Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Rebecca Nur Islam. Show all posts
Showing posts with label Rebecca Nur Islam. Show all posts
SUASANA MAJLIS RUMAH TERBUKA REBECCA NUR AL ISLAM
Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman telah mengadakan majlis rumah terbuka kelmarin di kediaman mereka.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh Arni Nazira, Datuk Aliff Syukri, Rafidah Ibrahim, Sharifah Shahora dan Faradhiya yang turut membuat persembahan.
Disaman Rebecca, Erma serah pada peguam
SEMALAM telah berlangsung perbicaraan kes tuntutan saman pelakon Rebecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, yang memfailkan saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd. milik penerbit dan pengarah Erma Fatima di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Tuntutan saman itu dibuat oleh Rebecca kerana pelakon itu mendakwa syarikat produksi Erma gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan Erma tahun lalu.
Drama Dejavu Di Kinabalu itu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012. Selain Rebecca, drama tersebut turut dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aqasha dan Nazim Othman.
Kosmo! segera menghubungi Erma Fatima bagi mengetahui lebih lanjut berhubung tuntutan saman tersebut.
KOSMO!: Boleh anda ulas mengenai tuntutan saman Rebecca terhadap Rumah Karya Citra milik anda?
ERMA FATIMA: Maaf. Saya tidak boleh beri apa-apa penjelasan disebabkan kes ini masih berjalan. Takut penjelasan saya nanti jadi isu pula.
Mungkin anda boleh berkongsi sedikit maklumat mengenai perkara ini?
Tidak boleh. Saya betul-betul minta maaf, malah ada juga beberapa akhbar utama tempatan turut menghubungi saya tetapi mereka juga tidak dapat apa-apa penjelasan daripada saya.
Adakah anda menyediakan peguam bagi membela diri berhubung tuntutan Rebecca?
Ada iaitu peguam David malah semalam saya dan dia (Rebecca) juga sudah masuk Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Apakah perkembangan kes tersebut?
Ia masih berjalan dan akan ada perbicaraan selanjutnya.
Adakah benar semua tuntutan daripada Rebecca itu? Kita semua sedia maklum, selama ini yang syarikat anda tidak pernah berdepan dengan isu seperti ini?
Saya juga seorang artis, jadi saya tidak akan buat seperti yang didakwa dia (Rebecca). Selama saya menerbit drama atau filem perkara seperti ini (tidak bayar pelakon) juga tidak pernah berlaku.
Beralih pada soalan lain, bagaimanakah sambutan Ramadan dan Syawal anda tahun ini?
Bulan Ramadan ini saya berehat daripada segala penggambaran drama atau filem. Saya banyak habiskan masa untuk keluarga, memasak makanan untuk bersahur dan berbuka. Tahun ini sama seperti tahun-tahun lalu apabila saya akan beraya di Kuala Lumpur sahaja.
Apakah drama atau filem anda yang bakal keluar?
Ada beberapa naskhah seperti Aku Tahu dan Sangkar.
Rebecca Nur Islam
Rebecca sempurna di mata suami
SAYA memang tidak boleh menahan mulut orang untuk bercakap. Saya pun tidak tahu macam mana cerita itu boleh timbul."
Demikian kata pelakon Rebecca Nur Islam Ahmad, 26, mengenai cerita kononnya dia mendera anak tirinya.
Biarpun mengakui hatinya terguris dengan tuduhan tidak berasas itu namun kata Rebecce, dia tidak mampu menutup mulut orang.
Menurut Rebecca, dia hanya ketawa apabila mendengar gosip tersebut kerana ia bukan sahaja tidak benar.
Lebih-lebih lagi, kata pelakon itu, lemparan gosip oleh orang yang tidak bertanggungjawab itu juga di luar kawalannya.
Bagaimanapun dia tetap berharap agar mereka yang suka menabur fitnah terhadap dirinya itu segera insaf.
"Cukup-cukuplah buat cerita tidak benar itu. Saya ini kalau nak marah sekejap sahaja, lepas itu okay. Bukan apa, tak elok simpan lama-lama nanti cepat tua," katanya tersenyum.
Pandangan pemegang watak Syazura dalam filem Keramat itu turut mendapat sokongan daripada suami tercinta, Nor Azam Sulaiman, 44.
Kata Nor Azam, sejak mendirikan rumah tangga Januari tahun lalu, dia jarang melihat isterinya merajuk lama.
Malah tegasnya, hubungan Rebecca dan kedua-dua orang anaknya tidak bermasalah kerana isterinya itu seorang yang penyayang dan sukakan kanak-kanak.
"Mula-mula dengar cerita mengarut itu, saya terkejut tapi bila memikirkan itu (gosip) dunia dia, jadi saya pun buat tidak kisah. Saya dan anak-anak lebih tahu dia macam mana berbanding orang luar.
"Pada saya dia adalah seorang wanita dan isteri yang sempurna untuk saya dan anak-anak. Kalau saya beritahu yang isteri saya ini pandai memasak, mesti orang tidak percaya.
"Dulu saya pun tidak yakin tapi bila lihat dengan mata sendiri, rasa beruntung kerana memiliki isteri yang pandai di dapur," cerita Nur Azam panjang lebar.
Sementara itu Rebecca yang mendengar puji-pujian suaminya itu berkata, dia memang suka memasak dan sering membantu ibunya di dapur.
Katanya, setiap hari jika tidak sibuk di lokasi, dia akan pastikan menyediakan beberapa jenis hidangan untuk suami kerana Azam lebih selesa makan di rumah.
"Alhamdulillah, saya ini jenis boleh ke dapur. Kalau tak kasihan pada suami yang memang suka makan di rumah itu," katanya tersenyum.
Rebecca yang sudah dua kali mengalami keguguran berkata, dia dan suami walaupun sudah mempunyai anak namun mereka tetap menunggu masa untuk memiliki zuriat bersama.
Kata Rebecca yang mempunyai seorang anak angkat, dia tidak pernah serik untuk hamil lagi dan berharap Allah akan memakbul impiannya untuk memiliki cahaya mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
























