Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Riezman Khuzaimi. Show all posts
Showing posts with label Riezman Khuzaimi. Show all posts

Terkilan Diaibkan, Riezman Khuzaimi Perjelas Isu Hutang RM70,000

Pelakon Riezman Khuzaimi berasa terkilan gara-gara diaibkan menerusi laporan di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad mengenai isu hutang dengan pengarah Amie Maziah yang bernilai hampir RM70,000. Riezman berkata, laporan tersebut dilihat seperti lebih memihak kepada pengarah tersebut dan perkara itu sedikit sebanyak boleh menjejaskan nama baiknya sebagai pelakon dan ahli perniagaan. "Saya tak faham kenapa diaibkan begini. Asalnya, Amie mahu membeli rumah saya yang bernilai RM450,000. Oleh kerana saya mahu membantunya, saya buat konsep sewa dan beli. "Tidak lama kemudian dia tidak membayar saya dan lari menghilangkan diri selama empat tahun. Dan saya pula tidak memulangkan wang depositnya. Mengikut undang-undang selepas dia melanggar perjanjian beli, saya berhak 'hanguskan' deposit dia. "Tiba-tiba dia memfailkan saman terhadap saya kerana tidak membayar wang depositnya balik. Bagaimanapun, selepas pihak mahkamah membuat kira-kira, saya perlu membayarnya semula sebanyak RM60,000 lebih. Dia pula nak saya bayar secara lumsum mana boleh," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad. Menerusi laporan pojok di akhbar mingguan pada Ahad, Riezman dikatakan liat membayar hutang bernilai hampir RM70,000 kepada Amie selepas kalah dalam isu jual beli sebuah rumah yang terletak di Wangsa Maju, pada April 2013. Oleh kerana gagal melunaskan bayaran tersebut, Amie telah mengambil tindakan lanjut dengan memfailkan permohonan pengisytiharan muflis ke atas Riezman supaya aktor itu tidak boleh ke luar negara untuk mengelak hukuman yang telah dijatuhkan terhadapnya. Sementara itu, Riezman berkata, walaupun dianiaya, dia tetap akan menyelesaikan bayaran tersebut kerana enggan menanggung dosa hutang di kemudian hari. Cuma aktor berkenaan terkilan dengan tindakan Amie yang dilihat sengaja mahu mengaibkan dia yang pernah membantu pengarah berkenaan ketika dia susah sebelum ini "Saya tak sangka dia nak mengaibkan saya sedangkan dia yang tidak mampu memberi rumah saya dan dia lari. Kemudian dia saman saya. Tidak mengapa, saya mengikut perintah mahkamah sahaja. "Cuma sebagai rakan industri, semasa dia tiada rumah untuk tinggal, saya bantu dia menjual rumah saya secara sewa dan beli. Sekarang, dia pula malukan saya balik dengan bercerita tentang saya yang saya berhutang dengannya. Tetapi kisah sebenar, tidak pula dia ceritakan," ujarnya dengan nada kesal.

'Kami umpama belangkas' - Riezman


Riezman setia pada Kartina, tak tergoda kejelitaan Fasha

SEBUT saja pasangan Sehati Berdansa, pasti fikiran terus terbayang kepada keretakan rumah tangga artis yang pernah mengambil bahagian dalam program realiti berkenaan. Tidak terkecuali pasangan Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayob apabila baru-baru ini ada gosip berterbangan mendakwa perkahwinan mereka sedang dilanda badai gara-gara kemunculan orang ketiga dalam kebahagiaan yang sedang mereka kecapi. Menerusi ruangan Gosip yang disiarkan B*POP terbitan 29 Mei lalu dengan judul ‘Rumah tangga Riezman, Kartina retak?’ antara lain melaporkan Riezman mula berubah sikap selepas menjalani penggambaran sebuah drama di Paris, baru-baru ini. Kartina kononnya berjaya menghidu perubahan sikap suaminya yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan pelakon wanita drama berkenaan.

Tambah gosip itu, “Kononnya, rumah tangga Riezman dan Kartina mula bergolak sebulan dua yang lalu apabila Riezman baru selesai membintangi drama bersiri terbarunya, Lima Tahun Lima Minit yang menjalani penggambaran di Paris. Drama 13 episod itu dijangka disiarkan menerusi TV2 tak berapa lama lagi.

“Khabarnya Riezman mula berubah sikap sekembalinya dia dari Paris apabila Kartina dikatakan dapat menghidu kecurangan suaminya di kota cinta itu bersama seorang pelakon wanita jelita. Riezman dikatakan tergoda dengan kejelitaan dan kelembutan pelakon wanita tadi yang begitu baik dengannya. Mereka semakin intim sepanjang penggambaran itu dan bermula dari situlah terbitnya bunga-bunga cinta antara Riezman dan aktres jelita berkenaan.”

Difahamkan, aktres yang menjalani penggambaran drama berkenaan bersama Riezman di Paris baru-baru ini ialah Fasha Sandha, sekali gus dia didakwa sebagai orang ketiga punca keretakan rumah tangga Riezman-Kartina. Justeru, sejauh mana kesahihan gosip yang bertebaran itu? Penulis berjaya menemubual Riezman di Ampang, Selangor, Isnin lalu untuk mengetahui status rumah tangganya yang didakwa bergolak.

“Rumah tangga saya dan Kartina aman. Memang tak pernah retak. Kami masih suami isteri dan sayang menyayangi. Tak ada sebab rumah tangga kami bergolak. Kami sentiasa bersama, baik kerja mahupun dalam rumah tangga, kami umpama belangkas,” itulah kata-kata Riezman di awal perbualan, sekali gus menafikan sekeras-kerasnya gosip yang mendakwa perkahwinan mereka kini dilanda badai.
Riezman, 41, berkahwin dengan Kartina, 42, pada Februari 2001. Rumah tangga bersama Riezman adalah perkahwinan kedua bagi Kartina. Hasil perkongsian itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Afiq Kiraman, 8, dan Ruzain Nars, dua setengah tahun. Menerusi perkahwinan pertama Kartina, dia mempunyai seorang anak, Tantiana Batriasya, 16.

Justeru, bagaimana dengan Fasha yang digosip mempunyai hubungan intim dengan Riezman selepas mereka menjalani penggambaran drama Lima Tahun Lima Minit di Paris, baru-baru ini?

Riezman menjelaskan: “Bagi saya, dakwaan yang mengatakan Fasha adalah orang ketiga dalam perkahwinan kami, ia sekadar gosip tidak berasas. Kartina percaya dengan kerjaya saya. Saya berlakon dengan macam-macam heroin. Mungkin secara kebetulan drama Lima Tahun Lima Minit ini, saya berlakon dengan Fasha (Sandha), mungkin orang buat andaian, tapi bukan dengan saya, tapi terhadap dirinya.

“Bagi saya, andaian negatif terhadap dirinya adalah sesuatu yang tak adil kerana bagi saya, Fasha adalah seorang pelakon yang bagus. Apabila isu seperti ini (orang ketiga) dibangkitkan lagi, memang tak patut. Fasha tak buat apa-apa kesilapan sepanjang kami berada di Paris. Mungkin dulu dia sering dikaitkan dengan kontroversi, tapi sekarang dia nak berubah ke arah kehidupan yang lebih positif.

“Apabila namanya dikaitkan sekali lagi, hasrat beliau untuk membersihkan namanya seolah-olah terbantut. Kebetulan saya berlakon dengan Fasha dan saya ni suami orang, maka orang senang-senang nak buat cerita mengarut. Ini satu perkara yang tak baik. Fasha memang tiada kena mengena dalam rumah tangga saya bersama Kartina. Justeru, gosip yang mendakwa Fasha adalah orang ketiga dalam perkahwinan kami, memang tak betul!

Tambah Riezman, rumah tangganya memang tidak pernah berdepan dengan masalah, jadi pastinya nama Fasha tidak boleh dikaitkan langsung.

“Bagi saya, orang sengaja nak kaitkan Fasha dengan kisah silamnya. Saya baru kali pertama berlakon dengan Fasha dalam drama ini, ternyata dia seorang pelakon yang profesional. Beliau akan mengasingkan hal peribadinya dengan lakonan. Sekembalinya kami dari Paris, penggambaran masih diteruskan di sekitar Kuala Lumpur dan sebaik selesai semua kerja, kami tak pernah berhubungan secara peribadi.

“Namun, saya tak nafikan, saya pernah mengunjungi salun kecantikannya di Wangsa Maju. Sebagai rakan seperjuangan dalam dunia hiburan, saya sekadar memberinya sokongan dan dorongan, itu saja batas perhubungan kami. Saya dan Fasha juga akan berlakon dalam sebuah filem yang bertemakan percintaan, jadi saya harap gosip seperti ini tidak diteruskan lagi kerana ia boleh membantutkan perjalanan karier masing-masing.

“Justeru, sekali lagi ingin saya tegaskan, rumah tangga saya dan Kartina tidak pernah retak atau bergoncang, manakala tuduhan Fasha sebagai orang ketiga, memang tak pernah wujud,” ujar Riezman berulang-kali.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails