Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Raja Farah. Show all posts
Showing posts with label Raja Farah. Show all posts

MAJLIS RESEPSI RAJA FARAH & ISKANDAR MERIAH

Majlis resepsi Raja Farah dan suaminya, Iskandar Ismail telah diadakan semalam di Hotel De Palma, Ampang, Selangor. Majlis yang bertemakan James Bond itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti lain serta Dato' Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Sri Khalid bin Mohamad Jiwa (atau juga dikenali sebagai Datuk K). Semoga perkahwinan Farah kali ini akan membawa bahagia yang berkekalan dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Layanzzz...

Raja Farah Rahsiakan Identiti Suami Masa Bertunang Bersebab

ktres Raja Farah menjelaskan tujuannya merahsiakan wajah dan identiti suaminya Iskandar Ismail, 33, ketika majlis pertunangan mereka pada 9 Ogos lalu adalah kerana mahu majlis perkahwinan yang dirancang berjalan lancar. Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27 berkata, tindakan itu juga bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini timbul yang boleh menjejaskan majlis tersebut. "Tiada alasan lain saya merahsiakan identiti dia ketika majlis pertunangan dahulu, saya hanya mahu rancangan perkahwinan kami berjalan lancar sahaja. "Saya tidak mahu berlaku perkara tidak diingini dan lagi pula kami belum berkahwin, tidak elok untuk dihebohkan," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, dekat sini, Ahad.
Raja Farah berkata demikian ketika diminta mengulas keputusannya enggan mendedahkan identiti pemuda tersebut kepada umum sebelum majlis pernikahan berlangsung. Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51 pagi Ahad. Pelakon tersebut turut menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara itu, Raja Farah yakin dengan keputusannya untuk membina rumah tangga buat kali kedua ini, biarpun baharu dua bulan mengenali jejaka tersbut. Katanya, dia menerima cinta Iskandar sepas melihat kesungguhan pemuda itu untuk mengenalinya dengan lebih rapat. "Kami bertemu dua hari sebelum Ramadan lalu di sebuah restoran Arab, ketika itu dia ternampak saya dan ketika itu saya bersama kawan saya dan dia juga bersama temannya. "Dari situ dia berusaha untuk mengenali saya dengan lebih dekat dan ia sangat membuatkan pintu hati saya terbuka untuk bercinta sekali lagi," ujarnya.
Tambah Farah, Iskandar juga lelaki yang penyayang, bertanggungjawab dan sentiasa membuatkan dirinya berada dalam keadaan selamat. Sementara itu, Iskandar berkata, pada awalnya tidak menjangka akan diterima oleh wanita tersebut yang dianggap mempunyai nama besar dalam industri hiburan. Bagaimanapun, setelah mendapat nasihat daripada rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, dia meneruskan usaha untuk mendekati Raja Farah. "Kali pertama saya nampak dia di restoran Arab dan saya lihat dia senyum kepada saya. Sejak itu saya nekad untuk mencari tahu tentang dirinya. "Pada mulanya memang saya kurang yakin kerana kawan-kawan beritahu bahawa dia seorang artis ternama dan saya hanya orang biasa sahaja. Tetapi selepas saya berhubung dengannya menerusi WhatsApp barulah saya tahu dia seorang yang merendah diri," ujarnya.
Iskandar berkata, dia juga menonton kesemua filem yang pernah dilakonan Raja Farah sebelum ini menerusi YouTube bagi mengenalinya. Dalam pada itu, ditanya tentang perancangan rumah tangga, Iskandar berkata, dia menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah. "Kami tidak rancang tentang anak lagi, kalau boleh memang mahu cepat dapat anak, namun itu semua ketentuan Allah," ujarnya. Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September ini di Hotel De Palma, Ampang. Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu. Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Usaha Rujuk Gagal, Bekas Suami Terkejut Raja Farah Bakal Kahwin

Hasrat bekas suami Raja Farah iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, mahu memulihkan rumah tangga mereka dengan rujuk semula tidak kesampaian apabila aktres itu mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Megat, 30, berkata, walaupun dia mahu berbaik dengan bekas isterinya itu, dia tetap menerima berita tersebut selain menyifatkan mungkin sudah tiada jodoh antara mereka. "Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Mula-mula terkejut juga dengan berita (Raja Farah bakal berkahwin) tersebut, tetapi itu hak dia. "Kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya Allah yang mentukan. Jodoh pertemuan, rezeki kesejahteraan, ajal maut semua sudah ditentukan," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.
Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, membuat pengumuman bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan yang berusia 33 tahun tidak lama lagi menerusi satu sidang media khas yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam dekat sini pada petang Ahad. Aktres itu telah melangsungkan majlis pertunangannya pada sebelah pagi di kediamannya yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja. Bagaimanapun, Raja Farah enggan mendedahkan identiti bakal suaminya sehinggalah pada hari pernikahan mereka iaitu pada satu tarikh yang akan akan diberitahu kemudian. Sementara itu, Megat turut menasihatkan kepada orang ramai terutamanya netizen untuk tidak berprasangka buruk terhadap aktres itu. "Jodoh dan pertemuan sudah ditentukan. Saya ambil yang positif. Diharap orang ramai juga berprasangka baik dan mendoakan untuknya dan bakal suami. Hormat keputusannya," ujarnya. Terdahulu, Raja Farah dan Megat telah bercerai pada 25 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Pelakon itu kini melalui tempoh edah selama tiga bulan.

Raja Farah Terkilan Dituduh Gagal Beri Zuriat Punca Cerai

Pelakon Raja Farah terkilan apabila segelintir pihak masih menyalahkan dirinya dengan menganggap ketiadaan anak sebagai punca perpisahan dia dengan bekas suami iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, pada 25 Mei lalu. Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, berkata, perkara tersebut bukan punca sebenar kegagalan hubungan mereka, sebaliknya keputusan perceraian dibuat selepas tiada lagi persefahaman. "Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak. "Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi," ujarnya kepada mStar Online. Raja Farah Raja Aziz, 27, bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 25 Mei 2015. Dalam pada itu, Raja Farah berkata, permasalahan rumah tangganya bermula pada tahun ketiga perkahwinan apabila mereka mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan. "Pada tahun pertama dan kedua tiada masalah sehinggalah apabila kami mula berjauhan. Dari situ, satu persatu masalah timbul. "Mungkin betul juga kata orang kami berkahwin pada usia yang terlalu muda dan ketika itu masih belum matang," ujarnya.
Dalam pada itu, Raja Farah mengakui keluarga mertuanya masih belum boleh menerima perpisahan yang berlaku. Bagaimanapun dia tetap menganggap mereka sebagai ahli keluarga sehingga akhir hayatnya. "Hubungan dengan keluarga mertua agak dingin, mungkin mereka perlu masa untuk terima perpisahan ini. Namun saya tetap anggap mereka seperti ibu bapa saya sendiri. Kalau ada kelapangan saya mungkin akan menziarahi mereka," katanya. Sementara itu, Raja Farah turut mengakui lima tahun dalam hubungan rumah tangga memberikan dia banyak pengajaran yang berguna untuk kehidupan akan datang. Tambahnya, buat masa ini, dia masih trauma dan lebih berhati-hati untuk mengenali seseorang lelaki. "Banyak perkara yang saya belajar tentang lelaki dan kualiti seorang lelaki untuk dijadikan suami. Saya masih muda dan tidak menolak untuk kembali berumah tangga semula selain mahukan cahaya mata sendiri," ujarnya. Raja Farah dan Megat bernikah pada 12 November 2010 di Bukit Jelutong, dekat sini.

"Gosip Rumah Tangga Retak Mengaibkan" - Raja Farah

Pelakon Raja Farah meminta agar semua pihak menghentikan segala spekulasi dan khabar angin mengenai rumahtangganya yang dikhabarkan berantakan. Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 26, berkata, khabar angin itu bukan sahaja tidak berasas, malah boleh menjejaskan rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu. "Saya tidak tahu bagaimana cerita tentang rumah tangga saya boleh dijaja oleh orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kami. "Bohonglah kalau kami tidak pernah bergaduh tapi tidak sampai bergaduh besar hingga ingin berpisah seperti yang diperkatakan. "Saya harap sangat spekulasi cerita tentang peribadi dan rumah tangga saya ini tidak diperkatakan lagi," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran drama siri original Tonton berjudul Hanya Satu di Empire Shopping Gallery, di sini, Rabu. Raja Farah berkata demikian bagi mengulas khabar angin yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak berikutan dia mengambil keputusan untuk kembali semula dalam industri seni.
Raja Farah mendirikan rumah tangga dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria pada 2010. Selepas perkahwinan itu Raja Farah meninggalkan bidang lakonan bagi menumpukan perhatian terhadap keluarga. Dalam pada itu, Raja Farah berkata, khabar angin tersebut tercetus apabila dia sering ke majlis-majlis hiburan secara bersendirian tanpa ditemani suami. "Saya datang ke majlis hiburan sendirian atau bersama ibu saya kerana suami bekerja di Pulau Perhentian, Terengganu, manakala saya tinggal bersama keluarga di Shah Alam (Selangor). "Mungkin kerana perkara itu membuatkan ramai pihak mula mempertikaikan status rumah tangga kami," ujarnya. Raja Farah mengakui suaminya turut kecewa dengan spekulasi yang tersebar itu. Jelasnya, cerita-cerita buruk tentang hal dalaman dan peribadi yang keluar itu boleh mengaibkan keluarga kedua-dua belah pihak. "Suami saya marah kerana gosip macam ni melampau dan mengaibkan kami. Kami tidak ada apa-apa masalah pun tetapi dituduh yang bukan-bukan. "Sejak daripada dulu lagi ketika kami berkahwin pun orang tuduh saya sudah mengandung sebelum nikah, walhal sampai sekarang saya belum dikurniakan anak," ujarnya. Dalam pada itu katanya, keputusan untuk kembali semula berlakon adalah kerana terlalu merindui bidang yang ditinggalkannya itu.
Dia meminta keizinan dan pendapat suami terlebih dahulu sebelum menerima sesuatu tawaran. "Saya rindu nak berlakon semula dan bosan juga duduk sahaja di rumah. Saya minta pendapat suami dulu sebelum ambil keputusan ini dan Alhamdulillah dia setuju. "Namun ada batasannya sebagai seorang isteri untuk terima watak tertentu dan kalau boleh yang tidak menganggu tanggungjawab sebagai isteri," katanya. Sementara itu, Raja Farah bakal muncul sebagai bintang jemputan dalam drama Hanya Satu yang akan bersiaran pada pukul 12 tengah hari bermula 15 September. Drama itu boleh disaksikan di laman web Tonton music www.tontonmusic.com.my. Ia turut diterajui oleh Syarif (Sleeq), Kilafairy, Qhaud Rashid dan Wan Sharmila.

Tepis gosip rumah tangga bergolak - Raja Farah

EMPAT tahun lalu, Raja Farah Raja Aziz, 26, membulatkan tekad untuk mengurangkan aktiviti seni dan memberikan sepenuh fokus kepada rumah tangga dan keluarga. Rezeki yang tidak berpihak buat pasangan Raja Farah dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 29, untuk menimang cahaya mata sepanjang tempoh itu memaksa pelakon filem Aku Masih Dara itu mempertimbangkan kembali keputusannya sebelum ini. "Sepanjang empat tahun bersama suami, selama itu saya rasa keseorangan. Bukan bermakna kami berdua bermasalah, tetapi impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri masih belum kesampaian. "Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya. Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin. "Dia pula selalu berada di Pulau Perhentian (Terengganu) bekerja sebagai jurulatih selaman di sana sejak dua tahun lalu memaksa saya untuk mencari alternatif untuk membunuh rasa bosan itu dengan berlakon," katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar Doa Untuk Malaysia di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini. Raja Farah percaya apabila dia membuat keputusan untuk kembali aktif dalam bidang seni, pengarah dan produksi sendiri sudah sedia memahami situasi serta batasan dirinya sebagai wanita berhijab yang sudah bersuami. Terkini, dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama 13 episod adaptasi novel berjudul, Salju Sakinah terbitan TV Alhijrah bergandingan dengan pelakon Yus Waisar di Johor. Rumah tangga berkocak
RAJA FARAH bersyukur kerana sekadar mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan tempoh hari. Berjauhan dengan suami sejak tahun 2011 atas tuntutan tugas, tidak menjadi bukti sebarang spekulasi yang bertiup kencang kononnya rumah tangga pasangan itu sedang dilanda badai. Dia mengakui, adakalanya perselisihan faham tetap berlaku sebagai pasangan dalam alam rumah tangga. Namun, ia diselesaikan dengan baik dan tegas Raja Farah, tidak timbul sebarang cerita negatif mengenai keharmonian rumah tangganya. "Banyak konklusi boleh dibuat cuma apabila berkaitan peribadi saya lebih suka mendiamkan diri. Kami tiada sebarang masalah besar cuma biasalah kalau bergaduh manja. "Saya akui, tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Dia di Pulau Perhentian dan saya pula sibuk dengan penggambaran program Rasa Halal Antarabangsa di luar negara. "Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa. Dia balik ke Kuala Lumpur, saya pula terbang ke luar negara dan begitulah sebaliknya. "Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu saya sahaja, kemudian timbul macam-macam andaian. Pinta saya, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga," jelasnya. Anak angkat
Penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perselisihan faham masyarakat terhadap kebahagiaan Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum adalah kembali meluangkan lebih masa bersama-sama. "Saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan dan tinggal bersama suami di sana sejak bulan Januari lalu. Kebetulan rumah yang kami sewa berdekatan dengan keluarga mentua. "Bukan untuk saya menepis spekulasi yang timbul, sebaliknya mahu meluangkan lebih masa bersama dan berusaha untuk mendapatkan zuriat. "Mungkin selepas ini kami akan kembali menetap di Kuala Lumpur dan suami saya akan mengusahakan perniagaan bersama bapanya," ujarnya. Raja Farah tidak menafikan dakwaan bahawa dia dan suaminya sedang berusaha untuk mendapatkan seorang anak angkat buat penyeri hidup mereka berdua. "Sebelum ini kami hampir mengambil seorang anak angkat lelaki tapi mungkin Allah tidak mengizinkan apabila pada waktu yang sama saya mendapat tawaran berlakon drama di Johor. "Jadi, saya risau tidak mampu memberikan sepenuh tumpuan kepada bayi itu. Tapi sekarang suami saya serius sedang berusaha untuk mendapatkan anak angkat lain untuk kami," tambahnya. Kemalangan Berita yang mengejutkan berlaku kepada pelakon drama Manjalara itu apabila dia dikhabarkan terbabit dengan kemalangan jalan raya di Batu 10, Tangkak, Johor pada lewat malam 15 Julai lalu. Kejadian yang berlaku hanya membabitkan dirinya yang memandu berseorangan untuk pulang ke Johor selepas menghadiri sesi fotografi di Kuala Lumpur pada siang hari yang sama. Menceritakan kembali pengalaman terbabit, kata Raja Farah, dia bersyukur kerana terselamat daripada kemalangan itu walaupun beberapa anggota badannya mengalami lebam-lebam. "Ketika memandu lebih kurang pukul 12 tengah malam saya ternampak kelibat 'benda' tiba-tiba melintas di hadapan kenderaan saya, jadi saya cuba mengelak dan akhirnya terbabas ke kiri jalan. "Akibat membrek secara mengejut saya merempuh benteng simen dan beberapa batang pokok di tepi jalan. Mujurlah kereta saya tidak terhumban ke dalam gaung yang kurang beberapa meter daripada saya. "Dada saya terhentak di stereng kereta, kaki saya tergeliat dan lutut saya juga lebam-lebam kerana kemalangan itu. "Selepas kereta berhenti, saya menanti lebih kurang lima minit sebelum ada kenderaan lain yang datang membantu," katanya. Akibat kemalangan itu, Raja Farah yang memandu kereta jenis Perdana berwarna hitam milik pembantu produksi drama lakonannya kerugian lebih RM10,000.

Raja Farah harap tuah anak angkat

SUDAH lama tidak mendengar khabar tentang Raja Farah. Selepas pelakon filem Aku Bukan Dara itu mengahwini Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010, dia sunyi daripada sebarang publisiti media. Jika ada pun cerita, ia adalah tentang dia membuka kedai yogurt sejuk beku, namun tiada berita tentang perkembangan terkini karier seninya setelah si suami meletakkan syarat dia harus pulang ke rumah pukul 11 malam. Bertemu dengan pemilik nama penuh Raja Farah Raja Aziz pada majlis memperkenalkan program-program Astro sepanjang Ramadan di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, pelakon berusia 26 tahun itu berkata, dia belum ada rezeki memperoleh cahaya mata tatkala perkara tentang anak diajukan kepadanya. "Sudah hampir tiga tahun berkahwin, tetapi tiada berita gembira mengenai anak. Pada mulanya memang tertekan, tetapi kini saya sudah tidak berasa apa-apa," ungkapnya yang kelihatan manis bertudung menutupi dada sambil mengenakan baju kurung berwarna putih. Berkongsi lanjut, akui Raja Farah, dia dan suaminya sudah bertemu pakar untuk memeriksa kesuburan dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang masalah. Mendengar penjelasan daripada doktor, Raja Farah berfikiran positif bahawa mungkin belum rezekinya untuk mendapat anak. Mujurlah keluarganya mahupun keluarga suami memahami dan sentiasa memberi sokongan. Nekad ambil anak angkat Tidak mahu berterusan menunggu, Farah meletakkan tempoh sehingga awal tahun depan (2014) untuk mengambil anak angkat. "Jika sehingga tahun depan saya belum hamil, kami merancang untuk mengambil anak angkat. Mungkin selepas ambil anak angkat, Allah memberi rezeki cahaya mata kepada saya," ujarnya yang sentiasa memanjatkan doa dan harapan untuk memiliki zuriat sendiri. Disoal anak lelaki atau perempuan yang diidamkan sebagai anak angkat mahupun anak sendiri kelak, ujar Raja Farah, jantina tidak lagi menjadi keutamaan, asalkan dia dan suami memperoleh cahaya mata sebagai pelengkap keluarga. Di luar kehidupan peribadinya, Raja Farah mengakui sudah lama tidak berlakon.
Bukan tiada tawaran, tetapi ujarnya, suami masih meletakkan syarat yang sama seperti pada awal perkahwinan mereka iaitu pulang ke rumah sebelum pukul 11 malam. Walaupun akur dengan permintaan suaminya, Raja Farah masih menolak tawaran berlakon kerana enggan menyusahkan pihak produksi. Ini kerana dia faham benar bahawa jadual penggambaran kadangkala tidak menentu dan kebarangkalian untuk dia 'melanggar' permintaan suaminya itu akan berlaku. Malah, akuinya secara jujur, perasaan rindu untuk berlakon sudah tidak meresap dalam jiwanya. Selepas tiga tahun meninggalkan dunia lakonan secara perlahan-lahan, dia sudah terbiasa dengan keadaan tersebut. "Mungkin buat masa ini rezeki saya tidak panjang dalam bidang lakonan. Sekarang saya hanya fokus dalam bidang pengacaraan. "Alhamdulillah, saya seronok mengacara dan saya kini menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program Rasa Halal Antarabangsa menggantikan Heliza. "Bagaimanapun untuk musim kali ini, saya tidak keseorangan, sebaliknya mengacara bersama seorang pengacara lelaki iaitu Akhtar," jelasnya tentang program yang disiarkan menerusi saluran Astro Oasis setiap Sabtu, pukul 7.30 petang itu. Mengulas lanjut, tutur Raja Farah, peranannya sebagai pengacara program itu adalah berbeza berbanding pengacara terdahulu. Dia hanya fokus kepada gedung-gedung beli-belah di negara yang dilawati. Sebaliknya, peranan Akhtar pula adalah sebagai pengacara yang meneroka tempat-tempat makanan sedap dan halal untuk masyarakat Islam. "Kami telah menjelajah ke lima buah negara iaitu Indonesia, New Zealand, Jepun, Sri Lanka dan Uzbekistan. Saya bersyukur suami izinkan saya merantau jauh biarpun pada mulanya dia agak keberatan. Malah, dia juga jaga pemakanan dan rutin senaman saya agar tidak nampak berisi ketika mengacara program ini," ulasnya sambil ketawa. Perniagaan Snogurt Berkongsi mengenai perniagaan Snogurt miliknya, ujar Raja Farah, perniagaan yogurt sejuk beku ataupun froyo itu diusahakannya bersama bapanya sejak 30 Disember 2011. Menurut Farah, kafe Snogurtnya itu menyediakan froyo sebagai sajian utama sesuai dengan kehendak pasaran sekarang yang gemar menjadikan yogurt sebagai makanan sampingan. "Apabila ayah memberitahu ingin membuka satu bisnes keluarga sebaik sahaja dia bersara Julai tahun lalu, saya terus setuju," ceritanya yang mula mencari perniagaan sesuai dengan kehendak pasaran. Selain perniagaan Snogurt, Raja Farah turut mempunyai perniagaan jubah dalam talian. Jelasnya, jubahnya direka sendiri dan boleh dibeli menerusi laman sesawang www.facebook.com/rajafarahcollection.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails