Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label S. Shamsudin. Show all posts
Showing posts with label S. Shamsudin. Show all posts

Shamsudin Meninggal Dunia Ketika Bersarapan Bersama Isteri

Pelakon veteran era 50an S Shamsudin meninggal dunia ketika sedang menikmati sarapan bersama isterinya Puteh Ismoon di rumah mereka di Bukit Batok, Jurong di sini. Puteh, 77, berkata beliau sebelum itu baru sahaja menyuap mee rebus kepada arwah yang duduk di atas katil sebelum arwah memintanya mengambil air di dapur. "Apabila saya kembali semula ke bilik, saya tengok arwah dalam keadaan tidak sedarkan diri dan saya terus menjerit memanggil anak bongsu saya yang berada di bilik sebelah untuk melihat keadaan ayahnya. "Ipin (anak bongsu) cuba beberapa kali memberikan bantuan pernafasan tetapi arwah masih tidak sedar sehinggalah apabila dibawa ke hospital doktor mengesahkan arwah telah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di kediaman mereka. Puteh yang kelihatan cukup sedih, menyifatkan Shamsuddin sebagai seorangsuami yang baik dan bapa yang amat penyayang kepada anak-anaknya seramai tujuhorang. "Arwah di rumah merupakan seorang yang pendiam walaupun di luar orang nampakbeliau suka membuat lawak. Namun arwah merupakan seorang bapa yang penyayang. "Sejak terlantar sakit kebelakangan ini, arwah suka merenung muka saya dan pagi tadi sebelum saya ke pasar arwah sempat meminta saya membersihkan dirinya. "Selepas ini tiada lagilah teman saya untuk bercakap," katanya tidak dapat menahan sebak. Sementara itu, anak bongsu Allahyarham Mohamed Ariffin, 44, berkata ketika kejadian beliau berada di biliknya kemudian mendengar ibuya menjerit memaklumkan tentang keadaan ayahnya. "Apabila saya sampai di biliknya, saya lihat arwah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mukanya juga pucat. Saya cuba memberi pertolongan pernafasan beberapa kali sebelum ambulans sampai, namun arwah tidak memberikan sebarang reaksi. "Apabila pasukan perubatan sampai, mereka juga beberapa kali cuba memberikan bantuan sehinggalah dibawa ke National University Hospital dan akhirnya doktor mengesahkan ayah telah meninggal dunia," katanya. Katanya, doktor mengesahkan ayahnya meninggal dunia akibat serangan sakitjantung kira-kira 10.56 pagi, Selasa. Katanya arwah sebelum ini terlantar sakit hampir tiga tahun akibat menderita penyakit parkinson dan batuk kering. Jenazah yang dibawa pulang ke rumahya dijangka akan dikebumikan Rabu di Pusara Abadi Chua Chu Kang, kira-kira pukul 10.30 pagi. Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah pelakon veteran seangkatan Allahyarham, Wahid Satay atau nama sebenarnya Abdul Wahid Ahmad, 83. Beliau yang menganggap arwah sebagai abang kandungnya, cukup terasa dengan pemergian Allahyarham yang selama ini banyak membantunya semasa zaman lakonan diStudio Jalan Ampas. "Kali terakhir saya bertemu Allahyarham ialah semasa majlis penghargaan artis veteran bersama bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini," katanya. BERNAMA

Pelawak S. Shamsudin Meninggal Dunia

Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair. Berita pemergiannya Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura. "Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura. "Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura. Tambah Aziz, pada mulanya dia terkejut apabila diberitahu oleh anaknya bahawa Allahyarham telah meninggal dunia namun beliau reda dengan pemergian itu. "Saya terkejut apabila mendapat tahu dia dah pergi, cuma berasa sedikit ralat kerana tidak dapat bertemu dengannya sebelum dia meninggal dunia. "Kali terakhir sekali saya melawat Allahyarham iaitu pada awal tahun ini. Ketika itu dia sudah pun uzur," ujarnya. S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, memulakan aktiviti seni pada 1948 dalam filem Chempaka sebagai pelakon tambahan. Kerjayanya sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas membuka peluang untuk beliau meneruskan kerjaya seninya selepas diterima berlakon menerusi filem Aloha pada tahun 1950. Beliau yang dikenali dengan nama Pak Sudin terus mencipta nama apabila terlibat dengan filem-filem lakonan bersama Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus. Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura pada Selasa.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails