai carta Billboard Korea K-Pop Hot 100 dan Billboard YouTube Music Chart bahkan iTunes Music Video Chart mengatasi Justin Bieber (As Long as You Love Me) dan Katy Perry (Wide Awake). Ia merupakan pencapaian terbaik oleh artis Korea setakat ini.
Di Korea sahaja, ia mencatatkan 745,000 muat turun dalam minggu pertama dan kekal di tangga teratas dalam Gaon Single Chart untuk lima minggu.
Sehingga 23 Ogos lalu, Oppa Gangnam Style telah dimuat turun sebanyak 2,545,837 kali di Korea dan menduduki tangga ke-44 dalam iTunes Amerika Syarikat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
