Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Razali Hussin. Show all posts
Showing posts with label Razali Hussin. Show all posts

Razali kahwini guru tari sekolah

SEMUANYA tercetus selepas gambar pernikahannya tersebar menerusi laman Facebook milik selebriti Roslan Shah. Menerusi laman sosial itu, Roslan telah melahirkan perasaan terkilannya. Ini kerana sebagai individu yang pernah rapat dengan Razali, malah mengenali keluarganya, dia bukan sahaja tidak dijemput, malah langsung tidak mengetahui mengenai pernikahan Razali itu. “Dia (Razali Hussein) menikah pada Jumaat, 7 Jun lalu. Saya hanya mendapat tahu mengenainya pada Ahad, 9 Jun daripada individu yang hadir pada majlis perkahwinannya itu. Mereka tanya kenapa saya tidak dijemput, sedangkan kami kenalan rapat,” ujarnya kepada Kosmo!. Sehubungan itu, Kosmo! segera menghubungi aktor berusia 37 tahun itu bagi mendapatkan pengesahan selanjutnya. Razali akhirnya mengakui dia sudah berkahwin dengan seorang guru tari sekolah bernama Nik Nor Azlina pada Jumaat lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras, Kuala Lumpur. Dia sah bergelar suami kepada wanita berusia 29 tahun itu dengan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran sebanyak RM13,000. Majlis resepsi pasangan itu pula berlangsung Sabtu, 8 Jun lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Ia hanya dihadiri oleh keluarga dan teman-teman terdekat pelakon dan juga penyanyi itu termasuk beberapa peserta program realiti Audition dan juga penyanyi Farhan AF. Kosmo!: Tahniah Razali. Kenapa rahsiakan berita baik ini (kahwin)? RAZALI: Bukan merahsiakan, cuma memang tidak jemput media kerana ia dibuat di sebelah pihak perempuan. Saya jemput adik-beradik sahaja. Insya-Allah, kenduri pihak saya nanti iaitu di Pulau Pinang saya akan jemput pihak media. Anda diketahui umum berkawan baik dengan Roslan Shah, tetapi kenapa anda tidak menjemputnya? Saya memang tidak menjemput mana-mana kawan sebab itu majlis di sebelah pihak perempuan. Bagaimana pula kawan-kawan anda daripada program realiti Audition dan juga penyanyi Farhan AF boleh hadir pada majlis tersebut? Isteri saya kenal dengan mereka dan disebabkan itu mereka dijemput. Roslan menyuarakan rasa terkilan kerana dia tidak dijemput ke majlis perkahwinan anda. Boleh komen? Ketika itu saya dapat tahu Roslan berada di Singapura melawat ibunya yang sakit. Sebab itulah saya tidak menjemputnya. Bagaimanapun, saya sudah menjemput Roslan untuk majlis resepsi sebelah saya yang akan berlangsung di Pulau Pinang.
Bilakah majlis di Pulau Pinang itu akan diadakan? Saya merancang untuk adakan majlis resepsi itu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Boleh kongsikan detik-detik perkenalan anda dengan isteri? Saya kenal dia (isteri) kira-kira dua tahun lalu ketika saya berlakon dalam pementasan teater Uda dan Dara di Istana Budaya. Saya mendekatinya lalu menghulurkan salam perkenalan. Dia seorang guru tari sekolah. Bilakah anda dan isteri mula serius bercinta? Enam bulan lalu. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada isteri membuatkan anda jatuh cinta kepadanya? Dia memiliki wajah yang lembut, senang dengar cakap dan terima pandangan. Sebenarnya ketika berkenalan dia belum pakai tudung dan selepas kami serius bercinta kira-kira enam bulan lalu dia mula bertudung. Apakah perasaan anda selepas mendirikan rumah tangga? Sudah tuntutan sunah. Saya harap dengan usia kematangan ini saya dapat memikul tanggungjawab sebagai suami, insya-Allah. Bagaimanakah pula dengan perancangan untuk memiliki anak? Kami tidak merancang dan menyerahkannya kepada Tuhan. Lagi cepat lagi bagus. Kalau dua kali mengandung, dua kali kembar sepasang lagi bagus (ketawa). Destinasi bulan madu anda berdua? Buat masa ini belum rancang lagi. Selesaikan majlis resepsi pihak saya dahulu. Moga berjalan dengan lancar. Beralih kepada perkara lain, apakah perkembangan terbaharu Razali dalam bidang seni? Saya masih aktif berlakon dan dalam masa yang sama baru menjalankan perniagaan. Saya juga menyanyi sebulan sekali untuk majlis korporat. Bagaimana dengan tawaran berlakon? Pada 16 Jun ini saya akan terlibat dengan penggambaran drama untuk keluaran RTM. Ceritanya berkisar pada zaman komunis sekitar tahun 1940-an. Saya juga banyak terima tawaran daripada produksi, cuma apabila nama saya dihantar ke sebuah stesen popular itu, malangnya tidak lepas. Mungkin pihak stesen itu ada pelakon kegemaran. Begitupun, saya bersyukur kerana RTM masih beri rezeki kepada saya.

Razali Hussain Sahkan Nikah Guru Jumaat Lalu

Pelakon Razali Hussain mengesahkan dia selamat bernikah dengan seorang wanita bernama Nik Nor Azlina, 29, pada Jumaat lalu di Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam, Cheras dekat sini. Razali, 37, berkata, dengan sekali lafaz, dia sah bergelar suami kepada seorang guru dengan mas kahwin berjumlah RM120 manakala wang hantaran pula sebanyak RM13,000. "Benar saya sudah bernikah dengan seorang wanita yang sudah saya kenali tiga tahun lalu. "Majlis resepsi pula telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kompleks Sukan Desa Tasik, Bandar Tasik Selatan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar," katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa. Tambah Razali, majlis persandingan pihak lelaki pula akan diadakan di Pulau Pinang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Dalam pada itu, Razali berharap agar mana-mana pihak yang tidak dijemput ke majlis pernikahan itu agar tidak berkecil hati memandangkan keluarga kedua-dua belah pihak inginkan sebuah majlis yang sederhana dengan kehadiran saudara-mara sahaja. "Bukan saya mahu rahsiakan perkara baik ini. Cuma tidak mahu heboh-hebohkan. Tetapi kalau orang tanya, saya akan mengaku yang saya sudah berkahwin. "Tambah pula majlis ini berlangsung di sebelah pihak perempuan. Yang hadir pada hari itu pun hanya teman-teman rapat yang menyertai program Audition dahulu dan penyanyi Farhan. Itu sahaja," jelasnya. Ditanya apakah perasaannya selepas bergelar suami, Razali berkata, dia bersyukur kerana akhirnya menemui jodoh pada usia yang agak lewat, namun dia gembira dipertemukan dengan seorang isteri yang cukup memahami. "Saya harap dengan usia kematangan ini saya dapat memikul tanggungjawab sebagai suami, Insya-Allah," tuturnya.

Razali Hussein Difitnah Ternak Lembu Hasil Wang Wanita Kaya


PETALING JAYA: Pelakon Razali Hussein kesal apabila difitnah menjalankan perniagaan penternakan lembu menerusi sumber kewangan yang ditaja oleh seorang wanita kaya.

Razali berkata, wanita yang dimaksudkan itu (enggan nama disiarkan) memang wujud tetapi dia bertindak sebagai individu yang mengajarnya selok-belok bidang perniagaan.

"Diakui, memang wanita itu wujud, tetapi dia sekadar mengajar saya dan rakan-rakan untuk menjalankan perniagaan itu. Adakah itu satu kesalahan?

"Saya kecewa apabila difitnah kononnya perniagaan saya itu ditaja. Jika begitu sudah lama saya beli kereta mewah untuk keselesaan diri sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tambah Razali, dia kecewa apabila setiap pergerakannya sering kali menjadi bualan negatif tidak kira sama ada mempunyai hubungan akrab dengan rakan wanita mahupun lelaki.

Bagaimanapun, sebagai seorang selebriti, dia tidak kisah jika dugaan fitnah diterima dan meneruskan perniagaan dalam apa rintangan sekali pun.

"Dahulu, ketika saya membuka syarikat produksi, saya pernah difitnah sehingga syarikat itu ditutup. Kini biarlah orang nak kata apa sekalipun, semangat saya untuk maju dalam perniagaan tidak akan luntur," tegas pelakon drama Serapah Darah Bulan Madu, siaran saluran TV-Al Hijrah.

Sementara itu, bercerita mengenai perkembangan karier lakonannya, dia bersyukur kerana masih lagi diberi kepercayaan oleh syarikat produksi.

Malah, Razali turut menghasilkan sebuah lagu tema drama Serapah Darah Bulan Madu berjudul Serapah Bulan Madu nyanyiannya sendiri.

"Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Skop Production untuk menghasilkan lagu tema untuk drama tersebut dan menyanyi secara duet bersama Ida Majid.

"Seterusnya, saya sedang menghasilkan sebuah lagi lagu baru yang berjudul Cinta Ku Kini Tiada Lagi dan sedang mencari penyanyi yang sesuai untuk membawakan lagu tersebut," tuturnya.

Beritahu Razali lagi, dia lebih selesa mencipta lagu tema untuk terbitan drama dan menganggapnya sebagai satu strategi pemasaran andai kata stesen-stesen radio tidak memutarkan lagu-lagu baru yang dihasilkan.

Razali Hussin Kini Penternak Lembu



PETALING JAYA: Pelakon Razali Hussin mengakui menceburi bidang perniagaan sebagai persediaan untuknya lebih fokus tentang perancangan masa depan.

Dia yang baru sahaja melancarkan perniagaan ternakan lembu Dzas Cattle Farm ini menganggap usahanya itu sebagai langkah awalnya berjinak-jinak dalam bidang tersebut.

"Ladang ternakan lembu ini dibuka selepas puasa hasil modal saya bersama dua lagi rakan niaga. Kami mula urusniaga pada raya haji dan Ahamdulillah kini semakin berkembang.

"Pada awalnya kami ada 16 ekor lembu dan sehingga kini sedah mencapai lebih 100 ekor lembu. Buat masa ini saya hanya tumpukan kepada jual beli lembu sahaja, tapi kami dalam perancangan untuk jual dalam bentuk daging," katanya.

Jelas Razali, idea membuka ladang ternakan lembu datang selepas mendapat beberapa maklumat tentang perniagaan tersebut.

"Saya suka berniaga, namun sebelum memulakan perniagaan saya cari perniagaan yang betul-betul boleh mendatangkan keuntungan dan untuk jangka panjang.

"Selepas kumpul maklumat dan dapat rakan yang berminat untuk melabur barulah saya betul-betul yakin dengan bisnes ini," katanya.

Dalam pada itu, turut mengakui tidak boleh terlalu bergantung dan mengharapkan rezeki sebagai artis yang tidak menentu, terutamanya untuk bekalan hari tua.



Razali bersama teman rapat ketika majlis perlancaran ladang lembu miliknya

"Kita lihat ramai artis yang buka perniagaan kerana memikirkan jangka masa panjang. Kita tidak boleh bergantung kepada hasil lakonan sahaja sebab kita sendiri tidak tahu sampai bila akan berlakon.

"Saya rasa dari sekarang dah mula kumpul harta sedikit dan bekalan untuk hari akan datang," ujarnya yang bakal menyambut hari lahir ke 35 pada 16 Januari ini.

Sementara itu, dari segi kerjaya sebagai anak seni, dia sedang merancang untuk menlahirkan sebuah single baru pertengahan tahun ini.

"Saya masih minat menyanyi dan masih mendapat jemputan untuk persembahan nyanyian, justeru itu saya ingin buat sebuah lagu yang boleh saya nyanyikan kerana sebelum ini sering menyanyikan lagu orang lain.

"Lagu tersebut saya buat sendiri namun belum mempunyai masa untuk buat rakaman," katanya yang mengakui tahun 2011 merupakan tahun kemunculannya semula sebagai penyanyi.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails