Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Puteri Balqis. Show all posts
Showing posts with label Puteri Balqis. Show all posts
Puteri Balqis Tenang Dikutuk Kerana Foto Berbikini
Bapa kepada aktres kanak-kanak Puteri Balqis iaitu Azizi Aziz enggan mengendahkan kritikan segelintir pihak terhadap foto berbikini anak perempuannya yang tersebar luas di laman sosial.
Azizi, 37, dalam satu mesej ringkas kepada mStar Online pada Isnin berkata, dia tidak peduli dengan kata-kata dilemparkan kepada anaknya yang berusia lapan tahun itu.
"Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," katanya menerusi mesej menerusi aplikasi WhatsApp.
Terdahulu, gambar Puteri Balqis di sebuah pulau yang memakai bikini di Instagram miliknya mendapat kritikan hebat daripada pengguna laman sosial sehingga ada yang tergamak melebelkannya sebagai pengikut Yahudi.
Malah ada berpendapat gambar berkenaan mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang menjadi isu baru-baru ini dikalangan anak-anak selebriti.
Tambah Azizi berkata, Puteri Balqis membaca kesemua komen-komen negatif mengenai gambar tersebut namun dia tenang terhadap kritikan yang dilemparkan.
"Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay," katanya.
Pada 11 Disember 2014, Puteri Balqis menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura.
Dia juga pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November 2014.
GARA-GARA BERBIKINI - PUTERI BALQIS DILABEL PENGIKUT YAHUDI
Nama pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis tiba-tiba panas gara-gara beberapa keping gambarnya berbikini tersebar di laman sosial.
Gambar tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak hingga mencetuskan perbalahan antara pengikut di laman Instagram kanak-kanak berusia 7 tahun ini.
Ramai memberikan pandangan berbeza terhadap cara pemakaian pemenang anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik Asean' ini malah turut dilabel sebagai pengikut Yahudi.
Ada juga yang yang menyifatkan perkara sebegini mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang sebelum ini telah berlaku kepada anak-anak selebriti terkenal seperti Tomok, Harith Iskander dan juga Erra Fazira dan banyak lagi perbalahan yang akhirnya dipadam pada ruangan komen akaun Instagram selebriti kecil ini.
Apa-apa pun, pandangan setiap individu adalah berbeza dan jika dilihat pada beberapa gambar yang dimuat naik di IGnya, Balqis kini sedang menikmati percutiannya dan selaku insan yang waras, janganlah mudah meletakkan penilaian ke atas diri seseorang sebelum melihat diri sendiri.
Puteri Balqis Pelakon Wanita Terbaik Asia
Pelakon kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura pada malam Khamis.
Kemenangan Puteri Balqis yang baharu berusia 7 tahun itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di TV3.
Selain Puteri Balqis, turut tercalon dalam kategori tersebut adalah Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).
Balqis turut tercalon menerusi kategori Drama/Telefilem Terbaik.
Puteri Balqis terdahulu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November lalu.
Selain Puteri Balqis, pemenang lain pada malam itu adalah Pierre Png (Singapura) menerusi lakonannya dalam Zero Calling manakala Rayson Tan memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Pemenang lain pada malam itu adalah Hsieh Chung Hsuan (Taiwan) yang membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam Lonely River.
Manakala drama bersiri Naoki Hanzawa dianugerahkan sebagai Drama Bersiri Terbaik.
Asian Television Awards 2014 menyaksikan 1,371 penyertaan daripada 14 buah negara Asia Pasifik termasuk 199 stesen televisyen, 64 buah produksi untuk berentap menerusi 38 kategori dipertandingkan.
Ia dihoskan oleh Harith Iskander, George Young, Sazzy Falak dan Stephanie Carrington.
Antara selebriti yang turut hadir ke acara berkenaan adalah Zhai Tian Lin, Selena Li, Dennis Trillo, Tien Hsin dan 2moro.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]








