Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Showing posts with label Sarah Raisudin dan Shuib. Show all posts
Showing posts with label Sarah Raisudin dan Shuib. Show all posts

Shuib Gembira Siti Sarah Mengandung Bayi Lelaki


KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin memberitahu, suaminya Shahmira Muhahamad atau Shuib amat gembira selepas mengetahui bayi yang di kandungnya merupakan bayi lelaki.

Sarah berkata, mereka mendapat berita itu selepas disahkan doktor ketika melakukan pemeriksaan perubatan terhadap kandungan yang berusia enam bulan itu Selasa lalu.

“Shuib amat gembira bila dapat tahu saya mengandungkan bayi lelaki. Sebabnya dia memang idamkan anak pertama dalam hidup kami ialah anak lelaki,” katanya yang ditemui semasa rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Menurut Sarah, sebagai bakal ibu dia tidak kisah mengenai jantina anaknya dan sentiasa memberi nasihat kepada Shuib agar tidak terlalu mengharap untuk memperoleh anak lelaki.

Katanya, mungkin terlalu menginginkan zuriat berkenaan, akhirnya Allah memperkenankan doa suaminya itu.

“Saya tak kisah nak dapat anak lelaki atau perempuan tetapi Shuib yang begitu menaruh harapan tinggi untuk melihat zuriat pertama kami ialah lelaki. Syukurlah... Allah makbulkan permintaannya dan dia amat gembira,” katanya.

Sarah yang di jadual bersalin pada awal Disember depan berkata dia tidak menghadapi sebarang masalah atau mengidam perkara yang pelik sepanjang mengandung anak sulungnya itu.

Sebaliknya kata Sarah dia tidak boleh menikmati makanan yang sama setiap hari kerana cepat menjadi muak dan termuntah.

“Contohnya kalau hari ini saya makan ikan sardin, esok saya dah tak boleh pandang ikan sardin lagi. Kalau tidak, saya akan jadi mual. Itu sahajalah perkara pelik yang saya alami sepanjang kandungan saya berusia enam bulan ini,” katanya.

Menurut Sarah dia belum bersedia membeli kelengkapan bayi walaupun selepas mengetahui jantina bayinya itu tetapi mahu menunggu kandungannya berusia sembilan bulan.

Sementara itu Sarah menambah dalam tempoh mengandung selama enam bulan itu dia berjaya merakamkan lagu duet bersama Shiub dengan tajuk “Cinta Itu Nyawa” yang di jadual diedarkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Lagu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh AD Samad itu kata Sarah menceritakan kisah benar mengenai percintaannya dengan Shuib sebelum ini.

“Mula-mula perkenalan saya dengan Shuib, saya buat keputusan untuk tidak menerima cintanya tetapi dia tetap berusaha untuk mendapatkan saya sehinggalah terbit kata-kata “cinta itu nyawa” daripada mulut dia,” katanya.

Menurutnya dia menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan dalam keadaan berbadan dua selepas memikirkan perjalanan cintanya dengan anggota kumpulan Sepah itu.

Shuib Menangis Siti Sarah Mengandung Dua Bulan


KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 27, sudah mengandung dua bulan selepas mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Shuib (Sepah) pada 26 Februari lalu.

Menurut Sarah, ketika menerima pengkhabaran berita tersebut, Shuib yang turut berada disisi menangis sambil memeluknya.

“Selepas hari terakhir penggambaran filem Man Sewel Datang KL, saya rasa sakit perut dan Shuib membawa saya ke klinik.

“Tetapi bila doktor buat pemeriksaan dan ujian kehamilan dan dapati saya mnegandung, Shuib tanpa rasa malu menangis dan memeluk saya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Man Sewel Datang KL, di sini, Selasa.

Tambah Sarah, suaminya itu terlalu berharap untuk mendapatkan cahaya mata dalam masa terdekat ini.

“Setiap kali saya sakit perut atau loya-loya tekak, dia akan berharap saya mengandung dan kami telah buat beberapa pemeriksaan kehamilan.

“Tetapi hampa, sehingga saya nasihatkan dia jangan terlalu berharap kerana saya yang akan rasa sangat teruk jika tidak mengandung,” ujarnya.

Katanya, sejak berkahwin mereka semamangnya mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi menceriakan rumah tangga.

“Saya bersyukur mengandung pada usia ini kerana saya sudah lama bersedia untuk jadi seorang ibu dan mempunyai keluarga yang lengkap.

“Malah kami merancang untuk mendapat empat orang cahaya mata,” katanya.

Sementara itu, Shuib yang berada disisinya memberitahu dia sangat terharu ketika mendapat tahu berita gembira tersebut.

“Saya yang paling gembira sehingga tak menghiraukan doktor yang berada di situ. Ketika bawa Sarah ke klinik, hati saya sudah terdetik yang dia mengandung.

“Alhamdulilah apa yang saya jangkakan betul, memang sukar untuk gambarkan perasaan saya apabila bakal melangkah ke satu fasa lain dalam hidup,” ujarnya.

Pasangan ini baru sahaja selesai penggambaran filem Man Sewel Datang KL dan berduet untuk lagu Cinta Itu Nyawasebagai lagu tema filem tersebut.

Shuib bakal melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.

Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut

Filem terbitan Work Move Production Sdn Bhd ini turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris dan Fida Ibrahim dan dijangka ditayangkan pada November depan.

Sarah & Shuib Seronok Berlakon, Duet Bersama-sama


KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib dari kumpulan Sepah bagaikan ‘belangkas’ apabila ke mana-mana.

Malah kedua-duanya seronok apabila ditawarkan berlakon menerusi filem Man Sewel Datang KL dan berduet lagu Cinta Itu Nyawa.

“Kami seronok dapat bekerja bersama-sama. Mungkin ini sudah rezeki kami selepas berkahwin,” kata pasangan ini ketika menjalani sesi penggambaran filem tersebut di Jalan Bellamy, di sini, baru-baru ini.

Shuib melakonkan watak utama sebagai Man yang mempunyai penyakit sewel, berasal dari kampung dan berhijrah ke Kuala Lumpur setelah melihat kejayaan rakan sekampungnya yang bekerja di ibu kota.

Sementara Sarah pula melakonkan watak salah seorang kekasih Man bernama Salbiah. Dia memiliki sebuah butik di Kuala Lumpur dan mula mengenali Man setelah terlibat dengan kes ragut.

Filem genre komedi itu diarahkan oleh sutradara Rahman Adam dan turut dilakonkan oleh Razali Hussein, Julia Ziegler, Rosnah Mat Aris serta Fida Ibrahim.

Ia telah selesai menjalani penggambaran di Raub, Pahang dan sekitar Lembah Klang.

Biarpun di luar ramai yang mengenali Shuib sebagai seorang pelawak, namun Sarah akui suaminya merupakan seorang yang serius dan pendiam.

“Kadangkala, kami suka bermain permainan seperti menyebut warna untuk menimbulkan suasana ceria.

“Apabila saya berbual dengannya, pernah sekali dia hanya mendiamkan diri tanpa memberikan sebarang reaksi kepada cerita yang dibualkan. Rupa-rupanya dia beritahu saya yang dia sedang berfikir,” cerita Sarah mengenai karakter sebenar suaminya itu.

Mengulas sedikit tentang lakonan bersama mereka, pasangan ini tidak mempunyai banyak babak berdua.

“Saya rasa babak kami lebih banyak bersama-sama ketika berlakon drama Bujang Sepah melibatkan episod 22 hingga 26 berbanding dalam filem ini.

“Babak kami berdua hanya ‘manja-manja’ seperti bercinta di butik,” ujar Sarah yang pertama kali berlakon bersama-sama suaminya menerusi sitkom Gelak Khas.

Beralih pula kepada lagu Cinta Itu Nyawa, Sarah berkata lagu tersebut merupakan ciptaan komposer Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad.

“Lagu ini merupakan lagu duet pertama kami berdua. Setelah diteliti liriknya, kami bersetuju mengatakan ia mempunyai persamaan dengan hubungan kami.

“Mungkin orang jarang mendengar suami saya menyanyi tetapi melalui lagu ini, ia sedikit sebanyak menonjolkan tentang bakat nyanyian Shuib dan suaranya boleh tahan,” beritahu Sarah yang akan terlibat dengan persembahan sempena Minggu Setiausaha 2011 di Menara Kuala Lumpur pada 26 dan 27 April ini.
[url=http://bitcofarm.com/home?r=whitect30][img]http://bitcofarm.com/img/banner1.gif[/img][/url]
free counter

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails