Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..
Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts
Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts
Che Ta Sedar Ada Pihak Mula Pertikai Kemewahannya
Pelakon Rozita Che Wan menyedari terdapat segelintir pihak yang mempertikaikan kemewahannya lebih-lebih lagi melihat dia kerap melancong ke luar negara selain memakai pakaian dan beg jenama mewah.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 42, berkata, pertikaian itu semakin menjadi bualan lebih-lebih lagi dia tidak aktif dalam kerjaya seni sejak akhir-akhir ini.
"Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber pendapatan utama.
"Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula," katanya kepada mStar Online.
Rozita ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk Rysya di Ruang, di sini pada Khamis.
Selain Rysya, Rozita turut dilantik sebagai duta kepada 11 produk yang antaranya Logivite, Jakel, Tropika, stroler Mini Cooper, Idola dan sebuah lagi jenama perabot yang akan diumumkan kemudian.
Malah sebelum ini Rozita tuurt menghadiahkan anak sulungnya Ammar Effendy sebuah kereta mewah BMW kerana pencapaian baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu, Rozita memberitahu dia masih memerima pelbagai tawaran namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama.
Rozita akan memilih tawaran tersebut sekiranya watak yang diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.
"Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan.
"Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil.
"Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan," ujarnya.
Jam Tangan Istimewa Hadiah 'Birthday' Anak Che Ta
Pelakon Rozita Che Wan menghadiahkan jam tangan jenama Bell & Ross kepada anak sulungnya, Ammar Effendy yang menyambut ulang tahun ke 19 tahun pada Isnin lalu.
Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, dia membeli jam tangan tersebut dengan harga paling rendah selain melihat rekaannya sesuai dengan seorang remaja seusia anaknya.
"Saya beli jam tangan sahaja, jenama Bell & Ross. Kalau hari lahir, hadiahnya biasa-biasa sahaja.
"Tetapi kalau dia bagus dalam peperiksaan, barulah saya beri hadiah yang istimewa," katanya kepada mStar Online dalam satu kiriman mesej pada Selasa.
Berdasarkan semakan mStar Online, jam tangan rekaan Bruno Belamich kelahiran Switzerland itu berharga antara RM18,000 hingga RM50,000.
Sebelum ini Ammar mendapat hadiah kereta mewah BMW kerana pencapaian terbaiknya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Majlis ulang tahun kelahiran Ammar telah diadakan di Restoran Hampshire Place dekat sini.
Difahamkan kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat aktres itu hadir.
Sementara itu, Rozita berkata, dia tidak dapat menggambarkan Ammar akhirnya sudah menjadi lelaki dewasa selepas melalui pelbagai dugaan dalam membesarkan anaknya itu serta seorang lagi anak lelaki, Aniq Ezzra, 17.
"Hampir 20 tahun, tidaklah sekejap mana sebab macam-macam peristiwa yang dilalui seiring dengan pembesaran anak-anak.
"Cuma kadang-kadang hati terdetik: "Ooo dah besar anak kita..."ujarnya.
Dalam pada itu kata Che Ta, sebagai seorang ibu yang sibuk dengan kerja, dia tidak boleh mengabaikan anak-anak yang sedang menempuh alam dewasa.
"Anak lelaki ni, kita kena didik betul-betul. Pelajaran kena ada. Agama pun mesti cukup.
"Mereka juga perlu sedar diri asal usul agar boleh bawa diri kemana-mana mereka pergi. Alhamdulillah, setakat ini mereka dengar kata," tuturnya.
Mengenai Ammar, dia kini sedang menuntut di Universiti HELP di sini mengambil jurusan Ekonomi.
Rozita juga mempunyai seorang anak perempuan, Aaishah Dhia Rana yang kini berusia 11 bulan, hasil perkahwinannya dengan aktor Zain Saidin.
GAMBAR SEPARUH BOGEL TERSEBAR - CHE TA NAFI DIRINYA
Baru-baru ini, ada satu gambar separuh bogel seorang wanita tersebar di laman sosial yang mendakwa ianya adalah Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta.
Che Ta bagaimanapun menafikan bahawa gambar separuh bogel itu adalah dirinya dan berkata yang beliau tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar.
Gambar yang dipercayai menggunakan proses tindanan itu memaparkan wanita dengan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan tidak berbaju dan menampakkan payu dara.
Beliau percaya peminat masa kini lebih bijak berfikir dan tidak membuat kesimpulan dengan begitu mudah terhadap perkara negatif sebegitu.
Malah beliau turut memaklumkan mengenai gambar itu kepada suaminya, Zain Saidin dan mereka menganggap ia sebagai perkara lucu kerana tahu gambar itu tidak benar sama sekali.
"Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.
"Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya.
"Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik 'superimpose' kelihatan seperti benar.
"Namun apa yang penting, kami sendiri tahu perkara ini tidak benar. Saya enggan melatah kerana bukan pertama kali perkara begini terjadi kepada saya," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata.
Che Ta Bengang Dieksploitasi Penjual Produk
Pelakon Rozita Che Wan berasa kesal masih ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk melariskan jualan produk masing-masing.
Rozita, 42, berkata, lebih membuatkan dia berasa bengang apabila gambarnya disunting memegang botol produk kecantikan keluaran terbaharu seolah-olah dia mempromosikan produk berkenaan.
"Apa yang mereka (penulis blog) tulis adalah fitnah! Saya anggap itu taktik kotor pengeluar produk mengeluarkan artikel dan gambar saya seperti itu dengan tujuan untuk mempengaruhi orang ramai.
"Saya masih lagi duta kepada produk Rysya dan makanan tambahan Longevite. Berani betul blog itu membuat tanda pangkah pada gambar produk yang saya gunakan itu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Artikel yang dikeluarkan di sebuah blog kononnya Rozita kini menggunakan produk kecantikan baharu adalah laporan yang tidak benar.
Malah artikel itu juga membuat laporan palsu dengan mendakwa Rozita tidak menggunakan produk keluaran syarikat yang melantiknya sebagai jurucakap.
Sebaliknya artikel itu ditulis kononnya Rozita menggunakan produk baharu dan wajah dia bersama produk berkenaan turut dipaparkan.
Sementara itu, kata pelakon yang popular menerusi drama Kiah Pekasam itu, pengasas produk yang diwakilinya akan mengambil tindakan terhadap pihak terbabit yang memutarbelitkan fakta bertujuan mengelirukan orang ramai.
Dalam pada itu Rozita turut berasa pelik dengan sikap peniaga online yang suka menggunakan namanya bagi mempromosikan produk yang dijual.
"Ini bukan kali pertama. Dah banyak kali saya berdepan dengan situasi seperti ini. Saya pelik apabila nama saya selalu digunakan untuk melariskan produk.
"Sepatutnya mereka perlu yakin dan percaya dengan produk yang dikeluarkan sekiranya ia produk yang bagus. Tak perlu guna nama siapa-siapa pun.
"Bagaimanapun saya harap perkara ini tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang," tegasnya.
MAJLIS RUMAH TERBUKA ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN MERIAH
Majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin telah berlangsung dengan meriah semalam.
Majlis yang diacarakan oleh Didie Alias itu telah dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan juga rakan selebriti yang lain.
Dalam majlis tersebut, Che Ta dan suaminya, Zain serta anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana kelihatan cukup ceria dalam busana merah. Pasangan itu dilihat sangat gembira melayan tetamu lain yang hadir.
40,000 Botol Minyak Wangi Rozita Che Wan Habis Dijual Dalam Masa 2 Hari
Pelakon Rozita Che Ta mendedahkan produk keluaran minyak wangi miliknya iatu Precious by RCW menerima sambutan paling hangat berbanding perniagaan lain yang dijalaninya.
Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 43, berkata, ketika melancarkan produk minyak wangi berkenaan di laman Instagram sekitar Mei lalu, dia banyak menerima tempahan awal dan sebanyak 40,000 botol minyak wangi tersebut dijual hanya dalam masa dua hari sahaja.
"Alhamdulillah, saya tidak sangka menerima sambutan sebegini rupa. Precious by RCW dikeluarkan sebanyak 40,000 botol dan ia habis dijual dalam masa dua hari.
"Tak sempat saya nak buat pelancaran secara formal. Hahaha...Apa yang memuaskan hati saya, pelanggan-pelanggan memuji minyak wangi tersebut.
"Syukur sangat, memang niat saya mahu menghasilkan produk mampu milik, tetapi kualitinya seperti produk jenama mahal. Harganya pun cuma RM29.90 sahaja," katanya kepada mSTar Online.
Rozita ditemui pada majlis rumah terbuka aktres itu dan keluarga di Hotel Sunway Putra di sini pada malam Jumaat.
Selain Precious by RCW, Rozita turut mempunyai produk tudung rekaannya sendiri iaitu Padusi dan syarikat produksi, Padusi Production.
Sementara itu, Rozita berkata, dia akan melancarkan minyak wangi baharu dalam masa terdekat ini iaitu, Gorgeous by RCW sebanyak 70,000 botol.
"Memandangkan sambutan sememangnya hangat, saya menambah lagi bilangan botol menerusi minyak wangi saya yang terbaru pula.
"Tak tahulah bagaimana penerimaannya. Harap-harap sempatlah saya buat pelancaran produk minyak wangi ini, barulah nampak teratur dan diyakini ramai," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Rozita kini sedang sibuk dengan rakaman mengacara program temu bual Teh Tarik Che Ta untuk siaran Astro.
Barang Kemas Dipakai Bayi Che Ta Hadiah Peminat
Pelakon Rozita Che Wan menjelaskan sebahagian barangan kemas yang dipakai oleh anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan adalah hadiah daripada peminat.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, berkata, seorang wanita dari Kelantan yang juga stokis produk wangian miliknya beria-ia mahu menghadiahkan barangan tersebut kepada anaknya dan dia tidak sampai hati untuk menolak.
"Wanita berkenaan pada awalnya menghubungi saya untuk menjadi stokis tetapi dia kemudiannya memberitahu ingin menghadiahkan barangan kemas berupa cincin, rantai tangan dan kaki untuk Aaisyah.
"Saya keberatan untuk menerima pada awalnya tetapi dia bersungguh-sungguh mahu menghadiahkan dan sebab itu saya terima," katanya kepada mStar Online.
Che Ta berkata demikian sebagai mengulas kritikan daripada peminat kononnya dia terlalu memanjakan anak dengan kemewahan termasuk barangan kemas.
"Itu adalah hadiah daripada peminat dan saya pakaikan sebagai menghargai pemberian tersebut tambahan pula kalau disimpan nanti bila dia dah besar tidak muat pula," jelasnya.
Dalam pada itu, Che Ta mengakui, dia obses membelikan pakaian untuk anak perempuannya itu sehingga ada di antaranya tidak dapat dipakai kerana Aaisyah cepat membesar.
Disebabkan itu, Che Ta berkata, Aaisyah tidak mengulang pakai baju yang sama kerana bimbang tidak sempat memakai pakaian baharu yang dibeli.
"Saya memang suka beli baju untuk dia, biasalah ini kali pertama dapat anak perempuan jadi perasaan teruja itu lebih sikit.
"Malah rakan-rakan banyak memberikan hadiah kepada Aaisyah dan masih ada yang belum sempat dipakainya," kata Che Ta.
Malah pelakon drama bersiri Kiah Pekasam itu berhasrat untuk mendermakan pakaian tersebut kepada golongan memerlukan terutamanya anak yatim.
"Bayi cepat besar jadi banyak baju-bajunya yang sudah tidak boleh dipakai dan masih dalam keadaan elok. Lebih baik saya dermakan sekurang-kurangnya dapat membantu golongan tidak bernasib baik," jelasnya.
Che Ta Sekeluarga Tempah 60 Pasang Baju Raya
Pelakon Rozita Che Wan telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan.
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, berkata, dia turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan.
Ia menjadikan keseluruhan untuk mereka tiga beranak ialah 60 pasang baju.
"Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal.
"Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga," katanya.
Che Ta ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Sdn Bhd di Hotel Sunway Putra di sini, Khamis.
Tambah Che Ta, dia sebenarnya lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana sudah lama menantikan saat tersebut.
Jelasnya, persediaan untuk Aaisyah paling meriah memandangkan ini adalah tahun pertama dia dapat menyambut hari raya bersama anaknya itu.
"Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja.
"Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Che Ta berkata, tahun ini dia terlebih dahulu beraya di rumah ibu mertuanya di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Star, Kedah.
Kata Rozita, dia akan menghabiskan masa di Kedah selama lima hari sebelum kembali ke ibu negara untuk menyambung aktiviti seninya.
"Kami sekeluarga akan berkonvoi bersama beberapa adik-beradik lain pulang ke Kedah dan akan mengambil kesempatan ini untuk menziarahi sanak-saudara di sana.
"Tetapi pada hari raya pertama kami akan bersama ibu Zain di Bukit Antarabangsa terlebih dahulu," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]





































